Monday, October 8, 2012

Positif terhadap kritikan


Cermin

Cuba fikirkan bagaimanakah kita dapat melihat diri kita sendiri?

Bagaimanakah kita dapat menilai cacat cela yang ada pada diri kita?




Sudah tentu, jawapannya  ialah dengan menggunakan cermin…

Dengan adanya cermin kita dapat menilai sendiri apa kekurangan dan kebaikan yang ada pada diri kita…
dengan adanya cermin kita dapat memperbaiki cacat cela yang ada pada diri kita..

Begitulah juga dan manusia di sekeliling kita…umpamakan mereka ibarat cermin…penilaian mereka terhadap diri kita sama ada yang positif mahupun negatif amatlah berguna untuk kita. Untuk kita tambah baik atau betulkan…

Sesungguhnya manusia memerlukan “cermin” bagi meneliti diri. Anggap saja orang lain sebagai cermin bagi diri kita..melalui merekalah kita mengenal diri kita dengan sebenarnya…

Kita juga adalah cermin bagi orang lain…tapi jangan pula kita terlalu asyik melihat pada cela orang lain hingga lupa untuk memberbaiki cela pada diri sendiri..ini kerana

Orang yang sibuk mencela orang lain selalunya akan mengabaikan usaha memperbaiki dirinya, sebab dia menganggap dirinya sudah sempurna dan lebih baik daripada orang lain.

Satu yang perlu kita ingat…Kalau kita mempunyai kekurangan dan orang lain menghina kita atas kekurangan itu, janganlah kita bersusah hati. kalau orang lain yang mengalami hal begitu, janganlah pula kita menghinanya, tetapi berikanlah sokongan kepadanya. Tidak ada alasan untuk menghina orang lain kerana boleh jadi orang yang kita hinakan adalah lebih baik dari orang yang menghina.

 Ingatlah  Firman Allah dalam surah Al hujurat:49

“wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kaum lelaki yang lain kerana mungkin kaum yang dicemuh itu adalah lebih baik daripada mereka, dan janganlah kaum perempuan mencemuh dan merendahkan-rendahkan kaum perempuan yang lain, kerana mungkin kaum yang dicemuh itu adalah lebih baik daripada mereka.

Apa yang penting dalam hidup ini, jika ingin Berjaya ialah optimis terhadap kritikan…


Kata hukama

“ orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain”

Apa yang penting lagi ialah kita jadikan kritikan atau teguran itu sebagai satu titik tolak untuk kita berubah kearah yang lebih baik..aggap saja dengan kritikan itulah kita telah mengetahui titik kelemahan dalam diri kita…sebenarnya setiap sesuatu tidak lepas dari takdir Allah, jika Allah mentakdirkan kita akan sesuatu perkara, maka pasti ada hikmah disebaliknya..


“ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

mungkin Allah mentakdirkan kita diuji dengan kritikan untuk meransang kita memperbaiki diri.

manusia selalunya sentiasa selesa dengan pujian. Sedangkan kadangkala pujian itu sebenarnya adalah tidak bermanfaat kepada dirinya…

Ihya ‘Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.

Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah:
·         melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya
·          ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.
Manakalah dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah:
·         dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) – kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang
·          orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.


annur furqan:

-->semoga kita sentiasa bekerja kerana Allah, bukan bekerja kerana kata-kata orang lain...jika ada pujian atas kebaikan kita, pulangkan semua kesyukuran itu kepada Allah, kita diberi kekuatan untuk melakukan kebaikan atas izinNya...jika dikeji atas kekurangan...kembalikan taubat atas kekilafan kepada tugas kembalilah memohon ilmu, petunjuk dan kekuatan untuk terus memperbaiki diri menjadi umat yang cemerlang...