Monday, May 24, 2010

“Sesunguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku”

Inilah kata-kata yang dilafazkan oleh junjungan mulia nabi yusuf setelah bertemu dengan ayahnya nabi yaakub setelah sekian lama terpisah dengan ayahnya. Ketika beliau masih kecil beliau telah diletakkan di dalam sumur oleh saudaranya sendiri kerana dengki kepadanya. Mereka merasa dengki bahwa ayahnya lebih mencintai yusuf berbanding dari diri mereka.
Yusuf: 8
“ketika mereka berkata, “sesungguhnya yusuf dan saudaranya bunyamin lebih dicintai ayah daripada kita, padahal kita adalah satu golongan yang kuat.sungguh ayah kita dalam kekeliruan yang nyata”
Lalu dengan itu mereka merancang untuk membunuh yusuf
Yusuf: 9,10
“bunuhlah yusuf atau buanglah dia ke kesuatu tempat agar perhatian ayah tertumpu kepadamu, dan setelah itu kamu menjadi orang-orang yang baik”
“janganlah kamu membunuh yusuf, tapi masukkanlah ia kedalam sumur agar dia dipungut oleh oleh sebahagian musafir, jika kamu hendak berbuat.”
Dan akhirnya mereka telah berusaha memujuk ayahnya untuk membawa  yusuf pergi bermain sehingga mereka berjaya memujuk ayahnya nabi Yaakub
“mereka berkata wahai ayah kami , mengapa engkau tidak mempercayai kami terhadap yusuf, padahal kami sesungguhnya menginginkan kebaikan baginya”
“Biarlah dia pergi bersama kami besok pagi, agar dia bersenang-senang dan bermain main, dan kami pasti menjaganya.
Lalu mereka meletakkan nabi yusuf di dalam sumur.
Lalu nabi yusuf diambil oleh sebahagian musafir yang hendak mengambil air dan dijadikan sebagai barang dagangan
“ dan datanglah sekelompok musafir, mereka menyuruh seorang mengambil air. Lalu mereka menurunkan timbannya. Dia berkata, “oh senangnya, ini ada seorang anak muda!” kemudian mereka menyembunyikannya sebagai barang dagangan. Dan Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan”
Dan setelah itu Nabi yusuf telah dibeli oleh pembesar al aziz
“ Dan orang dari mesir  yang membelinya berkata kepada isterinya, berikanlah kepadanya tempat  dan layanan yang baik, mudah-mudahan dia bermanfaat bagi kita atau kita pungut dia sebagai anak.” Dan demikianlah Kami berikan  kedudukan yang baik kepada yusuf di negeri mesir dan agar Kami ajarkan kepadanya takwil mimpi. Dan Allah berkuasa kepadanya urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti.”
Namun selepas itu nabi yusuf telah difitnah oleh isteri al aziz
“dan dia perempuan yang yusuf tinggal dirumahnya menggoda dirinya, Dan dia menutup pintu-pintu lalu berkata, “Marilah  mendekat padaku.
Namun kenyataan yusuf tidaklah bersalah,
“dan jika baju gamisnya koyak di bahagian belakang, maka perempuan itulah yang berdusta, dan dia(yusuf) termasuk orang yang benar”
Yusuf malah lebih rela dipenjara daripada melakukan maksiat kepada Allah
“ Yusuf berkata, “wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. “jika aku tidak engkau hindarkan dari tipu daya mereka, niscaya aku akan cenderung untuk memenuhi keinginan mereka dan tentu aku termasuk orang yang bodoh”.
Maka Allah pun memperkenankan doa yusuf,
“maka Tuhan memperkenankan doa yusuf dan Dia menghindarkan yusuf dari tipu daya mereka. Dialah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
Lalu setelah sekian lama didalam penjara, barulah yusuf dikeluarkan dari penjara kerana telah mentakwil mimpi raja, setelah itu yusuf telah diberikan kedudukan yang baik disisi raja, dan tak lama setelah itu Yusuf telah berjaya untuk berjumpa dengan ayahnya yang dikasihi.
         Artikel ini bukanlah berniat untuk mengulas dengan “detail” kisah yusuf, tapi hanyalah untuk mengambil sedikit ikhtibar dari kisah nabi mulia ini. kisah ini mengajarkan kepada kita untuk percaya kepada bimbingan Allah, bersabar dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
Hidup ini pelik, manusia itu fitrahnya menyukai kebaikan dan membenci keburukan, itu lumrah…
Namun kita mesti ingat, kadang-kadang kita tak dapat lihat sebagaimana Allah lihat, kita tak mampu mengerti bahwa kadang-kadang keburukan dan ujian yang diberikan kepada kita itu adalah baik bagi kita. Seperti kisah yusuf…tidakkah kita lupa untuk melihat perjalanan hidup yusuf???
Yusuf adalah anak yang dicintai oleh ayahnya, zahirnya baik tapi ia menyebabkan ia dimasukkan ke dalam sumur oleh saudaranya kerana dengki
Walaupun dimasukkan ke dalam sumur itu jelek, tapi itu menyebabkan yusuf diambil oleh al aziz, dan diajar takwil mimpi
Keberadaan yusuf di rumah al aziz pada zahirnya baik, tapi menyebabkan yusuf dimasukkan ke dalam penjara
Walaupun dalam penjara Nampak jelek , tapi kerana itu yusuf dapat dikeluarkan dari penjara  dan dapat jadi menteri di mesir
Nah lihatlah, betapa Allah  itu Maha Pengatur…
Hmm tapi kenapa tajuk saya ialah “Sesunguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku”?
 Inilah ayat yang diucapkan oleh yusuf setelah Allah ujinya sedemikian rupa, dan setelah ia dapat berjumpa dengan ayahnya…ia berkata pada ayahnya bahwa Allah telah memperlakunya dengan baik”
Berapa banyak manusia yang akan berkata sebegini????
Adakah diri kita sendiri dapat menjadi sebegini??
Kita selalu mengeluh bila diberi ujian,
Sampai kita lupakan banyak lagik anugerah lain yang Allah beri tapi kita tak hargai
Tak bersyukur…
Bila terjadinya sesuatu yang buruk pada kita, kita sering lihat salah orang lain sahaja, tak nak maafkan…
Apa yang yusuf katakan kepada saudaranya setelah menyebabkan dia menderita sedemikian rupa, kalau tidak kerana dia diletakkan ke dalam sumur, dia tidak akan difitnah dan dimasukkan ke dalam penjara…
Yusuf berkata
“Dia yusuf berkata, pada hari ini tidak ada cercaan terhadap kamu, mudah-mudahan Allah mengampuni kamu. Dan Dia Maha Penyayang diantara yang Maha penyayang”.
Sungguh indah kisah yusuf, sebenarnya ada banyak lagi pengajaran yang ada dalam surah ini. tapi cukuplah perkongsian pada kali ini, semoga perkongsian ini bakal memberi ilham kepada pembaca untuk menghayati kisah nabi yusuf dan mengambil pelajaran daripadanya. Kisah ini elok dibaca dan dihayati apabila kita bersedih dan berduka atas ujian yang Allah beri…semoga pembaca memperolah rahmat Allah selalu,
Ingatlah , Allah senantiasa menyangi kita, sangat menyayangi kita, hiduplah dengan gembira, jika kita terlalu memikirkan kita kekurangan kita, kita akan merasa kitalah paling miskin di dunia, namun jika kita senantiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, maka kitalah orang yang paling kaya dan bahagia.
Walaupun keadaan sekarang nampaknya seperti kita tak dapat majukan diri, jangan putus asa, yusuf juga dijadikan budak, namun dia mengambil segala peluang yang ada, walupun jadi orang suruhan dia belajar disana ilmu takwil mimpi, dan setelah itu Allah takdirkan dia menjadi menteri, begitu jualah kita..jadikan kesusahan itu peluang..Allah Maha Tahu, mintalah kemudahan dan kekuatan, semoga Allah membimbing kita insyaAllah. Para pembaca, doakanlah saya menjadi seperti yusuf…sekian..
An-nur furqan,
45 mei 2010
 ilham: pembacaan pesona Al-Quran oleh Amru khalid

KERUGIAN DUNIA KERANA KEMUNDURAN UMAT ISLAM



Pengalaman sebagai seorang guru di sekolag agama rakyat baru-baru ini ternyata membawa banyak pengalaman, ilmu, kesedaran dan makna yang tersendiri. Oleh kerana pihak sekolah meminta untuk membuat satu modul yang khusus untuk program ini. rasa tergerak hati nak baca lebih lagik buku-buku baru sebagai modal untuk ucapan dan harap dapat ilham untuk modul..lalu ditakdirkan Allah untuk meminjam dan membaca sebuah buku tulisan Abul Hasan Ali-Hasany An-Nadwy yang berjudul “KERUGIAN DUNIA KERANA KEMUNDURAN UMAT ISLAM”.
         Satu masa dahulu sebelum Nabi Muhammad diutuskan sebagai Rasulullah dan menagajak manusia untuk mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah , manusia pada waktu itu hidup dalam keadaan yang sangat menakutkan, tiada moral, tiada kasih sayang, tiada nilai. Di negara arab, anak perempuan ditanam hidup-hidup. Terdapat penyelewengan bidang seks, iaitu alat kelamin diagung-agungkan sekali sehingga disembah.kaum biarawan yang ahli agama sekalipun mencabul biarawati yang datang ke kuil.  Ada bapa yang menikahi anak perempuannya sendiri lalu membunuh anak perempuannnya. Ada lelaki yang mempertaruhkan isterinya di meja judi. Adalah biasa bagi seorang perempuan ditiduri oleh beberapa orang lelaki. Apabila anak itu lahir, wanita terbabit akan memilih lelaki yang iras dengan muka anaknya untuk mengaku ayah kepada anaknya. Sampaikan segitu sekali. Ramai sekali anak yang lahir tanpa diketahui ayahnya siapa. Betapa hinanya keadaan yang sedemikian rupa.
         Lalu selepas itu Rasulullah diutuskan dengan memberi Rahmat kepada sekalian alam. Mengajarkan tentang kasih sayang, amanah, khalifah dan mengajarkan tentang dunia dan isinya adalah hak Allah yang dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Islam menyeru kepada ketauhidan, kecemerlerlangan, menyeru manusia untuk berusaha di dunia untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan itu manusia mula menghormati antara satu sama lain. Cahaya islam tersebar sehigga ke barat. Barat yang pada masa itu dalam zaman kegelapan, mereka mundur kerana kekangan gereja yang menyimpang dari kebenaran, menyekat perkembangan ilmu pengetahuan, para ilmuan yang berselih pendapat dengan gereja dibunuh.ada yang dibakar hidup –hidup. Dengan ilmu yang diilhamkan dari ilmuan islam, barat bangkit dalam bidang keilmuan dan belajar dari islam.

         Namun selepas itu di negara-negara islam sendiri, pegangan agama mula dilupakan, manusia mula lupa kepada Tuhan, lalu mereka menjadi mundur dan barat lalu mendahului.dan lihatlah impaknya pada masa sekarang, perilaku perilaku yang dilakukan pada zaman jahiliah telah kembali berleluasa, kita bisa mendengar anak yang membunuh ibunya dengan parang, suami yang menendang isteri yang sedang mengandung hingga gugur, remaja-remaja yang menggugurkan anaknya  dan dibuang di tong sampah, tandas dan sebagainya. Semua ini terwujud kerana jauhnya manusia dari Allah.
         Pokonya apabila manusia itu jauh dari Allah, mereka akan jauh dari islam. Ini akan menyebabkan keruntuhan Akhlak dalam masyarakat. Untuk menyelesaikan masalah ini, hanya ada satu cara, iaitu cara yang dibawa oleh Nabi, iaitu mengajak manusia mengenal Allah dan beriman kepada-Nya.
         Dan untuk mengajar orang lain untuk mengenal Allah, ia harus dimulakan dari individu itu sendiri. Semoga aku dapat menjadi salah seorang guru yang dapat menyampaikan kepada pelajar ilmu yang berguna, yang membolehkan mereka menjadi seorang yang berjaya, di dunia dan di akhirat juga, insyaAllah, semoga kejayaan islam dikecapi akan datang, di ia bermula dari ajaran seorang guru yang mulia akhlaknya, tinggi jua ilmunya, semoga Allah permudahkan insyaAllah.

Ya Tuhan Kami, betapa hinanya Kami padaMu,
Dan betapa mulianya Engkau,
Kami insan yang senantiasa memerlukan-Mu,
Bukanlah kebahagiaan bagiku melihat manusia tidak mengenal-Mu,
Dan bukanlah derita bagiku jika kesusahan yang kutempuh dalam jalan dakwah ini diredhai-Mu,
Dan agar kau senantiasa mencitai aku,
Dan tanda cintaku pada-Mu,
Aku akan terus memberbaiki langkahku,

Terkadang langkah ini terhenti kerana lemahnya aku,
Memikirkan akan kehinaanku,
Aku tiada apa-apa disisiMu
Dan nikmat kasih-Mu padaku senantiasa melebihi kasihku padaMu,
Sedang diriku senantiasa berdosa,
Yang mengharapan pendanganMu di negeri yang kekal abadi,

Ku Bukan nabi, yang indah akhlaknya,
Ku bukan malaikat yang bebas dari dosa,
Aku manusia lalai yang senantiasa harapkan ampunan,
Dan dengan kehinaan ini, aku terus berharap Ya Allah.

Tuhan, aku senantiasa percaya Kau Maha Cinta, Maha Pengampun dan Maha penyayang,
Berilah aku ampunan agar aku senantiasa bertaubat,
Berilah aku cinta supaya aku senantiasa kembali,
Terimalah amalku yang tidak seberapa,
Sebagai amal yang soleh disimu,
Dan pandulah aku ke jalan yang lurus,
Jalan menuju cinta-Mu.
Aminn

An-nur Furqan

Tuesday, May 18, 2010

please do guide me


hidup manusia tak lari daripada membuat pilihan, dan keputusan untuk memilih yang mana satu perlulah diambil. namun yang menjadi ketakutannya, kita sering resah dan bertanya kepada diri sendiri adakah keputusan yang kita ambil itu adalah keputusan yang terbaik bagi kita? bagaimanakah kita tahu yang keputusan itu adalah keputusan yang tepat?

kita boleh  menggunakan fatwa dari hati, mengambil hadis nabi yang bermaksud,


"Wabishah bin Ma'bad ra berkata, "Aku mendatangi Rosulullah saw beliau berkata, "Apakah anda datang untuk bertanya tentang al-birr (kebaikan)?" Saya menjawab, "Ya."  Rosulullah saw bersabda, "Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan al-itsm (dosa) adalah yg membingungkan jiwa dan meragukan hati. Meskipun manusia memberi fatwa kepadamu."   (HR Muslim
Ya Allah berikanlah kepada kami kebersihan hati, agar dengan  itu kami dapat melakukan keputusan yang terbaik bagi diri kami, bagi agama kami, bagi dunia akhirat kami. amenn
kebaikan adalah ketika hati dan jiwa tenang kepadanya....insyaAllah