Cermin
Cuba fikirkan bagaimanakah kita dapat melihat diri kita sendiri?
Bagaimanakah kita dapat menilai cacat cela yang ada pada diri kita?
Sudah tentu, jawapannya ialah
dengan menggunakan cermin…
Dengan adanya cermin kita dapat menilai sendiri apa kekurangan dan
kebaikan yang ada pada diri kita…
dengan adanya cermin kita dapat memperbaiki cacat cela yang ada pada
diri kita..
Begitulah juga dan manusia di sekeliling kita…umpamakan mereka ibarat
cermin…penilaian mereka terhadap diri kita sama ada yang positif mahupun
negatif amatlah berguna untuk kita. Untuk kita tambah baik atau betulkan…
Sesungguhnya manusia memerlukan “cermin” bagi meneliti diri. Anggap saja
orang lain sebagai cermin bagi diri kita..melalui merekalah kita mengenal diri
kita dengan sebenarnya…
Kita juga adalah cermin bagi orang lain…tapi jangan pula kita terlalu
asyik melihat pada cela orang lain hingga lupa untuk memberbaiki cela pada diri
sendiri..ini kerana
Orang yang sibuk mencela orang lain selalunya akan mengabaikan usaha
memperbaiki dirinya, sebab dia menganggap dirinya sudah sempurna dan lebih baik
daripada orang lain.
Satu yang perlu kita ingat…Kalau kita mempunyai kekurangan dan orang
lain menghina kita atas kekurangan itu, janganlah kita bersusah hati. kalau
orang lain yang mengalami hal begitu, janganlah pula kita menghinanya, tetapi
berikanlah sokongan kepadanya. Tidak ada alasan untuk menghina orang lain
kerana boleh jadi orang yang kita hinakan adalah lebih baik dari orang yang
menghina.
Ingatlah Firman Allah dalam
surah Al hujurat:49
“wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum (daripada kaum
lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kaum lelaki yang lain kerana mungkin
kaum yang dicemuh itu adalah lebih baik daripada mereka, dan janganlah kaum
perempuan mencemuh dan merendahkan-rendahkan kaum perempuan yang lain, kerana
mungkin kaum yang dicemuh itu adalah lebih baik daripada mereka.
Apa yang penting dalam hidup ini, jika ingin Berjaya ialah optimis
terhadap kritikan…
Kata hukama
“ orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan
orang lain”
Apa yang penting lagi ialah kita jadikan kritikan atau teguran itu
sebagai satu titik tolak untuk kita berubah kearah yang lebih baik..aggap saja
dengan kritikan itulah kita telah mengetahui titik kelemahan dalam diri
kita…sebenarnya setiap sesuatu tidak lepas dari takdir Allah, jika Allah
mentakdirkan kita akan sesuatu perkara, maka pasti ada hikmah disebaliknya..
“ Boleh jadi kalian
membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian
mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui
kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)
mungkin Allah mentakdirkan kita diuji dengan kritikan untuk meransang
kita memperbaiki diri.
manusia selalunya sentiasa selesa dengan pujian. Sedangkan kadangkala
pujian itu sebenarnya adalah tidak bermanfaat kepada dirinya…
Ihya ‘Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan
enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut
iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua
keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.
Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah:
Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah:
·
melakukan pujian secara berlebihan sehingga
menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa
cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya
·
ia
menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan
semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu
melakukan kesalahan.
Manakalah dua keburukan yang menanti orang
yang dipuji pula ialah:
·
dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga
diri (ujub) – kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang
·
orang
yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.
annur furqan:
-->semoga kita sentiasa bekerja kerana Allah, bukan bekerja kerana kata-kata orang lain...jika ada pujian atas kebaikan kita, pulangkan semua kesyukuran itu kepada Allah, kita diberi kekuatan untuk melakukan kebaikan atas izinNya...jika dikeji atas kekurangan...kembalikan taubat atas kekilafan kepada tugas kembalilah memohon ilmu, petunjuk dan kekuatan untuk terus memperbaiki diri menjadi umat yang cemerlang...