“tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untuk (kepentinganmu) dan menyempurnakan nimat-Nya lahir batin. Tetapi di antara manusia ada yang membantah tentang kekuasaan Allah tanpa ilmu”- luqman:20
- ramai orang sebenarnya kaya tapi mereka rasakan mereka miskin
- ramai orang yang sebenarnya mampu tapi mereka merasakan mereka lemah
Sebab mungkin KITA
- ada mata tapi sebenarnya buta
- Ada telinga tapi sebenarnya tak dapat mendengar
- Ada tangan dan kaki tapi sebenarnya cacat
- Ada otak tapi tak nak berfikir.
Kita sering tenggelam dalam keputusasaan, pasrah pada takdir, kita musuhi takdir jika kita menerima sesuatu yang buruk, kita ujub, riak dan takbur dalam menerima sesuatu yang baik, rasa megah, seolah-olah kejayaan itu semuanya berpunca dari titik peluh kita sahaja, kebolehan kita saja, sehingga melupakan kemuliaan itu kembali kepada Allah yang Maha Memberi. Tapi mengapa bila dalam kesusahan, kita tak salahkan diri kita?
Firman Allah
“manusia itu kufur nikmat”
“katakanlah, semua kemuliaan itu milik Allah”
Sesungguhnya manusia harus tahu, Allah menyediakan nikmat yang sentiasa membuatkan kita kaya walaupun tak berharta. Dan kerana nikmat itu manusia mampu mengembangkan segala potensi yang ada dalam dirinya.
Cuba fikirkan betapa kayanya kita:
- Seorang hartawan buta tetap rasa kurang jika dibandingkan dengan seorang miskin yang dapat melihat
- Seorang gadis cantik yang kudung kakinya, tetap akan rasa dirinya tak sempurna jika dibandingkan dengan seorang hodoh yang dapat berjalan.
Tapi kadang-kadang,
- Dapat berjalan
- Ada tangan dan kaki yang dapat berfungsi
- Telinga yang dapat mendengar
Tak membuatkan kira rasa kita ini telah cukup kaya dan sempurna, ..padahal bagi yang tidak memilikinya, mungkin sanggup mengadaikan segala harta yang ia miliki untuk mendapatkan nikmat ini.
Kenapa saya tergerak untuk membincangkan ini?
Ini kerana saya merasa, kita selalu berputus asa dan sangka kita tak berdaya untuk lakukan perubahan dan salahkan nasib yang menimpa diri kita kerana kita tidak mesyukuri nikmat sempurnanya tubuh badan kita.
Kerana dengan mata kita masih mampu melihat
Dengan telinga kita masih mampu mendengar
Dengan otak kita masih mampu berfikir
Cara – cara untuk mennyelesaikan segala masalah yang kita ada, belajar dari kesilapan, bangkit dari kegagalan..kerana kita masih mampu, masih mampu…
Menyalahkan takdir dan meninggalkan usaha, bukanlah jalan yang baik bagi seorang mukmin…
Sedang Allah telah berfirman
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada dalam diri mereka”
Sekadar perkongsian,
An-Nur Furqan:20 jun 2010.
No comments:
Post a Comment