Monday, June 7, 2010

Allah tak akan abaikan kita

  • Bagi yang sedang bersedih saat ini kerana mengenangkan musibah yang sedang melanda hidupnya
  • bagi yang sedang bertanya pada diri, kenapa dia dipilih untuk menerima ujian seberat ini.
  • bagi yang sedang was-was adakah Allah telah melupakan dirinya hingga lupa untuk mengabulkan permintaannya.
selain dari menjawab pertanyaan in hanya dengan menggunakan kalam Allah yang tertulis dalam kitab suci Allah, marilah kita terokai dan menambahkan kepercayaan kita kepada Allah dengan menilai setiap ciptaan Allah dan kasih sayang-Nya dalam setiap makhluk yang Dia ciptakan. mungkin  dengan itu kita dapat memahami hakikat kita diuji dan kita akan percaya, Allah tak kan pernah abaikan kita....

sebagai contoh kasih sayang yang Allah tunjukkan terhadap binatang -binatang yang diciptakannya...

kita melihat unta yang hidup di kawasan gurun yang panas...
 beruang yang hidup di kawasan yang sejuk
ikan yang hidup di dalam air
harimau yang biasa hidup di iklim khatulistiwa.


unta diciptakan Allah dengan ciri-ciri penyesuaian yang luar biasa yang menyebabkan ia boleh beradaptasi dengan kawasan panas, contohnya ia mempunyai alis mata yang boleh menapis pasir, tisu istimewa yang boleh melunginya daripada kepanasan dan ia dapat bertahan tanpa minum air dalam beberapa hari. satu sifat yang tidak didapati pada haiwan lain kecuali unta. kenapakah keistimewaan ini tidak diberikan kepada makhuk Allah yang lain? . 

pernahkah kita bertanya, 
kenapa ikan ada sirip, kenapa ekor ikan tak sama dengan ekor harimau?kenapa bulu beruang tebal? dan harimau nipis...maka dari persoalan ini akan muncullah jawapan bahawa semua keistimewaan tertentu ini adalah satu potensi semualajadi yang diberikan Allah kepada haiwan-haiwan ini bagi menyesuaikan diri mereka dengan kawasan persekitaran mereka.

maka tidakkkah kita lihat dari sini bahawa, setiap makhluk yang Allah ciptakan ada terdapat masalah atau ujian-ujian tertentu dalam hidup mereka. namun dengan itu juga Allah memberikan potensi bagi mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. ujian bagi beruang adalah untuk hidup di kawasa yang amat sejuk. ini merupakan sesuatu yang mustahil bagi makhluk Alllah yang lain kecuali beruang...sebab Allah telah memberi potensi kepada beruang untuk menyelesaikan ujian ini iaitu lemak yang banyak di bawah permukaan kulit beruang , disamping bulu yang  tebal. begitu juga sirip dan ekor ikan yang istimewa untuk berenang di dalam air, badan yang ringan untuk burung supaya dapat terbang pantas di udara...

kenapa kita dipilih untuk terima ujian ini????

jawapannya sama seperti kenapa unta dipilih untuk hidup di gurun, beruang di kawasan kutub yang sejuk...

sebabnya...kita berpotensi untuk hadapi ujian itu...cuma kita perlu percaya pada Allah, dan pada diri kita...bukankah Allah telah berfirman

"Allah tidak akan membebai seseorang melainkan SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA"

oleh itu,

gembiralah wahai diri, Allah tak mungkin abaikan kita. Marilah hadapi ujian ini dengan rasa syukur. mungkinkah Yang Maha Cinta itu sedang memanggil roh para pencinta-Nya untuk taat, buktikanlah iman kita...semoga Allah memberkati saya dan kamu...doakan kebaikan bersama..amen

an-nur Furqan