Saturday, December 12, 2009

KAULAH SEGALANYA





Ibu  dan bapa adalah orang yang paling dekat dengan kita. Melalui merekalah kita dilahirkan…  dan kita wajib melayan mereka dengan baik……

            Sebenarnya, melalui ibu dan bapalah Allah menunjukkan  rasa kasih sayangnya kepada kita. Kita wajib menghormati ibu bapa kita dan menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi kita sejak kecil….sungguh budi ibu bapa kita membesarkan kita tidak dapat dibalas…………kecuali dengan syurga,  namun bagaimana?????

“ anak soleh/solehah adalah kunci syurga bagi ibu –bapanya”

            Namun secara jujurnya mungkin sebahagian daripada kita merasa sesal, sedih dan pilu kerena mereka tidak mendapat ibu-bapa yang baik, yang memahami hati mereka, yang menyayangi mereka, memberi perhatian kepada mereka dan mendidik mereka dengan sempurna sebagaimana yang dianjurkan oleh islam…

            Mungkin ada diantara kita yang biasa dididik dengan kemarahan, biasa diajar dengan kemewahan tapi tanpa kasih sayang, biasa dibiarkan tanpa mendapat ilmu agama yang sepatutnya, biasa  dibiarkan tanpa ditanya masalahnya…sehingga kita tidak merasa adanya mereka itu penting, tidak dapat mengasihi mereka dan tidak dapat menyayangi mereka…ini mungkin berlaku dan sememangnya ia berlaku
            Namun, pertamanya kembalilah kepada Allah…..Allah tetap menyuruh  kita supaya menghormati ibu bapa  sebagaimana firman Allah dalam surah al-isra’

23. Dan Tuhanmu memerintahkan agar jangan kamu menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang  di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu katakan kepada keduanya “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik

24. dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih-sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana  mereka berdua telah mendidik aku sewaktu aku kecil.”

25. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sungguh, Dia Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat.

Dan firman Allah lagi dalam surah Luqman,

14. Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berubat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam masa usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu.Hanya kepada Aku kembalimu…

            Maka dengan itu mulanya kita harus ikhlas dianugerahi ibu bapa yang sedemikian, kita harus ikhlas dilahirkan dalam keluarga yang sedemikian. Ingatlah firman Allah yang berbunyi,

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”

Ingatlah kembali sifat Allah, Dia Maha Mengetahui, juga Maha Memberi…mungkin dengan ujian mendapat ibu bapa yang sedemikian mampu mendekatkan kita dengan Allah..mungkin dengan itu kita akan sentiasa memohon pertolongan kesabaran kepada Allah…ingatlah selalu ada hikmah disebalik setiap ketetapan Allah…Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.. mungkin kita tidak mampu nak ubah ibu bapa kita..tapi sekurang-kurangnya kita mampu berdoa kepada Allah..dan yang paling penting, jangan ulangi kesilapan yang sama apabila kita mendidik anak-anak kitaa nanti..jadilah ibu bapa yang baik kepada anak-anak..

Ingatlah, cubalah untuk menyayangi ibu bapa kita kerana Allah kerana,

“ orang yang tidak menyayangi manusia tidak akan disayangi oleh Allah..”

Kepada yang mendapat ibu bapa yang baik, bersyukurlah kepada Allah kerana,

“Allah menciptakan kasih sayang diantara manusia, agar dengan itu kita menyayangi-Nya”
Kepada ibu bapa, anak –anak bukan sahaja memerlukan duit, tapi mereka perlukan kasih sayang, cuba untuk tidak membanding beza antara seorang anak dengan anak yang lain dan mungkin orang lain…kerana kita juga tidak suka anak-anak membezakan cara pengajaran kita dengan ibu bapa orang lain…setiap anak adalah amanah..ajarilah mereka dengan ilmu mengenal Allah sejak dari kecil..ajarilah mereka untuk menyayangi  ibu bapa…cuba jadikan diri kita sebagai contoh buat anak-anak…carilah rezeki yang halal…cubalah mendidik mereka dengan kasih sayang, bukan dengan kemarahan…..

“kita mungkin gagal mendidik anak-anak dengan kata-kata, tapi jarang kita gagal mendidik mereka  melalui perangai kita”

-         ibu bapa yang pemarah, kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang pemarah
-         ibu bapa yang tidak menghormati ibu bapa mereka akan melahirkan anak-anak yang juga tidak menghormati mereka
-         ibu bapa yang tidak solat dan tidak menjaga mulut akan juga melahirkan anak-anak yang sebegitu…..

* begitulah…ibu bapa adalah amanah kepada anak-anak, begitu juga anak-anak kepada ibu bapa…hargailah mereka kerana mereka adalah segalanya bagi kita……

Monday, November 16, 2009

Iman itu perlu dipertahankan


Tetiba terfikir tentang masa depan….apa yang akan jadi pada aku pada masa depan?
Aku tak la sangat nak memberatkan fikir nak pakai kereta aper, nak kejer ker tak?dapat posting ke tak?, bukan tue yang aku rasa takut sangat sekarang, tapi aku takut macam mana iman aku pada masa akan datang. Aku takut aku akan berubah kepada yang lebih buruk.

“Ya Allah janganlah kau takdirkan aku menjadi penentang agama-Mu, tetapi jadikanlah aku manusia yang menjadi pejuang dalam agama-Mu matikanlah aku dalam keadaan yang beriman, matikanlah aku tika mana hatiku sedang membesarkan kalimat-Mu, jangan biarkan cinta kepada dunia menyebabkan aku jauh dari-Mu,jangan benarkan syaitan memalingkan hatiku dari-Mu..bantulah aku, aku khilaf, aku lemah, aku tak mampu”

 Memerhatikan keadaan sekeliling, satu demi satu, adanya manusia yang berubah buat aku jadi takut dan tertanya setakat mana iman itu mampu bertahan, tambah pulak diri bukanlah jenis yang baik sangat.huhuhu…

Tapi aku teringat akan firman Allah yang selalu dibaca dalam maksurat, hari nieh ayat nieh tiba-tiba rasa dihayati..selalu bacer jer

“Allah adalah pelindung bagi orang-orang yang beriman, mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya(iman). Dan bagi orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan(kekafiran). Mereka itu adalah penghuni nereka, mereka kekal di dalamnya.”

Dan firman Allah dalam ayat yang lain
“Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dia kehendaki”

Dan firman Allah dalam Ayat lain,
Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam mencari keredhaan kami, pasti akan kami bukakan jalan-jalan Kami, sesungguhnya Allah beserta orang –orang yang berbuat baik”

Dan dari firman –firman Allah diatas, yang aku teringat sikit-sikit, tak perfect la ingat pun, Allah ajarkan yang tunjukkan kita kepada iman itu hanya Allah, Allah yang beri kita iman, dan iman tu Allah beri kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Tapi tu tak semestinya manusia boleh kata, dia tak berbuat baik hanya kerana dia berkata Allah tak bagi hidayah untuk dia untuk buat baik, iman itu sebenarnya perlu diusahakan, sesiapa yang bersungguh-sungguh dalam mencari iman dan mengekalkan iman insyaAllah Allah akan beri, kuncinya ialah keikhlasan.
 Kerana Allah itu Maha Adil,Maha penyayang, Maha pelindung, Maha Memberi…semoga Allah senantiasa mengilhamkan kita semua untuk sentiasa berbuat baik, semoga Allah mengampuni segala  khilaf kita, semoga Allah memberikan kita hikmah…kesabaran, perlindungan supaya kita menjadi hamba-Nya yang diredhai

“wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agama-Mu”


Sunday, November 15, 2009

Allah itu dekat






Dan firman Allah,


“ dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran”.
 (al-baqarah: 186)

Saturday, November 14, 2009

Pesanan sahabat




www.iLuvislam.com
oleh: candle0505


Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,
pergilah ke tempat kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,
dan satu kesempatan,
untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,
moga ianya sentiasa dalam reda tuhan,

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab ianya hanya sementara,
jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan,
Tertariklah kepada seseorang,
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyuman yang mampu,
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,
Semoga kamu menemukan orang seperti itu,

Semoga kamu mendapatkan,
kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,
ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,
kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,
yang punya rasa simpati,
pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat
dalam menempuh kehidupan,




Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan,
tetapi acapkali kita terpaku,
pada pintu yang tertutup,
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan,


Sahabat terbaik adalah dia,
yang dapat bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah katapun,
dan kemudian kamu meninggalkannya,
dengan perasaan telah berbicara lama dengannya.
kerana dia membuatmu bahagia,

Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki,
sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa,
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya,


Orang-orang yang paling berbahagia,
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik,
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya,

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu,
beberapa orang yang salah,
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti,
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu,


Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis,
mereka yang disakiti hatinya,
mereka yang mencari dan mereka yang mencuba,
Kerana hanya mereka itulah yang menghargai,
pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka

Masa depan yang cerah,
sentiasa ada,
jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu,
jangan pernah mengucapkan selamat tinggal,
jika kamu masih mahu mencuba,
dengan kesungguhan,
jangan pernah menyerah,
jika kamu masih merasa sanggup,

Waktu kamu lahir,
kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum,
jalanilah hidupmu dengan bahagia,
sehingga pada waktu kamu mati,
detik itu,
kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Friday, November 13, 2009

Erti Iman




Hari-hari terus berlalu dengan kejadian kejadian yang tidak disangka-sangka. Dan banyak aku belajar, pertamanya jangan mudah menilai orang secara luaran, yang keduanya, iman bukan  hanya terletak pada baju, bukan hanya pada banyaknya solat, bukan hanya pada kerapnya membaca Al-quran, pada labuhnya tudung tetapi iman itu sendiri  terletak kepada amar makruf nahi mungkar…

 Surah mukminnun
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
  1. sungguh beruntung orang-orang yang beriman
  2. yaitu orang yang khusyuk dalam solatnya
  3. dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan yang tidak berguna
  4. dan orang yang menunaikan zakat
  5. dan orang yang memelihara kemaluannya.
  6. kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
  7. tetapi barangsiapa yang mencari selain daripada itu(zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang yang melampaui batas.
  8. dan sungguh berutung orang –orang yang memelihara amanat dan janjinya
  9. serta orang yang menjaga solatnya
  10. mereka itulah yang akan mewarisi syurga firdaus.mereka kekal di dalamnya.

Disamping melihat akan kelakuan manusia sekeliling yang sesetengahnya sanggup mengorbankan apa saja demi kebahagiaan duniawi, demi harta….mungkin mereka tak faham apa itu bahagia yang sebenarnya…

Firman Allah.
“ingatlah dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang”

Jika mereka percaya kebahagiaan pada harta benda, duit ringgit dan kekuatan yang mereka miliki dengan jalan yang tak Allah redha, aku percaya kebahagiaan itu ialah pada dekatnya Rahmat Allah. ..aku percaya dan akan terus percaya dengan izin Allah.
 Al-mukminun
 94.“ Ya Tuhanku, maka janganlah Engkau jadikan aku dalam golongan orang-orang zalim”
97. “Dan Katakanlah, “Ya Tuhanku, aku berlindung kepada engkau dari bisikan-bisikan syaitan
98. dan aku berlindung pula kepada Engkau Ya Tuhanku, agar mereka tidak mendekati aku.

à semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat kepada orang-orang yang beriman….disebalik mengejar cita-cita dan apa sahaja yang kita ingini di dunia, janganlah kita lupakan akhirat. Kerana dunia yang kita kejar senantiasa meninggalkan kita, sedangkan akhirat yang jika tinggalkan senantiasa mengejar kita…disebalik setiap kejadian seperti biasa aku ambil sebagai pengajaran dan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah kerana mengilhamkan aku iman dan keredhaan dalam keseharnaan..tiada apa yang kurang bagiku kecuali jika aku hilang cinta-Nya…aku harap Allah senantiasa memberi kasih sayang dan pentujuk kepada aku untuk senantiasa mengikuti jalan yang lurus…

Seperti firman Allah dalam surah al-baqarah,
“Allah pelindung orang-orang yang beriman; mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran) kepada cahaya iman. Dan orang-orang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka;mereka kekal di dalamnya.” 256-257


                                                                                                                                

Saturday, October 31, 2009

Takdir, percayalah Allah itu Maha Penyayang





 Allah telah berfiman,

“dan apabila Kami berikan sesuatu nikmat kepada manusia, nescaya mereka gembira. Tetapi ketika mereka ditimpa sesuatu musibah atas kesilapan mereka sendiri. Maka pada ketika itu mereka terdiam berputus asa.”

-          diantara rukum iman ialah percaya kepada qada dan qadar, iaitu bermakna percaya kepada takdir
-          hidup ni secara fitrah dilalui dengan selang seli antara suka-duka, berjaya dan gagal semata-mata sebagai ujian kepada manusia sebagaimana firman Allah,

“adakah kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?”

Dan adalah menjadi fitrah manusia menyukai akan kebaikan dan membenci akan kesedihan..takut akan ujian dalam bentuk musibah..namun kita patut percaya ujian yang dibri Allah sama ada dalam bentuk apapun mempunyai hikmah yang tersendiri.



Firman Allah,
“mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, dan mungkin kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik.”

Dan apabila takdir itu datang dalam bentuk nikmat maka bersykurlah, jika ia datang dalam bentuk musibah, maka kita digalakkan bersabar, kerna jika kita tak bersabar takdir itu tetap akan berlaku, namun bagi mereka yang bersabar dan bertawakal kepada Allah, maka Allah memberikannya ganjaran pahala.

Manusia yang ikhlas sebagai hamba, akan sentiada ikhlas dalam menghadapi ujian dari Allah, kerana mereka percaya bahwa Allah itu Maha Penyayang, Maha Adil, Maha Mengetahui…




Monday, October 26, 2009

Mereka adalah amanah





Tak der manusia aku rase dalam dunia nieh boleh hidup sorang-sorang.



Kalau ada dia memang pelik ah…tu la hikamahnya Allah ciptakan manusia nie keluarga..ada kawan- kawan, macam-macam ragam macam –mcam gaya. Jadi kita kenalah bersyukur.  Kita sentiasa kena rendah diri. Setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada sesetengah dari kita tak bersyukur kalau dia tak dilahirkan sebagai seorang yang kaya, sebagai seorang yang berada, sebagai seorang yang cantik, kerana mereka tak faham apa itu hakikat kebahagiaan. Ingatlah firman Allah yang berbunyi

“dengan mengingat Allah, hati akan menjadi tenang”

Jadi bila kita rasa cam tue, ingatlah Allah. Allah yang telah memilih kira untuk berada pada tahap-tahap tertentu, bukan kerana Allah tak adil, tapi kita sendiri tak sedar keadaan yang macam mana baik untuk kita dan keadaan yang macam mana tak baik untuk kita.  Sebab tue la Allah cakap dalam Al-Quran  untuk kita sentiasa bersyukur. Kenaper kita disuruh bersyukur…kerana dengan bersyukur , hati kita akan dekat dengan ketenangan..sememangnya kita kene sedar..tak semua yang kita nak kat dunia nieh kita akan dapat..itu satu ujian . dunia nieh adalah tempat ujian..kita diuji dengan sesuatu yang kita sayang rapi kita tak dapat nak capai..tapi kita dituttut untuk bersabar…sabar dan ikhlas dengan segala kehendak Allah..

Keluarga dan sahabat adalah amanah Allah, biarpun pada mereka terdapat kelemahan, terimalah mereka seadanya tanpa syarat. Jika kita dapat memperbaiki mereka maka itu adalah lebih baik.jika tidak dapat maka teruslah berdoa kepada Allah..sesunguhnya kerana hanya Allah yang dapat membukakan hati manusia untuk kembali bertaubat. Jika mereka sudah tidak layak untuk diberi taubat, teruslah berbuat baik dengan mereka kerana itulah sikap yang sepatutnya sebagai seorang muslim melalui teladanan yang ditunjukkan oleh Rasulullah  kepada bapa-bapa saudaranya, dan seorang buta hingga orang tua buta itu masuk islam selepas kewafatan baginda.


Hidup adalah indah jika kita sentiasa menghargainya..bersyukurlah wahai hati, kerana syukur itu dengan dengan dengan  tenang dan lapang dada..dan ketenangan itu adalah kebahagiaan…

“wahai Tuhan kami, bantulah kami untuk ikhlas dalam setiap yang Engkau tentukan kepada kami, sesuguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui hikmah akan segala sesuatu”