Monday, November 16, 2009

Iman itu perlu dipertahankan


Tetiba terfikir tentang masa depan….apa yang akan jadi pada aku pada masa depan?
Aku tak la sangat nak memberatkan fikir nak pakai kereta aper, nak kejer ker tak?dapat posting ke tak?, bukan tue yang aku rasa takut sangat sekarang, tapi aku takut macam mana iman aku pada masa akan datang. Aku takut aku akan berubah kepada yang lebih buruk.

“Ya Allah janganlah kau takdirkan aku menjadi penentang agama-Mu, tetapi jadikanlah aku manusia yang menjadi pejuang dalam agama-Mu matikanlah aku dalam keadaan yang beriman, matikanlah aku tika mana hatiku sedang membesarkan kalimat-Mu, jangan biarkan cinta kepada dunia menyebabkan aku jauh dari-Mu,jangan benarkan syaitan memalingkan hatiku dari-Mu..bantulah aku, aku khilaf, aku lemah, aku tak mampu”

 Memerhatikan keadaan sekeliling, satu demi satu, adanya manusia yang berubah buat aku jadi takut dan tertanya setakat mana iman itu mampu bertahan, tambah pulak diri bukanlah jenis yang baik sangat.huhuhu…

Tapi aku teringat akan firman Allah yang selalu dibaca dalam maksurat, hari nieh ayat nieh tiba-tiba rasa dihayati..selalu bacer jer

“Allah adalah pelindung bagi orang-orang yang beriman, mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya(iman). Dan bagi orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan(kekafiran). Mereka itu adalah penghuni nereka, mereka kekal di dalamnya.”

Dan firman Allah dalam ayat yang lain
“Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dia kehendaki”

Dan firman Allah dalam Ayat lain,
Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam mencari keredhaan kami, pasti akan kami bukakan jalan-jalan Kami, sesungguhnya Allah beserta orang –orang yang berbuat baik”

Dan dari firman –firman Allah diatas, yang aku teringat sikit-sikit, tak perfect la ingat pun, Allah ajarkan yang tunjukkan kita kepada iman itu hanya Allah, Allah yang beri kita iman, dan iman tu Allah beri kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Tapi tu tak semestinya manusia boleh kata, dia tak berbuat baik hanya kerana dia berkata Allah tak bagi hidayah untuk dia untuk buat baik, iman itu sebenarnya perlu diusahakan, sesiapa yang bersungguh-sungguh dalam mencari iman dan mengekalkan iman insyaAllah Allah akan beri, kuncinya ialah keikhlasan.
 Kerana Allah itu Maha Adil,Maha penyayang, Maha pelindung, Maha Memberi…semoga Allah senantiasa mengilhamkan kita semua untuk sentiasa berbuat baik, semoga Allah mengampuni segala  khilaf kita, semoga Allah memberikan kita hikmah…kesabaran, perlindungan supaya kita menjadi hamba-Nya yang diredhai

“wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agama-Mu”


1 comment:

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

Iman dan Islam nikmat paling besar yg dikurniakan oleh Allah...

Allahuakhbar...