Friday, February 17, 2012

Semangat baru....




salam..semoga pembaca dalam lindungan Allah selalu...tak da apa sangat yang nak dikongsikan kali ni..just bercerita serba sedikit tentang pengalaman ...

alhamdulillah, tarikh untuk interview pendidikan dah keluar..semoga Allah mudahkan segala-galanya, insyaAllah kita cuba mudahkan urusan orang lain, lakukan segala urusan Allah, yakinlah Allah akan memberikan bantuan kepada kita...

11,12,13 mac insyaAllah kalau tak da aral , sekolah akan hantar wakil intifal (pertandingan) peringkat kebangsaan di gombak..makanya minggu nie dan minggu-minggu seterusnya bakal jadi minggu-minggu yang sangat sibuk..selalunya tamat sesi persekolahan sesi pagi pada jam 2, saya akan terlibat dengan prep, kelas tambahan dan aktiviti kokurikum pada setiap petang dari jam 3-4 ptg..dan malam adalah masa untuk tanda buku dan persediaan mengajar untuk hari esok..dan minggu nie dah start  jalankan tanggungjawab sebagai guru pusat sumber, makanya duk mula pening dan pening bila nak latih budak untuk intifal..sebenarnya dalam hati sangatlah agak-agak berserabut juga nak fikirkan semuanya nie..hinggakan saya sendiri rasa saya dah mula jadi manusia serius sangat, mula pandai nak marah-marah kat pelajar bila diorang buat hal..rasa pelik kenapa susah sangat nak sabar..padahal sebelum nie tak rasa begitu terbeban...

alhamdulillah, ambil masa yang tak berapa nak ada tenangkan diri dan berfikir...ya saya tahu..saya sangat risaukan mereka..sangat nak lakukan yang terbaik walaupun susah..nak kejar silibus, nak cari pendekatan paling sesuai nak fahamkan mereka, nak bagi menang intifal, nak laksana segala tugas..rasa aktiviti sehari-hari habiskan masa fikirkan pelajar lebih dari diri sendiri (ada banyak benda lain fikir juga), maka saya nak mereka hargai apa yang saya buat dan bagi perhatian semua arahan, tak nak lagi main-main..tapi pelajar adalah manusia..ada hari-hari mereka akan buat kita sangat risau, ada hari lain mereka akan buat kita bangga...banyak saya belajar dari mereka..terutamanya belajar memberi...kadang-kadang tak boleh nak harapkan hasil yang baik walaupun dah usahakan dengan sungguh-sungguh, contohnya, buat persediaan mengajar bukan main, sekali masuk kelas habiskan setengah masa hanya nak suruh mereka diam dan bagi perhatian...sangatlah mencabar kewibawaan..

ya lah, ini antara ujian yang Allah bagi pada saya...pada setiap orang ada ujian 2 yang sesuai dengan tahap iman masing-masing..

saya ingin kongsikan kisah seorang pelajar saya...beberapa hari dalam minggu nie dia tak hadir ke sekolah, sangat risaukan dia sebab takut dia berhenti..hmm nak tahu?, diceritakan oleh seorang guru, ibunya datang pada awal tahun merayu pada ustaz (pengetua) untuk terima anaknya bersekolah disitu..walaupun yuran tahun lepas masih tertunggak rm 1200..dia nak sangat anaknya bersekolah..ibunya letakkan baju pelajar saya nie dalam beg plastik sampah jer, sebab dah tak da beg lain yang lebih sesuai agaknya..mashaAllah..pada hari rabu agaknya saya nampak dia hadir, lega hati saya..arinie saya nampak dia senyum dan datang belajar matematik dengan saya..saya bahagia..dia juga sedang diuji oleh Allah, tapi masih boleh terseyum dan teruskan berusaha sebagai seorang pelajar...semoga Allah memberikan kemudahan kepada dia, itulah doa saya....

saya juga ingin kongsikan kisah seorang kakak di kampung saya, saya tidaklah sangat mengenalinya..saya kenal dengannya melalui mak ngah. dia juga tak sempat kenal pada saya...tapi akan saya kongsikan kisah ketabahan dia kepada pembaca :)..pada hujung tahun lepas saya ikut makngah ke majlis  bacaan al-quran di rumah kakak nie..kami hadir disana sekaligus untuk doakan dia..dia sedang sakit tenat waktu tue, barah usus..masih muda, belum berkahwin..sedihnya...mak ngah cerita..abang kakak dia seorang doktor pakar, dah cuba buat pembedahan..semasa pembedahan, didapati..sel kanser sangat rapat dengan salur darah..hanya kesilapan kecil boleh meragut nyawa kakak..maka setelah beberapa jam, semua doktor sepakat jahit balik perut tanpa buang sel kanser..dan untuk rawatan seterusnya, kakak hanya jalani rawatan kemoterapi...hujung tahun lalu..kakak sangat kurus..dan baru-baru ini saya dapat tahu kakak dah meninggal dunia..mak ngah kata...insyaAllah sakitnya akan bantu hapuskan dosa-dosa dia.insyaAllah kami doakan dia ditempatkan bersama orang yang soleh..sedangkan kita masih belum tentu..masih bermujahadah dengan kesihatan dan umur yang panjang...ada masa kita lalai ada masa kita insaf..sebab kita rasa umur kita masih panjang...

kisah yang ketiga...dulu masa saya sedang bekerja di restoran di selangor...saya jumpa dengan seorang adik yang kuat semangatnya...seorang yang cantik, sentiasa ceria..suka nak hadiahkan apa 2 pada saya..dia ajarkan saya cam mana nak buat key chain bantal kecil..satu hari dia bagitahu dia suka buat keychain nie sebab boleh buat dia lupa dia ada penyakit...hmm Ya Allah, semoga dia cepat sembuh...

pembaca, apa yang nak saya kongsikan..setiap orang akan ada masalah sendiri...tapi jadikan ujian yang ditimpakan ke atas kita dapat menjadikan kita seorang yang tabah..terus yakin dengan Allah...Allah akan bantu kita..Allah akan baiki keadaan kita..tepat pada masanya nanti..kita hanya perlu usaha..dan mungkin dalam dunia nie ada orang lain yang lebih bermasalah dari kita..

harinie, seorang guru senyum pada masa sebelum menuruni tangga, saya tengah tunggu kad relief, sebab rasa 2 macam akan dapat relief sebab harinie ramai cikgu tak da..dia kata kad relief untuk saya tak da..dan dia suka tengok saya..saya tanya kenapa..dan dia jawab..sentiasa nampak cool walaupun sebenarnya ada masalah...ceria sana sini...saya hanya mampu tersenyum..alhamdulillah saya harap sentiasa dapat gembirakan orang lain...

saya nak jadi orang macam 3 orang nie, mereka sumber semangat saya..saya nak jadi sumber semangat untuk orang lain...

harinie juga, naik ke bilik guru saya terkejut dengan buku bertingkat-tingkat atas meja..saya buat muka terkejut pelik..cikgu sebelah saya cakap, budak 2 nie hantar buku, diorang cakap saya suruh hantar harinie semua buku...barulah ingat agaknya semalam saya ada pesan suruh buat latihan dan hantar harinie..tapi tak sangka sangat diorang hantar sendiri terus ke bilik guru..tak tunggu saya pergi tanya..dan harinie mereka buat saya bangga..latihan tue bagi waktu tengahari..malamnya mereka kelas tambahan..mesti pakat 2 bertungkus lumus siapkan waktu prep petang..(terharu ingatkan diorang tak hiraukan arahan suruh hantar buku, sebab tak pernah lagi denda orang tak hantar buku)..

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - (Hadis riwayat Muslim)

Monday, February 6, 2012

Letakkan diri kita sebagai yang kedua..



Salam, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ditujukan kepada baginda Nabi SAW..melalui dia kita belajar tentang iman dan bagaimana untuk mengaplikasikan iman dalam kehidupan..
Sesungguhnya orang yang berbahagia adalah orang yang beriman dan mempraktikkan iman dalan kehidupan. Praktikal iman sungguh amat bergantung kepada akidah iaitu kepercayaan kepada Allah. Praktikal terhadap iman itulah yang dijelmakan dalam bentuk amal/akhlak..
Dalam banyak hal, kita suka kan jadi yang pertama?
Pertama dalam apa 2 pertandingan
Pertama dalam prestasi di sekolah/tempat kerja..
Pertama dari segi rupa paras, kebolehan dan macam –macam lagi..

Tapi hari ini, saya nak ajak kita berusaha jadi yang kedua dalam sesetengah hal. Bolehkah?
Kedua dalam apa?
Nak jadi kedua di hati orang 2 yang kita sayang…
Mesti ada yang tak nak kan..
Tapi kalau yang pertama di hati mereka adalah Allah, Rasul dan Agama..adakah sesiapa yang setuju untuk jadi yang kedua…
 Allahlah yang patut jadi yang pertama di hati kita an di hati mereka, malah sesiapapun…kerana Allah sangatlah sayangi diri makhluk 2 nya, lebih dari sesiapapun..lebih dari diri kita sendiri, lebih dari ibubapa kita…
Kita teliti hadis nie…

Dari Umar bin al Khattab RA berkata:“Bahwa beliau datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu ketika ia mendapatkan seorang anak di antara tawanan tersebut, dia langsung mengambil anak itu lalu memeluknya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi ALLAH, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH lebih mengasihi hamba-NYA daripada wanita ini terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Makanya..harus kita sedar, kasih sayang Allah pada kita melebihi sesiapapun…
Samalah juga.
Kasih sayang Allah pada mereka 2 yang kita sayang sangatlah melebihi kasih sayang kita kepada mereka..
Allah dapat memelihara mereka lebih dari kita.., dapat berikan apa yang mereka inginkan lebih dari kita beri..
Dan paling penting Allah saja dapat selamatkan kita dan mereka dari api neraka..maka selayaknya dari hati mereka ada Allah sebagai yang pertama..
Maka praktikalnya…nampaknya beberapa dialog 2 biasa dalam kehidupan dah kena tukar sedikit sebanyak…
Kalau dulu hantar ibu bapa hantar anak ke asrama akan kata :-
“nanti di sana jangan lupa ibu/ayah ya”
Sekarang
“nanti di sana jangan lupa Allah ya, yang Dia suruh buat, yang Dia larang tinggalkan”
Dan kalau dari sisi seorang guru (amik guru sebab diri sendiri guru)..kalau berjaya tanamkan roh cinta pada Allah dalam hati para pelajarnya..insyaAllah akan lahirkan pelajar yang taat pada guru dan ibubapa..jujur, amanah..dah boleh atasi gejala “toyol” di musim peperiksaan..
Tapi rasanya, kalau dari sisi seorang isteri..kene ikhlas-ikhlaskan juga berada di tangga ketiga di hati suaminya, sebab seorang lelaki yang dah bergelar suami pun..tanggungjawab pada keluarganya masih tak terlepas/tak dapat diabaikan…

Tapi lain dengan isteri..bagi seorang wanita yang telah berkahwin..tanggungjawab ke atas suami adalah melebihi tanggungjawab ke atas keluarga..maknanya dalam hati isteri suami jatuh tempat kedualah selepas Allah,Rasul dan Agama..

An-nur Furqan,
Tak kan rugi kita cintakan Allah lebih dari segala-galanya, juga tak kan rugi kita meredhakan orang 2 yang kita sayangi  untuk cintakan Allah, Rasul dan Agama lebih dari diri kita dan lebih dari segalanya..Agama banyak mengajar erti tanggungjawab dan kasih sayang..percayalah lebih mereka cintakan Allah, maka akan lebih terjamin cinta mereka terhadap kita..lebih terjamin hidup mereka dunia dan akhirat..kita tak dapat pelihara mereka sepertimana peliharaan Allah ka atas mereka….semoga Allah membantu kita..:)

Friday, February 3, 2012


Yang terulang-ulang…
Salam, sahabat-sahabat pembaca..semoga semuanya dalam redha Allah selalu..atas permintaan saudari yang disayangi..saya teruskan menulis blog yang telah lama terbengkalai ni..l sebelum ini lebih banyak post kata-kata nasihat, hadis atau kata-kata motivasi hanya di fb sahaja, tue pun kadang-kadang korek mana 2 dari buku dan hasil pembacaan lain..tue saja saya mampu buat mungkin, sebagai bekalan hari kemudian..walaupun kadang-kadang rasa jugak perlu ker? Ada ker orang nak amik peduli tu semua..selalunya status 2 cam tue hanya ibarat angin lalu saja..tak se famous status 2 lain..tapi just fikir..mungkin dalam ramai –ramai..ada sorang dua terbaca dan amik iktibar atas segala nasihat dan motivasi..pahala tu dah tertulis untuk saya..dan kalau dia nanti akan ajarkan orang lain..pahala akan tertulis lagi untuk saya..macam tue la Allah membalas kebaikan menyampaikan sesuatu yang baik..

Menyampaikan sesuatu yang baik tak semestinya melalui ceramah, tazkirah panjang lebar, lebih baik dan berkesan semuanya dapat kita pamerkan melalui tingkah laku dan tauladan…cuba fikirkan begini..contoh di tempat kerja kita, kita adalah seorang yang amanah, rajin bekerja dan ceria..sentiasa tersenyum, kurang berkira, pandai menghormati orang lain..mungkin dihati majikan dan rakan sekerja, mereka akan mengangumi kita..mungkin akan ada rakan 2 lain yang bersemangat dengan semangat yang kita tunjukkan..malah mungkin suatu hari nanti setelah kita pergi dari situ..nama kita akan selalu disebut 2..mungkin suatu hari nanti mereka akan bercerita dengan pekerja baru yang tak pernah kenal kita pun, tentang peribadi kita, sikap rajin dan amanah kita..hinggakan menimbulkan kekaguman pada orang tue dan jadi ikhibar bagi dia untuk mencontohi kita WALAUPUN dia tak pernah kenal kita…still kita telah menyampaikan sesuatu yang baik kan..tapi cuba fikirkan sebaliknya…kalau kita hanya orang yang TAHU CAKAP tapi tak laksanakan pun apa yang kita katakan, mana mungkin orang akan mempercayai kita..kata-kata kita akan jadi fitnah buat diri sendiri…

Seperti jugak benda baik boleh tersebar secara terus-menerus , sesuatu yang jahat juga sentiasa tersebar secara terus menerus…
kadang-kadang kita biasa dengar.. , selalu di asrama mesti sangat popular kes senior buli junior dan kemudian junior suatu hari nanti bila dah bergelar senior akan buli adik 2 pula..manusia suka mengulang-ngulang kesilapan yang pernah dibuat pada dirinya, pada diri orang lain..sepatutnya dia tahu dan faham perasaan ditindas dan dikhianati dan dia tak kan biarkan dirinya menyakiti orang lain dengan cara sama dia disakiti..

Macam tue juga remaja sekarang yang banyak hilang arah kerana adanya keluarga yang porak peranda..ibubapa yang tak faham tugas sebagai ibu bapa..abaikan anak-anak..akhirnya anak-anak yang rasa dirinya diabaikan  cari cinta dan kasih sayang di luar..mungkin ada yang sampai terjebak ke lembah zina dan melahirkan anak luar nikah…akhirnya dia sendiri tinggalkan atau lebih dahsyat lagi membunuh anaknya sendiri..dan nampaknya dia telah meneruskan sikap ibu bapa tak bertanggungjawab  tue..
Akhirnya jadilah keburukan dan sentiasa berterusan..susah juga kan..susah untuk tak menjadi gay bila kehidupan anda dikelilingi gay..susah untuk solat kalau ibubapa tak solat, housemate teman suma bukan jenis menunaikan solat, susah untuk jadi orang yang penuh kasih sayang kalau diri sendiri pun sering diabaikan tanpa kasih sayang..
Sebab tue, gunanya orang yang senantiasa tak meninggalkan memberi nasihat yang baik..jangan terus menghukum..tapi selidiki punca masalah baru kita dapat cari cara penyelesaian..
Dakwah ialah mengajar manusia untuk kembali kepada Allah..untuk mengenal Allah..dengan mengenal Allah, manusia akan mula takut melakukan kejahatan, dan akan suka melakukan kebaikan..pada masa ini dirinya tidak lagi melakukan sesuatu kerana manusia tapi kerana Allah..hinggakan dia tetap membalas kebaikan walaupun diberi keburukan..Dia sentiasa rasa disayangi walaupun hakikatnya dia sebatang kara…sentiasa rasa diri diawasi..sentiasa rasa ada yang ambil peduli..rasa adanya Allah dengan dirinya..
dan sebagai manusia biasa, kita yang diberi nasihat, harus sentiasa merendah diri..cuba memperbaiki setiap kekurangan..tak kisah nasihat tu datang dari sesiapapun..dari kanak-kanak kecil, orang tak berpangkat..hatta dari musuh sekalipun...


An-nur Furqan,
Sentiasalah berdoa, Allah tunjukkan sentiasa tunjukkan jalan untuk kita memperbaiki diri dan tak golongkan kita dalam lingkungan orang yang zalim..akhlak yang baik adalah ibadah..:) jangan tinggalkan ia kerana islam tersebar dengannya…

Thursday, October 6, 2011

Muqaddimah hati




Salam, teringat tentang apa yang diceritakan oleh seorang makcik di surau semalam..makcik nie memang selalu nasihatkan saya, macam mak ngah juga, nie kira pengganti mak ngah la ni kat sini..semalam kami tak sempat cakap panjang, tapi sembang yang sikit tue,besar juga maknanya..mak cik ada beritahu tentang muqaddimah hati…

Muqaddimah bererti pendahuluan, kiranya kalau muqaddimah hati, pendahuluan hati, maksud lebih tepat mungkin niat kita..kita perlu selalu ada niat yang baik..selalunya niat yang baik dan ikhlas, Allah akan bantu kita laksanakannya..tapi niat yang jahat dan perlakuan yang beserta dengannya, Allah akan balas kembali..dan kadang-kadang , dibayar cash oleh Allah supaya kita cepat sedar…kata mak cik, “mak cik ada banyak cerita, tapi nak cerita hari ini dua ja”
Yang pertama: ada beberapa orang ahli masjid pergi berjumpa dengan seorang kaya di kawasan ni juga..ajak ke surau…tapi orang kaya tu balas, “oh kat sini ada surau ker?”.. saya takut nak kata yang dia menyindir atau memang tak tahu, tapi nak dijadikan cerita, tak berapa lama lepas tu, rumahnya dimasuki pencuri…habis barang hilang termasuklah kereta….

Cerita kedua terjadi pada makcik ni sendiri, mak cik upah orang baiki bumbung rumahnya..siap rekemen kat jiran-jiran lagi orang nie..tapi dia macam tipu, teruk jugak jadinya…mak cik kata, mak cik rugi rm 50 jer….tapi tak berapa lama lepas tue, anak orang yang ambil upah nie terlibat accident, perlu duit dalam 1500 mungkin…hmm nampaknya dia rugi lagi banyak…

Jadi, ingat betul – betul, jangan tindas orang…memanglah tak semua kejadian yang jadi kat kita sebab balasan Allah kerana kita jahat, tapi sebab ujian..tapi kita kene sentiasa beringat, jangan ingat kejahatan kita akan selamanya tertutup dari orang..tak kan dibalas…Allah Maha Kuasa…

Makanya dengan dua cerita tadi, saya teringat tentang beberapa orang dalam hidup saya yang pernah tindas saya…mereka juga dah dibayar cash mungkin oleh Allah..biarpun saya tak nak fikir begitu, Allah bukan kejam, tapi balasan di dunia hanya untuk sedarkan mereka –mereka yang terlupa, terlalai, tersilap kepada yang Maha Memiliki, mudah –mudahan mereka akan kembali bertaubat…

Firman Allah, as sajadah:21
Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.

Makanya, saya nak ajar diri sendiri, bertaubat bila ada musibah..mana tahu kita pernah buat salah, kita lalai ingat Allah, kita dah jauh dari Allah..dan bersabar  bila ditindas, cukuplah Allah yang memberi balasan..kita ambil hikmah dengan jangan ulang kelakukan seperti dia pada sesiapapun , dan sentiasa kena cuba juga maafkan dia, jangan biar dia bawa dosa dengan kita ke akhirat, kita tak kan rugi, Allah sayang orang yang pemaaf, cukuplah dengan mengetahui ini..

Hari ini duk topupkan bacaan buku Amru khalid, saya lebih faham tentang kepentingan muqaddimah hati, hayatilah firman Allah dalam surah al-Ahzab:23

“diantara orang-orang mukmin itu adalah orang yang yang menepati apa yang dijanjikan kepada Allah”

Bukankah kita selalu berjanji pada Allah yang

“sesungguhnya  solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah”

Maka tanamkan muqaddimah hati seperti ini, berlakulah jujur dengan Allah, mohon pada Allah bantu kita dalam urusan kita, niatkan berbuat baik sentiasa..

Jika kita ingin menjadi Dai yang baik, jujurlah pada Allah, menuntutlah ilmu dengan bersungguh sungguh dan ikhlas...
Jika kita ingin solat malam hingga menangis kerana takutkan Allah, doa pada Allah, usahakan jauhi maksiat, supaya hati kita bersih...
Jika kita ingin berkahwin dengan orang yang soleh/solehah, jujurlah dengan Allah, tundukkan pandangan, hindarkan dari perbuatan yang haram
Jika ingin anak yang soleh/solehah, jujur pada Allah, berdoalah dan didiklah anak dengan bersungguh sungguh...
Semoga Allah balas kejujuran kita...jangan hanya jujur pada niat bukan pada perbuatan ...niat saja tak mencukupi..Allah tak kan bantu orang yang tak bantu diri sendiri...tanamkan muqaddimah hati yang baik, usahalah berbuat baik...insyaAllah..

An-nur furqan:
Banyak cara Allah ajar kita, dari nasihat, dari menuntut ilmu, dari pengamatan pada alam...insyaAllah buka hati kita untuk terima, rendahkan diri kita dengan Allah..niatkan yang baik-baik saja, insyaAllah Allah akan mudahkan bagi kita jalan menuju kebaikan...saya gembira dipertemukan dengan orang yang baik –baik untuk menasihati saya..semoga Allah mengabulkan doa saya: matikanlah saya dan keluarga saya dalam keadaan beriman semuanya..” dan sekarang saya perlu berusaha untuk menjadi orang baik, kerana untuk baiki orang lain, perlu sentiasa baiki diri sendiri...insyaAllah, amin..semoga saya jujur...ya Allah berkatilah orang-orang yang senantiasa menyampaikan nasihat yang baik kepada saya..jadikanlah saya lebih baik dari mereka..

Wednesday, October 5, 2011

Jangan Rasa Rugi Buat baik



Nabi SAW bersabda,
“kamu jangan menjadi oportunis sampai kamu mengatakan, “jika manusia berbuat baik, maka kamu akan berbuat baik pula, dan jika mereka berbuat zalim, maka kami menzaliminya; akan tetapi persiapkanlah dirimu, jika manusia itu berbuat baik, berlakulah baik padanya; jika mereka berlaku jahat, maka janganlah kamu menzaliminya.”

Salam..saya baru terjumpa hadis ini..sungguh ini adalah satu nasihat yang sangat indah..Nabi ingin mengajar kita menjadi insan yang sedia memberi yang baik walaupun diperlakukan yang buruk..
Sungguh berapa ramai antara kita yang berbuat begini, Alhamdulillah jika ya..tapi jika tidak, apa yang menghalang kita dari berbuat baik pada orang…

Nak buat baik pada orang yang buat baik pada kita sudah susah, nak buat baik pada orang yang buat jahat pada kita jauh lebih susah..sebab mungkin adakalanya dan ada ketikanya kita akan rasa jadi orang yang baik itu merugikan..ditindas dan sebagainya..


 Lebih senang jadi orang jahat, boleh tipu orang sesuka hati, tak payah hidup nak fikir baik ke buruk kesan perbuatan kita pada orang lain..fikir diri sendiri ja, kalau benda yang kita nak buat bagi hasil lumayan kat diri sendiri, maka kita buat..

Entahlah ..macam mana orang macam ni hidup, rasa kesian jugak, dia hidup tanpa ada hati penuh kasih sayang..kalau muslim lagi kesian sebab tak sampai taraf orang beriman yang Allah kata perlu sayangkan saudara beriman lebih dari diri sendiri..

Tapi kalau fikirkan kesan jangka panjang..sikap macam ni yang merugikan masyarakat…bila semua penting diri..tipu menipu, jenayah semua berleluasa..sebab semua yang buat jahat sebab rasa rugi buat baik..natijahnya hiduplah dalam masyarakat  yang punah ranah semua..A tipu B, B tipu C, C pun menipu A …berpusing-pusing sentiasa tipu menipu, hidup tak tenang, hati tak tenteram…susah nak percaya semua orang..semua sebenarnya sebab dia tak dapat nak percaya orang..sebab dia takut orang akan tipu dia macam dia tipu orang…

Apa yang saya cakap nie, bukan la betul pada semua masa dan ketika, tapi kadangkala ada betulnya..sama-sama la kita ambil ikhtibar…

An-nur Furqan:
Pernah terbaca, buku kaedah khalifah bagaimana nak selesaikan masalah ummah..semuanya bermula dengan betulkan diri sendiri dan sebarkan mesej baik pada masyarakat dengan cara beri ilmu, tunjuk cara (akhlak yang baik)..biar masyarakat nampak sikap yang baik itu adalah berguna dan baik, bukan tak cool dan sebagainya..dan biar orang boleh lihat kejahatan itu sesuatu yang merugikan bukan sebaliknya..sekarang nie nilai –nilai yang tak berapa baik dah mula diterima sebagai nilai yang baik..tak tutup aurat dengan cara yang sepatutnya..tak hormati orang lain..semua nie dilihat sebagai sangat biasa..semakin ramai orang anggap bende nie biasa, makin ramai yang buat, maka makin biasalah benda yang patutnya luar biasa ini di mata masyarakat..maka takut nanti, orang dah takut buat baik, sebab Nampak janggal dan pelik..semoga Allah selamatkan kita..marilah kita ubah suasana masyarakat dengan usaha buat baik..Allah akan balas semua usaha kita..insyaAllah..

Monday, October 3, 2011

Belajar untuk lebih bersyukur




Salam…segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Allah, selayaknya segala puji baginya, Tuhan kita yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..sungguh tak terhitung nikmat dari-Nya..samaada datang secara sedar mahupun tidak…sehingga tidak terhitung semuanya…

Firman Allah,
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)

Sebab kadang-kadang kita tetap terlupa untuk bersyukur…

Pagi hari ini kita celikkan mata kita, adakah kita ingat untuk bersyukur dengan nikmat nyawa yang Allah kurniakan, sedangkan pagi ini, berapa banyak manusia telah dimatikan..dan adakah kita bertekad untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.,,,

Setelah itu kita menaiki kenderaan kita ke tempat kerja dan sebagainya..tiba disana dengan selamat, adakah kita ingat untuk mengucapkan Alhamdulillah…

Kita masuk ke pejabat kita atau ke tempat kerja kita, kita lihat rakan sekerja kita, adakah kita menyapa mereka dengan baik, dengan senyuman..Allah masih panjangkan umur mereka untuk membantu kita….

Rehatnya kita makan, Alhamdulillah, disaat orang lain ada yang menahan lapar dan dahaga, ternyata Allah masih melapangkan rezeki kita…

Petangnya kita balik, sampai dirumah, berjumpa kembali dengan keluarga kita, adakah kita bertemu mereka dengan ramah, berusaha untuk menggembirakan mereka. Andai kata, kita balik dan mereka tidak lagi bernyawa, tidakkah kita sedih..tapi tidak, Allah masih lagi memanjangkan nyawa mereka untuk menemani kita….


Ya Allah sungguh tak terhitung sebenarnya nikmat Allah kepada kita, cuba kita fikirkan begini..

Bahkan kelopak mata yang mampu berkedip, tertutup mahupun terbuka juga adalah nikmat dari Allah…cuba fikirkan jika kelopak mata kita tak mampu tertutup atau terbuka?...

Kita sebagai manusia mungkin seringkali lupa untuk bersyukur atas nikmat kerana kita lebih fikirkan sehari-hari tentang apa yang kita tidak ada…

Meratapi apa yang tidak ada hingga lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita tidak ada adalah satu kerugian..

Kalaulah begini, sampai bilapun hidup kita tak kan tenang…

Lihatlah pembaca…sukar rupanya untuk menjadi insan yang bersyukur…setiap masa kita dituntut untuk berbuat baik..ingat pada Allah…semua ini adalah mujahadah..kadang-kadang kita mungkin akan merasakan letih dan lelah untuk sentiasa memikirkan orang lain dan berbuat baik pada orang lain..saya pernah selalu memikirkan begini..sungguh susah menampilkan wajah yang ramah, anda hati sedang sakit atau sedih..tapi saya selalu ingatkan diri saya untuk muhasabah..ayah saya pernah berpesan bila satu masa dulu marah saya hampir tak terkawal, satu kata yang sangat mudah tapi berkesan  iaitu
“orang yang jauh dari Allah akan dekat dengan syaitan, sebab tu dia mudah marah”..
betulkan..ayat tak formal tapi sangat betul..sebab tu saya berpegang, hati yang tak cinta pada Allah tak mampu cintakan manusia seadanya dan berbuat baik kepada manusia senantiasa…dia lebih terikat akan nafsu dan terkurung dalam perasaan diri sendiri..tak dapat nak ikut iman dan tak dapat nak berfikir secara rasioanal…

An-nur Furqan:
Diantara tanda bersyukur ialah kita senantiasa ingat pada Allah, berbuat baik pada Allah dengan melakukan perintahnya..dan Allah juga memerintahkan kita untuk senantiasa berbuat baik pada diri kita, ibubapa kita, jiran tertangga, rakan sekerja bahkan haiwan dan musuh…semua ini menuntut kita senantiasa berfikir dalam setiap tingkah laku kita untuk tidak menyimpang dari apa yang Allah tetapkan dan tidak menzalimi sesiapapun, bahkan apapun..semoga diberi kekuatan..semoga Allah bantu kita untuk bersyukur…

Sunday, October 2, 2011

Ujian itu perlu




Salam..semoga pembaca dalam Rahmat Allah selalu…
Hidup di dunia hanya sebentar, hidup di akhirat kekal abadi…
Jika kurang amal kita maka abadinya di sana adalah abadi dalam siksa….
Jika cukup amal kita, mendapat Redha Allah serta syafaat nabi, maka abadi kita disana adalah abadi dalam bahagia….
Maka seharusnya, setiap hari..lagi – lagi perlu kita perjuangkan menambahkan iman dan mengelakkan perkara sia-sia dan dosa…sakit kita di dunia memperjuangkan masa , ilmu dan harta akan menjadi pelaburan yang sangat baik di negeri sana..disana tempat sebenar-benarnya rehat…

Sebenarnya secara sedar atau tidak, hidup kita senantiasa diuji. Ramai yang sedar dan faham ujian itu datang dalam bentuk kesusahan dan kekurangan. Namun bagi saya senang atau susah , kedua-duanya adalah ujian…. Maka diwaktu senang kita dituntut untuk bersyukur , diwaktu susah dituntut bersabar…dan inilah ciri-ciri keelokkan mukmin yang disebut Rasulullah:-

Dari syuaib r.a, bahwa Rasulullah SAW, pernah bersabda:-
“perihal orang mukmin itu memang mengagumkan. Sesungguhnya segala urusannya itu baik. Jika dia mengalami kesenangan, dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya.jika dia mengalami kesusahan dia bersabar, maka baginya pun kebaikan”

Pernahkah kita terfikir, untuk apa ujian? Bagi saya ujian itu perlu…
Adakalanya kita belajar dengan membaca, adakalanya kita belajar dari pengalaman orang lain..dan adakalanya dari pengalaman sendiri…
Secara mudah, Allah menerangkan mengenai perintah –perintah dan larangan tertentu dalam Al-quran..kita belajar mengenai apa yang baik, dan apa yang buruk dari Nabi, berserta dengan akhlak –akhlaknya yang sangat dituntut untuk kita ikuti..

Namun bukanlah dikatakan ujian sebenar, sebelum kita praktikkan semua itu dalam kehidupan kita..semua ini jauh lebih mencabar dari sekadar menuntut ilmunya…
Kita boleh membaca hadis dan ayat quran mengenai sabar sebanyak mana yang kita suka dengan begitu mudah..namun hanya untuk amalkan sabar..amat memerlukan mujahadah…

Kita tahu mengenai bahaya arak dan judi serta fitnah-fitnah yang berkaitan dengannya..namun masih ramai yang tetap dan tetap mengamalkan dosa ini..

Disinilah rupanya kayu ukur iman kita..yang membezakan mukmin dan bukan ..adakah kita lepas ujian ini atau tidak…

Firman Allah
“ tidak dikatakan seseorang itu beriman sebelum dia diuji”
 Maka seeloknya kita amati setiap tindakan kita..elakkan melakukan maksiat , banyakkan melakukan kebaikan…

An-nur Furqan:
Pernah terbaca sesuatu petikan yang lebih kurang ini,  janganlah kamu lihat/ukur  dosa itu kecil atau besar, lalu kamu tidak kisah melakukan dosa-dosa kecil, tapi lihatlah kepada apa yang kamu derhaka….kecil atau besar, kita tetap berdosa, bukan kepada yang biasa, tapi kepada yang BERKUASA..sungguh kalau kita benar-benar cinta Allah, tak kan kita sanggup Allah lihat kita dalam keadaan berdosa, tambah lagi kita tahu itu dosa..semoga Allah ampunkan kita, dan menggolongkan kita dalam kalangan orang yang sentiasa bertaubat dan melakukan kebaikan…insyaAllah amin..