Wednesday, December 22, 2010

aiyaiyai, nak sunggu sampai bila Bro..

individu 1: ala nanti lepas kawin aku pakai ar tudung...
individu 2: pepehal wa cakap lu beb, hidup sekali beb..masa muda la kita enjoy, nanti dah tua kita taubat ar...
individu 3: ala ustaz, saya bukan apa, ayah mak saya pun tak solat...
individu 4: belum sampai seru la  nak jadi baik, mesti org sumer pelik nyer kalau aku tertiba berubah..org kata kalau nak buat baik kene ikhlas, jadi aku tunggu hati aku ikhlas dulu buat baik..tak nak ar berubah sebab terpaksa.....


salam dan ai semua...aritue kita cakap pasal virus biasa, sekarang nieh pulak nak cakap pasal penyakit NANTI DULU pulak..

dan firman Allah:

al a'raf :16 

"dan syaitan menjawab: dan oleh kerana Engkau telah menghukum saya sesat, maka saya akan menyesatkan mereka dari jalan yang lurus"

ya, satu yang kita perlu ingat sentiasa, syaitan akan sentiasa cuba untuk pengaruhi kita supaya jadi macam dia..sesat..sedikit demi sedikit...

macam dialong di atas, kita cuba mencipta 1001 alasan semata-mata untuk halalkan apa yang haram, sebenarnya saya rasa jauh dalam hati manusia..dia sebenarnya dapat rasa apa yang dia buat tue salah.. ..sebab hati itu tenang kepada sesuatu yang halal dan gusar terhadap sesuatu yang haram..tapi kadang-kadang yang menjadi masalahnya ialah..kita tetap nak sedapkan hati sendiri, nak jugak buat salah..dan kita pon berlindung disebalik ..."BIASALAH"...."NANTI LA"..

lepas nieh kena la lebih hati-hati..bukan nak cakap kt korang selaku pembaca nieh jer..saya selaku penulis nieh pun selalu jer terperangkap..nak solat awal waktu....nanti punya nanti..last 2 lambat jugak..nak buat baik jer..mesti nak bertunda..nak buat jahat tak pulak gitu..

kita susah nak buat baik sebab  kita tak nmpak pahala tue..kalau pahala tue boleh tukar cash dengan duit..mesti semua org berebut nak..dan kalau dosa nampak berdepan duit kene potong ker..saman ker,mesti kita pikir dua tiga kali kan..

sebab itulah orang kata dosa dan pahala tue ujian..sebab kita tak nampak..tapi inilah keyakinan kita kan?sebagai seorang muslim yang percaya pada Allah dan hari akhir...Allah yang Maha Adil akan kira semua kebaikan kita walaupun sebesar biji sawi dan akan kira semua kejahatan yang kita lakukan untuk dibalas di akhirat..

dan sebagai muhasabah arinie, marilah kita renungkan tafsir surah Al-kahfi ayat 49 dan 50 nieh

[49]
Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. 
[50]
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.


Monday, December 20, 2010

Adakah kita lupa..Pencarian Diri Kita..

cuba kita bayangkan seorang individu yang telah kehilangan semua memorinya, dia langsung tidak mengetahui apa-apa termasuklah tentang dirinya sendiri..dia adalah seperti seorang bayi yang langsung tanpa pengetahuan apapun..bayangkan lagi apabila dia tiba-tiba tersedar dalam keadaan dia berada dalam satu planet sama seperti bumi, agaknya apa perasaan beliau?..INGAT..dia tiada pengetahuan apapun...

tentunya dia akan tertanya-tanya mengenai semua benda dan rasa takjub dengan dirinya sendiri dan sekelilingnya...bayangkan apabila dia tiba-tiba merasakan bahawa tangan dan kakinya boleh digerakkan dengan kemahuannya..dia akan cuba untuk gerakkan tangan, kaki..jari jemari..dan dengan itu dia yakin dan tahu bagaimana untuk menggunakan anggota badanya untuk pergerakkannya dan apa yang dia nak..

kemudian dia lihat akan sekelilingnya...ada beberapa tanaman..harum baunya..ada beberapa binatang mengahmpiri pokok-pokok itu..ada binatang lain yang sedang makan sesuatu..lalu dia pun mengambil sesuatu yang sama dan makan...ternyata ianya sedap..di atas langit biru..ada beberapa makhluk lain yang sedang terbang..dia sungguh takjub..dia membelek-belek pokok-pokok berhampiran denganya...daun-daun..nya yang berlainan bentuk...baunya juga berbeza walaupun ia hanya tumbuh berhampiran..rasa buahnya juga berbeza..dia masih tertanya-tanya....

untuk beberapa saat, marilah kita amati, jika kita ada individu ini..adakah kita akan pergi bersuka-ria sebegitu sahaja..atau kita akan bertanya kepada diri beberapa soalan ini...

siapa saya?
siapa yang mencipta saya dan anggota badan saya yang sempurna?
siapa yang mencipta benda-benda di sekeliling saya?begitu sempurna?
mengapa dia mencipta saya?apa yang dimahukan dari saya?
apa yang hendak Dia tunjukkan kepada saya melalui semua yang saya dapat lihat disekeliling saya?

sebenarnya kita juga adalah seperti orang ini kan? kita datang di sebuah dunia yang asing..dahulunya kita juga seperti individu ini..mula dengan tidak mengetahui apa-apa...cumanya kita dh lupa untuk tanya semua persoalan ini pada diri kita..sebab kita dah lama sangat duk di bumi ni..dan terpengaruh dengan environment kita dan persekitaran kita sampai kita pon dah jadi lupa untuk mencari diri kita dan tujuan adanya kita kat bumi nieh..

siapa Tuhan kita, sebagai muslim mmg semua akan jawab Allah, tapi betul-betul ker kita kenal Allah, sifat-sifat Allah..apa yang Allah suka kita lakukan..apa yang Allah tak suka kita lakukan..
ramai mungkin antara kita..yang rasa cukup dengan tahu Tuhan dia Allah, Nabinya Muhammad..tapi cukupkah dengan mengetahui itu sedangkan kita tak laksanakan amal makruf nahi mungkin..buah apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang...

dan kisah diatas juga sedarkan saya..betapa masa di bumi nie, betapa kerja kita, keinginan kita terhadap dunia..menyebabkan kita lupa..kita siapa, kenapa kita disini..dan apa yang kita buat sekrang ni..adakah apa yang kita patut buat?

sama-samalah kita bermuhasabah...mari kita mengenal Allah..

rujukan:
ilham dari artikel harun yahya :basic question of our lives..

Saturday, December 18, 2010

Saya sayang kamu...

kamu sayang saya, kamu sentiasa hantar mesej setiap pagi dan malam ucap selamat...
saya sayang kamu, saya doakan kamu setiap kali solat supaya kamu diredhai Allah...

kamu sayang saya, ingin bertemu bila rindu
saya sayang kamu, cukuplah bagi saya untuk tahu kamu dalam keadaan yang sihat,

kamu sayang saya, kamu tunjukkan itu semua dengan selalu hantar sms dan call
saya sayang kamu, saya hanya sms bila perlu..

kamu sayangkan saya, kamu sanggup korbankan segala-galanya demi saya, bagi kamu tujuan hidup kamu adalah cinta kita, kamu sanggup korbankan segala-galanya demi itu..
saya sayangkan kamu, saya perlu ingatkan kamu bahawa cinta manusia hanyalah pinjaman, begitu juga harta dan segala-galanya yang kita miliki, sampai waktu Allah mungkin akan mengambilnya kembali..cinta juga merupakan rahmat Allah, anugerah dan ujian..adakah pemberian itu lebih kita cintai dari yang memberi...tujuan hidup kita..cinta kita..adalah redha Allah..

sayang, peliharalah cintamu untuk yang halal bagimu..isterimu/suamimu..kerana merekalah yang benar-benar layak bagimu..manusia bisa jatuh cinta..kerana perasaan itu anugerah..namun bagaimanakah cara kita berCINTA? adakah anugerah CINTA ini lebih kita hargai dari PEMBERI CINTA..hingga kita tinggalkan larangan Allah apabila kita bercinta?

hidup adalah ibadah,
cinta adalah ibadah,
sebagaimana ibadah itu memerlukan ilmu,
begitulah juga cinta..supaya kita tidak menyalahgunakan cinta..

harapan cintaku adalah syurga Allah sebagaimana firman Allah,

yasin:55-56

"sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang senang dalam kesibukkan mereka, mereka dan pasangan mereka berada di tempat teduh, bersandar di atas dipan-dipan."

sesungguhnya cinta ini adalah cubaan dari Allah kepada manusia, untuk menguji kebenaran iman para hambanya..

furqan, 20

"dan kami jadikan sebahagian kamu sebagai cubaan bagi sebahagian yang lain.maukah kamu bersabar? Dan Tuhanmu Maha Melihat."

* entry ini sekadar ciptaaan, semoga beroleh pelajaran..just nak tukar stail dari buat artikel panjang-panjang yang susah nak difaham dan dihayati..saya tukarkan dalam bentuk dialong ..semoga kita dapat bermuhasabah..

DOA

" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang beriman"- Al-furqan

" Ya Allah, jadikanlah aku/dia/kami  dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan gembirakanlah aku/dia/kami dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya."

Friday, December 17, 2010

HYPEROXIA- kadar oxygen yang lebih dalam badan


salam..kita selalu sangat didedahkan dengan penyakit hypoxia iaitu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan oksigen dalam badan. tapi jarang kita mengetahui tentang penyakit yang berkaitan dengan lebihan oksigen dalam badan. 

mendengar berita mengenai salah seorang pelajar yang pengsan disebabkan oleh lebihan oksigen dalam badan buatkan saya cari sedikit info tentang nieh..di bawah ada sedikit info yang saya boleh kongsikan

oksigen sememangnya adalah molekul penting yang perlu ada dalam badan. badan memerlukan oksigen untuk melakukan tindakbalas kimia dalam badan. oksigen yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kematian sel dalam badan..

di dalam badan kita. hemoglobin dalam sel darah merah bertanggungjawab  untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan.

untuk sistem badan berfungsi dengan baik.kita memerlukan  kira-kira 95 % oksigen..

namun begitu, lebihan oksigen di dalam badan akan menyebabkan  hyperoxia yang juga menyebabkan ketoksikan oksigen...

symptom hyperoxia adalah seperti berikut..
- kejang
- hilang keseimbangan badan
- hilang kawalan

bagi kes yang kritikal..hyperoxia boleh menyebabkan kematian sel badan terumatanya di bahagian sistem saraf pusat, mata dan peparu.

info tambahan
- "term" yang digunakan untuk menyukat kadar oksigen dalam badan ialah "sats"
- waktu tidur, kadar kepekatan oksigen adalah lebih rendah daripada biasa, ini kerana kita kurang melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga.
-pada tahap tertentu kekurangan oksigen di waktu malam dalam badan boleh mengangu tidur menyebabkan susah untuk tidur, keadaan ini dinamakan- "sleep apnea".


rujukan.

hati-hati dari jangkitan virus biasa....

BIASA latu, tak bangun sembahyang subuh, semalam kan tidur lambat...
dating? BIASAla, bukan buat apa pun...
BIASAla, tak pakai tudung, ada orang lagi teruk...pakai seksi macam tak cukup kain, aku tak pakai tudung jer..
ala, kalau setakat nk tipu sikit-sikit, biasala, ngat kita nie malaikat ker nabi, semua org pon penah buat cam nieh..


hai hai hai, kadang-kadang bila difikirkan akan kehidupan diri sendiri dan persekitaran, mungkin kita antara individu yang akan guna dialog BIASA di atas, sedar atau tak sedar...dengan rasa bersalah atau tidak...betapa banyaknya syaitan cuba memerangkapkan kita dalam situasi begini.. menggunakan  "BIASA" dalam apa yang kita lakukan, walaupun pada hakikatnya ia adalah sesuatu yang tidak baik, berdosa dan laqa'. tetapi kita melakukannya juga kerana kita mengaggap ia sesuatu yang "BIASA"..

 bila kita sentiasa menganggap melakukan dosa kecil dan sesuatu yang laqa itu sesuatu yang biasa..maka kita akan mengulangi melakukannya beberapa kali...dan dengan itu..dosa kecil dan perkara yang sia-sia ini akan menjadi rutin kita...mengganggap apa-apa dosa mahupun kecil sebagai sesuatu yang biasa adalah tidak baik..

orang yang kene kencing manis, bukan kena kencing manis sebab sekali gus ambil makanan bergula dalam kuantiti yang banyak...tapi dia ambil makanan bergula dengan kerap..berkali 2..

"orang mukmin yang sejati tidak melihat akan kecil atau besar sesuatu dosa, namun dia melihat terhadap siapa dia melakukan salahnya, siapa yang ditentangnya"

sama-samalah kita fikirkan, saya dan anda..kita sama... tidak lepas dari melakukan kesalahan..semoga menjadi pengajaran...

Tuesday, December 14, 2010

Duhai si buah durian...


individu 1: bau sedap, tengok kulit cantek, agak-agak isinya nieh mesti boleh tahan kan..?
individu 2: harap-harap macam tue la, kadang-kadang luaran nampak cantik, isinya belum tentu, saya dah penah kene aritue, bukak-bukak rupanya dalam ada "hantu"
individu 1: yang nieh, lebam sana, lebam sini
individu 2: tak payah amik la yang tue, sah-sah la isi dia tak cantik, tak sedap...


hhaha..di atas nie dialog biasa  bila nak beli buah durian..dan buah aper pon..pelam ker aper ker??

cantik di luar tak semestinya cantik di dalam,
tapi kalau di luar memang udah tak cantik, dalam lagi la...jarang nak cantik..

macam tu la juga dengan iman...iman memang sukar untuk diukur pada satu-satu individu, kita lihat akan penampilan, bersongkok, bertudung labuh, serba, jubah segala serba serbi, namun kadang-kadang hatinya busuk, lidahnya juga tidak dijaga..amalan nya juga belum tentu ikhlas...tapi bagaimanakah kita ingin menilai jika luarannya sudah buruk? adakah kita akan bersangka baik bahawa iman nya itu baik..sepertimana dialog di atas...???


diantara ciri-ciri orang yang beriman ialah mentaati Allah dan Rasul, mereka melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang..mementingkan Allah dan Rasul lebih dari keinginan diri mereka sendiri. maka jika inilah yang dilakukan oleh seseorang itu, maka akan wujudlah individu yang bersih hatinya dan baik keterampilan dirinya..tidak akan ada  cantik di luar, buruk di dalam atau sebaliknya..jika tahap ini masih belum dapat dicapai, maka kita patut berusaha untuk mencapainya..muhasabah diri, manusia sememangnya adalah insan yang lemah dan sering melakukan kesalahan, tapi adakah kita ingin menjadi seorang manusia yang sentiasa melakukan kesalahan yang sama, tanpa berusaha untuk memperbaiki diri..dan kemudian kita katakan..."ya saya insan yang lemah, saya manusia biasa, saya tahu ini berdosa, tapi saya tidak ada cara lain"..

matlamat tidak menghalalkan cara....

firman Allah,

“Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami sudah beriman kepada Allah dan hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.” - (Surah al-Baqarah, ayat 8) 

sama-samalah kita fikirkan....saya dan anda...Allah bersama kita, melihat perbuatan kita..usaha kita..

Beberapa garis cadangan untuk kesedaran kebangkitan islam-Prof Dr.Yusuf Qardawi



Salam, sekadar berkongsi apa yang telah saya baca dalam sebuah buku bertajuk  DIMANAKAH SILAP KITA yang ditulis oleh Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi. Di dalam buku ini beliau telah menyenaraikan beberapa perubahan atau perkembangan yang dapat dilakukan untuk merialisasikan kebangkitan islam. Semoga agenda ini dapat dikongsi oleh pembaca, atau mungkin ada yang berminat untuk membeli buku ini..keluaran Jahabersa,2010: Rm 11:90,


Ruang lingkup pemerhatian dan penumpuan hendaklah diubah
·         Dari masalah cabang serta juzuk kepada perkara asasi serta keseluruhan.
·         Dari ibadah sunat kepada amalan fardhu
·         Dari masalah khilaf kepada masalah yang disepakati ulama’
·         Dari amalan anggota luaran kepada masalah hati
·         Dari bentuk melampau serta berlebihan kepada pertengahan dan kesederhanaan
·         Dari kesusahan serta menjauhkan diri kepada kemudahan serta memberikan berita gembira.
·         Dari bersikap jumud serta bertaklid kepada berijtihad serta melakukan pembaharuan
·         Dari banyak bercakap serta berbantahan kepada sikap memberi serta banyak amalan
·         Dari hanya mengikutkan perasaan serta bekerja tanpa bersistem kepada kajian ilmiah serta perancangan
·         Dari bersikap fanatik terhadap golongan lawan ketika mengeluarkan sesuatu pendapat kepada bersikap berlapang dada dengan mereka.
·         Dari gaya bersemangan kepada gaya bertafaqquh (dari gaya hanya memberikan nasihat pengajaran kepada gaya mendalami ilmu, atau dari gaya bersemangat di atas mimbar kepada gaya ketenangan mempelajari ilmu secara berkumpulan)
·         Dari menintikberatkan soal kuantiti kepada menitikberatkan soal kualiti
·         Dari mendongak ke langit impian kepada menunduk ke bumi realiti
·         Dari mencari kedudukan kepada bercampurgaul dengan masyarakat untuk hidup bersama mereka.
·         Dari mengingati perkara silam yang sudah lepas kepada menghayati kehidupan semasa untuk persediaan masa depan.
·         Dari hanya tenggelam dalam suasana amali politik kepada turut sama menumpukan amalan kemasyarakatan.
·         Dari melakukan perselisihan yang menentang serta berseteru kepada perselisihan dari segi jenis dan saling bantu membantu.
·         Dari melupakan hal ehwal kehidupan kepada beribadah dengan tekun menghayati realiti kehidupan.
·         Dari hanya berfokus kepada kawasan tempatan yang sempit kepada turut sama memberikan tumpuan kepada alam sejagat yang lebih luas
·         Dari rasa takjub dengan diri sendiri kepada sikap muhasabah kekurangan diri.




·