Monday, May 24, 2010

KERUGIAN DUNIA KERANA KEMUNDURAN UMAT ISLAM



Pengalaman sebagai seorang guru di sekolag agama rakyat baru-baru ini ternyata membawa banyak pengalaman, ilmu, kesedaran dan makna yang tersendiri. Oleh kerana pihak sekolah meminta untuk membuat satu modul yang khusus untuk program ini. rasa tergerak hati nak baca lebih lagik buku-buku baru sebagai modal untuk ucapan dan harap dapat ilham untuk modul..lalu ditakdirkan Allah untuk meminjam dan membaca sebuah buku tulisan Abul Hasan Ali-Hasany An-Nadwy yang berjudul “KERUGIAN DUNIA KERANA KEMUNDURAN UMAT ISLAM”.
         Satu masa dahulu sebelum Nabi Muhammad diutuskan sebagai Rasulullah dan menagajak manusia untuk mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah , manusia pada waktu itu hidup dalam keadaan yang sangat menakutkan, tiada moral, tiada kasih sayang, tiada nilai. Di negara arab, anak perempuan ditanam hidup-hidup. Terdapat penyelewengan bidang seks, iaitu alat kelamin diagung-agungkan sekali sehingga disembah.kaum biarawan yang ahli agama sekalipun mencabul biarawati yang datang ke kuil.  Ada bapa yang menikahi anak perempuannya sendiri lalu membunuh anak perempuannnya. Ada lelaki yang mempertaruhkan isterinya di meja judi. Adalah biasa bagi seorang perempuan ditiduri oleh beberapa orang lelaki. Apabila anak itu lahir, wanita terbabit akan memilih lelaki yang iras dengan muka anaknya untuk mengaku ayah kepada anaknya. Sampaikan segitu sekali. Ramai sekali anak yang lahir tanpa diketahui ayahnya siapa. Betapa hinanya keadaan yang sedemikian rupa.
         Lalu selepas itu Rasulullah diutuskan dengan memberi Rahmat kepada sekalian alam. Mengajarkan tentang kasih sayang, amanah, khalifah dan mengajarkan tentang dunia dan isinya adalah hak Allah yang dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Islam menyeru kepada ketauhidan, kecemerlerlangan, menyeru manusia untuk berusaha di dunia untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan itu manusia mula menghormati antara satu sama lain. Cahaya islam tersebar sehigga ke barat. Barat yang pada masa itu dalam zaman kegelapan, mereka mundur kerana kekangan gereja yang menyimpang dari kebenaran, menyekat perkembangan ilmu pengetahuan, para ilmuan yang berselih pendapat dengan gereja dibunuh.ada yang dibakar hidup –hidup. Dengan ilmu yang diilhamkan dari ilmuan islam, barat bangkit dalam bidang keilmuan dan belajar dari islam.

         Namun selepas itu di negara-negara islam sendiri, pegangan agama mula dilupakan, manusia mula lupa kepada Tuhan, lalu mereka menjadi mundur dan barat lalu mendahului.dan lihatlah impaknya pada masa sekarang, perilaku perilaku yang dilakukan pada zaman jahiliah telah kembali berleluasa, kita bisa mendengar anak yang membunuh ibunya dengan parang, suami yang menendang isteri yang sedang mengandung hingga gugur, remaja-remaja yang menggugurkan anaknya  dan dibuang di tong sampah, tandas dan sebagainya. Semua ini terwujud kerana jauhnya manusia dari Allah.
         Pokonya apabila manusia itu jauh dari Allah, mereka akan jauh dari islam. Ini akan menyebabkan keruntuhan Akhlak dalam masyarakat. Untuk menyelesaikan masalah ini, hanya ada satu cara, iaitu cara yang dibawa oleh Nabi, iaitu mengajak manusia mengenal Allah dan beriman kepada-Nya.
         Dan untuk mengajar orang lain untuk mengenal Allah, ia harus dimulakan dari individu itu sendiri. Semoga aku dapat menjadi salah seorang guru yang dapat menyampaikan kepada pelajar ilmu yang berguna, yang membolehkan mereka menjadi seorang yang berjaya, di dunia dan di akhirat juga, insyaAllah, semoga kejayaan islam dikecapi akan datang, di ia bermula dari ajaran seorang guru yang mulia akhlaknya, tinggi jua ilmunya, semoga Allah permudahkan insyaAllah.

Ya Tuhan Kami, betapa hinanya Kami padaMu,
Dan betapa mulianya Engkau,
Kami insan yang senantiasa memerlukan-Mu,
Bukanlah kebahagiaan bagiku melihat manusia tidak mengenal-Mu,
Dan bukanlah derita bagiku jika kesusahan yang kutempuh dalam jalan dakwah ini diredhai-Mu,
Dan agar kau senantiasa mencitai aku,
Dan tanda cintaku pada-Mu,
Aku akan terus memberbaiki langkahku,

Terkadang langkah ini terhenti kerana lemahnya aku,
Memikirkan akan kehinaanku,
Aku tiada apa-apa disisiMu
Dan nikmat kasih-Mu padaku senantiasa melebihi kasihku padaMu,
Sedang diriku senantiasa berdosa,
Yang mengharapan pendanganMu di negeri yang kekal abadi,

Ku Bukan nabi, yang indah akhlaknya,
Ku bukan malaikat yang bebas dari dosa,
Aku manusia lalai yang senantiasa harapkan ampunan,
Dan dengan kehinaan ini, aku terus berharap Ya Allah.

Tuhan, aku senantiasa percaya Kau Maha Cinta, Maha Pengampun dan Maha penyayang,
Berilah aku ampunan agar aku senantiasa bertaubat,
Berilah aku cinta supaya aku senantiasa kembali,
Terimalah amalku yang tidak seberapa,
Sebagai amal yang soleh disimu,
Dan pandulah aku ke jalan yang lurus,
Jalan menuju cinta-Mu.
Aminn

An-nur Furqan

No comments: