Sejauh mana kita mengenal Allah?...
Teringatkan perbualan saya dengan fara petang semalam…saya kata, alangkah bagus kalau saya jadi orang yang sentiasa bernasib baik, bijak, kenapa saya rasa dari dulu sampai sekarang, saya kena usaha keras untuk dapatkan sesuatu yang saya nak sedangkan orang lain akan dapat benda yang sama dan mungkin lebih dari tu tanpa perlu buat apa yang saya lakukan..adakah sebab saya ni bodoh sangat. Dan fara jawab; kan kau selalu cakap setiap orang ada kelebihan masing-masing.. sebenarnya saya tahu, Soalan saya sebelum ni tandanya saya tak ikhlas dengan apa yang Allah bagi, dan saya tahu kita akan cakap begini bila pergantungan kita dengan Allah itu kurang..
Bila kita rasa Allah lebihkan orang lain berbanding kita, adalah bermaksud kita rasa Allah itu tidak adil, sedangkan Allah Maha Adil. Adil adalah suatu nama dari nama Allah.
Allah Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…Dia mentakbir alam ini dengan keadilan, dia mentakbir dengan kasih dan sayang..Dia tak akan abaikan saya, mungkin saya belum cukup berusaha. Mungkin permintaan saya dan usaha saya akan dibalas nanti di akhirat.. dan walau apa pun saya tak perlu fikirkan semua tu sebab saya tak patut buat sesuatu hanya kerana balasa dunia atau syurga saja… tapi kerana cinta saya kepada Allah..
Bila saya fikir-fikir balik, kita cepat diuji kan?, malam sebelum tu , dalam halaqah dengan adik-adik, baru saya bincangkan tentang Akidah, sejauh mana kita mengenal Allah. Dan rupanya hari ini Allah bagi saya praktikal ringkas tentang sejauh mana saya mengenal Dia.
dan, dalam kesedihan tu…bila buka jer tafsir secara rawak, Dia temukan saya dengan surah At-taubah (taubat)
- taubat secara ringkasnya ialah kita kembali kepada Allah, bila kita rasa kita dah buat salah, kecil atau besar, kita perlu kembali kepada Allah, menyesal akan perbuatan dosa kita dan mula melakukan kebaikan.
- Sebenarnya sejak Allah ciptakan manusia lagi, Allah dah tahu kita akan melakukan dosa.. kita bukanlah malaikat, kita adalah manusia yang ada dikurniakan nafsu..
- Dan Allah tetap cinta orang-orang yang melakukan dosa tetapi mereka bertaubat...(menyesal dengan dosa, meninggalkan dosa).
- Dan satu dari ayat yang menyentuh hati saya dari surah at-taubah ialah:
“ Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu sahaja, padahal Allah belum mengetahui orang-orang yang berjihat di antara kamu dan tidak mengambil teman setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman. Allah Maha teliti dengan apa yang kamu kerjakan.”