Tuesday, December 14, 2010

Duhai si buah durian...


individu 1: bau sedap, tengok kulit cantek, agak-agak isinya nieh mesti boleh tahan kan..?
individu 2: harap-harap macam tue la, kadang-kadang luaran nampak cantik, isinya belum tentu, saya dah penah kene aritue, bukak-bukak rupanya dalam ada "hantu"
individu 1: yang nieh, lebam sana, lebam sini
individu 2: tak payah amik la yang tue, sah-sah la isi dia tak cantik, tak sedap...


hhaha..di atas nie dialog biasa  bila nak beli buah durian..dan buah aper pon..pelam ker aper ker??

cantik di luar tak semestinya cantik di dalam,
tapi kalau di luar memang udah tak cantik, dalam lagi la...jarang nak cantik..

macam tu la juga dengan iman...iman memang sukar untuk diukur pada satu-satu individu, kita lihat akan penampilan, bersongkok, bertudung labuh, serba, jubah segala serba serbi, namun kadang-kadang hatinya busuk, lidahnya juga tidak dijaga..amalan nya juga belum tentu ikhlas...tapi bagaimanakah kita ingin menilai jika luarannya sudah buruk? adakah kita akan bersangka baik bahawa iman nya itu baik..sepertimana dialog di atas...???


diantara ciri-ciri orang yang beriman ialah mentaati Allah dan Rasul, mereka melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang..mementingkan Allah dan Rasul lebih dari keinginan diri mereka sendiri. maka jika inilah yang dilakukan oleh seseorang itu, maka akan wujudlah individu yang bersih hatinya dan baik keterampilan dirinya..tidak akan ada  cantik di luar, buruk di dalam atau sebaliknya..jika tahap ini masih belum dapat dicapai, maka kita patut berusaha untuk mencapainya..muhasabah diri, manusia sememangnya adalah insan yang lemah dan sering melakukan kesalahan, tapi adakah kita ingin menjadi seorang manusia yang sentiasa melakukan kesalahan yang sama, tanpa berusaha untuk memperbaiki diri..dan kemudian kita katakan..."ya saya insan yang lemah, saya manusia biasa, saya tahu ini berdosa, tapi saya tidak ada cara lain"..

matlamat tidak menghalalkan cara....

firman Allah,

“Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami sudah beriman kepada Allah dan hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.” - (Surah al-Baqarah, ayat 8) 

sama-samalah kita fikirkan....saya dan anda...Allah bersama kita, melihat perbuatan kita..usaha kita..

Beberapa garis cadangan untuk kesedaran kebangkitan islam-Prof Dr.Yusuf Qardawi



Salam, sekadar berkongsi apa yang telah saya baca dalam sebuah buku bertajuk  DIMANAKAH SILAP KITA yang ditulis oleh Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi. Di dalam buku ini beliau telah menyenaraikan beberapa perubahan atau perkembangan yang dapat dilakukan untuk merialisasikan kebangkitan islam. Semoga agenda ini dapat dikongsi oleh pembaca, atau mungkin ada yang berminat untuk membeli buku ini..keluaran Jahabersa,2010: Rm 11:90,


Ruang lingkup pemerhatian dan penumpuan hendaklah diubah
·         Dari masalah cabang serta juzuk kepada perkara asasi serta keseluruhan.
·         Dari ibadah sunat kepada amalan fardhu
·         Dari masalah khilaf kepada masalah yang disepakati ulama’
·         Dari amalan anggota luaran kepada masalah hati
·         Dari bentuk melampau serta berlebihan kepada pertengahan dan kesederhanaan
·         Dari kesusahan serta menjauhkan diri kepada kemudahan serta memberikan berita gembira.
·         Dari bersikap jumud serta bertaklid kepada berijtihad serta melakukan pembaharuan
·         Dari banyak bercakap serta berbantahan kepada sikap memberi serta banyak amalan
·         Dari hanya mengikutkan perasaan serta bekerja tanpa bersistem kepada kajian ilmiah serta perancangan
·         Dari bersikap fanatik terhadap golongan lawan ketika mengeluarkan sesuatu pendapat kepada bersikap berlapang dada dengan mereka.
·         Dari gaya bersemangan kepada gaya bertafaqquh (dari gaya hanya memberikan nasihat pengajaran kepada gaya mendalami ilmu, atau dari gaya bersemangat di atas mimbar kepada gaya ketenangan mempelajari ilmu secara berkumpulan)
·         Dari menintikberatkan soal kuantiti kepada menitikberatkan soal kualiti
·         Dari mendongak ke langit impian kepada menunduk ke bumi realiti
·         Dari mencari kedudukan kepada bercampurgaul dengan masyarakat untuk hidup bersama mereka.
·         Dari mengingati perkara silam yang sudah lepas kepada menghayati kehidupan semasa untuk persediaan masa depan.
·         Dari hanya tenggelam dalam suasana amali politik kepada turut sama menumpukan amalan kemasyarakatan.
·         Dari melakukan perselisihan yang menentang serta berseteru kepada perselisihan dari segi jenis dan saling bantu membantu.
·         Dari melupakan hal ehwal kehidupan kepada beribadah dengan tekun menghayati realiti kehidupan.
·         Dari hanya berfokus kepada kawasan tempatan yang sempit kepada turut sama memberikan tumpuan kepada alam sejagat yang lebih luas
·         Dari rasa takjub dengan diri sendiri kepada sikap muhasabah kekurangan diri.




·          

Saturday, December 11, 2010

info matahari...

 firman Allah,

"dan matahari dan bulan yang beredar menurut perhitungan"



Ar-rad :2 Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas `Arasy dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).




-sesuatu yang boleh dikira agak lama juga telah diketahui oleh para saintis, iaitu matahari juga bergerak sama seperti bumi dan planet-planet lain...tapi just untuk ingatan kita..Al-Quran sebenarnya telah menceritakan semua ini lebih lama dari penemuan para saintis..




info tentang mahatari



  • juga disebut surya (sempena nama dewa "surya" dalam kepercayaan agama hindu)
  • adalah sejenis bintang
  • jarak dari bumi kira-kira 149.680.000 kilometer (93.026.724 mil)
  • terbentuk dari ledakan bintang generasi pertama seperti yang diyakini oleh para ilmuan, bahawasanya alam semesta terbentuk dari ledakan  big bag lebih kurang 1400 juta tahun dahulu.
  • putaran lebih kurang 25 hari di kawasan khatulistiwa berdanding 35 hari di kawasan kutub.
  • bergerak diantara bintang 20 km persaat.
  • gelombang yang dihasilkan: gelombang radio, gelombang infra-merah, sinar-X, angin matahari.
  • bumi dilindungi dari angin matahari oleh medan magnet bumi, manakala lapisan ozon melindungi bumi dari sinaran uv dan infra-merah.

Friday, December 10, 2010

Slot tahukah anda-sejarah terusan Suez dan Terusan Panama...

alhamdulillah , duk tercari-cari menda apa ja la nak buat masa cuti nih..adei..tak kan asyik nak ulang-ulang tengok cita korea..memang la tak pa tapi kenala menimba ilmu juga..hiburan tuh dibolehkan tapi tetap ada hadnya..sekarang nieh duk motivasikan diri untuk membaca segala benda even tak da la sangat berkaitan dengan   kerjaya..tapi untuk knowledge, teringat kata-kata Pn. Azra Banu semasa program khalifah youth training dulu,

"the more u know something, the more u know everything"...

dan Rasulullah juga bersabda

" sesungguhnya Allah mencela sifat lemah, tetapi anda mestilah menjadi orang yang pintar"

dan ayat pertama yang Allah turunkan ialah,

"bacalah dengan nama Tuhanmu"

jadi, banyakkan membaca, berfikir dan mengambil pelajaran..

TERUSAN DALAM SURAH AR-RAHMAN..

petang semalam, rasa nak baca tafsir surah Ar-rahman..satu surah yang banyak menceritakan tentang sifat Allah yang Maha penyayang..sedang dalam usaha untuk keluarkan satu artikel tentang itu, tapi belum cari maklumat lagi..tapi nak kongsi dengan pembaca tentang ayat 19-20 dari surah ar-Rahman..

"Dia membiarkan kedua laut mengalir dan kemudiannya bertemu. dan  Diantara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing"

diantara musafir ada yang berpendapat bahawa "la yabgiyan"  maksudnya masing-masing tidak mengkehendaki. dengan demikian maksud ayat 19-20 ialah bahawa ada dua laut yang keduanya terpisah dibatasi tanah genting, tetapi tanah genting itu tidaklah dikehendaki (diperlukan) maka pada akhirnya, tanah genting itu dibuang (digali untuk keperluan lalu lintas), maka bertemulah kedua lautan itu. contohnya seperti terusan suez dan  terusan panama...

TERUSAN SUEZ..



  • merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di antaraMesir dan Semenanjung Sinai. Dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki), berfungsi diantara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah.
  • Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala , dan menjadi kepentingan diantara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut secara kenderaan darat diantara 2 laut tersebut.
  • Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian, utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga Teluk Suez di Laut Merah


Tokoh terusan suez

  •  Ferdinant Vicomte de Lesseps
  • lahir pada 1805 di perancis
  • buka terusan suez secara rasminya pada 1869. selepas itu beliau menjadi pujaan oleh seluruh eropah..
  • beliau juga pernah cuba untuk membuka terusan panama 12 tahun selepas itu namun gagal.
  • 22 0000 pekerja mati akibat demam kuning
  • setelah itu beliau telah dihukum penjara selama 5 tahun kerana dituduh menyeleweng dana dari masyarakat.
  • meninggal dunia pada 1894.


TERUSAN PANAMA

  •  memotong tanah genting panama sepanjang 82 km
  • memotong amerika utara dan Amerika  selatan
  • menghubungkan samudera pasifik dan atlantik.
  • ia mula dibangunkan pada tahun 1500, namun hanya dibuka pada 1914...ini kerana pembangungannya dilanda masalah seperti  malaria, demam kuning, tanah longsor dan kekurangan air..
  • tokoh penting-theodore Rooselt 
  • dibuka 15 august 1914.

- nie la sedikit sebanyak kalau nak diringkaskan tentang dua buah terusan dalam surah ar-rahman nieh..pengajaran dari sejarah nieh betapa setiap kejayaan tuh sangat memerlukan pengorbanan, contohnya untuk menjayakan pembukaan terusan panama, 22 000 orang pekerja dikatakan mati.  

"gain mean loss, you gain someting, mean that you have to sacrifice something"

dan mungkin nie one of "magic from Al-quran". apa yang diceritakan 1400 tahun dulu telah terjadi..who knows..Allah knows..He Knows everything 

"dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"


soal - jawab agama (beberapa tanda tanya tentang islam)

salam..sedang cari bahan tadi, terjumpa dengan boleh dikatakan soal-jawab ini..beberapa soalan lazim yang menjadi tanda tanya orang kafir mengenai islam..beserta jawapan..semoga dapat dibaca oleh sahabat sebagai satu ilmu yang berguna...untuk kita mengenal dengan lebih tentang agama kita..dan gunakan ilmu tu untuk fahamkan orang bukan islam tentang islam..nie semua adalah tanggungjawab kita,seperti firman Allah:

kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kebaikan, menegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. Ali imran:110

soalan dibawah dan jawapan..saya copy dari: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7326.5;wap2


1. Antaranya mereka bertanya adakah orang bukan Islam di akhirat nanti akan berada di neraka, sedangkan mereka yang betul-betul beragama Islam akan ditempatkan di syurga? Orang bukan Islam sesetengahnya tidak pernah melakukan sesuatu kejahatan pun, tidak pernah menganiayai orang malah tutur kata dan sifat peribadinya amat baik jika dibandingkan sesetengah orang Islam yang beriman hanya pada nama.


2. Adakah Allah akan menjalankan hisab juga ke atas orang bukan Islam? Jika ya, bagaimanakah Allah menilai kebaikan mereka? Adakah segala kebaikan yang mereka lakukan itu tidak akan dinilai dan diambil kira?

3. Bagaimana dengan Orang Asli yang tinggal di hutan, langsung tidak ada pembangunan dan hubungan dengan dunia luar, sebagai contoh, mereka tidak mendapat khabar mengenai Islam. Adakah mereka juga termasuk golongan yang masuk neraka?

4. mereka mempersoalkan sifat Allah. Seperti yang kita tahu Allah bersifat pemurah dan penyayang. Tetapi mereka mempersoalkan sifat itu dengan mengatakan jika benar Allah menjadikan setiap manusia itu, kenapa tidak dijadikan semua orang di dunia ini memeluk Islam dan diberikan hidayah? Ini kerana di akhirat nanti tidak perlu Allah menyeksa mereka yang tidak memeluk Islam dengan mencampakkan mereka ke dalam api neraka.

5. Mereka juga mempersoalkan keadilan Allah, kenapa hanya mengurniakan rahmat kepada orang Islam saja? Tidakkah Allah itu berlaku tidak adil kerana hanya memberi rahmat kepada segelintir orang sedangkan semua orang itu adalah ciptaan Allah?

6. Kemudian, apakah hikmahnya Allah menjadikan manusia itu pelbagai bangsa, agama dan bahasa?


jawapan


PERSOALAN yang dikemukakan di atas membabitkan kefahaman mengenai konsep ketuhanan, alam, manusia dan kehidupan menurut pandangan Islam. Ia kadang-kadang dipanggil 'tasawwur Islam' atau 'Islamic worldview.'


Apabila kita benar-benar memahami dan menghayatinya kita dapat menjawabnya dengan penuh yakin. Ini kerana apa yang dibawa Islam adalah kebenaran semata-mata.

Dengan kata lain, kita sewajarnya menerangkan kefahaman yang benar mengenai konsep itu kepada golongan bukan Islam.

Dalam Islam, Allah adalah Tuhan kepada segala makhluk termasuk orang Islam dan bukan Islam. Manusia adalah makhluk Allah yang diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian.

Secara umum, terdapat tiga unsur yang ada pada diri manusia, iaitu fizikal, akal dan roh.

Tujuan utama manusia diciptakan adalah untuk mengenal dan seterusnya menyembah Tuhan yang menciptanya.

Alam termasuk dunia adalah ciptaan Allah. Antara tujuan diciptakan alam adalah untuk memperlihatkan tanda kebesaran Allah.

Kehidupan pula dilihat sebagai anugerah Allah kepada makhluknya. Islam melihat kehidupan bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

Dunia dilihat sebagai medan dalam menentukan sama ada manusia berjaya dalam ujian yang ditetapkan Allah. Kejayaan mereka dilihat apabila berjaya mengenal dan menyembah Tuhan pencipta alam.

Mengenai balasan baik untuk orang Islam ia adalah benar. Ini kerana Islam itu sendiri bermaksud penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

Dengan kata lain, orang Islam benar-benar mematuhi segala perintah Allah yang disampaikan para nabi terutama Nabi Muhammad s.a.w.

Setiap orang menyakini adanya Tuhan yang satu, kenabian Nabi Muhammad s.a.w dan hari akhirat.

Balasan neraka diterima orang bukan Islam adalah benar. Begitu juga kepada orang Islam yang derhaka. Balasan sedemikian setimpal dengan segala kepercayaan dan perbuatan mereka.

Seperti yang diterangkan di atas, semua manusia diberi Allah akal dalam mencari dan mengenal kebenaran. Mereka diberi kebebasan sepenuhnya berbanding dengan makhluk lain. Manusia itu disebut sebagai 'rational being' (makhluk yang berakal). Sekiranya orang bukan Islam melakukan kebaikan di dunia seperti tidak pernah menganiayai orang, malah tutur kata dan sifat peribadinya baik, jika dibandingkan sesetengah orang Islam yang hanya pada nama, itulah dianjurkan Islam dan agama lain.

Manusia pada asalnya adalah manusia moral (moral being). Bagaimanapun, Islam melihat ada dua perhubungan utama, iaitu hubungan sesama manusia dan dengan Allah Tuhan Pencipta alam dan manusia.

Manusia akan dinilai berdasarkan kedua-dua hubungan itu. Manusia yang jahil dan sombong sehingga menafikan Tuhan pencipta alam dimurkai Pencipta-Nya.

Berkenaan adanya manusia yang hidup terasing seperti Orang Asli, adalah menjadi kewajipan bagi masyarakat Islam untuk menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.

Mereka juga seperti manusia lain dicipta Allah secara sempurna. Dengan usaha yang gigih, mereka akan dapat memahami cara hidup beragama yang sebenar.

Agama Islam sesuai dengan fitrah semula jadi manusia. Dalam dunia global sekarang, Islam tidaklah asing kepada semua masyarakat manusia.

Seterusnya mengenai pembahagian manusia kepada orang Islam dan bukan Islam atau lebih tepat lagi orang beriman dan tidak beriman, semuanya diasaskan kepada kebebasan manusia memilih cara hidup.

Islam tidak memaksa manusia menganut ajaran Islam. Ajaran Islam diasaskan atas dasar penyerahan diri secara sukarela kepada Allah Tuhan Pencipta segala makhluk.

Perkara ini jelas apabila al-Quran menegaskan, maksudnya: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu telah datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah."
 (al-Quran, al-Kahfi (18): 28)

Mengenai rahmat Allah hanya kepada orang Islam, itu tidak sepenuhnya benar. Terdapat dua kategori rahmat, iaitu rahmat umum dan rahmat khusus.

Rahmat umum dirasakan kepada seluruh alam dan makhluk kerana semuanya dijadikan Allah itu Tuhan sekalian alam dan segala makhluk. Cuba perhatikan keadaan sekeliling, diri sendiri, betapa nikmat dan rahmat yang manusia dapat.

Udara, alam sekeliling, anggota tubuh dan sebagainya semua adalah rahmat dan rahmat Allah.

Bagaimanapun, rahmat khusus hanya dapat kepada orang yang beriman terutama di akhirat nanti. Ini kerana mereka benar-benar beriman dan melaksanakan segala perintah Allah secara sukarela dan penuh ketaatan.

Adalah adil sekiranya Allah memberi, mengekalkan dan menambah lagi rahmat dan nikmat di akhirat nanti. Antaranya nikmat syurga dan melihat Allah.

Ini sesuai dengan nama dan sifat Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim sebagaimana dalam basmalah, iaitu "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi."

Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam. Risalah Nabi Muhammad s.a.w kepada penduduk dunia seluruhnya sebagai rahmat dan nikmat yang besar. Ini jelas apabila Allah berfirman, maksudnya:

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadikan rahmat bagi sekalian alam." 
(al-Quran, al-Anbiya'(21): 107)

Dengan menerima ajaran Islam yang disampaikan Nabi Muhammad, manusia akan selamat di dunia dan akhirat. Sesiapa yang kufur dan ingkar mendapat 'kecelakaan' di dunia dan akhirat.

Pembahagian manusia berdasarkan jantina lelaki dan perempuan, malah lahir pelbagai bangsa dan suku puak, semuanya ada hikmah tertentu.

Ia terutama bagi umat manusia menjalin hubungan yang sihat antara satu sama lain, seperti kenal mengenali dan bantu membantu.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah mencipta kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya." 
(al-Quran, al-Hujurat (49): 11)

Sememangnya Allah berkuasa menjadikan mereka umat yang satu. Allah berfirman, maksudnya: "...Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu..." 
(al-Quran, al-Maidah (5): 48)

Malah Islam melihat semua manusia berasal daripada keturunan yang satu iaitu Adam dan Hawa. Allah berfirman, maksudnya: "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan membiakkan daripada keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai." 
(al-Quran, al-Nisa'(4): 1)

Sebelum lahir ke dunia, manusia mengakui Tuhan yang Esa seperti firman Allah, maksudnya: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi..." 
(al-Quran, al-A'raf (7):172)

Thursday, December 9, 2010

My Collection

salam....setelah lama hilang minat menulis..harini terasa nk berkongsi tentang minat atau HOBI..haha..kalau dulu masa sekolah rendah seingat saya bila cikgu tanya hobi semua orang akan jawap sesuatu yang hampir sama...

  • baca buku
  • tonton Tv
  • kumpul stem
  • main-selalunya badminton dengan bola..
haish tak tau la apa sebab..tapi mungkin masa tu permainan tue jer kot yang ada..tak cam skrag banyak giler game 2 baru, sampai kalau sebut pon saya tak tahu..apa-apa pon semua benda tue ada baik -buruk la...bukan setakat hobi jer..cita-cita pon lebey kurang..polis, tentera, guru,postmen, paling popular..opskos la...doktor..tue adalah cita -cita saya juga..haha (tapi tak kesampaian)..

dan dari dulu sampai sekarang antara hobi saya ialah membaca....tak da la skema sangat nak baca buku akademik..(kalau ya dah lama jadi doktor)..suka novel, buku motivasi, komik pon layan tapi jarang beli (beli komik? mau bising saya punya abah)..buku-buku rohani pon best juga..sambil release tension sambil mendapatkan pahala..ada juga pahala..sikit-sikit lama-lama jadi bukit..(yer la, dengan solat tak seberapa, puasa sunat dengan qiamulail pon malaas)..kene le pikir masa depan ke akhirat sama..jadi mana-mana benda yang rasa boleh beri kebaikan kepada diri tue insyaAllah Allah bagi pahala..hidup kan adalah ibadah..kerja, makan, tidur..semua ibadah..

Dan saya ada beberapa penulis yang sama suka..mmg dah jadi stail dah..kalau penah baca satu buku penulis tue, dan ianya best..saya akan beli lagi buku dari penulis yang sama....

setakat nieh..nile la penulis dan koleksi bukunya yg saya baca




  1. Amru Khalid
    • indah dan mulia
    • romatika yusuf
    • pesona Al-quran
  2. Ustaz hasrizal
    • aku terima nikahnya
    • bercinta sampai syurga
    • murabbi cinta
  3. Hilal asraf
    • langit ilahi 1
    • langit ilahi 2-kembara hamba mencari cahaya
    • VT
    • sinergi
  4. Ustaz Pahrol JuoI
    • satu rasa dua hati
  5. Habiburahman el shirazi
    • ayat-ayat cinta
    • di atas sajadah cinta
    • dalam mihrab cinta
    • ketika cinta bertasbih 1
    • ketika cinta bertasbih 2
  6. Prof.Dr. Muhammad al'Mahdi
    • siri khalifah 1 - the created universe
    • siri khalifah 2 -social human behaviour
    • siri khalifah 3 - law of learning
  7. Fatimah syarha
    • pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul
  8. Dr.Aih Abdullah Qarni
    • kunci mendapatkan syurga dunia dan akhirat
    • la tahzan
  9. Dr.Danial Zainal Abidin
    • tip-tip cemerlang dari Al-quran
haish,..nie la ja antara senarai buku yang penah saya baca..my collection..

apa-apa pon..seumur hidup..saya rasa ini yang kita kene baca sekurang-kurangnya sekali pon

- al-Quran dan Tafsir
-hadis 40

hu...tak kan selama hidup nieh..makan beribu kali..tidur beribu kali..tengok tv, main, kejer lain boleh..tapi tak dak inisiatif untuk baca dan hayati kalam Allah..sama-sama la kita fikirkan...

-opss..kalau ada cadangan buku best yang ada penah baca..cadangkanlah pada saya...hehe..

Tuesday, November 30, 2010

Perjalanan sebuah kehidupan...

Sedar atau tidak, hidup ni adalah suatu perjalanan dan setiap masa dan ketika kita sebenarnya sedang mengaturkan arah perjalanan kaki kita kepada destinasi perjalanan kita..yang kita sendiri tentukan...dan yang pasti disepanjang jalan yang kita dah lalaui ni dan akan kita lalui nanti, kita akan temui banyak sangat perkara sama ada yang baik atau yang buruk... 

ini lumrah biasa, macam game kan...ada tahap-tahap kesusahannya..bila kita dah lepas tahap satu, sampai tahap dua, tahap dua lagi susah dari tahap satu..aish..dan begitulah seterusnya...macam satu kehidupan yang sentiasa diuji, kalau dah lepas satu ujian, akan ada ujian lain yang akan menanti...

tak boleh jugak nak salahkan kehidupan, sebab kejayaan dan kegembiraan tak kan bermakna tanpa susah payah dan tak kan dihargai kalau benda tu senang nak dapat..dan sebab ni hanyalah sebuah perjalanan maka tak da istilah rehat agaknya..

kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita hilang harapan, kadang- kadang kita sangat bersemangat..kadangkala kita berjaya dan kadangkala kita gagal...

tapi dengan kegagalan yang selalu orang tak suka nak hadapi tu sebenarnya terselit seribu satu kebaikan yang mungkin kita tak realise, selain Yang Maha Kaya.. sebab dengan kegagalan buat kita lebih berhati-hati menapak kehadapan, membuatkan kita lebih matang dalam membuat pilihan dan membuatkan kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan..

dan dengan kehidupan, kita belajar dan diajar untuk mengerti bahawa setiap insan itu adalah tidak sempurna..tapi itu tak bererti kita perlu berputus asa untuk menjadi seorang yang sempurna..sebab kita mampu menjadikan diri kita lebih baik dari semalam..

dan apa yang penting, niat yang betul..jangan malu untuk berpatah balik jika mengetahui bahawa jalan yang kita ambil itu adalah jalan yang salah, dan jangan berputus asa dengan musibah disepanjang perjalanan kita..kerana kita ingin sampai ke destinasi kita..suatu tempat yang sangat istimewa

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Allah beriirman : “Aku sediakan bagi hamba-hambaKu yang shalih sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak tergores oleh hati manusia. 


Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).(Serta dikatakan kepada mereka): “Inilah yang dijanjikan kepada kamu, – kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);”(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat“. [Surah Al-Qaf ayat 31-33]