Tuesday, January 5, 2010

We have to move on




sudah satu lumrah dalam kehidupan bahawa kita sebagai manusia tidak dapat lari dari kesedihan, kekecewaan dan kesusahan......

 -kadang-kadang kita rasa tak mampu lagi nak hadapi kesusahan tu, tak mampu nak berkongsi dengan sesiapa pun  di sekeliling kerana kita, tak rasa punya jalan untuk menghadapi masalah itu..
sebenarnya tak kah kita sedar yang selama hidup kita sehingga kini , kita sebenarnya telah menghadapi berbagai bentuk ujian daripada Allah..ujian dalam peperiksaan, kesakitan dan sebagainya, namun bagaimanakah kita bangkit????

adakah ujian ini kita rasakan terlalu berat untuk kita hadapi berbanding ujian -ujian yang kita hadapi sebelum ini... ingatkah lagi dengan firman Allah yang berbunyi,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

apa ertinya semua ini?

ertinya kita mampu menghadapi ujian ini dengan izin Allah

kenapa mesti kita diuji?

kerana Allah ingin melihat tindakan kita apabila diberi kesusahan, keburukan, bagaimana kita bertindak ke atas takdirnya ini...adakah dengan bersabar atau dengan menyalahkan takdir Allah..

manusia sangat takut dengan kesusahan....sangat bergembira dengan kebaikan, itu norma...
tpi kadangkala dengan kesusahan itulah kita dekat dengan Allah

Allah ingin wujudkan dalam hati kita "rasa hamba", seorang hamba yang hatinya sentiasa bergantung kepada Allah, kerana dia tahu dia sendiri tidak dapat berbuat apa-apa ..hanya dengan izin Allah  segala ujian yang diterima, baik dan buruk dapat dihadapi...

adakah kita patut berputus asa,

"tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang yang sesat"

kita ingin berhenti dari menyayangi Allah ?

"Allah tidak memerlukan hamba, tapi hamba-Nyalah yang memerlukannya"

kita rasa kalau kita terus berubaha menjadi baik, ujian kita akan semakin berat dan kita rasa kita tak kan bisa mampu untuk sampai kepada Allah

" dan orang yang berjihat untuk mencari keredhaan kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik"

kepada siapa ingin kita berharap?

"katakan kepada hamba-hamba-Ku  bahawa Aku dekat, berdoalah kepada-Ku"

 tak cukupkan Allah bersama kita?

"Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik"

ya Allah berserta kita, selagi kita berbuat baik, jadi teruskan berbuat baik, berbaik sangka dengan setiap ujian yang kita hadapi, sentiasa positif kerana

"ujian itu mematangkan kita sebagai manusia untuk melihat mana yang terbaik, belajar menjadi yang terbaik dan memilih yang terbaik"

jangan berhenti, teladanilah alam..BAGAIMANA?


KENAPA?
  • bayangkan bumi berhenti mengelilingi matahari  kerana bosan menjadi hamba Allah yang taat pada perintah
  • bayangkan air berhenti mengalir kerana bosan menjadi hamba Allah yang taat pada perintah, dia berkhitmat bagi manusia yang tidak menghargainya
  • bayangkan matahari berhenti bersinar kerana bosan menjadi hamba Allah yang taat, memberi sinaran pada manusia yang banyak ingkar kepada Tuhannya
apa yang jadi kepada kita?
apa yang jadi kepada dunia?

adakah akan baik atau tidak....alam tetap bergerak mentaati perintah Tuhan dalam susah dan senang....jika mereka berhenti ....bayangkan apa yang berlaku?

berhenti bermaksud kita telah kalah...kita telah rugi..kita telah gagal..

jadi move on...hadapi kesusahan dengan ketabahan...pintalah pada Allah, Dia sentiasa bersama-sama dengan kita....


teladilah jua Nabi kita yang mulia,

 jalanku pulang-Unic




Lirik Jalan Ku Pulang - Unic

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

Monday, January 4, 2010

You have been given 2 choices-kamu diberi dua pilihan….


Kita melihat terlalu banyak masalah social yang berlaku di sekeliling kita, terlalu banyak perkara jahat yang dilakukan oleh masyarakat kita dan perkara ini terus berleluasa.
Saya ingin membawa pembaca untuk meneliti persoalan ini
- adakah kita hanya mampu melihat?
- adakah mendiamkan diri itu lebih baik?
- adakah kita terlalu lemah untuk bertindak?
-apakah yang kita dapat lakukan?

Sebelum itu, ingin saya nyatakan disini bahawa
“sesuatu tindakan itu akan memperikan impak selain daripada kosong”

Adakah kamu faham?
Pernahkah para pembaca sekalian terbaca/terdengar tentang konsep behavioral drif?
Ia adalah satu konsep dalam psikologi yang juga berkait rapat dengan satu konsep dalam fizik iaitu “entropy”

“in a psychology, there is a concept called behavioral drift that is very similar to enthropy”

Apa itu entropy? What is entropy?

By the definition, entropy theory do tell us that
“Closed system that has no new energy coming into it will inevitably move toward chaos; to maintain order in the system, new energy has to be infused into it”
Ini bermakna,
(system yang tidak diberi tenaga akan menuju kepada ketidaklancaran, negative..jadi untuk memastikan system berjalan dengan sempurna, tenaga harus diberikan…)

So what these concepts tell about our society?
(bagaimana konsep di atas  memberi kesan kepada masyarakat dan hidup kita?)

-begitulah juga dengan kita sebagai individu dan masyarakat kita. Jika kita memberi “tenaga” baru kepada diri kita secara individu dan dengan itu kita dapat bergerak secara positif ke hadapan kepada Allah/dan begitu juga dengan masyarakat kita..maka kita akan mendapati kita dapat hidup dalam suasana yang tenang, aman dan lebih baik…jauh dari dunia kehancuran

So that we have to move on now, try to change our self. Don’t ever do nothing.Because if you do nothing, you will be closer to chaos (remember the entropy). 
People always make mistake when they think that
“if you do nothing meaning that you do not go toward negative or positive, no effect on you”
Ingat yang tak lakukan apa apa bukan bererti kita tak berubah

Ingat tadi pada mulanya saya sudah menekankan bahawa

“setiap tindakan akan memberi impak selain dari kosong”

We must always remember that
“No moment is the same as one before”
(tiada satu masa pun yang sama dengan sebelumnya)
Jadi jika kita tidak melakukan apa-apa kita akan bergerak kearah negative(rujuk entropy) , bukan pada tahap yang sama…(sebagai ulangan) tapi kita bergerak kearah “chaos”- disorder…kearah negative..kepada shaitan..kearah neraka…

Jadi kita harus bimbang jika kita tak lakukan apa-apa
Shitan can insinuated very subtly to people
“if you want to be a good muslim, it is too hard for you, there are many thinks you have to do, it takes so much efforts. But if you follow me (shaitan), you do not have to do anything. I ‘am your really good friend. If you want to come to me, just do nothing-it’s so much easier.

*dalam hidup ini setiap saat kita berhadapan dengan 2 pilihan, dan setiap tindakan yang kita ambil akan membawa kita lebih jauh atau lebih dekat dengan Allah
So that do think if you want to waste you time with doing nothing, doing nothing do not mean that the effect is  nothing…please refers what iam said earlier..

So hard?????.must easier compare with doing nothing, and then we get closer to shaitan…we make shaitan win and we be defeated…
Don’t want? So be strong, I and you can do its..do remember Allah says that He is always with us if we do remember him…(I’ am so touching with this word- so happy is Allah remember me, yet I ‘am nothing special)

Setiap sesuatu yang baik, yang berlandaskan syariat, yang memberi manfaat kepada kita dan masyarakat akan membawa kita dekat dengan Allah dan yang selain dari itu akan membawa kita jauh dari Allah…

Oleh itu kita kenalah memilih/ we have to choose,  I and you have to choose the right ways that make us closer to Allah

One I know this, I start to write this article, hopefully someone that visiting this blog will read this, understand this and practice this, and pass this information to another person. More and more people understand this, more and more people will apply this, and more and more good thing arise in our society, can you get me now? Here is the solution…
The energy we need here is the effort to change ourselves become good, to learn what is good as well as to make others around us to know and practice the good thing.






yet this is our role as a khalifah,
-     Make ourselves good
-     Help others become good
-     Make the physical world good

(maaf sebab menulis campuran 2 bahasa, sebab yang pertama nak practice buat artikel bahasa inggeris,sebab yang kedua semoga orang yang tak berapa faham bahasa Malaysia/English akan faham salah satu bahasa)—maaf salah grammar/tatabahasa

*kadang-kadang terasa rendah diri nak tulis apa-apa, berkongsi apa-apa disebabkan ilmu yang tak seberapa, perangai pun tah apa-apa..tapi sebab mengetahui konsep ini…biarlah apa yang kita buat itu memberi impak yang sedikt dari pada impak yang negative, setiap orang ada kebolehan yang tersendiri…saya akan terus lakukan yang termampu..hope Allah bless me…
“kurniakanlah diri ini keikhlasan Ya Allah”

References:
Islamic solution to the world problem by prof Dr. Muhammad Al’Mahdi

“Demi masa, sesunguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran…”



Sunday, January 3, 2010

Saat itu akan tiba, kita akan mati




Pengalaman yang mengejutkan pada hari jumaat yang lalu apabila keretapi yang dinaiki dari perjalanan tanjung malim ke parit buntar tiba-tiba berhenti di pertengahan jalan berdekatan dengan tesco taiping. Sungguh mengejutkan kerana di situ tiada stesen keretapi.
Setelah beberapa lama seorang pak cik yang juga seorang penumpang datang bercerita bahawa ada seseorang yang kemalangan dengan keretapi. Akibat dari itu badannya berpisah dengan kepala dan beliau dikatakan meninggal dunia.

Lepas tu, saya dan kawan yang pada mulanya rancak bersembang masing-masing terdiam, agaknya terkejut atau frust keretapi sampai lambat.

Dalam pada tu, terfikir kembali, yang kita sememangnya tak pernah tahu bilakah ajal kita akan datang, kita tak pernah terfikir macam mana kita akan mati..buktinya kita selalu ker ingat nak berdoa kepada Allah supaya dimatikan dalam keadaan yang baik , cara yang baik..mungkin  tak ramai…saya hanya meneka.

Tapi yang pasti
-          Saat ini kita bersenang lenang, belum tentu saat yang berikutnya kita masih bernyawa
-          Saat ini kita bersama orang yang kita sayang, esok belum tentu lagi menatapnya..
-          Saat ini kita bermaksiat belum tentu saat berikutnya kita sempat bertaubat.
 Yang pasti, masa terus berlalu pergi meninggalkan kita, sedang kita banyak mengabaikan masa-masa kita …dan saat kematian yang menanti takkan menunggu kita walau sesaat….

Jadi masa yang kita ada manfaatkanlah bak kata pepatah

“beramallah kamu seperti kamu akan mati esok, berusahalah kamu seperti kamu akan hidup selama-lamanya”
And then REMEMBER,

-          Terapkan kasih sayang kepada Allah kerana kita nanti akan balik bertemu dengannya
-          Kasihi Rasulullah kerana nanti kita akan meminta syafaat darinya
-          Beramallah dengan Al-quran dan sunnah kerana ia akan menjadi pelita untuk kehidupan kita di dunia teman sejati di akhirat.
-          Sayangilah keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling kita kerana mereka anugerah Allah kepada kita, dari mereka Allah beri kita kekuatan untuk kita berdiri, ketenangan .. ingat Allah sayangkan orang yang juga sayang kepada orang lain.
-          Semua yang ada dilangit dan di bumi semuanya tunduk kepada Allah, dan Allah menciptakan semua itu kepada kita, jadi kita kena hargai…


Then says to yourself  that, every second that we have, we have to appreciate, and do the best, one’s around us, we have to love them, because they will be the time that we cannot  be around them anymore and they cannot be with us anymore….


“kerana masa itu akan tiba, kita pasti akan mati”

Al-mulk:
1.  Mahasuci Allah yang menguasai(segala) kerajaan, Dan  Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.
2.  Yang menciptakan mati dan hidup, untuk ,menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.
Ali imran
185. setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.

Sunday, December 27, 2009

Bila anda masuk islam?





-          soalan ini ditanyakan kepada saya oleh seorang penceramah jemputan tazkirah magrib di program khalifah di ampang. Pada mulanya saya rasa pelik kenapa beliau bertanya demikian sedangkan beliau tahu kebanyakan dari kami sememangnya beragama islam sejak lahir.. hanya beliau seorang sahaja yang mualaf…
-          namun saya pasti beliau ada sebab yang tersendiri berbuat yang demikian…
-          kebanyakan dari umat islam sudah berpuas hati dengan gelaran “islam” itu sendiri daripada berpuas ati dengan mengamalkan islam…
-          apa itu islam? Pernah kan kita bertanya ?

Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .



Sebelum kita bertanya kepada masyarakat kita berapa ramai antara mereka yang menyerah diri kepada Allah, mentauhidkan dengan penuh keyakinan, dan melaksanakan segala suruhan dan tinggalkan larangan..tanyalah sendiri diri kita?

Sepatutnya kita tidak menjadikan ISLAM ITU SECARA KEBETULAN, tetapi jadikan islam itu satu pilihan. Namun bagaimana?


-          jangan setakat berpuas  ati dengan status islam kerana ibubapa islam. Mycard islam
-          tapi kita haruslah belajar menambah ilmu agama kita, mencari kebenaran tentang agama kita
-          agama kita bukan agama ikut-ikutan
-          jika agama kita agama ikut-ikutan , kita sama dengan agama lain..kenapa begitu,?
  Allah telah menceritakan perihal orang kafir yang enggan beriman di dalam al quran

“Dan apabila dikatakan kepada mereka, “marilah mengikuti Rasul. “mereka menjawab, “cukuplah bagi kami apa yang kami dapati dari nenek moyang kami(mengerjakannya).” Apakah(mereka akan mengikuti )juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat petunjuk…” (Al-maidah:104)

-agama islam bukan agama ikut-ikutan, ini adalah agama kebenaran….di dalam islam kita bukan mencari kemenangan tapi kebenaran..islam adalah agama sejahtera, cara hidup..agama yang dihayati di hati, bukan sekadar ikut-ikutan, dalamilah Al-quran,  hayati sirah Rasul…semoga dengan ini keyakinan kita kepada Allah dan agama kita akan bertambah. Dan kita akan bertambah yakin bahawa Al-quran itu benar, Allah itu benar…..

“bagi mereka yang bersungguh –sungguh dalam mencari keredhaan kami, benar-benar akan kami tunjukkan jalan-jalan kami, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik.”

“barang siapa yang mencari Allah dengan ikhlas, ia akan bertemu dengan Allah”

*salah satu sebab menusia dicipta ialah untuk MENGENAL ALLAH

Rujukan:
http://helwaipj.tripod.com/akidah.htm

Saturday, December 26, 2009

Khalifah Youth Training


Alhamdulillah selamat menghabiskan program kedua sebelum naik semester baru..program anjuran institute khalifah yang dibuka untuk semua calon ipt dengan percuma demi untuk menyebarkan konsep khalifah kepada semua.  Banyak yang belajar dari sana, walaupun ni sebenarnya kali ke-2 menyertai program yang sama...insyaAlllah saya berhasrat akan menulis beberapa artikel yang berkenaan dengan apa yang saya pelajari di sana sebagai perkongsian kepada pengunjung-pengunjung yang datang, semoga Allah memberi keikhlasan, kesempatan dan kemampuan..dan disini  saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang institute khalifah ini







institute ini diasaskan oleh Prof Dr. Muhammad Al'Mahdi
lahir: Australia  tetapi membesar di Amerika.
beliau selama 40 tahun belajar psychology, physics, cosmology, philosopy, theology. prof asalnya adalah seorang atheis, dan beliau menemui Tuhan melalui science. muslim pada akhir 70-an dan meninggal dunia pada 29 april 2006 akibat penyakit kanser.


insitutue khaliah terletak di
298, jalan Ampang utama, 68900 Ampang, Selangor (tel:03-4256 6810) Fax (03-4256 5423)
emel- khalifahproject@yahoo.com web:www.islamic-world.net

objective sebagai khalifah:
-menjadikan diri kita baik
-bantu orang lain untuk jadi baik
-menjaga alam dengan baik

untuk melihat dengan lebih lanjut aktiviti yang dilakukan oleh institute ini boleh klik di bawah:
http://khalifahtraining.com/

komen tentang program ini:

program yang sangat bermanfaat, jarang kita didedahkan dengan konsep ini.mungkin sememangnya ramai antara kita dah sedar yang kita adalah khalifah Allah, tapi mungkin tak ramai yang sedar akan keistimewaan nya dan tanggungjawabnya yang sebenar sebagai seorang khalifah Allah, oleh itu bumi kita, persekitaran kita tidak dijaga dengan baik..dalam program ini ada diselitkan bukti saintifik kejadian alam, kenapa turunnya khalifah, bagaimana hendak menjadi seorang khalifah..insyaAllah sebagai perkongsian saya akan cuba menulis beberapa artikel yang berkaitan dengan konsep khalifah..semoga para pengunjung yang berminat bolehlah baca...beri komen, buat sebarang pertanyaan..saya bukanlah yang terbaik, tapi saya ingin suba berkongsi sedikit ilmu yang saya ada dan saya harap komen 2 yang membina supaya kita dapat memperbaiki diri kita dengan lebih lagi..

"islam adalah agama untuk mencari kebenaran, bukan kemenangan"

"islam itu indah, mengajak kepada hidup dalam kebahagiaan"
 
 "ilmu adalah untuk dikongsi bukan untuk disimpan..."

Thursday, December 24, 2009

Apa yang kau pertaruhkan demi sebuah PERJUANGAN?????






Dan Tuhanmu berfirman,

“Dan Allah membeli orang-orang beriman itu dengn harta dan jiwa mereka dengan syurga”


“mereka inilah orang yang berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan terbunuh”



Dulu, kini dan selamanya, selagi mana belum tiba masanya apabila bumi digoncangkan dengan goncangan hari kiamat. Maka sebelum itulah perjuangan kita untuk menyeru manusia kepada agama Allah itu tidak akan selesai… tahun berganti tahun, dekad berganti dekad, walaupun musuh- musuh islam telah cuba sedaya upaya untuk melakukan pelbagai tipu muslihat dan kekejaman demi kekejaman bagi memastikan tiada lagi manusia yang berjiwa islam, namun hakikatnya mereka tidak pernah berjaya kerana Allah telah berjanji bahawa islam itu adalah satu – satunya agama yang diterima di sisi-Nya, dan kemenangan pasti terletak pada tangan kita. Lalu Allah menggantikan setiap jiwa yang shahid menemunya di medan jihat dengan jiwa lain yang seumpanya yang mencintai-Nya, dan yakin akan segala janji-Nya dan bersedia berjuang pada jalan-Nya


Walau kita lihat realiti semasa semakin banyak umat islam yang kurang akidah islam telah berjaya dipesongkan dengan hiburan, sukan dan berbagai lagi tipu muslihat kafir yang bertujuan menjauhkan diri mereka dari Allah. Namun  hakikatnya, cahaya Allah masih menerangi sebahagian dari jiwa hamba-hambanya yang lain untuk mencintai-Nya serta sedia berkorban pada jalan-Nya.


Namun setakat manakah sekelompok manusia ini mampu bertahan? Apakah harga yang perlu dibayar atas perjuangan ini agar tercapailah hasrat kita untuk melihat islam  dapat dipraktikkan dalam kehidupan sebagai cara hidup bagi orang islam dan orang kafir juga akan yakin dengan kalimah

“ Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad utusan Allah”

Demi kejayaan ini, masa yang lama diperlukan, jalan yang hikmah diperlukan, pelbagai cara dan strategi tanpa mengenal penat  lelah…mungkin melalui pena, mungkin melalui kata-kata, akhlak yang baik, nasihat yang berguna, dan mungkin jug melalui jihat dengan nyawa dan jiwa.

Tetapi ingatlah firman Allah yang berbunyi

“dan serulah manusia kepada agama kamu dengan hikmah”

Hikmah* kebijaksanaan

Gunakan setiap cara betul pada tempatnya, dan sentiasalah beringat

“teladan melalui perbuatan itu nyata lebih mudah diikuti berbanding teladan melalui kata-kata”

-iringi kata-kata nasihat dengan contoh yang baik, gunakan kelembutan untuk mengatasi kekerasan sebagaimana air yang bersifat lembut itu sedikit demi sedikit dapat melekukkan batu yang keras…walaupun masa yang diambil sebegitu lama…..

Dan ingatlah demi sebuah perjungan itu kau akan berhadapan dengan pelbagai cubaan yang berupa  masa, harta, jiwa, hati yang rendah diri dan senang bertolak ansur, tidak mudah putus asa..dan mungkin apabila perlu..untuk membela kamuliaan agama kita..jihat dengan darah itu diperlukan….





Firman Allah,

“dan hendaklah ada segolongan dari kalangan kamu yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka itu adalah orang yang paling beruntung”