Sunday, January 17, 2010

Hari keluarga persatuan bahasa Arab

salam,

harini alhamdulillah satu lagi  aktiviti persatuan bahasa arab upsi dah berjaya dilaksanakan.rasa lega dihati sebab sepanjang seminggu nieh persatuan dah laksanakan 3 aktiviti yang berlansung pada tarikh -tarikh yang sangat hampir...

pengambilan ahli: 12-15 januari
mesyuarat semester:15 januari malam
hari keluarga: 17 januari pg

walaupun nieh bukanlah satu program yang besar untuk dibanggakan, tapi melihatkan pencapaian ketiga-tiga program ni, diharapkan dapat memberikan semangat kepada semua barisan kepimpinan Pba untuk terus meningkatkan kemajuan dan membina keyakinan untuk melakukan program -program yang lebih besar...

apa yang lainnya dengan persatuan kami?

saya masih ingat saat mula -mula menjejakkan kaki ke dalam Pba, terasa semuanya lain dengan apa-apa program yang saya sertai sebelum ni. jika dikira termasuk pimpinan kami pada penggal ini, rasanya kurang lebih 2-3 tahun agaknya Pba menapak di bumi Upsi. jadi boleh dikirakan sebagai sebuah persatuan yang baru

jika dikira dari segi pengalaman, kebanyakan exco -exco kami adalah dari semester satu yang baru berjinak-jinak dengan persatuan..

jika dikira dari segi ahli, mungkin juga tak segah persatuan lain...

oleh itu saya rasakan kelainan ketika pertama-tama menjejakkan kaki ke sini...

jadi rasanya satu sesi sem lepas, banyak masa yang diguna untuk memantapkan organisasi dahulu,berkenal-kenal kerana kami terdiri dari kos -kos yang berlainan...

sebab tu la saya rasakan kejayaan tiga program nieh penting kepada PBA, kerana dengan kejayaan program ni, selaku orang yang  tak punya banyak pengalaman tentang program, kami dapat keyakinan diri kerana telah berjaya handle program..dan dengan sedikit sebanyak masalah yang timbul, ini akan menjadikan kami lebih matang, jesteru itu saya melihat potensi kepada barisan-barisan pimpinan yang lebih muda, untuk membawa PBA ke arah yang lebih mantap. kerana mereka masih lama disini, lebih banyak pengalaman yang mereka lalui dalam berprogram, lebih pengalaman yang mereka timba, hasilnya dari semasa ke semasa diharapkan kerja mereka akan menjadi lebih mantap...dan mereka akan mampu membawa PBA ke tahap yang lebih tingi.


apa motivasikan saya untuk menyibukkan diri dalam persatuan?
-kerana saya diajar untuk percaya dengan berpesatuan dapat mendekatkan diri kepada Allah. bagaimana?

dengan berpesatuan, kita sebenarnya sedang menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah
  •  jadikan diri baik (kita belajar tentang organisasi, kasih sayang, kerjasama-jadikan kita insan yang lebih baik dari segi ilmu dan insaniah)
  • bantu orang lain jadi baik (dengan programa-progran kesedaran
jadi kita sedang mendekatkan diri kepada Allah.

teringat kata-kata kak shitar,

"dengan berprogram kita akan lebih akrab"

benar sekali, dah lalui sejak seminggu nieh, dengan jaga kaunter sekali, ada yang kene buat air sama-sama, jual barang sama-sama, angkat meja sama-sama, ambil gamba sama-sama...sebelum ni padahal kos lain-lain...tak kenal sangat pun..macam mustahil jer boleh akrab

harapan terakhir, semoga saya dapat selesaikan tugas/taklifan yang diberi dengan sebaik mungkin, ingin melihat tanggungjawab ini sebagai amanah dari Allah...dan merupakan medan untuk mendekatkan diri kepada Allah..

* tahu atau tidak, manusia itu belajar dengan melihat apa yang dihadapan mereka, mendengar apa yang disekeliling mereka, dan setiap apa yang dilihat dan didengar akan menjadi pengalaman-pengalam mereka.. dan pembelajaran mereka..realiti sekarang, di luar sana lebih banyak terdapatnya unsur-unsur negatif dari positif...menyebabkan unsur-unsur negatif ini dilihat sebagai positif  atas tiket "SATU KEBIASAAN"...jadi sebagai manusia yang sedar akan hal ini kita mesti berusaha membawa unsur-unsur positif ke dalam masyarakat kita untuk bersaing dengan element-element negatif yang dibawa oleh musuh-musuh islam...jadi kelebihan berpesatuan, jadikan ini satu medan untuk menyedarkan kepada orang lain, apa yang betul dan apa yang salah...

supaya kita dapat,

"membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul"

dedikasi...:
tahniah kepada semua yang menjayakan hari keluargra kali ni...semoga kalian dirahmati Allah selalu...


"kita akan mati, itu satu kepastian, namun destinasi kita selepas itu adalah satu pilihan"

gambar kenangan,


 
 

Saturday, January 16, 2010

Friday, January 15, 2010

Selamat maju jaya PBA





Dah satu semester lebih dalam PBA, memang berpesatuan banyak mengajar aku untuk jadi orang yang tabah, orang yang tak mudah mengaku kalah, orang yang sentiasa kreatif dalam berfikir..dari sini aku jugak aku terlatih untuk jadi orang yang lebih memikirkan orang lain. Sebab setiap apa yang aku buat, segala tindakan yang aku ambil, kene fikirkan orang atas kiter sama ada pendapat, idea itu sudah dibincangkan dan diteriman bersama atau tidak, kene fikirkan orang yang dibawah, adakah tindakan kita menyenangkan mereka atau tidak, adakah kita terlalu mengarah atau tidak….adakah teguran itu satu yang relevan atau tidak, adakah sekadar melepaskan rasa marah dan tak puas hati, atau dengan harapan mereka akan menjadi lebih baik…
aku belajar menerima kritikan selain mengkritik
belajar menghargai sebelum dihargai
belajar menerima sebelum diterima
belajar untuk faham situasi belum memahamkan orang lain
belajar untuk kuat sebelum menguatkan orang lain
belajar untuk mendegar sebelum didengar
belajar untuk menilai sebelum dinilai
belajar untuk tak mudah putus asa sebelum mengajar erti tabah

sungguh benar kata Allah,
“selepas kesusahan itu ada kesenangan”

Bila tengokkan bilangan ahli yang datang pada hari ini, sejuk rasa hati, bila tengok bilangan ahli yang mendaftar untuk hari keluarga gembira tu datang bertambah-tambah…sampaikan aku dah lupa sebelum ni aku penah menangis pasal persatuan, tak lalu makan, tak bole nak concentrate belajar…dan masa tuh aku lalui dengan harapan yang Allah pasti akan membantu sekiranya kami ikhlas dengan kerja kami..sentiasa nasihatkan diri, percaya pada takdir Allah…kesungguhan yang gigih pun tak kan dapat mengubah takdir…percaya pada diri sendiri, percaya pada orang lain….
Aku pernah terfikir dulu, agaknya aku patut undur diri jer dari persatuan, sebab sebelum ni aku tak mintak taklifan nieh, aku pun rasa pengalaman yang aku ada sebelum nieh belum cukup untuk aku teriman taklifan nieh pulak..banyak beza antara reexco dengan MT…..
Tapi ni la takdir, Allah memilih siapa saja yang Dia kehendaki…
Kita tak kan pernah tahu yang kita mampu untuk buat sesuatu, sebelum kita dah Berjaya melakukannya…
Dan sekarang walaupun aku rasa agak rendah diri la..dan memang patut rendah diri pun dengan segala kelemahan aku, aku tak la rasa “down” dengan semua nieh…

So,
I will improve myself,
I will learn more to be good,
Because Allah always near with one’s that do good thing
Cause Allah love someone that do something cause of Him,
Yesterdays, now, and forever, I will learn to be good servant,
I will try to love Him in good/bad situation…
Because we do not know, what is really good for us and what is bad for us,
Only Allah that truly know
Thank Allah, this days I learn many thing, and I think the thing make me close to u…hope this is a return, the days that aim suffer before, cause aim not became a good servant..i hope that my soul have return….
Please keep the feeling with me, the feeling that aim close to u…
*terima kasih kepada semua MT,EXCO, REXCO yang dah banyak berkerja keras sampai hari nie…semoga ini satu titik tolak untuk kita lebih maju…tidak ada istilah siapa yang lebih hebat…masing-masing antara kita diberi kelebihan masing-masing dan membezakan kita hanyalah keikhlasan…

Jangan jadikan dakwah( kerja-kerja baik) sebagai yang kedua dalam hidup kita sebagai pelajar, tapi jadikanlah ia seiring degan tugas 2 lain seperti belajar…kedua-duanya ada kelebihan dan priority pada masa-masa yang tertentu…waktu belajar kita belajar..waktu berpesatuan kita berpesatuan…tu je coretan untuk malam nieh..akhir kata semoga pba tetap maju…



gambar kenangan


 



Wednesday, January 13, 2010

motivasi diri sendiri

 setelah hampir seminggu tak dapat nak post aper-aper kat sinie, sebenarnya perjalanan seminggu nie dilalui dengan hati yang separa kosong...entah kenapa, yang pasti mungkin itu tandanya hati yang semakin jauh dengan Allah? mungkin ya...kerana kita lebih tahu hati kita berbanding dengan orang lain...kita lebih faham iman kita berbanding dengan orang lain.......

adakah aku sekarang berada dalam keadaan yang lebih buruk dari sebelum ni...kalau ya.." i have to turn my self"...kene patah balik, kene mengaku dosa dengan Allah, kene mintak maaf kalau salah dengan manusia, kene ubah diri kepada kebaikan....nampaknya sekarang Allah bagi tutorial kepada apa yang aku dah belajar....yang Allah ilhamkan ilmu tu tuk sampai kepada aku..dan aku faham...atau pun aku kurang faham sebab tu la tutorial nieh berlanjutan sampai hampir seminggu.....

aper yang aku  patut faham sebenarnya nieh?

yang aku rasa aku patut faham ialah.....
  • kena jaga ibadah, kena jaga amalan-amalan macam zikir, baca Quran tak kira penat macam maner pun, tak kira masa tuh macam mana pun, sebab dengan ini kita akan lebih rapat dengan Allah, hati kita akan terpaut pada Alllah, jadi apabila kita ambil apa-apa tindakan, kita akan lebih cenderung mengambil tindakan yang mendekatkan kita dengan Allah...dan dekat dengan Alllah bererti juga jauh dari syaitan...inilah kuncinya..kunci untuk sentiasa terjaga dari tipu daya syaitan, iaitu dengan dekat dengan Allah...
  • apabila satu perbualan tuh dekat dengan pertelingkahan, baik diam jer..semua orang ada pendapat yang tersendiri...tak perlu nak tegakkan pendapat sendiri kalau itu mendekatkan dengan terasa hati ke aper...
  • kalau rase orang tak faham kita...mungkin kita pun tak cuba nak faham orang...semua orang tak sama dengan kita..tu kene ingat
  • semua orang buat salah, kita pun ader buat salah...jadi setiap kali kita terasa hati dengan setiap perbuatan orang kat kiter tak per la...memaafkan tu kan lebih baik..Alllah kan sayang kepada orang yang senang memaafkan
  • bila kita rasa kita dah terbuat semua kesalahan yang kita dah tahu tak leh buat...jangan ada perasaan yang Allah tak akan ampunkan kita...tapi kita memang patut menyesal..tapi biarlah penyesalan tuh menyebabkan kita bangkit...bukan jatuh...
  • bila kita rasa walaupun kita cuba nak berbuat baik kat orang lain, tapi orang tuh tetap nak jugak carik gaduh, jangan putus asa..kan Allah kata dalam Quran "atasilah keburukan dengan kebaikan"
  • kalau kita ikhlas buat baik, kita tak kan sesal perbuatan baik itu dibalas dengan buruk
  • kalau kita ikhals buat baik, kita tak kan mudah putus asa kalau apa yang kita buat tuh tak berjaya sepenuhnya sebab kesungguhan tu tak kan mengubah takdir..
sebenarnya aku rasa banyak lagi salah aku yang aku buat minggu nie...sebab minggu nie aku rasa cam kayu buruk berjalaan jer...maksudnya aku jalan tak da makna..agaknya ni satu balasan bagi orang yang lupa Allah....selama-lama aku hidup aku rasa nieh la salah satu benda yang akan buat aku cukup tak tentu arah selain dari dengar mak ayah sakit, keluarga aku sakit ker..adik beradik meningal ker.. adalah perasaan yang macam nieh....betapa dahsyatnya..aku makan tapi sebenarnya aku tak rasa cam makan...semua yang aku buat..aku rasa tak da meaning..aku just buat jer...dan tu akan menyebabkan semua perkaran lain juga tertanggu

-malas nak buat assigment
-cikgu cakap dalam kelas, dengar pastu tak dengar...sambil lewa
-pegi ke kelas pun nak tak nak
-kalau boleh tak nak cakap ngan orang
-kalau orang buat salah sikitt, rasa nak marah
-terase hati yang tak bertempat..

aku harap, aku boleh patah balik..aku harap Allah dapat terima aku balik, aku tak nak macam nieh...mintak maaf kat saper 2 yang terasa hati dengan perangai aku selama nie...aku manusia, ilmu "agama" yang mungkin orang ingat aku ada tuh tak cukup untuk buat aku sentiasa baik dalam setiap keadaan...sebab yang penting lagi ialah iman...yang mungkin dah banyak kurang pada diri aku selama semingu nieh..

hope Allah will return the feeling, feeling that iam be closed to Him,  feeling that everything that i do, i do because of Him, then everthing that i get...good/bad  is actually good for me...Allah tak pernah salah dalam memberi..keburukan adalah kebaikan, kerana mungkin kita tak pernah tahu..buruk itu adalah lebih baik bagi kita...


i want to return to Allah,  i want that feeling back to me...i miss that feeling....

Wednesday, January 6, 2010

Tuesday, January 5, 2010

We have to move on




sudah satu lumrah dalam kehidupan bahawa kita sebagai manusia tidak dapat lari dari kesedihan, kekecewaan dan kesusahan......

 -kadang-kadang kita rasa tak mampu lagi nak hadapi kesusahan tu, tak mampu nak berkongsi dengan sesiapa pun  di sekeliling kerana kita, tak rasa punya jalan untuk menghadapi masalah itu..
sebenarnya tak kah kita sedar yang selama hidup kita sehingga kini , kita sebenarnya telah menghadapi berbagai bentuk ujian daripada Allah..ujian dalam peperiksaan, kesakitan dan sebagainya, namun bagaimanakah kita bangkit????

adakah ujian ini kita rasakan terlalu berat untuk kita hadapi berbanding ujian -ujian yang kita hadapi sebelum ini... ingatkah lagi dengan firman Allah yang berbunyi,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

apa ertinya semua ini?

ertinya kita mampu menghadapi ujian ini dengan izin Allah

kenapa mesti kita diuji?

kerana Allah ingin melihat tindakan kita apabila diberi kesusahan, keburukan, bagaimana kita bertindak ke atas takdirnya ini...adakah dengan bersabar atau dengan menyalahkan takdir Allah..

manusia sangat takut dengan kesusahan....sangat bergembira dengan kebaikan, itu norma...
tpi kadangkala dengan kesusahan itulah kita dekat dengan Allah

Allah ingin wujudkan dalam hati kita "rasa hamba", seorang hamba yang hatinya sentiasa bergantung kepada Allah, kerana dia tahu dia sendiri tidak dapat berbuat apa-apa ..hanya dengan izin Allah  segala ujian yang diterima, baik dan buruk dapat dihadapi...

adakah kita patut berputus asa,

"tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang yang sesat"

kita ingin berhenti dari menyayangi Allah ?

"Allah tidak memerlukan hamba, tapi hamba-Nyalah yang memerlukannya"

kita rasa kalau kita terus berubaha menjadi baik, ujian kita akan semakin berat dan kita rasa kita tak kan bisa mampu untuk sampai kepada Allah

" dan orang yang berjihat untuk mencari keredhaan kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik"

kepada siapa ingin kita berharap?

"katakan kepada hamba-hamba-Ku  bahawa Aku dekat, berdoalah kepada-Ku"

 tak cukupkan Allah bersama kita?

"Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik"

ya Allah berserta kita, selagi kita berbuat baik, jadi teruskan berbuat baik, berbaik sangka dengan setiap ujian yang kita hadapi, sentiasa positif kerana

"ujian itu mematangkan kita sebagai manusia untuk melihat mana yang terbaik, belajar menjadi yang terbaik dan memilih yang terbaik"

jangan berhenti, teladanilah alam..BAGAIMANA?


KENAPA?
  • bayangkan bumi berhenti mengelilingi matahari  kerana bosan menjadi hamba Allah yang taat pada perintah
  • bayangkan air berhenti mengalir kerana bosan menjadi hamba Allah yang taat pada perintah, dia berkhitmat bagi manusia yang tidak menghargainya
  • bayangkan matahari berhenti bersinar kerana bosan menjadi hamba Allah yang taat, memberi sinaran pada manusia yang banyak ingkar kepada Tuhannya
apa yang jadi kepada kita?
apa yang jadi kepada dunia?

adakah akan baik atau tidak....alam tetap bergerak mentaati perintah Tuhan dalam susah dan senang....jika mereka berhenti ....bayangkan apa yang berlaku?

berhenti bermaksud kita telah kalah...kita telah rugi..kita telah gagal..

jadi move on...hadapi kesusahan dengan ketabahan...pintalah pada Allah, Dia sentiasa bersama-sama dengan kita....


teladilah jua Nabi kita yang mulia,

 jalanku pulang-Unic




Lirik Jalan Ku Pulang - Unic

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu