Tuesday, November 30, 2010

Perjalanan sebuah kehidupan...

Sedar atau tidak, hidup ni adalah suatu perjalanan dan setiap masa dan ketika kita sebenarnya sedang mengaturkan arah perjalanan kaki kita kepada destinasi perjalanan kita..yang kita sendiri tentukan...dan yang pasti disepanjang jalan yang kita dah lalaui ni dan akan kita lalui nanti, kita akan temui banyak sangat perkara sama ada yang baik atau yang buruk... 

ini lumrah biasa, macam game kan...ada tahap-tahap kesusahannya..bila kita dah lepas tahap satu, sampai tahap dua, tahap dua lagi susah dari tahap satu..aish..dan begitulah seterusnya...macam satu kehidupan yang sentiasa diuji, kalau dah lepas satu ujian, akan ada ujian lain yang akan menanti...

tak boleh jugak nak salahkan kehidupan, sebab kejayaan dan kegembiraan tak kan bermakna tanpa susah payah dan tak kan dihargai kalau benda tu senang nak dapat..dan sebab ni hanyalah sebuah perjalanan maka tak da istilah rehat agaknya..

kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita hilang harapan, kadang- kadang kita sangat bersemangat..kadangkala kita berjaya dan kadangkala kita gagal...

tapi dengan kegagalan yang selalu orang tak suka nak hadapi tu sebenarnya terselit seribu satu kebaikan yang mungkin kita tak realise, selain Yang Maha Kaya.. sebab dengan kegagalan buat kita lebih berhati-hati menapak kehadapan, membuatkan kita lebih matang dalam membuat pilihan dan membuatkan kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan..

dan dengan kehidupan, kita belajar dan diajar untuk mengerti bahawa setiap insan itu adalah tidak sempurna..tapi itu tak bererti kita perlu berputus asa untuk menjadi seorang yang sempurna..sebab kita mampu menjadikan diri kita lebih baik dari semalam..

dan apa yang penting, niat yang betul..jangan malu untuk berpatah balik jika mengetahui bahawa jalan yang kita ambil itu adalah jalan yang salah, dan jangan berputus asa dengan musibah disepanjang perjalanan kita..kerana kita ingin sampai ke destinasi kita..suatu tempat yang sangat istimewa

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Allah beriirman : “Aku sediakan bagi hamba-hambaKu yang shalih sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak tergores oleh hati manusia. 


Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).(Serta dikatakan kepada mereka): “Inilah yang dijanjikan kepada kamu, – kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);”(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat“. [Surah Al-Qaf ayat 31-33]

Saturday, October 16, 2010

Melangkah demi cinta…



Langkah yang semakin longlai…
Hati yang semakin rapuh..
iman yang semakin menipis…..

dan sejenak, Allah mengilhamkan hati untuk berfikir….
-     - jangan putus asa, kalau kita rasa kita jauh dengan Allah, sebab kalau kita masih dapat RASA, tandanya Allah masih sayangkan kita.. mungkin Dia sedang panggil kita untuk baiki hubungan kita dengan Dia..
-     - Dan jangan lupa pada janji pada diri sendiri..yang akan usaha untuk jadi orang yang baik untuk mak dan ayah..( saya bukan anak yang boleh dikatakan berjaya, biasa saja, tapi saya nak nanti di akhirat mak dan ayah akan bangga dengan saya sebab kalau saya berjaya jadi seorang yang solehah, saya akan jadi kunci syurga bagi mereka)
-     - Dan saya tak nak mengecewakan Allah yang telah memberikan saya nikmat yang sebegitu banyak..dan tak nak mati sebagai seorang yang kufur..

Jadi, saya mesti tetap melangkah, demi cinta saya…kerana saya sangat cintakan Allah..kerana saya sangat cintakan nabi, kerana saya sangat cintakan agama saya..kerana saya sangat mencintai ibu dan ayah saya…maka hanya kerana itu saya pastinya tetap perlu untuk melangkah…

Dan terus melangkah …demi sebuah CINTA..

Cinta yang sebegitu indah,
Namun mengapa mereka begitu membenci cinta..
Kerana cinta aku mengenal Tuhanku..
Kerana itu aku bahagia..
Dan jika cinta tiada dalam hatiku..
Maka hancurlah aku..
Kerana aku terus hidup kerana cinta..
Cinta kepada Tuhanku mengajar aku mencintai yg lain,
Dan itu adalah kebahagiaan,
Kita mencintai dan dicintai,
Memberi dan memiliki,
Dan itulah lumrah hidup ini..

Kerana cinta matahari memancarkan sinarnya..
Kerana cinta bulan memberikan sinarnya..
Kerana cinta bunga mempamerkan kelopaknya..
Dan semua makluk juga berzikir dengan cara tersendiri kepada yang Maha Mencintai…

Akan kah Dia melupakan kita,
Sekali-kali tidak, bahkan kitalah yang melupakan-Nya..
Walaupuan saban saat, atau kadar waktu yang lebih singkat dari itu,
Dia tidak penat memberikan Cinta-Nya..
Namun jiwa yang alpha tak kan mampu merasainya…

Kepadamu Tuhan, aku memanifestasikan cintaku..
Semikan cintaku hingga ke syurga..
Periharalah jiwaku, agar dengan jiwa pemberian-Mu ini,
Aku melihat cinta-Mu.

Saturday, October 9, 2010

Macam baru semalam…

Alhamdulillah semua kerja dah makin berkurangan, makmal dah habis,  sekarang mungkin nak sibuk tulis tesis. Dan bersyukur kepada Allah diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan adik PBA semalam untuk jamuan hari raya dan watikah pelantikan PBA. Sempat juga dengar ustaz khairul berucap, dah lama tak jumpa dan dengar ustaz berucap.
         Macam baru semalam jer, ikuti kelas ustaz khairul . Ustaz  suruh join PBA dan program mari mengajar. Maka saya dan fara pun join la, macam menarik jer dengar..hehe, kalau ustaz yang cakap semuanya akan jadi menarik..ustaz khairul memang seorang penasihat yang bagus, kalau dengar dier bercakap, semua orang pun jadi semagat. Dan macam baru semalam jugak join program mari mengajar di Maahad Abbasiah. Kat situ boleh pulak terjumpa sepupu, selama nieh tak penah tahu pun ada sepupu belajar kat situ..dan dari situ kenal mantan – mantan PBA yg lain..ukhti wani, ukhti Faseha, akhi faizul, akhi zaidee.. .tue kira pengalaman pertama la mengajar…haa jangan tak tahu, masa tu la nak praktik balik aper lecturer ajar tentang skill –skill nak attrack student. Time tu la sibuk nak buat nota, teringat kejadian waktu dalam kelas  pedagogi prof Ishak, kene tanya
“ nota yang cikgu buat untuk sape cikgu?”
Dan saya jawab,
“untuk pelajar”
Dan diulang soalan yang sama, sampai saya pun naik pelik, dan kemudian saya jawab
“untuk cikgu”
Walaupun time 2 blurr, kenapa mesti jawapannya untuk cikgu pulak…bila dah masuk sekolah bru sedar..nota-nota pendek dan senarai istilah yang penting yang cikgu buat sebelum masuk kelas adalah untuk dia sendiri, supaya dia tak terlupa apa yang penting untuk dia sampaikan..thank prof…I learn a lot from u actually..
Dan belajar masa subjek bimbingan,
“cikgu tak boleh marah pelajar,kalau cikgu marah diorang akan berubah dan kalau tak marah pun diorang akan berubah”
Semua tu sangat berguna…dan bila dah masuk kelas baru nak tahu..
         Dan lepas mari mengajar, baru la terbukak hati nak join PBA, tu pun setelah diajak berkali-kali oleh  zul. Dan macam baru semalam perlantikan sebagai naib dan kenal rafaie yang masa tuh jadi presiden, masyitah, wahida, kak hejah, kak yan, hajar, quiyah, nazri, fazrul, nik, adam, nazri  dan yang lain-lain. Masa tu sungguh rasa ketar lutut cam na la nak wt kejer, presiden pun susah nak cam. Sebab masa tuh asyik nak tetukar rafaie dan nazri..haha lawak pulak rase..sebelum ni tak penah kenal langsung pun..
         Dan semuanya pun berlaku dengan pantas, sekarang dah jadi mantan, tapi insyaAllah kenangan bersama PBA akan kekal dalam ingatan sepanjang hayat. Kalau dulu rasa takjub kat kak shitar, kak zhihah, walaupun dah jadi alumni selalu tanya pasal PBA. dan terima kasih juga pada semua mantan:- akhi hazim, akhi hazwan, akhi ku alif, akhi faizul, ukhit zati, dan yg dah tak tersebut dah...


 Dan bila diri sendiri dah jadi mantan, saya pun ada sedikit rasa macam diorang, walaupun mungkin PBA tak sehebat persatuan lain, kami macam keluarga, sama-sama belajar sesuatu yang baru untuk memantapkan persatuan dan diri sendiri. Semoga pimpinan yang baru akan mengekalkan rasa kekeluargaan ni. ..insyaAllah semoga mereka dapat bawa PBA ke tahap yang lebih baik..

Dan saya, akan teruskan pula usaha kepada sesuatu yang lain…yang pasti walau apa pun yang kita buat,, dimana pun kita berada, kita tetap bersatu, bersatu dalam cinta kepada Allah, ketaatan dalam melakukan ibadah dan dakwah…

Firman Allah,
“ dan bukanlah harta atau anak- anakmu yang mendekatkan kamu dengan Kami; melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda atas apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga).” Saba:37.

Pangkat, harta, dan nikmat kesenangan lain, tak kan mendekatkan kita dengan Allah kecuali jika kita beriman dan melaksanakan suruhan-Nya.


          
wajah - wajah ceria mereka

Tuesday, September 28, 2010

Sejauh mana kita mengenal Allah?...
Teringatkan perbualan saya dengan fara petang semalam…saya kata, alangkah bagus kalau saya jadi orang yang sentiasa bernasib baik, bijak, kenapa saya rasa dari dulu sampai sekarang, saya kena usaha keras untuk dapatkan sesuatu yang saya nak sedangkan orang lain akan dapat benda yang sama dan mungkin lebih dari tu tanpa perlu buat apa yang saya lakukan..adakah sebab saya ni bodoh sangat. Dan fara jawab; kan kau selalu cakap setiap orang ada kelebihan masing-masing.. sebenarnya saya tahu, Soalan saya sebelum ni tandanya saya tak ikhlas dengan apa yang Allah bagi, dan saya tahu kita akan cakap begini bila pergantungan kita dengan Allah itu kurang..
Bila kita rasa Allah lebihkan orang lain berbanding kita, adalah bermaksud kita rasa Allah itu tidak adil, sedangkan Allah Maha Adil. Adil adalah suatu nama dari nama Allah.
Allah Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…Dia mentakbir alam ini dengan keadilan, dia mentakbir dengan kasih dan sayang..Dia tak akan abaikan saya, mungkin saya belum cukup berusaha. Mungkin permintaan saya dan usaha saya akan dibalas nanti di akhirat.. dan walau apa pun saya tak perlu fikirkan semua tu sebab saya tak patut buat sesuatu hanya kerana balasa dunia atau syurga saja… tapi kerana cinta saya kepada Allah..
Bila saya fikir-fikir balik, kita cepat diuji kan?, malam sebelum tu , dalam halaqah dengan adik-adik, baru saya bincangkan tentang Akidah, sejauh mana kita mengenal Allah. Dan rupanya hari ini Allah bagi saya praktikal ringkas tentang sejauh mana saya mengenal Dia.
dan, dalam kesedihan tu…bila buka jer tafsir secara rawak, Dia temukan saya dengan surah At-taubah (taubat)
-     taubat secara ringkasnya ialah kita kembali kepada Allah, bila kita rasa kita dah buat salah, kecil atau besar, kita perlu kembali kepada Allah, menyesal akan perbuatan dosa kita dan mula melakukan kebaikan.
-     Sebenarnya sejak Allah ciptakan manusia lagi, Allah dah tahu kita akan melakukan dosa.. kita bukanlah malaikat, kita adalah manusia yang ada dikurniakan nafsu..
-     Dan Allah tetap cinta orang-orang yang melakukan dosa tetapi mereka bertaubat...(menyesal dengan dosa, meninggalkan dosa).


-     Dan satu dari ayat yang menyentuh hati saya dari surah at-taubah ialah:

“  Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu sahaja, padahal Allah belum mengetahui orang-orang yang berjihat di antara kamu dan tidak mengambil teman setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman. Allah Maha teliti dengan apa yang kamu kerjakan.”





Sunday, September 19, 2010

Sekembalinya…..


Sekembalinya…..
Demi masa sesunguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan sentiasa melakukan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran… (al-asr:1-3)
Alhamdulillah atas segala kurnia Tuhan yang tiada taranya…sesungguhnya saya bersaksi  bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah
Katakanlah, Allah Tuhan yang Esa,
Allah tempat meminta segala sesuatu,
Tidak beranak dan diperanakkan,
Dan tiada sesuatu pun tara dengan Dia. (al ikhlas:1-4)
InsyaAllah perkembangan terbaru, sekarang dah jadi mantan Persatuan Bahasa Arab, InsyaAllah semoga kemimpinan baru PBA dapat memantapkan lagi persatuan. Lepas dah jadi mantan, dalam masa nie, banyak bermusabah juga tentang kelemahan diri dan kekuatan yang ada untuk majukan diri..sedar betapa kerdilnya saya berbanding orang-orang lain yang memperjuangkan jiwa dan harta pada jalan Allah..kadang-kadang saya rasa malu kerana mengaku sebagai orang yang cintakan Allah sedangkan masih banyak dosa yang saya lakukan, masih lalai dengan kesenangan, takut ditimpa musibah, sombong dengan ilmu..tapi tak banyak beramal…kadang-kadang bila terus-terusan berfikir begini kita akan rasa down sampaikan tak nak perbaiki diri, apa yang penting ialah “positif thinking”.  Bersyukur dengan kasih sayang Allah yang tidak henti-henti menunjukkan kepada hamba-hamba-Nya jalan untuk kembali kepada-Nya, memperkenalkan diri-Nya kepada orang yang berusaha mencarinya.
Firman Allah
“katakanlah kepada hamba-Ku bahawa Aku dekat”
 Dalam masa nieh dengan izin-Nya,  saya banyak habiskan masa dengan membaca dan mendengar ceramah online tentang keindahan islam..dari situ saya sedar untuk tidak berputus asa untuk memperbaiki amal, dan betapa pentingnya kita untuk mengenal diri kita dan Allah Tuhan kita… semoga Allah sentiasa meletakkan saya bersama orang-orang yang memperjuangkan agama saya, walaupun mungkin perjuangan saya itu mungkin kecil dibandingkan rakan seagama yang lain..
 Al-insyirah: 6-8
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu akan ada kemudahan, maka apabila engkau selesai mengerjakan sesuatu perkara, tetaplah bekerja keras  untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap”

-Dan tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain-
insyaAllah saya sekarang sedang memperlajari perbandingan dalam agama, dan mukjizat dalam Al-Quran…bukan kerana saya tak yakin dengan agama saya. Tapi saya harap dengan ini saya lebih menghayati tentang diri saya sebagai muslim, saya lebih faham akan tanggungjawab saya dan yang paling penting saya lebih mengenali  Tuhan saya, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
dan firman Allah,
saba: 46
katakanlah, “aku ingin memperingatkan kepadamu satu hal saja, iaitu agar kamu mencari kebenaran kerana Allah (dengan ikhlas) berdua-duaan atau sendiri-sendiri.”
insyaAllah, selagi jantung berdenyup , maka dengan izin Tuhan Maha Cinta, saya akan terus belajar untuk mengenalnya, sebelum saya bertemu dengan-Nya

firman Allah
“daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali”
An-nur Furqan,
19 september 2010.

Friday, August 13, 2010

"Any Given Time"

OUTLANDISH 



"Any Given Time"

Mmm any given time He'll be there
I don't really have to say no more
Mmm any given time He's right here
Embedded in my living soul - oh for sure
Oh any given time I see
The beauty that has always been 
In any given time

I swear by The Lord of the moon split in 2
5 o'clock in the morning, I be calling You

I'm totally lost with out Your light
I'm finding my self on the strive all the time
Not a single day goes by

I'm out to fight the devil but never fought myself
Read a thousand books but never read myself
My souls starving it needs to be fed lord I need your help
Hell with the devil my biggest enemy's myself
It makes me wonder am I doing this for the right reasons
I mean the money the fame and game all sounds appealing
Instead of entertaining I prefer to enlighten 
But then again who am I to be in a position
To represent a whole generation of kids and to make them believe
When till this day I still struggle to uphold my deen
I read a 100 God is great in less then a minute
And though my tongue is fast like twista 
My hearts not in it

Mmm any given time He'll be there
I don't really have to say no more
Mmm any given time He's right here
Embedded in my living soul - oh for sure
Oh any given time I see
The beauty that has always been 
In any given time

By the one in whose hands my soul is there is no match
To think a spider couldn't? weave a curtain just like that (break)

I wouldn't be here without Your light
I'm finding my self on the strive all the time
Not a single day goes by

Sí que tengo fervor, devoción para dar mi granito de arena
Y mi aspiración mantenerla serena
Yo Tengo buen criterio aunque a veces esta difuso
Yo Tengo mi firmeza de la cual a veces abuso
Yo trato de ser justo, me sobra lealtad
Coraje valentía, me falta sobriedad
Diferentes situaciónes,diferentes actitudes
Afectan mi progreso y todas mis virtudes

[Translation]
Sure I have fervour to give my grain of sand 
And my aspirations keep them serene
My perception is sound even though it sometimes gets fuzzy
I have my resolution even though I sometimes abuse it
I try to be righteous, I abound in devotion
Courageous irascibility, I lack moderation
Different situations, different attitudes
Hamper my development and all of my virtues

Mmm any given time He'll be there
I don't really have to say no more
Mmm any given time He's right here
Embedded in my living soul - oh for sure
Oh any given time I see
The beauty that has always been 
In any given time

Mercy with out boasting
Gifts with out terms
Goodness with out anger
Forgive with out reason 
Any given time 
I do my best to strive
In Your name I rise
The apple of my eye

Even when I'm not alone
You are closer than the veins in my neck
Even when I'm all alone

Even when I'm in sleep
You are closer than the veins in my neck
Even when I'm in it so deep

Even when I'm all gone
You are closer than the veins in my neck
Even as I'm singin' this song

Even when I'm on a high
You are closer than the veins in my neck
Even when I try to touch the sky

Mmm any given time He'll be there
I don't really have to say no more
Mmm any given time He's right here
Embedded in my living soul - oh for sure
Oh any given time I see
The beauty that has always been 
In any given time 

Sunday, July 18, 2010

Anugerah

Anugerah.......
Manusia berlainan
Mengapa sering dipersoalkan
Sedangkan itu ujian
Darinya penentu suratan

Mengapa memendam rasa
kecewa meratip luka
Hakikat hamba merancang
sedangkan Tuhan Menentukan

menyanggah ungkapan salahkan keadaan
bukan sifat seorang insan
kelak jiwa akan tertekan
dan juga akan melemahkan iman

Haruslah tabah dengan ujian
Pastinya nanti capai gemilang

Biarlah takdir dan waktu menentukan
pada-Nya tempat bergantung harapan
dan kalam Tuhan penenang kegusaran....




*lagu ni dapat dari program ke maahad taufiqiyah Ad-diniyah, lirik yang sangat baik dan kena pada diri...rindunya pada mereka semua..

tima kasih kat fara@alisya for this lyric..

i will never give up...berusaha untuk Allah, untuk mak dan ayah, dan untuk pelajar-pelajar saya yang akan datang..sebab saya nak jadi guru yang  baik...mungkin kesusahan yang saya alami sekarang ni adalah satu latihan untuk menjadi guru yang baik...

gambar kenangan di Maahad taufiqiyah behrang


kelas tingkatan 3 
lakonan oleh kumpulan kerambit 36

dengan pelajar muslimat


thanks Allah for this memory....thanks also to my beloved frenz, farahana, aida, fatin, Ain..