Wednesday, March 24, 2010

Perkongsian tentang makhluk halus




Faktor-faktor kemasukan jin
·         Jin jatuh cinta kepada manusia
·         Kelaziman jin yang sentiasa mencari pasal dan menggangu manusia
·         Sikap jin yang dengki dan hasat dengan kelebihan manusia berbanding dirinya.
·         Kezaliman manusia kepada jin, misalnya menyiram air panas daripada tempat tinggi yang memudaratkan jin.
·         Sikap manusia yang bermulur lancang yang mengguris perasaan jin
·         Keadaan manusia yang memudahkan jin masuk
o   Terlalu marah
o   Terlalu takut
o   Nafsu syahwat yang tinggi
o   Lalai dari mengingat Allah

·         Manusia yang taat pada Agama
Cara untuk mengetahui kewujudan makhluk di dalam tubuh seseorang
Gejala semasa tidur
·         Susah tidur malam
·         Sering terjaga waktu malam dalam keadaan yang cemas dan takut
·         Mimpi buruk yang dikenali “kabus” seperti mimpi melihat sesuatu yang mengamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa yang mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan “kena tindih”
·         Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan
·         Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta. Ular,serigala, tikus dan sebagainya. Kalau mimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telahpun masuk ke dalam jasadnya.
·         Bunyi gigi berlaga semasa tidur
·         Ketawa, menangis, menjerit ketika tidur
·         Mimpi jatuh dari tempat tinggi
·         Mimpi berada di kawasan kotoran atau  perkuburan
·         Mimpi berada di tempat sunyi
·         Mimpi terserempak atau melihat makhluk yang aneh
·         Mimpi melihat hantu
·         Mimpi melihat budak kecil.berjaga-jaga kalau bermimpi budak kecil yang menyusu dengan kita dan kita sayangkannya terumatanya wanita
·         Mimpi melihat salib atau gereja
·         Mimpi bertemu paderi
·         Merintis dan menangis ketika tidur
·         Mimpi diancam benda tajam
Gejala ketika jaga
·         Selalu pening, peramal moden tak dapat kesan penyakit
·         Lalai dari ingat Allah
·         Hilang ingatan, boleh jadi gila..dalam bahasa Arab gila “majnun”-makna:dijinkan
·         rasa sakit di anggota badan:doctor tak dapat pastikan penyakit.
·         Lenguh-lenguh sendi-sendi utama
·         Ketumbuhan yang sukar diubati
·         Terasa seolah-olah ada sesuatu di bawah tapak kaki, sepeti terpijak batu atau telur.
·         Mudah panic apabila berhadapan dengan ujian
·         Jiwa lemah dan tiada motivasi meneruskan kehidupan
·         Sentiasa mengantuk dalam majlis ilmu
·         Mudah marah
·         Emosional dan terlalu sensitive.
Kaedah mengelak dari jin
·         Istiqamah dalam zikir
·         Menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan
·         Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke tempat gelap
·         Jangan menyakiti binatang tanpa sebab terutaman anjing dan kucing
·         Wuduk sebelum tidur dan baca doa
·         Jangan buang air di merata tempat terumatanya di lubang-lubang
·         Jangan bunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk ke dalam rumah.


Tuesday, March 23, 2010

Tuhanku-rupanya itu yang dikatakan bahagia..



Satu demi satu persoalan demi persoalan menerpa hati…
Bait-bait doa terus ku pinta…hanya Dia yang lebih mengerti akan perasaan hati..
Yang lebih memahami apa yang terkandung dalam jiwa..
Tidak ada satu pun yang terlepas dari pandanganya..
 Firman Allah,
“sungguh Dia (Allah) Maha Mengetahui segala isi hati”
Kerana, Dialah penciptaku…

Lidah yang sering kelu untuk meluahkan…
Sedang hati masih menuntut redha…
Manusia hanya mampu mendengar…
Kelemahan mereka kadang memungkinkan mereka tidak mampu benar-benar memahami
Namun Tuhanku Maha Mengetahui…
Ia bahkan tahu apa yang tersirat di dalam hati…

Dan kini, Dia telah menjawab persoalanku kini, tentang hidup dan erti…serta memberi ketenangan yang hakiki, mengajar sabar untuk terus berdiri..mengajar redha untuk terus memberi..setiap hari Dia mengajarku tentang erti hidup…benar..Dia sentiasa bersama kita selagi hati kita masih mengingat-Nya..
 Bahagia…apa ertinya tanpa Rahmat Allah..dengan apa orang menilai bahagia?
Jika dengan harta, tidak bahagialah orang yang miskin
Jika dengan pangkat, tidak bahagialah orang yang tak berpangkat..
Keluarga..jika begitu tidak bahagialah juga orang yang sebatang kara…
Sedang Allah itu Maha Adil…
Bahagia itu di jiwa…ia perasaan yang mampu dimiliki oleh setiap orang dengan syarat apabila ia merasa redha dengan setiap ketentuan Tuhannya..
Maka jika begitu, aku mampu bahagia…dengan menyukuri nikmat….

Ya Allah, dekatnya Engkau denganku..
Tetapi jauhnya aku dari-Mu
Aku berlindung dari segala permintaan yang buruk bagiku..
Kerana aku tidak mengetahui, yang mana yang baik dan yang mana yang buruk bagiku…
Maka aku serahkan nasibku pada-Mu..maka pertahankanlah aku, peliharalah hatiku..
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui Yang Terbaik..
Wahai Tuhan, pimpin hati ini kearah Jalan yang lurus…dalam susah dan senang..
Jika ujian ini untuk menguji aku..betapa aku percaya pada takdirmu…maka aku akan belajar untuk redha..sabar..
Tingkatkanlah imanku sebesar ujian..
Gantikanlah peritnya dugaan dengan kenikmatan iman, keindahan taqwa dan rasa dekat dengan-Mu..
“nikmat” adalah ujian..ia sekadar pinjaman…
Firman Allah,
“ Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”
By An-nur Furqan: 14 Mac 2010
-love is a verb-

Monday, March 22, 2010

keadaan Yang Semakin tenang

Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah ayng dah berikan kemudahan untuk mengharungi minggu-minggu yang mencabar dengan assigment...

firman Allah,
"dan selepas susah ada senang"

huu..akhirnya habis jugak KPT,TSR dan projek fisiologi dan ekologi sedang dalam fasa nak dibentang..semua data dah diambil...field trip pun semua dah selesai..dan sekarang nieh sangat lah rasa lapang...walaupun pada hakikatnya tak la lapang sangat..bila kita dah biasa sangat sibuk, sibuk yang sikit-sikt dah macam tak da papa jer..

betul cakap bijak pandai, orang yang menghargai masa dan kelapangan adalah orang yang sibuk

sebab dia biasa sibuk jadi rasa amat berharga kelapangan yang sedikit...

kita sentiasa teruji dengan masa..saat..jam..hari..tahun berlalu dalam kesibukan mengejar skor yang baik, pangkat yang tinggi, kerja yang tetap, kehormatan, kebahagiaan...namun apa-apapun harapnya...seiring dengan masa..bukan kualati hidup dari segi material yang bertambah, namun rohani juga bertambah..

hidup adalah ibadah, jika kita sentiasa menjadikan setiap perbuatan itu baik dan diniatkan kerana Allah...bukan solat sahaja ibadah..kerja, belajar, mandi, makan juga adalah ibadah..cuma bezanya ada ibadah yang wajib adan yang sunat ada yang harus...

firman Allah.
"demi masa, sesunnguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran"

"jika kita mengejar dunia, akhirat akan meninggalkan kita, dan jika kita mengejar akhirat, dunia akan mengikuti kita"


kita dibezakan dengan keikhlasan

apa erti ikhlas?
ikhlas dalam bahasa mudahnya ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan...apakah indikator yang memastikan tinggi atau rendah keikhlasan seseorang?


adakah ilmu atau amal yang tampak?
mungkin ya dan mungkin itdak....ikhlas itu sukar diramal, sentiasa berbolak balik...kita sendiri lebih faham akan diri kita sendiri..kadang-kandang kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, tapi di pertengahan hampir tidak ikhlas..kita mengharapkan balasan, pujian. dan sebagainya...

pernah dikatakan bahawa

"keikhlasan itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap."

ini menandakan betapa susah untuk menilai  keikhlasan..

namun yang penting disini, kita masing-masing lebih tahu akan diri masing-masing, lebih faham sedikit sebanyak..kita mampu mengawal diri kita untuk ikhlas..jika kita merasa ada hasutan-hasutan hati yang mengajak kita untuk sombong, maka cepat-cepatlah beristifar kepada Allah. Mohonlah perlindungan dari hasutan Syaitan dan lindungi diri kita dari kejahatan diri kita sendiri...

sentiasalah kita berusaha untuk menjaga hati untuk sentiasa ikhlas dan berdoa untuk mendapatkan hati yang bersih oleh Allaj. ingat selalu bahawa keburukan hati akan mengundang kemurkaan Allah dan menghapuskan amalan yang dilakukan

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.
Umar pernah berkata kepada Mu'adh Bin Jabal yang sedang menangis: "kenapakah engkau menangis?" jawabnya: "kerana ada hadis Rasulullah yang aku dengar menyatakan bahawa

"sedikit riyai itu adalah syirik"

harith al Muhasavi berkata,
"ikhlas itu ialah engkau taat kepada Allah dan tidak memerlukan yang lainnya

insyaAllah semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah

"hanya segala amal itu dengan niat, dan hanya bagi tiap-tiap orang apa yang diniatkannya"-hadis
by An-nur Furqan:0051:ilham dari Nazbella..23 Mac 2010

Sunday, March 14, 2010

Kasih dan cinta si Lotong…



Baru kemarin  pergi melawat ke taman alam kuala Selangor untuk memerhatikan gelagat-gelagat dari Lotong. Lotong kelabu atau silvered Leaf-monkey juga nama saintifik trachypilthecus cristatus adalah sejenis haiwan mamalia yang berwarna kelabu gelap sesuai dengan namanya. Haiwan ini adalah haiwan pemakan daun dengan ekor yang panjang serta melahir dan menjaga anaknya.
         Sebagai tugasan field trip ke -3 semua kumpulan diberi tugasan untuk “observe” dan “write” kelakukan – kelakuan yang  ditunjukkan oleh mamalia ini. Kelakuan yang paling biasa ( pada waktu petang) ialah berehat dengan memeluk pokok, mencari kutu , melompat, menggaru dan makan daun dan sebagainya lagi. Sebelum aktiviti kami diminta membezakan antara lotong dan kera. Secara jelas, lotong dan  kera dapat dibezakan dengan mudah dengan melihat warna badannya. Lotong berwarna kelabu manakala kera berwarna coklat. Sebenarnya sifat sebenar lotong ialah pemalu dan secara semula jadi susah untuk berinteraksi dengan manusia. Namun , kelakuan ini sudah tidak terdapat pada lotong disini kerana ia sudah beradaptasi dengan manusia. Disini terdapat pengungjung yang memberi makanan kepada lotong-lotong terbabit.
         Yang menarik perhatian saya sebenarnya ialah betapa tingginya nilai kasih sayang antara lotong betina dan anaknya. Lotong-lotong ini akan membawa anaknya kemana sahaja. Anak lotong dapat dibezakan dengan lotong dewasa dengan melihat warnanya yang berwarna coklat.. kelakuan lotong yang bergitu prihatin kepada anaknya mengingatkan saya kepada pembacaan saya sebelum ini iaitu…
          Haiwan juga mempunyai “consciousness” . namun begitu “level” consciousness haiwan ini tidaklah setinggi manusia. Allah memberikan ilham ini kepada binatang ini supaya dia dapat mencari makanan apabila lapar..tidur apabila mengantuk dan sebagainya..namun begitu level consciousness manusia adalah lebih tinggi kerana manusia dikurniakan akal
“sesungguhnya manusia itu adalah sebaik-baik ciptaan”
Kita manusia adalah sebaik-baik ciptaan, namun begitu adakah kita benar-benar bertindak sebagai makluk yang terbaik?
Berapa ramai ibu dan bapa kita yang begitu prihatin dengan anaknya seperti lotong?
Berapa ramai ibu dan ayah yang biasa memeluk dan mencium anak-anak mereka sebagai tanda sayang….???
         Yang keduanya. Tentang cinta..adapun cinta yang hanya bersandarkan hawa nafsu itu  adalah cinta yang Allah anugerahkan juga kepada binatang…cinta manusia tanpa disertai dengan cinta kepada Allah adalah cinta kelas kedua dan cinta sejati adalah cinta yang disertai dengan cinta Allah.
         Dan cinta sepatutnya tidaklah datang bersendirian, namun ia datang dengan tanggungjawab…tanggungjawab untuk memelihara syariat.
Cinta adalah ibadah dengan berpandukan syariat dan adalah padah jika tidak mengikuti syariat…
Jadi marilah kita fikirkan dimana tahap cinta kita?????

“Allah menganugerahkan sifat ibu (yang mempunyai sifat cinta dan kasih kepada anaknya) kepada semua ibu tidak kira binatang mahupun manusia.  Itu adalah fitrah yang wujud secara semula jadi. Namun fitrah sahaja tidak cukup…fitrah itu mestilah disuburkan dengan iman, disalurkan dengan islam dan digemburkan dengan ihsan…kasih sayang semula jadi ibu dan anak mesti didasarkan kepada Allah.”- (dari pembacaan satu rasa dua hati: pahrol juoi)

Fitrah Vs iman ???
Kenapa ibu lotong lebih baik dari sesetengah ibu kita?
Kenapa ibu orang bukan islam lebih baik dari sesetengah ibu kita..sedangkan lotong dan orang bukan islam tidak mempunyai iman??????

kerana mereka menggunakan sebaik-baiknya fitrah yang diberikan oleh Allah untuk cinta dan sayangkan anak-anak mereka..namun kita orang islam sendiri mengabaikan langsung fitrah..anak-anak hasil dari zina dibuang di tandas-tandas…anak –anak dibesarkan tanpa berpandukan syariat???? WAJARKAH INI DILAKUKAN OLEH SEBAIK-BAIK CIPTAAN, DAN SEBAIK-BAIK UMAT????                  
“sama –sama kita fikirkan antara kita dan lotong…yang mana paling mempunyai cinta dan kasih sayang”

Firman Allah,
“dan patutkah kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat penciptaan itu”
         Al mukminun: 115




oleh An-nur Furqan: 14/3/2010 still in the field trip..

“Let we choose to be a muslim”



 A      :  B  let us choose to be muslim…
B        : what do you means by choose to be muslim? I am already a muslim..
A       :  how can you define yourself as a muslim?
B        :  why you ask me like that, you already know that both of my parent are muslim, my identitiy card also state that I am a muslim
A       :so, by that you define yourself as a muslim…
B        : yeah, by what? If not by that?
A       : do we a muslim if we are not done our role as a muslim?
B        : ??? what do you mean,  I think I am a muslim..
A       : do teachers is really a teacher if he/she does not teach her student, do the doctor be called the doctor, if he does not treat the patient, do the soldier is a soldier is he does not protect the country….i means why actually we class this types of person as a soldier, doctor, teachers and so on… if not by their role them taking in our society..
B        :  yeah,  I understand that..then…??
A       : so secondly i would like to ask you again..do we really a muslim if we does taking role as muslim?
B        : maybe we are muslim, but not the true one
A       : Yeah you a right, true muslim is one that fear Allah although he cannot see Him, do whatever just because to get Allah love, he do what Allah tell him to do and did not do what Allah does not like us to do..
B        : so that muslim that not done all those thing like prayer, fasting, done zakah ad so on is not   a true muslim, but why earlier you said to me let us to be muslim?
A       : let us to choose to be muslim means that let us choose to be the true muslim that taking the role as a muslim, that done what Allah tells us to do…do not just take islam for granted, we must let islam be our ways of life, appreciate islam…
B        : so know I can understand  maybe  lot of  us now a muslim, but not all the muslim choose to be a muslim
A       : Alhamdulillah…..
B        :  now, I want to choose to be a muslim..
A       : me too..
A and B        : let us choose to be a muslim, that true muslim, that always obey Allah although we cannot see Him…

Firman Allah
“wahai orang-orang yang beriman! masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu”
Al-baqarah: 208

Written by An-nur Furqan, finish by 13/3/2010 in the ways to kuala Selangor..Thanks Allah..

Friday, March 12, 2010

Antara yang lebih cinta antara kita…




Antara yang lebih cinta antara kita…
Mengambil contoh definisi cinta memalui pembacaan ketika cinta bertasbih, cinta adalah
cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang menjadi untung
mengubah sedih jadi riang
mengubah setan menjadi nabi
mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat
mengubah bakhil menjadi dermawan
mengubah kandang menjadi taman
mengubah penjara menjadi istana
mengubah amarah menjadi ramah
mengubah musibah jadi hibbah


sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun dengan cinta ku datang
aku jadi malu pada keterangan ku sendiri
meskipun lidah ku telah mampu menghuraikan
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih kental
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
dalam menghuraikan cinta akal terbaring tidak terdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta
dan percintaannya
suka dengan kata-kata yang diungkapkan oleh pahrol juoi dalam bukunya satu rasa dua hati dalam tajuk cinta sejati..bahwa
“yang lebih cinta antara kita adalah yang lebih cinta kepada Allah...”
cinta disini tidaklah termaktub hanya pada cinta manusia..lelaki-wanita..tetapi juga antara ibu dan ayah..
juga antara sahabat-sahabat..serta hubungan yang lain
kerana telah dikatakan dalam satu hadis bahawa
“tidak sempurna iman kamu selagi mana kamu tidak mencintai saudara kamu seb agaimana kamu mencintai diri kamu sendiri”
Jadi jelaslah, orang yang paling beriman antara kita, adalah orang yang paling tinggi nilai kasih dan sayangnya...dan paling cinta kepada Allah...
Dan apa arti cinta kepada Allah?
Melaksanakan yang wajib?
Menginggalkan yang haram?
Itu baru tanggungjawab.....
Selain itu kita mestilah
melakukan yang sunat,
Dan meninggalkan yang makruh....

 

Tips bagaimana mendapatkan hati yang cinta kepada Allah
·         Membaca al-quran dan memahaminya dengan baik
·         Membanyakkan melakukan solat sunat
·         Berzikir
·         Mengutamakan kehendak Allah apabila berlawanan dengan kahendak diri
·         Faham dalam hati sifat-sifat Allah
·         Memperhatikan kurnia yang Allah beri
·         Menundukkan hati kepada Allah
·         Menyendiri di waktu malam dan membaca al-Quran ketika orang lain tidur
·         Bergaul dan mengambil hikmah dari orang-orang yang saleh.
·         Menjauhkan diri dari sebab yang menjauhkan kita dari Allah.


Jadi tips untuk cinta dan sayang kan manusia ialah—cinta pada Allah...semoga kita digolongkan dalam golongan yang sentiasa mendapat cinta Allah dan redha makhuk..amennnnnnnn....