Saturday, October 16, 2010

Melangkah demi cinta…



Langkah yang semakin longlai…
Hati yang semakin rapuh..
iman yang semakin menipis…..

dan sejenak, Allah mengilhamkan hati untuk berfikir….
-     - jangan putus asa, kalau kita rasa kita jauh dengan Allah, sebab kalau kita masih dapat RASA, tandanya Allah masih sayangkan kita.. mungkin Dia sedang panggil kita untuk baiki hubungan kita dengan Dia..
-     - Dan jangan lupa pada janji pada diri sendiri..yang akan usaha untuk jadi orang yang baik untuk mak dan ayah..( saya bukan anak yang boleh dikatakan berjaya, biasa saja, tapi saya nak nanti di akhirat mak dan ayah akan bangga dengan saya sebab kalau saya berjaya jadi seorang yang solehah, saya akan jadi kunci syurga bagi mereka)
-     - Dan saya tak nak mengecewakan Allah yang telah memberikan saya nikmat yang sebegitu banyak..dan tak nak mati sebagai seorang yang kufur..

Jadi, saya mesti tetap melangkah, demi cinta saya…kerana saya sangat cintakan Allah..kerana saya sangat cintakan nabi, kerana saya sangat cintakan agama saya..kerana saya sangat mencintai ibu dan ayah saya…maka hanya kerana itu saya pastinya tetap perlu untuk melangkah…

Dan terus melangkah …demi sebuah CINTA..

Cinta yang sebegitu indah,
Namun mengapa mereka begitu membenci cinta..
Kerana cinta aku mengenal Tuhanku..
Kerana itu aku bahagia..
Dan jika cinta tiada dalam hatiku..
Maka hancurlah aku..
Kerana aku terus hidup kerana cinta..
Cinta kepada Tuhanku mengajar aku mencintai yg lain,
Dan itu adalah kebahagiaan,
Kita mencintai dan dicintai,
Memberi dan memiliki,
Dan itulah lumrah hidup ini..

Kerana cinta matahari memancarkan sinarnya..
Kerana cinta bulan memberikan sinarnya..
Kerana cinta bunga mempamerkan kelopaknya..
Dan semua makluk juga berzikir dengan cara tersendiri kepada yang Maha Mencintai…

Akan kah Dia melupakan kita,
Sekali-kali tidak, bahkan kitalah yang melupakan-Nya..
Walaupuan saban saat, atau kadar waktu yang lebih singkat dari itu,
Dia tidak penat memberikan Cinta-Nya..
Namun jiwa yang alpha tak kan mampu merasainya…

Kepadamu Tuhan, aku memanifestasikan cintaku..
Semikan cintaku hingga ke syurga..
Periharalah jiwaku, agar dengan jiwa pemberian-Mu ini,
Aku melihat cinta-Mu.

Saturday, October 9, 2010

Macam baru semalam…

Alhamdulillah semua kerja dah makin berkurangan, makmal dah habis,  sekarang mungkin nak sibuk tulis tesis. Dan bersyukur kepada Allah diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan adik PBA semalam untuk jamuan hari raya dan watikah pelantikan PBA. Sempat juga dengar ustaz khairul berucap, dah lama tak jumpa dan dengar ustaz berucap.
         Macam baru semalam jer, ikuti kelas ustaz khairul . Ustaz  suruh join PBA dan program mari mengajar. Maka saya dan fara pun join la, macam menarik jer dengar..hehe, kalau ustaz yang cakap semuanya akan jadi menarik..ustaz khairul memang seorang penasihat yang bagus, kalau dengar dier bercakap, semua orang pun jadi semagat. Dan macam baru semalam jugak join program mari mengajar di Maahad Abbasiah. Kat situ boleh pulak terjumpa sepupu, selama nieh tak penah tahu pun ada sepupu belajar kat situ..dan dari situ kenal mantan – mantan PBA yg lain..ukhti wani, ukhti Faseha, akhi faizul, akhi zaidee.. .tue kira pengalaman pertama la mengajar…haa jangan tak tahu, masa tu la nak praktik balik aper lecturer ajar tentang skill –skill nak attrack student. Time tu la sibuk nak buat nota, teringat kejadian waktu dalam kelas  pedagogi prof Ishak, kene tanya
“ nota yang cikgu buat untuk sape cikgu?”
Dan saya jawab,
“untuk pelajar”
Dan diulang soalan yang sama, sampai saya pun naik pelik, dan kemudian saya jawab
“untuk cikgu”
Walaupun time 2 blurr, kenapa mesti jawapannya untuk cikgu pulak…bila dah masuk sekolah bru sedar..nota-nota pendek dan senarai istilah yang penting yang cikgu buat sebelum masuk kelas adalah untuk dia sendiri, supaya dia tak terlupa apa yang penting untuk dia sampaikan..thank prof…I learn a lot from u actually..
Dan belajar masa subjek bimbingan,
“cikgu tak boleh marah pelajar,kalau cikgu marah diorang akan berubah dan kalau tak marah pun diorang akan berubah”
Semua tu sangat berguna…dan bila dah masuk kelas baru nak tahu..
         Dan lepas mari mengajar, baru la terbukak hati nak join PBA, tu pun setelah diajak berkali-kali oleh  zul. Dan macam baru semalam perlantikan sebagai naib dan kenal rafaie yang masa tuh jadi presiden, masyitah, wahida, kak hejah, kak yan, hajar, quiyah, nazri, fazrul, nik, adam, nazri  dan yang lain-lain. Masa tu sungguh rasa ketar lutut cam na la nak wt kejer, presiden pun susah nak cam. Sebab masa tuh asyik nak tetukar rafaie dan nazri..haha lawak pulak rase..sebelum ni tak penah kenal langsung pun..
         Dan semuanya pun berlaku dengan pantas, sekarang dah jadi mantan, tapi insyaAllah kenangan bersama PBA akan kekal dalam ingatan sepanjang hayat. Kalau dulu rasa takjub kat kak shitar, kak zhihah, walaupun dah jadi alumni selalu tanya pasal PBA. dan terima kasih juga pada semua mantan:- akhi hazim, akhi hazwan, akhi ku alif, akhi faizul, ukhit zati, dan yg dah tak tersebut dah...


 Dan bila diri sendiri dah jadi mantan, saya pun ada sedikit rasa macam diorang, walaupun mungkin PBA tak sehebat persatuan lain, kami macam keluarga, sama-sama belajar sesuatu yang baru untuk memantapkan persatuan dan diri sendiri. Semoga pimpinan yang baru akan mengekalkan rasa kekeluargaan ni. ..insyaAllah semoga mereka dapat bawa PBA ke tahap yang lebih baik..

Dan saya, akan teruskan pula usaha kepada sesuatu yang lain…yang pasti walau apa pun yang kita buat,, dimana pun kita berada, kita tetap bersatu, bersatu dalam cinta kepada Allah, ketaatan dalam melakukan ibadah dan dakwah…

Firman Allah,
“ dan bukanlah harta atau anak- anakmu yang mendekatkan kamu dengan Kami; melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda atas apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga).” Saba:37.

Pangkat, harta, dan nikmat kesenangan lain, tak kan mendekatkan kita dengan Allah kecuali jika kita beriman dan melaksanakan suruhan-Nya.


          
wajah - wajah ceria mereka