Tuesday, November 30, 2010

Perjalanan sebuah kehidupan...

Sedar atau tidak, hidup ni adalah suatu perjalanan dan setiap masa dan ketika kita sebenarnya sedang mengaturkan arah perjalanan kaki kita kepada destinasi perjalanan kita..yang kita sendiri tentukan...dan yang pasti disepanjang jalan yang kita dah lalaui ni dan akan kita lalui nanti, kita akan temui banyak sangat perkara sama ada yang baik atau yang buruk... 

ini lumrah biasa, macam game kan...ada tahap-tahap kesusahannya..bila kita dah lepas tahap satu, sampai tahap dua, tahap dua lagi susah dari tahap satu..aish..dan begitulah seterusnya...macam satu kehidupan yang sentiasa diuji, kalau dah lepas satu ujian, akan ada ujian lain yang akan menanti...

tak boleh jugak nak salahkan kehidupan, sebab kejayaan dan kegembiraan tak kan bermakna tanpa susah payah dan tak kan dihargai kalau benda tu senang nak dapat..dan sebab ni hanyalah sebuah perjalanan maka tak da istilah rehat agaknya..

kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita hilang harapan, kadang- kadang kita sangat bersemangat..kadangkala kita berjaya dan kadangkala kita gagal...

tapi dengan kegagalan yang selalu orang tak suka nak hadapi tu sebenarnya terselit seribu satu kebaikan yang mungkin kita tak realise, selain Yang Maha Kaya.. sebab dengan kegagalan buat kita lebih berhati-hati menapak kehadapan, membuatkan kita lebih matang dalam membuat pilihan dan membuatkan kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan..

dan dengan kehidupan, kita belajar dan diajar untuk mengerti bahawa setiap insan itu adalah tidak sempurna..tapi itu tak bererti kita perlu berputus asa untuk menjadi seorang yang sempurna..sebab kita mampu menjadikan diri kita lebih baik dari semalam..

dan apa yang penting, niat yang betul..jangan malu untuk berpatah balik jika mengetahui bahawa jalan yang kita ambil itu adalah jalan yang salah, dan jangan berputus asa dengan musibah disepanjang perjalanan kita..kerana kita ingin sampai ke destinasi kita..suatu tempat yang sangat istimewa

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Allah beriirman : “Aku sediakan bagi hamba-hambaKu yang shalih sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak tergores oleh hati manusia


Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).(Serta dikatakan kepada mereka): “Inilah yang dijanjikan kepada kamu, – kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);”(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allahserta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat“. [Surah Al-Qaf ayat 31-33]