Saturday, December 12, 2009

PENGALAMAN ADALAH GURU






Alhamdulillah baru balik dari kem serikandi bestari anjuran UMLF RESOURCES, alhamdulillah dari sana banyak belajar tentang pelbagai benda baru….syukur kepada Allah yang merancang semua nieh.

 Apa-apa pun dari sini aku belajar, semua benda yang kita buat dahulukan dengan hati yang ikhlas tanpa harap apa-apa balasan dari manusia termasuklah pujian ataupun rasa dihargai…pandangan Allah dah cukup..cukuplah dengan buat baik  kepada orang lain, menyebabkan Allah lebih sayang kita, dan semua nieh adalah sebagai tanda terima kasih kepada Allah…yang menunjukkan rasa kasih-Nya kepada hamba yang kerdil nie, yang membimbing hamba ini dalam ilmu mengenalnya lewat lisan para hamba-Nya yang tidak pernah kenal erti penat dalam berdakwah…ataupun mengajak manusia untuk  mengenal Allah, mencintai-Nya dan menjalankan syariat-Nya. Dan sebab nil ah juga aku sangat suka join program, jadi fesi, ajk….dll..sebab aku dulu pun disedarkan melalui program-program rabbaniah sebegini…Allah memberi aku petunjuk melalui hamba-hamba-Nya yang lain yang sanggup mengorbankan masa yang amat berharga bagi diorang untuk melakukan kebaikan bagi orang lain, membimbing adik-adik yang lebih muda, mengajak mereka mengenal Allah…dan dari sinilah aku berubah kepada yang lebih baik…dan oleh itu aku jugak akan jadi seperti mereka, aku rasa bahagia dengan buat semua nieh..sebab aku buat semua nie atas dasar terima kasih kepada Allah yang dah bagi aku hidayah nih…aku nak orang lain rasa kebahagiaan yang aku dapat sama macam aku, bila mereka kenal Allah. mungkin ada diantara  adik-adik yang dulunya macam aku, dan nanti akan berubah…dan nanti dia jugak akan cuba nasihatkan orang lain untuk berubah….

Ku bersyukur pada-Mu tuhan,
Kau tunjukkan laluan ku pulang,
Dan cinta-Mu bagai air di gunung sahara
Buatku melepaskan dahaga….

Janjiku pada-Mu abdikan seluruh jiwa,
Sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku…….    (jalanku pulang~UNIC)

Dan aku jugak belajar, kenapa Allah tak bagi kita cepat berputus asa bila kita pernah buat silap...
Yang pertamanya dengan kesilapan kita itu Allah sedang memberitahu tentang hakikat diri kita, sebagaimana hebat pon orang memandang kita, kita tetap insan yang lemah, kadang-kadang kita buat silap, kadang-kadang kita tak dapat buat sesuatu tu dengan sebegitu baik sebagaimana yang kita harapkan…Allah ingin kita lebih bergantung dengan-Nya, memohon dengan-Nya dengan rendah diri, dan harus selalu ingat..setiap kejayaan yang kita dapat di masa lalu adalah dengan izin dan pertolongan Allah…bukan sepenuhnya dengan hebat dan usaha kita….

Tapi jangan cepat putus asa dengan kesilapan tu, bukan tu yang Allah nak, Dia nak kita jadi lebih baik dari sekarang, Dia mahu kita tingkatkan keikhlasan, usaha dan tawakal…dan hasilnya nanti..kita akan jadi lebih baik dari sekarang…

Oleh itu, kesilapan lalu jangan jadikan asbab untuk berputus asa, tapi jadikan sebagai guru untuk mengajar kita apa yang terbaik, memilih yang terbaik,  melakukan yang terbaik dan mendapat yang terbaik..pandanglah takdir Allah itu dari sudut yang positif….

Dan jangan lupa, kunci sesuatu kejayaan adalah keikhlasan, dan ikhlas tu sangat susah untuk kita dapat dan untuk kita pertahankan….

Dan dakwah itu tersebar melalui keikhlasan, kesungguhan, pengorbanan dan kasih sayang…dan individu yang bergelar Daie tak patut mudah putus asa dengan kesilapan dan kelemahan yang dimiliki…tapi daie sepatutnya sentiasa berusaha membersihkan hati, kerana hati yang bersih akan mudah untuk ikhlas, dan insyaAllah, Allah sentiasa bersama-sama dengan para Hamba-Nya yang ikhlas dalam jalan-Nya….

*setiap masa Allah mengajar kita untuk jadi lebih baik, kadang-kadang melalui kesilapan, kejayaan yang datang dengan susah payah itu lebih manis dari kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih






Gambar kenangan





      






































DEAR LORD

firman Allah,


“sesungguhnya tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.”

“sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setetes mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya dengan perintah dan larangan, kerana itu kami menjadikannya mendengar dan melihat.”

            Firman Allah di atas menjelaskan tentang asal usul ciptaan manusia dan tugas sebenar manusia di muka bumi. Sungguh Allah lah yang telah menciptakan kita  maka dengan itu Allahlah yang lebih memahami apa yang terbaik  bagi kita. Maka dengan itu bagi setiap orang terdapat jalan takdir nya masing-masing, ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang cantik, ada yang berwajah bulat, ada yang bujur…bukan saja kita dapat melihat perbedaan dalam diri manusia, ,malahan juga pada pokok-pokok, pada daun-daun, berbagai jenis burung, ikan dan sebagainya. Begitu sempurna ciptaan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi ciptaan-Nya…tiada cacat cela dalam setiap ciptaan-Nya.

Firman Allah dalam surah Fusilat ayat 53,

            “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda(kekuasaan) kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah kepada mereka bahawa  al quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup bagimu bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.”

Bukti mukjizat dan kebesaran Allah

  1. Asal usul organisma hidup menurut Al-Quran
·        “ dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu kami pisahkan keduanya? Dan kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Mengapa mereka tidak mahu beriman?      (al anbiya:30)
·         Dan Allah menciptakab tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka yang menjalar di perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi dengan empat kaki. Allah menciptakan apa jua yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu)
Dan kita sebagai manusia adalah sebahagian dari  ciptaan Allah, maka dengan  itu Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik pada kita. Kadang-kadang kita sebagai manusia yang lemah..tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan dan berasa bahawa kita berhak mendapat lebih baik…dan mempersoalkan pemberian Allah tersebut…sebagai contoh kita jarang bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan, paras rupa dan sebabagainya..sampai ada yang sanggup menggunakan jalan yang haram semata-mata untuk mendapat duit/harta yang lebih…dan ada yang sampai menggunakan khitmat jin dan syaitan untuk menampakkan diri mereka cantik…
             Jika begitu, kita tidaklah mengenal Allah dengan sebaik-nya. Maka, sejauh manakah agaknya kita sebagai manusia ini mengenal Allah dengan sebenar-benarnya, lantas sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah? Manusia selalunya sangat gembira dengan nikmat dan berputus asa dengan musibah yang dialami..adakah ini tanda kita mengenal Tuhan kita??????

Siapakah TUHAN KITA??????
Dengan nama Allah Yang Maha pengasih lagi masa penyayang
Dialah  Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan kemananan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang ]Memiliki segala keagungan, Maha suci, Allah dari apa yang mereka sekutukan.

Dialah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Terbaik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada dilangit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

-Dialah Allah Tuhan kita, Tuhan yang Maha Penyayang itu tidak mungkin sengaja menyiksa kita dengan musibah, Tuhan Maha Menciptakan itu tidak mungkin silap dalam ciptaan-Nya.terimalah diri kita seadanya…setiap yang ada pada kita gunakanlah sebaiknya untuk mendekatkan diri kita pada Tuhan kita…

Secara Analogi………………..

Antara pokok teratai, pokok kaktus dan pokok bunga ros manakah lebih cantik??????????????

-         mesti ramai akan menjawab pokok bungan ros mempunyai bunga yang paling cantik, selalu diberikan sebagai hadiah..manakala pokok kaktus tak cantik..hanya ada duri….
-         Tapi tahukah kita, pokok Bunga kaktus yang diciptakan sedemikian rupa untuk mengelakkkannya daripada proses dehydration. Oleh itu pokok ini boleh hidup di kawasan gurun yang panas….
-         Manakalah pokok teratai yang berdaun lebar untuk memudahkan penyerapan air, kerana pokok teratai hidup di dalam air…
-         Dan pokok bunga ros mempunyai akar yang dapat menyerap air dalam tanah…
-         Walaupun begitu pokok bunga ros tak dapat hidup di kawasan gurun kerana factor dehydration yang tingi begitu pula pokok kaktus tidak dapat hidup di dalam air….
-         Jadi Allah telah menciptakan ketiga-tiga pokok ini “cantik” sesuai dengan habitat mereka…sebegitu jualah kita sebagai manusia..yakinilah ini dan syukurilah setiap pemberian Allah…

*orang yang bahagia tidak semestinya mendapat yang terbaik dalam hidupnya, tetapi orang yang bahagia adalah orang yang menjadikan setiap yang diperolehinya adalah yang terbaik

KAULAH SEGALANYA





Ibu  dan bapa adalah orang yang paling dekat dengan kita. Melalui merekalah kita dilahirkan…  dan kita wajib melayan mereka dengan baik……

            Sebenarnya, melalui ibu dan bapalah Allah menunjukkan  rasa kasih sayangnya kepada kita. Kita wajib menghormati ibu bapa kita dan menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi kita sejak kecil….sungguh budi ibu bapa kita membesarkan kita tidak dapat dibalas…………kecuali dengan syurga,  namun bagaimana?????

“ anak soleh/solehah adalah kunci syurga bagi ibu –bapanya”

            Namun secara jujurnya mungkin sebahagian daripada kita merasa sesal, sedih dan pilu kerena mereka tidak mendapat ibu-bapa yang baik, yang memahami hati mereka, yang menyayangi mereka, memberi perhatian kepada mereka dan mendidik mereka dengan sempurna sebagaimana yang dianjurkan oleh islam…

            Mungkin ada diantara kita yang biasa dididik dengan kemarahan, biasa diajar dengan kemewahan tapi tanpa kasih sayang, biasa dibiarkan tanpa mendapat ilmu agama yang sepatutnya, biasa  dibiarkan tanpa ditanya masalahnya…sehingga kita tidak merasa adanya mereka itu penting, tidak dapat mengasihi mereka dan tidak dapat menyayangi mereka…ini mungkin berlaku dan sememangnya ia berlaku
            Namun, pertamanya kembalilah kepada Allah…..Allah tetap menyuruh  kita supaya menghormati ibu bapa  sebagaimana firman Allah dalam surah al-isra’

23. Dan Tuhanmu memerintahkan agar jangan kamu menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang  di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu katakan kepada keduanya “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik

24. dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih-sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana  mereka berdua telah mendidik aku sewaktu aku kecil.”

25. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sungguh, Dia Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat.

Dan firman Allah lagi dalam surah Luqman,

14. Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berubat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam masa usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu.Hanya kepada Aku kembalimu…

            Maka dengan itu mulanya kita harus ikhlas dianugerahi ibu bapa yang sedemikian, kita harus ikhlas dilahirkan dalam keluarga yang sedemikian. Ingatlah firman Allah yang berbunyi,

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”

Ingatlah kembali sifat Allah, Dia Maha Mengetahui, juga Maha Memberi…mungkin dengan ujian mendapat ibu bapa yang sedemikian mampu mendekatkan kita dengan Allah..mungkin dengan itu kita akan sentiasa memohon pertolongan kesabaran kepada Allah…ingatlah selalu ada hikmah disebalik setiap ketetapan Allah…Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.. mungkin kita tidak mampu nak ubah ibu bapa kita..tapi sekurang-kurangnya kita mampu berdoa kepada Allah..dan yang paling penting, jangan ulangi kesilapan yang sama apabila kita mendidik anak-anak kitaa nanti..jadilah ibu bapa yang baik kepada anak-anak..

Ingatlah, cubalah untuk menyayangi ibu bapa kita kerana Allah kerana,

“ orang yang tidak menyayangi manusia tidak akan disayangi oleh Allah..”

Kepada yang mendapat ibu bapa yang baik, bersyukurlah kepada Allah kerana,

“Allah menciptakan kasih sayang diantara manusia, agar dengan itu kita menyayangi-Nya”
Kepada ibu bapa, anak –anak bukan sahaja memerlukan duit, tapi mereka perlukan kasih sayang, cuba untuk tidak membanding beza antara seorang anak dengan anak yang lain dan mungkin orang lain…kerana kita juga tidak suka anak-anak membezakan cara pengajaran kita dengan ibu bapa orang lain…setiap anak adalah amanah..ajarilah mereka dengan ilmu mengenal Allah sejak dari kecil..ajarilah mereka untuk menyayangi  ibu bapa…cuba jadikan diri kita sebagai contoh buat anak-anak…carilah rezeki yang halal…cubalah mendidik mereka dengan kasih sayang, bukan dengan kemarahan…..

“kita mungkin gagal mendidik anak-anak dengan kata-kata, tapi jarang kita gagal mendidik mereka  melalui perangai kita”

-         ibu bapa yang pemarah, kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang pemarah
-         ibu bapa yang tidak menghormati ibu bapa mereka akan melahirkan anak-anak yang juga tidak menghormati mereka
-         ibu bapa yang tidak solat dan tidak menjaga mulut akan juga melahirkan anak-anak yang sebegitu…..

* begitulah…ibu bapa adalah amanah kepada anak-anak, begitu juga anak-anak kepada ibu bapa…hargailah mereka kerana mereka adalah segalanya bagi kita……

Monday, November 16, 2009

Iman itu perlu dipertahankan


Tetiba terfikir tentang masa depan….apa yang akan jadi pada aku pada masa depan?
Aku tak la sangat nak memberatkan fikir nak pakai kereta aper, nak kejer ker tak?dapat posting ke tak?, bukan tue yang aku rasa takut sangat sekarang, tapi aku takut macam mana iman aku pada masa akan datang. Aku takut aku akan berubah kepada yang lebih buruk.

“Ya Allah janganlah kau takdirkan aku menjadi penentang agama-Mu, tetapi jadikanlah aku manusia yang menjadi pejuang dalam agama-Mu matikanlah aku dalam keadaan yang beriman, matikanlah aku tika mana hatiku sedang membesarkan kalimat-Mu, jangan biarkan cinta kepada dunia menyebabkan aku jauh dari-Mu,jangan benarkan syaitan memalingkan hatiku dari-Mu..bantulah aku, aku khilaf, aku lemah, aku tak mampu”

 Memerhatikan keadaan sekeliling, satu demi satu, adanya manusia yang berubah buat aku jadi takut dan tertanya setakat mana iman itu mampu bertahan, tambah pulak diri bukanlah jenis yang baik sangat.huhuhu…

Tapi aku teringat akan firman Allah yang selalu dibaca dalam maksurat, hari nieh ayat nieh tiba-tiba rasa dihayati..selalu bacer jer

“Allah adalah pelindung bagi orang-orang yang beriman, mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya(iman). Dan bagi orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan(kekafiran). Mereka itu adalah penghuni nereka, mereka kekal di dalamnya.”

Dan firman Allah dalam ayat yang lain
“Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dia kehendaki”

Dan firman Allah dalam Ayat lain,
Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam mencari keredhaan kami, pasti akan kami bukakan jalan-jalan Kami, sesungguhnya Allah beserta orang –orang yang berbuat baik”

Dan dari firman –firman Allah diatas, yang aku teringat sikit-sikit, tak perfect la ingat pun, Allah ajarkan yang tunjukkan kita kepada iman itu hanya Allah, Allah yang beri kita iman, dan iman tu Allah beri kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Tapi tu tak semestinya manusia boleh kata, dia tak berbuat baik hanya kerana dia berkata Allah tak bagi hidayah untuk dia untuk buat baik, iman itu sebenarnya perlu diusahakan, sesiapa yang bersungguh-sungguh dalam mencari iman dan mengekalkan iman insyaAllah Allah akan beri, kuncinya ialah keikhlasan.
 Kerana Allah itu Maha Adil,Maha penyayang, Maha pelindung, Maha Memberi…semoga Allah senantiasa mengilhamkan kita semua untuk sentiasa berbuat baik, semoga Allah mengampuni segala  khilaf kita, semoga Allah memberikan kita hikmah…kesabaran, perlindungan supaya kita menjadi hamba-Nya yang diredhai

“wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agama-Mu”


Sunday, November 15, 2009

Allah itu dekat






Dan firman Allah,


“ dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran”.
 (al-baqarah: 186)

Saturday, November 14, 2009

Pesanan sahabat




www.iLuvislam.com
oleh: candle0505


Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,
pergilah ke tempat kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,
dan satu kesempatan,
untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,
moga ianya sentiasa dalam reda tuhan,

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab ianya hanya sementara,
jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan,
Tertariklah kepada seseorang,
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyuman yang mampu,
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,
Semoga kamu menemukan orang seperti itu,

Semoga kamu mendapatkan,
kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,
ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,
kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,
yang punya rasa simpati,
pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat
dalam menempuh kehidupan,




Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan,
tetapi acapkali kita terpaku,
pada pintu yang tertutup,
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan,


Sahabat terbaik adalah dia,
yang dapat bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah katapun,
dan kemudian kamu meninggalkannya,
dengan perasaan telah berbicara lama dengannya.
kerana dia membuatmu bahagia,

Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki,
sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa,
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya,


Orang-orang yang paling berbahagia,
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik,
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya,

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu,
beberapa orang yang salah,
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti,
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu,


Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis,
mereka yang disakiti hatinya,
mereka yang mencari dan mereka yang mencuba,
Kerana hanya mereka itulah yang menghargai,
pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka

Masa depan yang cerah,
sentiasa ada,
jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu,
jangan pernah mengucapkan selamat tinggal,
jika kamu masih mahu mencuba,
dengan kesungguhan,
jangan pernah menyerah,
jika kamu masih merasa sanggup,

Waktu kamu lahir,
kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum,
jalanilah hidupmu dengan bahagia,
sehingga pada waktu kamu mati,
detik itu,
kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Friday, November 13, 2009

Erti Iman




Hari-hari terus berlalu dengan kejadian kejadian yang tidak disangka-sangka. Dan banyak aku belajar, pertamanya jangan mudah menilai orang secara luaran, yang keduanya, iman bukan  hanya terletak pada baju, bukan hanya pada banyaknya solat, bukan hanya pada kerapnya membaca Al-quran, pada labuhnya tudung tetapi iman itu sendiri  terletak kepada amar makruf nahi mungkar…

 Surah mukminnun
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
  1. sungguh beruntung orang-orang yang beriman
  2. yaitu orang yang khusyuk dalam solatnya
  3. dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan yang tidak berguna
  4. dan orang yang menunaikan zakat
  5. dan orang yang memelihara kemaluannya.
  6. kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
  7. tetapi barangsiapa yang mencari selain daripada itu(zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang yang melampaui batas.
  8. dan sungguh berutung orang –orang yang memelihara amanat dan janjinya
  9. serta orang yang menjaga solatnya
  10. mereka itulah yang akan mewarisi syurga firdaus.mereka kekal di dalamnya.

Disamping melihat akan kelakuan manusia sekeliling yang sesetengahnya sanggup mengorbankan apa saja demi kebahagiaan duniawi, demi harta….mungkin mereka tak faham apa itu bahagia yang sebenarnya…

Firman Allah.
“ingatlah dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang”

Jika mereka percaya kebahagiaan pada harta benda, duit ringgit dan kekuatan yang mereka miliki dengan jalan yang tak Allah redha, aku percaya kebahagiaan itu ialah pada dekatnya Rahmat Allah. ..aku percaya dan akan terus percaya dengan izin Allah.
 Al-mukminun
 94.“ Ya Tuhanku, maka janganlah Engkau jadikan aku dalam golongan orang-orang zalim”
97. “Dan Katakanlah, “Ya Tuhanku, aku berlindung kepada engkau dari bisikan-bisikan syaitan
98. dan aku berlindung pula kepada Engkau Ya Tuhanku, agar mereka tidak mendekati aku.

à semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat kepada orang-orang yang beriman….disebalik mengejar cita-cita dan apa sahaja yang kita ingini di dunia, janganlah kita lupakan akhirat. Kerana dunia yang kita kejar senantiasa meninggalkan kita, sedangkan akhirat yang jika tinggalkan senantiasa mengejar kita…disebalik setiap kejadian seperti biasa aku ambil sebagai pengajaran dan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah kerana mengilhamkan aku iman dan keredhaan dalam keseharnaan..tiada apa yang kurang bagiku kecuali jika aku hilang cinta-Nya…aku harap Allah senantiasa memberi kasih sayang dan pentujuk kepada aku untuk senantiasa mengikuti jalan yang lurus…

Seperti firman Allah dalam surah al-baqarah,
“Allah pelindung orang-orang yang beriman; mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran) kepada cahaya iman. Dan orang-orang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka;mereka kekal di dalamnya.” 256-257