Monday, March 8, 2010

Allah knows……



Firman Allah,
“ dan rasiakanlah perkataanmu atau  nyatakanlah. Sungguh, Dia mengetahui segala isi hati”
“apakah pantas Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Mahahalus, Mahamengetahui”
                                                                           (al-mulk:13-14)
Jika ditanyakan kepada kita, siapa yang lebih mahir dan tahu tentang sistem di dalam computer misalnya, di dalam cip misalnya…bagaimana ia berfungsi, mengapa ia bermasaalah, dan bagaimana untuk menggunakannnya dengan baik….sudah tentu kita akan menjawab…” yang lebih tahu tentang computer sudah tentu orang yang menciptakan computer tersebut, begitu juga dengan cip dan lain- lain…yang lebih tahu semestinya orang yang meciptakannya…
Jadi sekarang jika ditanya kepada kita, siapa yang lebih tahu tentang kita?, siapa yang lebih mengetahui tentang apa yang baik dan apa yang buruk bagi kita…jawapan nya semestinya…Yang menciptakan kita iaitu Allah….

Oleh itu setiap kali kita merasakan lemah dan letih dengan ujian kita tempuhi…ketahuilah bahawa Allah lebih tahu…tapi mungkin keadaan demikian munkin  adalah lebih baik bagi kita….kerana kita tak pernah tahu apa yang terbaik bagi diri kita..tetapi yang pasti Yang Menciptakan kita itu lebih tahu….

Sama ada kita menyatakan dengan lidah atau tidak..Allah tahu apa yang kita alami dan rasakan…

Jangan bersedih hati..kerana Tuhan kita adalah Allah, dan kita percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia..Dialah yang kita percaya sebagai Yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada tiap-tiap ciptaan-Nya.
Mungkin pernah kita terfikir, mengapa kita sering ditimpa ujian…sedangkan kita telah cuba berbuat baik dalam amal saleh
Ketahuilah bahawa,
Firman Allah ,
“setiap amal kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu sendiri, dan Allah tidak memerlukan sesuatu pun daripada hamba-Nya”

Dan ingatlah,
Setiap perbuatan baik yang kita lakukan bukan untuk menerima yang baik juga…sesuatu yang dilakukan dengan mengharapkan balasan adalah bukti bahawa amalan yang dilakukan itu tidak ikhlas….
Dan kita mendapatkan sesuatu menurut apa yang kita kerjakan
“dan setiap orang memperoleh tingkatan sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan, dan agar Allah mencukupkan balasan perbuatan mereka, dan mereka tidak dirugikan.”
                            Al-ahqaf:19

Tetaplahkan pendirian, istiqamah menjadi hamba yang taat dan sabar kerana Allah berfirman,

“sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan Kami adalah Allah, kemudian mereka tetap istiqamah (teguh pendirian dalam tauhid dan tetap beramal saleh), tidak ada khawatir pada mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati”
“mereka itulah penghuni syurga dan mereka kekal di dalamnya;sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan”
                                               Al-Ahqaf:13-14


Dan selalu ingat Allah tidak pernah menurunkan sesuatu ujian kepada yang tidak berhak menerimanya….jika kita diuji oleh sesuatu..itu bermakna..kita mampu menghadapi ujian tersebut…

Ataukah kita merasakan, doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah…kita memohon akan kemudahan…maka renugilah ini

Daripada kitab hikam terjemahan H.Salim Bahreisy

“janganlah kelambatan masa pemberian Tuhan kepadamu, padahal engkau bersungguh-sungguh dalam berdoa menyebabkan patah harapan, sebab Allah telah menjamin semua doa dalam apa yang Ia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang ditentukan-Nya, bukan pada waktu yang engkau tentukan..”

Firman Allah,
“Tuhanmulah yang menjadikan segala yang dikehendaki-Nya dan memilihnya sendiri, tiada hak bagi mereka untuk memilih”
“mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu, dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu, dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
 Abu Hasan Asy-Syadzily r.a ketika mana mengertikan ayat:
Firman Allah,
“ Sungguh telah diterima doamu berdua (Musa dan Harun as) iaitu tentang kebinasaan firaun dan tenteranya maka hendaknya kamu berdua tetap istiqamah (sabar dalam melanjutkan perjuangan dan terus berdoa), dan jangan mengikuti jejak orang-orang yang tidak mengerti, (kekuasaan dan kebijaksanaan Allah).”
                                                                  Yunus: 89
Dan terlaksanalah kebinasaan firaun yang bererti diterima doa itu ialah sesudah 40 tahun.
Dan Rasulullah bersabda
:pasti diterima doamu itu selagi tidak gopoh, iaitu berkata: Aku telah berdoa dan tidak diterima”.
Maka, kesimpulan yang ingin saya kongsikan disini ialah, teruskanlah berusaha dan berdoa andai diri kita sedang ditimpa oleh sesuatu ujian,


saatnya akan datang dimana pertolongan Allah akan segera datang
Saatnya akan sampai dimana permintaan kita akan dimakbulkan
Saatnya akan datang dimana kita akan mengerti mengapa terdapat beberapa kehendak kita yang tidak Allah capaikan..
Yakinlah kepada Tuhan kita, Allah,
Yang menciptakan kita,
Dan mengetahui apa yang terbaik bagi ciptaan-Nya..
Allah knows……

Sunday, March 7, 2010

Senarai hujah ahlus sunnah wal jamaah ke atas penyelewengan ajaran golongan wahabi :bahagian satu

salam, disini saya kongsi dapatan dari buku yang saya beli pada satu sesi ceramah tentang wahabi : diharap ia bermanfaat

Tajuk 1: Maha Suci Allah daripada bersifat duduk atau bersemayam
 hujah  golongan benar (ahlus sunnah): menganggap atau mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy atau di atas kerusi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk,
dalil:
firman Allah dalam surah asyura: 11
" Dia (Allah) tidak menyerupai makhulNya, baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya"

wahabi: menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang. mereka berkata:

"Allah duduk di atas kursi"
rujukan kitab mereka: Fathul Majid, karangan Abdul Rahman Bin Hasan bin Mohd bin Abd Wahab, m/s:356,cetakan darul salam, Riyadh

Tajuk 2: Maha Suci Allah daripada anggota dan jisim

hujah golongan benar: Allah Taala tidak sama dengan MakhlukNya, Dia tidak mempunyaio anggota dan jisim sebagaimana yang dimiliki oleh makhuk

dalil:
firman Allah dalam surah asyura: 11

" Dia (Allah) tidak menyerupai makhlukNya, baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya"


wahabi: Ibnu Baz (pemimpin wahabi berkata:

"penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah sesuatu yang dicela"
kitab: Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawal Sifat, ms:19 karangan Ibnu Baz, terbitan:Riasah Ammah lilifta' Riyadh.

Wednesday, March 3, 2010

teluk senangin here we come....


firman Allah dalam surah ali-imran:

190.    sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal.




191.    iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia”. Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka.


        -betapa cepatnya masa berlalu, dah seminggu rupanya balik dari melawat teluk senangin, satu hari lepas balik abah ada call cakap ada tsunami berlaku kat chile,dan pesan jaga-jaga duk kat pantai, tapi time tuh cakap tak per la...lagipun dah balik kolej... 

       -cantik tempat tuh...tapi kecantikan tuh kalau tak dijaga dengan baik oleh manusia, takut nanti tak dapat dirasai oleh generasi akan datang....sepatutnya kita sebagai khalifah Allah , dah menjadi tanggungjawab kita juga untuk menjaga alam. alam i ni sekadar pinjaman, namun bukan sekadar itu sahaja, ia juga merupakan amanah Allah kepada wakil-Nya yang bergelar manusia...segala kerosakan yang berlaku pada alam ni seperti pemanasan global, kesan rumah hijau, pencemaran  semuanya adalah hasil dari tindak tanduk manusia sendiri yang mengabaikan salah satu tugas dan tanggungjawabnya sebagai manusia yang bergelar khalifah/wakil iaitu  "take care the nature"

firman Allah dalam surah sajadah

"dan akan kami rasakan kepada mereka azab di dunia (tsunami, pencemraran) sebelum azab di akhirat (kerana mensia-siakan amanah), supaya mereka kembali ke jalan yang benar."

---refleksi ayat nih, kene la start to take care the nature, this is one of our role as a khalifah of Allah. 


 

betapa cantiknya alam ini, ada bukit, ada langit ada siang dan malam yang berganti-ganti....dan semua nieh adalah diciptakan kepada kita manusia....

beritahu kepada diri sendiri,
bagaimana dapat kamu lupakan pencipta-Mu walaupun sekejap
sedangkan Dia hadir bersama kamu setiap masa
adakah dunia telah menyebabkan kamu lalai...
bahkan Dia menciptakan keindahan pada dunia untuk membolehkan kamu mengingatinya, bukan melupakannya....
mengagungi-Nya......bukan melengahkan-Nya.... 


dengarkanlah alam berbicara .....lihatlah semesta bertasbih sepanjang waktu tanpa jemu.....hanya saja manusia yang masih lengah...dalam mengingati penciptanya...

ya Rabbi, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau yang Menciptakan dan aku abdi-Mu, ikrar kepada-Mu (yang akan ku laksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung pada-Mu, dan mengakui segala nikmat-Mu kepadaku;dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau...
Firman Allah,

al-an'am:70
 
        tinggalkanlah orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau,dan mereka telah tertipu dengan kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka dengan Al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat selain Allah. Dan jika mereka hendak menebus dengan segala macm tebusan apa pun.niscaya tidak akan diterima. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka disebabkan perbuatan mereka sendiri. Mereka mendapat minuman dari air yang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.


Saturday, February 27, 2010

Hati kita sekarang milik siapa?



Firman Allah, Ali imran

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diiginkannya, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertompok dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik.”



“katakanlah, “maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih dari yang demikian itu? “Bagi orang yang bertakwa  tersedia di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta ridha Allah. Dan Allah Maha melihat hamba-hamba-Nya.”




Saban hari kita melalui hari yang kian singkat, dan tanpa sedar mungkin dalam hati kita telah jauh kita lari dari tujuan sebenar hidup kita sebagai khalifah Allah

-mengenal Allah

-beribadat kepada Allah

- mensyukuri nikmat Allah

Dan dalam dunia yang terhidang pelbagai kenikmatannya di depan mata , kadangkala menbuatkan kita alfa terhadap perjuangan sebenar kita iaitu hidup untuk Allah dan mati juga untuk Allah.

Dengan segala perhiasan itu memanggil –manggil hati kita untuk lebih mencintai perhiasan itu lebih dari Penciptanya….

Sejauh mana detik dalam sehari kita bermuram akan cinta Allah adakah kita sudah dapatkan atau belum,

Sejauh mana dalam dalam sehari kita berfikir akan sesuatu yang kita sudah lakukan mahupun akan kita lakukan, adakah ia membawa kepada keredhaan Allah

Sedang kita diciptakan-Nya

Sedang kita dipelihara-Nya

Sedang kita PASTI akan kembali kepada-Nya



Namun kita sungguh terlena dengan dunia

Namun kita benar kadangkala mencintai yang lain selain Allah

Namun kita kadangkala tak sabar dalam penderitaan,

Tak bersyukur akan kelebihan



Dan sekarang tanyakanlah hati sendiri- Kamu milik SIAPA?



Jangan bersedih sahabat akan hilang cinta manusia, mungkin Allah menjauhkan kau dan dia kerana Dia ingin Kau kembali kepada cinta-Nya



216. diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal tiu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal tiu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. –Al baqarah





Jangan bermuram sahabat, Allah Maha pengampun terhadap segala dosa…



Dan pernah dikatakan ,

“tidak ada yang dapat mengusir syahawat dan cinta kepada dunia, melainkan rasa takut kepada Allah yang menggentarkan hati, dan rasa cinta kepada Allah yang membuatkan hati merana”



Tidak ada yang dapat memalingkan hati kita dari cinta nafsu, cinta dunia dan cinta yang  menyebabkan kita jauh dari Allah, melainkan rasa takut dan rasa cinta kepada Allah-dan perasaan itu adalah taqwa…



Penuhilah jiwamu dengan satu rindu, perliharalah dirimu demi satu cinta…….

Jangan sombong dengan Allah, jangan biarkan hatimu melupakan  Allah

Cinta itu bukanlah satu yang haram, Allah lebih tahu akan diri ciptaannya…

Oleh itu ia menyariatkan perkahwinan….kepada Nabi dan semua manusia



Dan ingatlah tanda kau telah mendapat cinta sejati ialah……….

“cinta itu membawa kau lebih dekat dengan Allah, bukan menjauhkan kau dari Allah”

Itulah cinta sejati, yang dibina atas dasar iman, dipelihara dengan taqwa, dihias dengan akhlak yang baik…

Itulah cinta yang bakal membawamu hatimu lebih dekat dengan Allah….dan membawamu ke syurga…



Firman Allah dalam An-nisa’:31

“jika kamu menjauhi dosa-dosa besar dan diantara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)”




Friday, February 12, 2010

Tentang aku yang telah melupakan CINTA



Mengapa harus meninggalkan CINTA demi cinta?
Kenapa kita sering melupakan CINTA dengan dicinta?
Sedang yang MENCINTA senantiasa menyintaimu tanpa batasnya…
Sedang yang  mencinta kamu itu ada pasang surutnya…

Buntu?
Terasing?
Rasa memerlukan?
Tidakkah ingin kembali kepada CINTA itu?
Aku tahu DIA Maha Pengampun
Namun diri terlalu khilaf untuk bergembira dengan hanya mengetahui itu
Kerana hati telah mengkhianati CINTA itu
Kerana hati telah lama berhenti untuk mempedulikan CINTA itu…..
Masih layakkah aku?
Bagaimana?
Untuk mempedulikan cinta tanpa melupakan CINTA
Untuk bercinta dan DICINTA
Bagaimana hati harus adil?
Bagaimana untuk adil dengan CINTA
Bagaimana harus bergembira dengan cinta jika kehilangan CINTA?

Ya Allah dekatkanlah aku dengan sesuatu yang memberi kebaikan bagiku, dan jauhkanlah aku dengan sesuatu yang membawa keburukan bagiku…
Cukuplah CINTA-MU dalam hati, jangan biarkan cinta manusia menjauhkan aku dengan CINTA-MU
Selama-lamanya Ya Allah, dalam khilaf aku memohon keampunan-Mu
Dalam khilaf aku menagih simpati-Mu
CINTAILAH aku…dan biar aku merasa cukup dengan itu..
Lindungilah aku dari tidak adil dengan CINTA-Mu ,
Kerana tak pantas bagi hamba menaruh cinta pada dunia dan seisinya melebihi Tuhannya…

Aku tak ingin mendapatkan cinta manusia, dengan kehilangan cinta-Mu
Janganlah kau biarkan diri kami menentukan sendiri hala tuju kami walau sedetikpun,
Bantulah kami, bersama-samalah kami
Kerana Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kami

“Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa”-Al Furqan:74

Thursday, February 4, 2010

Hingga Kau seru namaku-Ya Allah



 Dan Allah telah berfirman,
“bumi adalah tempat kediaman dan kesenanganmu sampai waktu yang telah ditentukan”
Masa rehat yang sangat didambakan…
Kesenangan yang sangat diimpikan….
Cita-cita yang sangat dikejarkan…..
Takdir yang tak pasti…
Kehidupan ? adakah masih panjang?

Dan Kau telah berkata bahawa dunia yang kau ciptakan ini adalah buat sementara waktu sahaja
Adakah aku akan menjadikannya tempat bersenang-senang dan melupakan tugasku disini?
Sampai kau seru namaku Ya Allah
Maka janganlah kau biarkan aku lemah dalam melakukan kebaikan


Janganlah kau biarkan aku berpuas hati dengan kebaikan yang telah ku lakukan


Jangan kau biarkan aku hanyut dengan hawa nafsu dan syaitan


Jangan biar aku berehat dari mengingati-Mu


Jangan biarkan aku lupa untuk mencintai-Mu
Kerana aku ingi menjadi hamba yang berbakti kepada Tuhan-Nya


Kerana aku cinta kepada-Mu,


Maka jangan Kau biar aku sendiri menentukan haluan hidupku,


Kerana aku yang lemah ini tak akan mampu


Melihat yang terbaik setiap waktu,


Memilih yang terbaik setiap waktu,


Menjadi yang terbaik setiap waktu,
Tuhan-Ku..sirnakan segala kesusahan yang aku alami dengan kasih sayang-Mu, jika memang kesusahanlah yang mendekatkan aku pada-Mu maka aku redha, dan jika aku tak mampu mengerti kau ajarkanlah aku untuk mengerti…
Kuatkan imanku setiap kali diberi ujian
Kuatkan semangatku tiap kali aku lemah..
Hingga kau seru namaku Ya Allah, aku akan terus berusaha menjadi lebih baik dari diriku yang sebelum ini…
Aku akan cuba untuk bahagia dengan setiap kau beri pada-Ku
Kerana aku ingin menjadi hamba yang bersyukur…
Kerana sesungguhnya
Masa ini, amal ini, hidup ini dan mati adalah kerna-Mu
Dan Allah telah berfirman
“wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diridhai-Nya, maka masuklah dalam golongan hamba-Ku..dan masuklah ke dalam syurga-Ku(al-fajr:27-30)”

“dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Mereka itulah penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya”

“dan Kami mencabut rasa dendam dari dada mereka, di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka berkata,”segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami(syurga)ini. Kami tidak akan mendapatkan petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan kami. Sesungguhnya rasul-rasul Tuhan kami telah datang membawa kebenaran.”diserukan kepada mereka, itulah syurga yang telah diwariskan kepadamu, kerana apa yang telah kami kerjakan.”  Al-araf:42-43
Bersama-susah pasti akan ada senang….
Allah bersama orang-orang yang sabar…


Monday, February 1, 2010

setiap saat dalam ujian adalah nikmat jika kita hadapinya dengan sabar



Dah lama agaknya tak menangis kerana Allah…dah  jauh agaknya kaki ini dari jalan Allah, dah lama agaknya lidah ini tidak menyebut Allah.dan lama agaknya hati ini tidak menyatakan rindu kepada Allah…
Hinggakan kini, insan lalai ini kembali mengigati Tuhan-Nya ketika musibah…kembali mencari jalan mendekati Tuhan-Nya kerana dia sedar terlalu kerdilnya dia disisi Tuhannya, terlalu lemahnya dia tanpa kekuatan dari Tuhan-Nya, terlalu harapnya dia dengan pengampunan Tuhannya, terlalu inginnya dia dengan pertolongan Tuhannya…

Bersabar dalam ujian adalah satu tuntutan. Kita wajib percaya Allah bukan sengaja hendak menzalimi kita tapi Allah ingin mengampunkan kita dan menjadikan kita lebih baik dari diri kita sekarang..
Patutkah kita berputus asa dengan musibah sedangkan Nabi Saw telah bersabda

“tiadalah kelaparan, kesulitan, keracunan dan kedukaan menimpa seorang mukmin sehingga menyedihkannya, melainkan malah kerana Allah akan menghapuskan dari kesalahan-kesalahannya….

“tiada seorang muslim yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa sakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya”

Sabar menahan penyakit, sabar menahan marah dan sabar menahan lisan dari mengeluh adalah bekal perjalanan hidup kita sebagai seorang mukmin…

Sabar, semoga dengan kesabaran kita dalam menghadapi ujian Allah akan menyebabkan kita lebih dekat dengan Allah, sesunguhnya Allah sangat mencintai orang-orang sabar
Firman Allah
“dan Allah mencintai orang-orang sabar”
                                               Ali imran:146
Orang-orang yang sabar adalah orang yang benar imannya.
“dan orang yang bersabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa”
                                                        Al baqarah:177

Oleh itu, janganlah kita jadikan kesukaran itu sebagai satu pematah semangat kita untuk terus berjuang dalam melakukan kebaikan. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan,janganlah berputus asa dengan Rahmat Allah

Firman Allah,
“tidak ada yang berputus asa dari Rahmat Allah melainkan orang yang sesat”

Perbaikilah diri kita dari semasa ke semasa, teruskan melakukan kebaikan…kepada diri sendiri dengan memperbaiki diri sendiri dan orang lain dengan nasihat dan cara yang baik…
Firman Allah,
:serulah manusia kea rah kebaikan dengan hikmah”

Semoga kita tergolong di dalam orang yang dicintai Allah kerana berjuang dalam agama-Nya.

Sentiasa ingat, tujuan hidup adalah mati…
Setiap amal yang dilakukan ketika hidup akan mempengaruhi kehidupan kita setelah mati,
Kita yang memilih untuk ke mana…syurga atau neraka, dekat dengan Allah atau jauh dari Allah…
Jadi pilihlah untuk tidak berputus asa dengan Rahmat Allah, jadikanlah musibah ujian itu satu Rahmat dengan bersabar…
Semoga dengan itu kita tergolong dalam golongan yang dicintai oleh Allah…dan dengan itu kita sedang berada dalam Rahmat dan nikmat ujian…