Subhanallah, rasa tenang hati bila dengar lagu nieh berkali-kali.
"Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah,Ya Allah.Ya Allah!Dengan perantaraan kaum yang mulia,cahaya hidayah,dengan perantaraan amalan kebaikan mereka,kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu,ya Allah"
Fadhilatnya:Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.
Saturday, March 27, 2010
Thursday, March 25, 2010
Perihal orang-orang yang alim
Ulama Vs Alim
firman Allah dalam surah Al-Fathir, 38
"Hanya yang takut kepada Allah adalah ulama"
ulama: orang yang berpengetahuan dalam bidang-bidang tertentu dan jika dirujuk dalam kamus dewan ialah pakar dalam pengethuan islam
manakala alim menurut Hasan Al-Basri ialah
"orang alim ialah dia yang takutkan Allah walaupun dia tidak melihat Allah, dan disamping itu dia menyukai apa yang disukai oleh Allah"
jadi apa hubungannya ulama dan alim?
ibn kathir,
"sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah ialah golongan ulama yang arifin kerana setiap kali ilmu mereka tentang Allah bertambah, perasaan takut mereka kepada Allah juga bertambah"
jadi ulama dan alim itu mempunyai hubungan yang langsung...
seseorang itu alim selagi dia takut untuk melanggar perintah Allah...apalah gunanya ilmu yang banyak yang ada pada ulama jika ilmu itu tidak dapat menghalangnya daripada melaksanakan amal makruh nahi mungkar..
melihat tentang isu semasa yang melanda ahli agama...fitnah yang terjadi seperti ahli agama yang terlibat dalam zina..dan sebagainya lagi..saya melihat mungkin faktor inilah yang menyebabkan masyarakat semakin hilang percaya kepada golongan agama..atau pendakwah
bagi saya, sebagai pendakwah mungkin sebahagian daripada kita terlalu leka..kita menimba banyak ilmu sehari ke sehari, menambahkan pengaruh dakwah kita ...menggunakan masa-masa kita tanpa mengira penat dan lelah..namun kadang kita lupa
mungkin tidak semua, atau mungkin saya merujuk kepada iman saya sendiri yang lemah ...
kita mungkin TAK SEDAR yang mungkin kebaikan yang kita sangka menjadi bekalan ke syurga rupanya asbab yang membawa kita ke neraka...dan kehancuran...NAMUN BAGAIMANA?????
kita mungkin lupa musuh kita yang paling utama (syaitan) tidak pernah berdiam diri untuk menghasut kita..jika tidak boleh dengan menyuruh kita untuk melakukan zina, mencuri dan sebagainya..dia rupanya lebih bijak menghasut kita dalam kerja baik yang kita lakukan..
dia menghasut kita untuk ria, ujub dan takbur akan ilmu agama kita, dengan kebaikan kita, dengan pandangan baik masyarakat tentang kita..lalu kita pun lalai..dan secara kita tak sedar mungkin , kita lebih menghampiri syaitan dan jauh dari Allah jika kita menuruti hasutan ini...maka lama kelamaan dengan iman yang semakin jauh dari Allah dek kerana hati yang tidak ikhlas dalam amalan..maka munculah hasutan dari syaitan yang menuruh kita bermaksiat ketika orang lain tidak nampak dan melakukan maksiat besar seperti zina dan sebagainya....pada peringkat ini hasutan sebegini mulai senang kerana hati yang dulunya kukuh berpengang pada Agama Allah kini sudah rapuh....maka mudah terjebak dengan maksiat..nauzubillah..
oleh itu bagi saya, saya tidak suka jika masyarakat berpendapat bahawa "jika pendakwah sendiri melakukan maksiat, mererak tambahan lagi yang kurang ilmu dan iman boleh melakukan maksiat"
janganlah kita saling menyalahkan, pendakwah juga tidaklah bagus menghina orang-orang yang tidak mahu menerima dakwah mereka.sebaliknya mereka harus cermin akan diri..sama ada mereka telah menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan mengubah strategi dakwah akan releven dengan keadaan semasa..
dan masyarakat harus faham, pendakwah juga adalah manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan..mereka juga ada nafsu dan sering digoda syaitan...
"apabila ilmu mampu membimbing iman agar memelihara nafsu maka manusia adalah alim dan jika sebaliknya mereka adalah manusia biasa yang bisa melakukan kesalahan...."
jadi setiap kita haruslah berhati-hati dengan syaitan yang sentiasa menghasut kita untuk benci membenci antara satu sama lain
yang pendakwah benci orang biasa, kerana tak terima dakwah, yang orang biasa benci pendakwah, katanya cakap tak serupa bikin...sebenarnya terimalah hakikat masing-masing manusia..dan bukan sahaja manusia..masing-masing manusia memikul tanggugjawab khalifah...menjadi yang terbaik dan menaikkan syiar islam...sekian
| (by An-nur Furqan:25 MAC 2010) | 12:49pm-ilham dari bacaan tip cemerlang dari Al-Quran:Dr Danial) |
Wednesday, March 24, 2010
Perkongsian tentang makhluk halus
Faktor-faktor kemasukan jin
· Jin jatuh cinta kepada manusia
· Kelaziman jin yang sentiasa mencari pasal dan menggangu manusia
· Sikap jin yang dengki dan hasat dengan kelebihan manusia berbanding dirinya.
· Kezaliman manusia kepada jin, misalnya menyiram air panas daripada tempat tinggi yang memudaratkan jin.
· Sikap manusia yang bermulur lancang yang mengguris perasaan jin
· Keadaan manusia yang memudahkan jin masuk
o Terlalu marah
o Terlalu takut
o Nafsu syahwat yang tinggi
o Lalai dari mengingat Allah
· Manusia yang taat pada Agama
Cara untuk mengetahui kewujudan makhluk di dalam tubuh seseorang
Gejala semasa tidur
· Susah tidur malam
· Sering terjaga waktu malam dalam keadaan yang cemas dan takut
· Mimpi buruk yang dikenali “kabus” seperti mimpi melihat sesuatu yang mengamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa yang mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan “kena tindih”
· Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan
· Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta. Ular,serigala, tikus dan sebagainya. Kalau mimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telahpun masuk ke dalam jasadnya.
· Bunyi gigi berlaga semasa tidur
· Ketawa, menangis, menjerit ketika tidur
· Mimpi jatuh dari tempat tinggi
· Mimpi berada di kawasan kotoran atau perkuburan
· Mimpi berada di tempat sunyi
· Mimpi terserempak atau melihat makhluk yang aneh
· Mimpi melihat hantu
· Mimpi melihat budak kecil.berjaga-jaga kalau bermimpi budak kecil yang menyusu dengan kita dan kita sayangkannya terumatanya wanita
· Mimpi melihat salib atau gereja
· Mimpi bertemu paderi
· Merintis dan menangis ketika tidur
· Mimpi diancam benda tajam
Gejala ketika jaga
· Selalu pening, peramal moden tak dapat kesan penyakit
· Lalai dari ingat Allah
· Hilang ingatan, boleh jadi gila..dalam bahasa Arab gila “majnun”-makna:dijinkan
· rasa sakit di anggota badan:doctor tak dapat pastikan penyakit.
· Lenguh-lenguh sendi-sendi utama
· Ketumbuhan yang sukar diubati
· Terasa seolah-olah ada sesuatu di bawah tapak kaki, sepeti terpijak batu atau telur.
· Mudah panic apabila berhadapan dengan ujian
· Jiwa lemah dan tiada motivasi meneruskan kehidupan
· Sentiasa mengantuk dalam majlis ilmu
· Mudah marah
· Emosional dan terlalu sensitive.
Kaedah mengelak dari jin
· Istiqamah dalam zikir
· Menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan
· Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke tempat gelap
· Jangan menyakiti binatang tanpa sebab terutaman anjing dan kucing
· Wuduk sebelum tidur dan baca doa
· Jangan buang air di merata tempat terumatanya di lubang-lubang
· Jangan bunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk ke dalam rumah.
Tuesday, March 23, 2010
Tuhanku-rupanya itu yang dikatakan bahagia..
Satu demi satu persoalan demi persoalan menerpa hati…
Bait-bait doa terus ku pinta…hanya Dia yang lebih mengerti akan perasaan hati..
Yang lebih memahami apa yang terkandung dalam jiwa..
Tidak ada satu pun yang terlepas dari pandanganya..
Firman Allah,
“sungguh Dia (Allah) Maha Mengetahui segala isi hati”
Kerana, Dialah penciptaku…
Lidah yang sering kelu untuk meluahkan…
Sedang hati masih menuntut redha…
Manusia hanya mampu mendengar…
Kelemahan mereka kadang memungkinkan mereka tidak mampu benar-benar memahami
Namun Tuhanku Maha Mengetahui…
Ia bahkan tahu apa yang tersirat di dalam hati…
Dan kini, Dia telah menjawab persoalanku kini, tentang hidup dan erti…serta memberi ketenangan yang hakiki, mengajar sabar untuk terus berdiri..mengajar redha untuk terus memberi..setiap hari Dia mengajarku tentang erti hidup…benar..Dia sentiasa bersama kita selagi hati kita masih mengingat-Nya..
Bahagia…apa ertinya tanpa Rahmat Allah..dengan apa orang menilai bahagia?
Jika dengan harta, tidak bahagialah orang yang miskin
Jika dengan pangkat, tidak bahagialah orang yang tak berpangkat..
Keluarga..jika begitu tidak bahagialah juga orang yang sebatang kara…
Sedang Allah itu Maha Adil…
Bahagia itu di jiwa…ia perasaan yang mampu dimiliki oleh setiap orang dengan syarat apabila ia merasa redha dengan setiap ketentuan Tuhannya..
Maka jika begitu, aku mampu bahagia…dengan menyukuri nikmat….
Ya Allah, dekatnya Engkau denganku..
Tetapi jauhnya aku dari-Mu
Aku berlindung dari segala permintaan yang buruk bagiku..
Kerana aku tidak mengetahui, yang mana yang baik dan yang mana yang buruk bagiku…
Maka aku serahkan nasibku pada-Mu..maka pertahankanlah aku, peliharalah hatiku..
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui Yang Terbaik..
Wahai Tuhan, pimpin hati ini kearah Jalan yang lurus…dalam susah dan senang..
Jika ujian ini untuk menguji aku..betapa aku percaya pada takdirmu…maka aku akan belajar untuk redha..sabar..
Tingkatkanlah imanku sebesar ujian..
Gantikanlah peritnya dugaan dengan kenikmatan iman, keindahan taqwa dan rasa dekat dengan-Mu..
“nikmat” adalah ujian..ia sekadar pinjaman…
Firman Allah,
“ Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”
By An-nur Furqan: 14 Mac 2010
-love is a verb-
Monday, March 22, 2010
keadaan Yang Semakin tenang
Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah ayng dah berikan kemudahan untuk mengharungi minggu-minggu yang mencabar dengan assigment...
firman Allah,
huu..akhirnya habis jugak KPT,TSR dan projek fisiologi dan ekologi sedang dalam fasa nak dibentang..semua data dah diambil...field trip pun semua dah selesai..dan sekarang nieh sangat lah rasa lapang...walaupun pada hakikatnya tak la lapang sangat..bila kita dah biasa sangat sibuk, sibuk yang sikit-sikt dah macam tak da papa jer..
betul cakap bijak pandai, orang yang menghargai masa dan kelapangan adalah orang yang sibuk
sebab dia biasa sibuk jadi rasa amat berharga kelapangan yang sedikit...
kita sentiasa teruji dengan masa..saat..jam..hari..tahun berlalu dalam kesibukan mengejar skor yang baik, pangkat yang tinggi, kerja yang tetap, kehormatan, kebahagiaan...namun apa-apapun harapnya...seiring dengan masa..bukan kualati hidup dari segi material yang bertambah, namun rohani juga bertambah..
hidup adalah ibadah, jika kita sentiasa menjadikan setiap perbuatan itu baik dan diniatkan kerana Allah...bukan solat sahaja ibadah..kerja, belajar, mandi, makan juga adalah ibadah..cuma bezanya ada ibadah yang wajib adan yang sunat ada yang harus...
firman Allah.
firman Allah,
"dan selepas susah ada senang"
huu..akhirnya habis jugak KPT,TSR dan projek fisiologi dan ekologi sedang dalam fasa nak dibentang..semua data dah diambil...field trip pun semua dah selesai..dan sekarang nieh sangat lah rasa lapang...walaupun pada hakikatnya tak la lapang sangat..bila kita dah biasa sangat sibuk, sibuk yang sikit-sikt dah macam tak da papa jer..
betul cakap bijak pandai, orang yang menghargai masa dan kelapangan adalah orang yang sibuk
sebab dia biasa sibuk jadi rasa amat berharga kelapangan yang sedikit...
kita sentiasa teruji dengan masa..saat..jam..hari..tahun berlalu dalam kesibukan mengejar skor yang baik, pangkat yang tinggi, kerja yang tetap, kehormatan, kebahagiaan...namun apa-apapun harapnya...seiring dengan masa..bukan kualati hidup dari segi material yang bertambah, namun rohani juga bertambah..
hidup adalah ibadah, jika kita sentiasa menjadikan setiap perbuatan itu baik dan diniatkan kerana Allah...bukan solat sahaja ibadah..kerja, belajar, mandi, makan juga adalah ibadah..cuma bezanya ada ibadah yang wajib adan yang sunat ada yang harus...
firman Allah.
"demi masa, sesunnguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran"
"jika kita mengejar dunia, akhirat akan meninggalkan kita, dan jika kita mengejar akhirat, dunia akan mengikuti kita"
kita dibezakan dengan keikhlasan
apa erti ikhlas?
ikhlas dalam bahasa mudahnya ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan...apakah indikator yang memastikan tinggi atau rendah keikhlasan seseorang?
adakah ilmu atau amal yang tampak?
mungkin ya dan mungkin itdak....ikhlas itu sukar diramal, sentiasa berbolak balik...kita sendiri lebih faham akan diri kita sendiri..kadang-kandang kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, tapi di pertengahan hampir tidak ikhlas..kita mengharapkan balasan, pujian. dan sebagainya...
pernah dikatakan bahawa
"keikhlasan itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap."
ini menandakan betapa susah untuk menilai keikhlasan..
namun yang penting disini, kita masing-masing lebih tahu akan diri masing-masing, lebih faham sedikit sebanyak..kita mampu mengawal diri kita untuk ikhlas..jika kita merasa ada hasutan-hasutan hati yang mengajak kita untuk sombong, maka cepat-cepatlah beristifar kepada Allah. Mohonlah perlindungan dari hasutan Syaitan dan lindungi diri kita dari kejahatan diri kita sendiri...
sentiasalah kita berusaha untuk menjaga hati untuk sentiasa ikhlas dan berdoa untuk mendapatkan hati yang bersih oleh Allaj. ingat selalu bahawa keburukan hati akan mengundang kemurkaan Allah dan menghapuskan amalan yang dilakukan
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.
Umar pernah berkata kepada Mu'adh Bin Jabal yang sedang menangis: "kenapakah engkau menangis?" jawabnya: "kerana ada hadis Rasulullah yang aku dengar menyatakan bahawa
ikhlas dalam bahasa mudahnya ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan...apakah indikator yang memastikan tinggi atau rendah keikhlasan seseorang?
adakah ilmu atau amal yang tampak?
mungkin ya dan mungkin itdak....ikhlas itu sukar diramal, sentiasa berbolak balik...kita sendiri lebih faham akan diri kita sendiri..kadang-kandang kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, tapi di pertengahan hampir tidak ikhlas..kita mengharapkan balasan, pujian. dan sebagainya...
pernah dikatakan bahawa
"keikhlasan itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap."
ini menandakan betapa susah untuk menilai keikhlasan..
namun yang penting disini, kita masing-masing lebih tahu akan diri masing-masing, lebih faham sedikit sebanyak..kita mampu mengawal diri kita untuk ikhlas..jika kita merasa ada hasutan-hasutan hati yang mengajak kita untuk sombong, maka cepat-cepatlah beristifar kepada Allah. Mohonlah perlindungan dari hasutan Syaitan dan lindungi diri kita dari kejahatan diri kita sendiri...
sentiasalah kita berusaha untuk menjaga hati untuk sentiasa ikhlas dan berdoa untuk mendapatkan hati yang bersih oleh Allaj. ingat selalu bahawa keburukan hati akan mengundang kemurkaan Allah dan menghapuskan amalan yang dilakukan
Umar pernah berkata kepada Mu'adh Bin Jabal yang sedang menangis: "kenapakah engkau menangis?" jawabnya: "kerana ada hadis Rasulullah yang aku dengar menyatakan bahawa
"sedikit riyai itu adalah syirik"
harith al Muhasavi berkata,
"ikhlas itu ialah engkau taat kepada Allah dan tidak memerlukan yang lainnya
insyaAllah semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah
"hanya segala amal itu dengan niat, dan hanya bagi tiap-tiap orang apa yang diniatkannya"-hadis
by An-nur Furqan:0051:ilham dari Nazbella..23 Mac 2010
Sunday, March 14, 2010
Kasih dan cinta si Lotong…
Sebagai tugasan field trip ke -3 semua kumpulan diberi tugasan untuk “observe” dan “write” kelakukan – kelakuan yang ditunjukkan oleh mamalia ini. Kelakuan yang paling biasa ( pada waktu petang) ialah berehat dengan memeluk pokok, mencari kutu , melompat, menggaru dan makan daun dan sebagainya lagi. Sebelum aktiviti kami diminta membezakan antara lotong dan kera. Secara jelas, lotong dan kera dapat dibezakan dengan mudah dengan melihat warna badannya. Lotong berwarna kelabu manakala kera berwarna coklat. Sebenarnya sifat sebenar lotong ialah pemalu dan secara semula jadi susah untuk berinteraksi dengan manusia. Namun , kelakuan ini sudah tidak terdapat pada lotong disini kerana ia sudah beradaptasi dengan manusia. Disini terdapat pengungjung yang memberi makanan kepada lotong-lotong terbabit.
Yang menarik perhatian saya sebenarnya ialah betapa tingginya nilai kasih sayang antara lotong betina dan anaknya. Lotong-lotong ini akan membawa anaknya kemana sahaja. Anak lotong dapat dibezakan dengan lotong dewasa dengan melihat warnanya yang berwarna coklat.. kelakuan lotong yang bergitu prihatin kepada anaknya mengingatkan saya kepada pembacaan saya sebelum ini iaitu…
Haiwan juga mempunyai “consciousness” . namun begitu “level” consciousness haiwan ini tidaklah setinggi manusia. Allah memberikan ilham ini kepada binatang ini supaya dia dapat mencari makanan apabila lapar..tidur apabila mengantuk dan sebagainya..namun begitu level consciousness manusia adalah lebih tinggi kerana manusia dikurniakan akal
“sesungguhnya manusia itu adalah sebaik-baik ciptaan”
Kita manusia adalah sebaik-baik ciptaan, namun begitu adakah kita benar-benar bertindak sebagai makluk yang terbaik?
Berapa ramai ibu dan bapa kita yang begitu prihatin dengan anaknya seperti lotong?
Berapa ramai ibu dan ayah yang biasa memeluk dan mencium anak-anak mereka sebagai tanda sayang….???
Yang keduanya. Tentang cinta..adapun cinta yang hanya bersandarkan hawa nafsu itu adalah cinta yang Allah anugerahkan juga kepada binatang…cinta manusia tanpa disertai dengan cinta kepada Allah adalah cinta kelas kedua dan cinta sejati adalah cinta yang disertai dengan cinta Allah.
Dan cinta sepatutnya tidaklah datang bersendirian, namun ia datang dengan tanggungjawab…tanggungjawab untuk memelihara syariat.
Cinta adalah ibadah dengan berpandukan syariat dan adalah padah jika tidak mengikuti syariat…
Jadi marilah kita fikirkan dimana tahap cinta kita?????
“Allah menganugerahkan sifat ibu (yang mempunyai sifat cinta dan kasih kepada anaknya) kepada semua ibu tidak kira binatang mahupun manusia. Itu adalah fitrah yang wujud secara semula jadi. Namun fitrah sahaja tidak cukup…fitrah itu mestilah disuburkan dengan iman, disalurkan dengan islam dan digemburkan dengan ihsan…kasih sayang semula jadi ibu dan anak mesti didasarkan kepada Allah.”- (dari pembacaan satu rasa dua hati: pahrol juoi)
Fitrah Vs iman ???
Kenapa ibu lotong lebih baik dari sesetengah ibu kita?
Kenapa ibu orang bukan islam lebih baik dari sesetengah ibu kita..sedangkan lotong dan orang bukan islam tidak mempunyai iman??????
kerana mereka menggunakan sebaik-baiknya fitrah yang diberikan oleh Allah untuk cinta dan sayangkan anak-anak mereka..namun kita orang islam sendiri mengabaikan langsung fitrah..anak-anak hasil dari zina dibuang di tandas-tandas…anak –anak dibesarkan tanpa berpandukan syariat???? WAJARKAH INI DILAKUKAN OLEH SEBAIK-BAIK CIPTAAN, DAN SEBAIK-BAIK UMAT????
“sama –sama kita fikirkan antara kita dan lotong…yang mana paling mempunyai cinta dan kasih sayang”
Firman Allah,
“dan patutkah kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat penciptaan itu”
Al mukminun: 115
oleh An-nur Furqan: 14/3/2010 still in the field trip..
Subscribe to:
Posts (Atom)


