Demi masa sesunguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan sentiasa melakukan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran… (al-asr:1-3)
Alhamdulillah atas segala kurnia Tuhan yang tiada taranya…sesungguhnya saya bersaksibahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah
Katakanlah, Allah Tuhan yang Esa,
Allah tempat meminta segala sesuatu,
Tidak beranak dan diperanakkan,
Dan tiada sesuatu pun tara dengan Dia. (al ikhlas:1-4)
InsyaAllah perkembangan terbaru, sekarang dah jadi mantan Persatuan Bahasa Arab, InsyaAllah semoga kemimpinan baru PBA dapat memantapkan lagi persatuan. Lepas dah jadi mantan, dalam masa nie, banyak bermusabah juga tentang kelemahan diri dan kekuatan yang ada untuk majukan diri..sedar betapa kerdilnya saya berbanding orang-orang lain yang memperjuangkan jiwa dan harta pada jalan Allah..kadang-kadang saya rasa malu kerana mengaku sebagai orang yang cintakan Allah sedangkan masih banyak dosa yang saya lakukan, masih lalai dengan kesenangan, takut ditimpa musibah, sombong dengan ilmu..tapi tak banyak beramal…kadang-kadang bila terus-terusan berfikir begini kita akan rasa down sampaikan tak nak perbaiki diri, apa yang penting ialah “positif thinking”.Bersyukur dengan kasih sayang Allah yang tidak henti-henti menunjukkan kepada hamba-hamba-Nya jalan untuk kembali kepada-Nya, memperkenalkan diri-Nya kepada orang yang berusaha mencarinya.
Firman Allah
“katakanlah kepada hamba-Ku bahawa Aku dekat”
Dalam masa nieh dengan izin-Nya, saya banyak habiskan masa dengan membaca dan mendengar ceramah online tentang keindahan islam..dari situ saya sedar untuk tidak berputus asa untuk memperbaiki amal, dan betapa pentingnya kita untuk mengenal diri kita dan Allah Tuhan kita… semoga Allah sentiasa meletakkan saya bersama orang-orang yang memperjuangkan agama saya, walaupun mungkin perjuangan saya itu mungkin kecil dibandingkan rakan seagama yang lain..
Al-insyirah: 6-8
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu akan ada kemudahan, maka apabila engkau selesai mengerjakan sesuatu perkara, tetaplah bekerja kerasuntuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap”
-Dan tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain-
insyaAllah saya sekarang sedang memperlajari perbandingan dalam agama, dan mukjizat dalam Al-Quran…bukan kerana saya tak yakin dengan agama saya. Tapi saya harap dengan ini saya lebih menghayati tentang diri saya sebagai muslim, saya lebih faham akan tanggungjawab saya dan yang paling penting saya lebih mengenali Tuhan saya, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
dan firman Allah,
saba: 46
katakanlah, “aku ingin memperingatkan kepadamu satu hal saja, iaitu agar kamu mencari kebenaran kerana Allah (dengan ikhlas) berdua-duaan atau sendiri-sendiri.”
insyaAllah, selagi jantung berdenyup , maka dengan izin Tuhan Maha Cinta, saya akan terus belajar untuk mengenalnya, sebelum saya bertemu dengan-Nya
firman Allah
“daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali”
*lagu ni dapat dari program ke maahad taufiqiyah Ad-diniyah, lirik yang sangat baik dan kena pada diri...rindunya pada mereka semua..
tima kasih kat fara@alisya for this lyric..
i will never give up...berusaha untuk Allah, untuk mak dan ayah, dan untuk pelajar-pelajar saya yang akan datang..sebab saya nak jadi guru yang baik...mungkin kesusahan yang saya alami sekarang ni adalah satu latihan untuk menjadi guru yang baik...
gambar kenangan di Maahad taufiqiyah behrang
kelas tingkatan 3
lakonan oleh kumpulan kerambit 36
dengan pelajar muslimat
thanks Allah for this memory....thanks also to my beloved frenz, farahana, aida, fatin, Ain..