Saturday, April 17, 2010

senarai peserta dan Sesi Program Mari Mengajar


Maklumat mari mengajar
Maahad Taufiqiyah Behrang
Senarai peserta
Sesi satu ( 5 mei – 8 mei 2010)
1.   Aida izyani bt daud
2.   Nor Hamili Bt.Ibrahim
3.   Nor farahana Bt Adnan
4.   Nabila bt Nik Muhammad Naziman
5.   Nur Adhilah bt Mohamed
6.   Nur Hidayah Bt. Shaari
7.   Mohd Rafaie Bin Kusnin
8.   Wan Muhammad adam Abd halim
9.   Muhd Hadi Bin Ismail
Sesi 2 ( 8-11 julai)
1.   Fairuez Bt ramli
2.   Siti Munirah Alias
3.   Nadhirah Binti Nor Azmi
4.   Nor Haslawati Mohd Mokhlas
5.   Siti Rahimah Binti Othman
6.       Nor Syakirah Binti Osman
7.   Siti Rohana Saiman
Maahad Abbasiah Sungkai
Sesi Satu (4 mei-7 mei)
1.      Maslina Bt Ramli                                                      
2.      Noor Hakimah Abd Rahman
3.      Khalilah Abu Hassan
4.      Siti syamimi bt rosli
5.      Wardatu Aqilah Awang                                                        
6.      Nik Aziah Nik Mat                                        
7.      Ummu Aiman Abdullah
8.      Mohd Fauzie Bin Mansor
9.      Mohamad zulhusni bin wan chek
10.  Asmadi mohd zin
Sesi 2 (5 mei-7 mei)
1.      Suliha bt Abd Hamid
2.      Hamidaton salihah bt Abd Rahman
3.      Nor Fadhilah Ramli
4.      Nurul Nabisah Bt Hj Mohamed
5.      Siti Fatimah Nor Mokhtar
6.      Mastura
7.      Zarina
8.      Nor Liyana hafizah Bt. Saiful Bahri 
9.      Che Wan Kartika bt Che Wan Ahmad
10.  Hafiza hani Hasan
11.  Habsah Bt, Che Soh                                                  


Sesi 2 ( 8 -11 julai)
1.      Siti Maisarah Bt Yakat Ali
2.      Louisa wilhemina Pinto
3.      Siti Asmidar
4.      Fairuzee Bt Ramli
5.      Rabiatul adawiyah Bte Ramiah
6.      Nur Awatif Bt abd Rahman
7.      Tuan Nur Zamaniza Farina Tuan Alnan
8.      Lailatul Rahimah Idris
9.      Izzati bt Ibrahim
10.  Nur Pattin Hakima Binti Yahya
11.  Nur Farahaain Puteh
12.  Ummi Kalsum Azizan

Maahad Islah, Teluk Intan

Sesi 1 (8-11 julai 2010)
1.      Maslina Bt Ramli                               
2.      Ummu Aiman Bt. Abdullah
12.  Suliha bt Abd t Abd Hamid
13.  Hamidaton salihah bt Abd Rahman
14.  Nor Fadhilah Ramli
15.  Nurul Nabisah Bt Hj Mohamed  
16.  Mastura bt Ariffin
17.  Zarina Bt. Syakri
18.  Nur hidayah Binti Shaari
19.  Nor farahana Bt Adnan
20.  Aida izyani Bt Daud
21.  NorHamili Bt.Ibrahim
22.  Sakinah Bt Mamat
23.  Mohd Rafaie Bin kusnin
24.  Mar Chee Hong
25.  muhammad aiezad bin Asni
26.  Ahmad Jamalulldin Bin Ridzuan
27.  Raja Shahrul afandi Bin Raja Nik Mahmood
28.  Ahmad Ikhmal Bin Osman

 senarai nama beberapa AJK yang boleh dihubungi
Mohd Fauzie Bin Mansor        013-4029455
Noor Hakimah Abd Rahman    013-9728596
Nor Farahana Bt Adnan  013-4317511
Nur Hidayah Bt.Shaari 013-4541190
Lailatur Rahimah Idris 017-5542824

Thursday, April 15, 2010

Tidak ada erti putus asa-ini juga satu perjuangan




Setelah lepas saat-saat bergelumang dengan assignment, kerja-kerja persatuan, mini projek, lab, field trip dan lain- lain, sekarang dah beberapa hari masuk minggu study week…sangat takut sebab banyak lagi tak baca..sampai dah tak tentu arah nak study di rumah atau nak study di library..nak study  yang mana dulu…
Bila fikir-fikir balik, tak tentu arah nieh sebab nak kejar pointer sem lepas ker? Huhu niat dah tak betul..ingat lagi sem lepas, sibuk jugak sebelum minggu study week…rasanya siap masuk bulan puasa lagi..tapi kenapa boleh berjaya…sebab masa tu niat tu betul..belajar kerana Allah..masyaAllah masa dapat result..rasa sangat tak percaya dan teringat-ringat dalam fikiran..jika kita membantu agama Allah, Allah akan bantu kita dalam urusan kita..alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah mempermudahkan segalanya..dan sem nih harap dapat megubah hati untuk membetulkan niat kembali..segala apa yang aku buat kerana Allah..bukan kerana nak jadi bagus di kalangan manusia

Tak boleh putus asa sekarang sama seperti tak boleh putus asa uruskan persatuan, sama seperti nak uruskan hal-hal  lain dalam hidup. Kerana seorang muslim sememangnya perlu cekal
Firman Allah,
“Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang yang sesat”
Allah sentiasa bersama orang yang melakukan sesuatu kerana-Nya dan sentiasa mendengar doa
“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku itu dekat, Aku mengabulkan permintaan orang yang berdoa apabila ia berdoa”

Sebenarnya adalah jadi tanggungjawab kita juga bukan untuk diri kita sahaja, namun agama kita bahawa kita adalah seorang yang cemerlang dalam pelabagai bidang..dari segi jadi mahasiswa ni, kene la seimbang dari segi akademik, dari segi pengurusan, agama, pengetahuan am dan lain-lain..kita kena tunjukkan bahwa islam itu agama yang cemerlang.oleh itu orang-orang yang memperjuangkan agama mestilah berusaha menjadi cemerlang..satunya lagi sebab kita tak nak apa yang kita lakukan..sebagai contoh dakwah atau apa lagi menjadi fitnah kepada kita.bagaimana?...sebab dengan kerja-kerja –kerja dakwah kita telah melalaikan kita dari tujuan sebenar kita..ada juga lihat ada yang sanggup ponteng kelas, tak buat assigment...tambah lagi assigment by group, dan juga tak kisah dapat markah rendah..jadi pandangan masyarakat kita...tak da apa yang lebihnya dengan islam dan orang yang memperjuangkan islam itu sendiri..

So, apa-apa pun memang setiap orang tuh dah ditakdirkan untuk duduk di kedudukan tertentu..tak per la..janji kita dah berusaha..keputusannya kita tawakal...insyaAllah semoga setiap apa yang kita buat..walaupun orang tak nampak..Allah dah siap menilai...

Jadi..buat masa ini perjuangan yang utama adalah baca buku untuk exam..semoga berjaya buat diri dan kawan-kawan..aminn

Ya Allah jadikanlah kami orang yang sentiasa ikhlas dalam perjuangan dalam agama,
Jadikanlah kami orang yang sentiasa melihat setiap yang kami lakukan adalah satu asbab bagi mendekatkan diri kami kepada-Mu

Wednesday, April 14, 2010

Buat semalam yang telahpun berlalu, saat ini dan esok yang belum tentu

setiap waktu kadang jadi terlalu berfikir sama ada keputusan yang telahpun dibuat sebelum ini adalah keputusan yang tepat..

kadang-kadang terfikir alangkah lebih baik kalau kita dapat meramal masa depan, dengan itu kita dapat tahu apa akibat dari setiap keputusan yang kita dah ambil. andai perbuatan kita akan menyebabkan kesusahan pada orang lain, maka kita boleh memilih untuk tidak melakukannya..

tapi mungkain bagi Allah, keterbatasan ini lebih baik,
manusia bersifat lemah, mereka tidak tahu apa yang berlaku di kemudian hari agar mereka sentiasa berfikir apa yang terbaik, mempertimbnagkan kemungkinan dan berusaha semahu mungkin. namun manusia tidaklah dibiarkan begitu sahaja. mereka diberikan kitab dan akal bagi memandu setiap perbuatan mereka

dan firman Allah

Ali imran:138,

"inilah Al-quran, suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi PETUNJUK serta PELAJARAN bagi orang-orang yang bertakwa.

jadi untuk menentukan suatu perkara sama ada ia betul atau tidak. suatu perbuatan sama ada perlu atau tidak adalah berdasarkan apa yang telah Allah kata Ya dan apa yang Allah kata Tidak.

Ya Allah ,sesungguhnya Engkau telah berfirman bahawa tidak kau turunkan suatu cubaan yang tidak dapat kami pikul. Wahai Maha Penyayang, maka kami memohon kekuatan sekarang bagi menguatkan hati kami dan menyuluh setiap perbuatan kami agar ia menjadi baik

Ya Allah Kau ampunilah sikap kami yang berlebihan dalam setiap urusan kami

setiap kali kami salah, maka ampunilah kami Ya Allah, kerana Engkaulah Yang Maha Pengampun..
setiap kali kami merasa lemah, kuatkanlah iman kami agar kami mampu bangkit,
jadikanlah kami orang yang dicintai-Mu dengan menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan

kami serahkan segala urusan kami kepada-Mu wahai Yang Maha Mengetahui..

andai apa yang aku lakukan ini salah. maka jangalah Kau biarkan aku berputus asa untuk berusaha memperbaikinya...


subhanallah , semoga hari ini lebih baik dari semalam...amin

An-nur Furqan:0805am

Tuesday, April 13, 2010

Dari sudut apa kita melihat cinta



Dikejutkan dengan terlalu banyak berita-berita tentang kes pembuangan bayi dan berita-berita remaja –remaja yang masih terlalu muda yang menggugurkan janin yang dikandung mereka dengan alasan yang anak yang sedang dikandungnya itu adalah satu kesilapan
SATU KESILAPAN????
Anak yang dikandungkan sebagai satu KESILAPAN????
Patutkah kita menganggap anak yang merupakan satu anugerah Allah sebagai satu simbolik CINTA setiap pasangan sebagai satu kesilapan?
Kesilapan kerana ia bakal lahir dalam keadaan dimana ibu dan bapanya masih belum mempunyai ikatan yang sah..lahir untuk memalukan ibu bapanya? Membongkar dosa yang selama ini dilakukan oleh ibu dan bapanya…ibu dan bapa? Masih layakkah insan ini digelar ibu dan bapa..setelah mereka tegar membuang anaknya di dalam tong sampah..layakkah digelar lagi seorang ibu apabila ia pantas memakan pil 2 untuk membunuh janinnya..dan ia membalut janin tersebut dan melemparkan janin itu..yang dikandungkannya…ATAS DASAR KESILAPAN…kesilapan itu bukanlah kesilapan anakmu, bahkan kesilapan dirimu sendiri bersama pasangan yang kau anggap kau cinta saat itu…

Bertaubatlah insan…Allah yang Mengampuni..
Bagiku…
Cinta bukanlah nikmat sementara  namun ia bahkan nikmat selama-lamanya,
Cinta bukanlah cinta jika ia tidak mendekatkan kita dengan Allah,
Hakikatnya jika kita mengatakan saling mencintai, maka harus ada tanggungjawab untuk memelihara diri dan orang yang dicintai agar sentiasa dalam redha Allah,
Dari sudut mana kita menilai Cinta,maka kita masing-masing bertindak mengikut penilaian masing-masing,
Hiasilah kehidupan dengan CINTA,
Cinta pada Yang Esa, dan kepada Makhluk kerana Yang Esa
Ya Allah, Kau tunjukkanlah kepada kami yang benar itu tetap benar dan kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk melakukannya. Ya Allah kau tunjukkanlah kepada kami yang batil itu tetap batil dan jauhkanlah kami daripadanya..
Kurniakanlah bagi kami pasangan yang menjadi penyejuk hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang tertakwa…
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami cinta kepada-Mu dan jadikanlah cinta ini sebagai penyuluh setiap perbuatan kami, penentu setiap pilihan kami, penyejuk sanubari kami dan pembakar semangat kami…

Renungan kalam ilahi….akibat cinta bukan kerana Allah
Firman Allah adalah surah Al-baqarah: 165
“dan di antara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman. Sangat besar cintanya kepada Allah.sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab pada hari kiamat, bahwa setiap kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azab-Nya.nescaya mereka menyesal”
Dan cinta kerana Allah,
Firman Allah dalam surah At-tur:20-21
“mereka bersandar di atas dipan-dipan yang tersusun dan Kami berikan kepada mereka pasangan bidadari yang bermata indah.”
“dan orang-orang yang beriman, berserta anak cucunya yang beriman, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka di dalam syurga, dan kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal kebajikan mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya”

An-nur Furqan: selamat bercinta di dunia, selamat bertemu di syurga, cinta adalah tanggungjawab, cinta adalah ibadah…lihatlah Allah, pentingkanlah Allah…nilaikan cinta mengikut penilaian Allah, bukan penilaian manusia..semoga diri sendiri juga dipertunjukkan dan diberikan petunjukk oleh-Nya…
Sekadar perkongsian, insan yang lemah:
An-nur Furqan

Friday, April 9, 2010

symposium biologi-pra siswazah...

Alhamdulillah program nieh dah berlalu dan dah tamat pada hari isnin yang lalu..tak menang pun tapi alhamdulillah belajar sesuatu..insyaAllah sem depan nak buat yang terbaik dalam mini projek . 

aper-aperpun kenangan mengangkut air longkang dari longkang bitara sebayak dua kali, air longkang belakang library, dicampur dengan pengalaman menapis air longkang, amik bacaan BOD memang tak dapat dilupakan...dengan dah buat tertiba jer salah kira, dah buat lagik sekali salah teknik tapis pulak..dan lepas tuh dah tak larat nak ulang alik dari longkang bitara, kitorang sepakat ubah lokasi dekat dengan library...

tajuk mini projek symposium poster kami ialah " aquatic plant use in water treahment". dan daripada kajian kami mendapati yang tumbuhan akuatic mampu untuk merawat air..ini berdasarkan bacaan TSS dan BOD yang diambil pada hari ke 1,5 dan 10. sebenarnya tumbuhan akuatic memang boleh digunakan untuk merawat air, tetapi di Malaysia nieh tak banyak di "implementasikan". sebenarnya di putrajaya sendiri ada ditanam lebih kurang 11 million tumbuhan akuatik yang digunakan untuk merawat air...dan dalam projek BIOECODS USM juga ada menyenaraikan 6 spesis yang digunakan untuk merawat air.

dan terasa seronok dapat tahu tajuk mini projek jiran poster kami, plant in Al-Quran...penerangan dari asyraf:

"kami memilih surah mariam, kita tengok dalam surah mariam, ada disebut tentang buah kurma, jadi kenapa buah kurma, kisah dalam surah mariam menerangkan tentang mariam yang mengandung tanpa suami..dan dia mengasingkan diri dia di tempat yang jauh untuk melahirkan anaknya Isa.

firman Allah,
 
Maka dia (maryam) mengandung, lalu dia mengasingkan diri dengan kandungannya tiu ke tempat yang jauh

kemudian mariam merasa sakit hendak bersalin dan dia bersandar kepada satu pohon,

firman Allah,
"kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya bersandar pada pangkal pohon kurma, dia maryam berkata, "wahai, betapa baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi orang yang tidak diperhatikan dan dilupakan"

"maka jibril berseru kepadanya dari tempat yang rendah, "janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu"

"dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu"

"maka makanlah, minumlah dan bersenang hatilah engkau"

jadi daripada firman Allah diatas, ada yang patut kita persoalkan, yang pertama..

mengapa kurma?
mengapa selepas itu dikatakan kepada mariam bersenang hatilah?


sebenarnya di dalam buah kurma terkandung vitamin B-6 yang boleh mengurangkan tekanan..oleh itu Allah memberikan kepada mariam buah kurma...
dan terdapat banyak lagi kelebihan buah kurma kepada ibu mengandung....

subhanallah, tetiba teringat akan firman Allah

"tidak Aku jadikan sesuatu itu sia-sia"

"”Kami akan memperlihatkan kepada mereka ... ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur'an itu benar."

yup..ada banyak lagik tajuk -tajuk mini projek yang menarik pada haritu...tahniah kepada semua kawan-kawan kerana mengusahakan sesuatu yang baik untuk dikongsi..semoga apa yang kita lakukan dapat mendekatkan diri kita dengan kebenaran yang mengatakan bahawa betapa Mahakuasanya Allah dalam penciptaan-Nya..dan ini menunjjukkan bahawa sains itu selari dengan islam...ilmu yang berguna adalah ilmu yang mendekatkan kita dengan Allah.aminn

gambar-gambar kenangan



time nieh duk mereka rubric...
 berdebar-debarnyer....

menghilangkan boring dengan berposing dengan pokok
afifah, fatin dan dina wat tajuk plant in Al-Quran

dan akhir kata, semoga berjumpa lagi symposium biologi pra-siswazah..semoga sem depan dapat buat yang lebih baik,

Saturday, March 27, 2010

selawat pelindung diri

Subhanallah, rasa tenang hati  bila dengar lagu nieh berkali-kali.




"Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah,Ya Allah.Ya Allah!Dengan perantaraan kaum yang mulia,cahaya hidayah,dengan perantaraan amalan kebaikan mereka,kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu,ya Allah"

Fadhilatnya:Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.

Thursday, March 25, 2010

Perihal orang-orang yang alim

Ulama Vs Alim

firman Allah dalam surah Al-Fathir, 38

"Hanya yang takut kepada Allah adalah ulama"

ulama: orang yang berpengetahuan dalam bidang-bidang tertentu dan jika dirujuk dalam kamus dewan ialah pakar dalam pengethuan islam

manakala alim menurut Hasan Al-Basri ialah
"orang alim ialah dia yang takutkan Allah walaupun dia tidak melihat Allah, dan disamping itu dia menyukai apa yang disukai oleh Allah"

jadi apa hubungannya ulama dan alim?

ibn kathir,

"sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah ialah golongan ulama yang arifin kerana setiap kali ilmu mereka tentang Allah bertambah, perasaan takut mereka kepada Allah juga bertambah"

jadi ulama dan alim itu mempunyai hubungan yang langsung...
seseorang itu alim selagi dia takut untuk melanggar perintah Allah...apalah gunanya ilmu yang banyak yang ada pada ulama jika ilmu itu tidak dapat menghalangnya daripada melaksanakan amal makruh nahi mungkar..

melihat tentang isu semasa yang melanda ahli agama...fitnah yang terjadi seperti ahli agama yang terlibat dalam zina..dan sebagainya lagi..saya melihat mungkin faktor inilah yang menyebabkan masyarakat semakin hilang percaya kepada golongan agama..atau pendakwah
bagi saya, sebagai pendakwah mungkin sebahagian daripada kita terlalu leka..kita menimba banyak ilmu sehari ke sehari, menambahkan pengaruh dakwah kita ...menggunakan masa-masa kita tanpa mengira penat dan lelah..namun kadang kita lupa

mungkin tidak semua, atau mungkin saya merujuk kepada iman saya sendiri yang lemah ...
kita mungkin TAK SEDAR yang mungkin kebaikan yang kita sangka menjadi bekalan ke syurga rupanya asbab yang membawa kita ke neraka...dan kehancuran...NAMUN BAGAIMANA?????

kita mungkin lupa musuh kita yang paling utama (syaitan) tidak pernah berdiam diri untuk menghasut kita..jika tidak boleh dengan menyuruh kita untuk melakukan  zina, mencuri dan sebagainya..dia rupanya lebih bijak menghasut kita dalam kerja baik yang kita lakukan..
dia menghasut kita untuk ria, ujub dan takbur akan ilmu agama kita, dengan kebaikan kita, dengan pandangan baik masyarakat tentang kita..lalu kita pun lalai..dan secara kita tak sedar mungkin , kita lebih menghampiri syaitan dan jauh dari Allah jika kita menuruti hasutan ini...maka lama kelamaan dengan iman yang semakin jauh dari Allah dek kerana hati yang tidak ikhlas dalam amalan..maka munculah hasutan dari syaitan yang menuruh kita bermaksiat ketika orang lain tidak nampak dan melakukan maksiat besar seperti zina dan sebagainya....pada peringkat ini hasutan sebegini mulai senang kerana hati yang dulunya kukuh berpengang pada Agama Allah kini sudah rapuh....maka mudah terjebak dengan maksiat..nauzubillah..

oleh itu bagi saya, saya tidak suka jika masyarakat berpendapat bahawa "jika pendakwah sendiri melakukan maksiat, mererak tambahan lagi yang kurang ilmu dan iman boleh melakukan maksiat"

janganlah kita saling menyalahkan, pendakwah juga tidaklah bagus menghina orang-orang yang tidak mahu menerima dakwah mereka.sebaliknya mereka harus cermin akan diri..sama ada mereka telah menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan mengubah strategi dakwah akan releven dengan keadaan semasa..

dan masyarakat harus faham, pendakwah juga adalah manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan..mereka juga ada nafsu dan sering digoda syaitan...

"apabila ilmu mampu membimbing iman agar memelihara nafsu maka manusia adalah alim dan jika sebaliknya mereka adalah manusia biasa yang bisa melakukan kesalahan...."

jadi setiap kita haruslah berhati-hati dengan syaitan yang sentiasa menghasut kita untuk benci membenci antara satu sama lain
yang  pendakwah benci orang biasa, kerana tak terima dakwah, yang orang biasa benci pendakwah, katanya cakap tak serupa bikin...sebenarnya terimalah hakikat masing-masing manusia..dan bukan sahaja manusia..masing-masing manusia memikul tanggugjawab khalifah...menjadi yang terbaik dan menaikkan syiar islam...sekian
(by An-nur Furqan:25 MAC 2010)12:49pm-ilham dari bacaan tip cemerlang dari Al-Quran:Dr Danial)