Saturday, October 16, 2010

Melangkah demi cinta…



Langkah yang semakin longlai…
Hati yang semakin rapuh..
iman yang semakin menipis…..

dan sejenak, Allah mengilhamkan hati untuk berfikir….
-     - jangan putus asa, kalau kita rasa kita jauh dengan Allah, sebab kalau kita masih dapat RASA, tandanya Allah masih sayangkan kita.. mungkin Dia sedang panggil kita untuk baiki hubungan kita dengan Dia..
-     - Dan jangan lupa pada janji pada diri sendiri..yang akan usaha untuk jadi orang yang baik untuk mak dan ayah..( saya bukan anak yang boleh dikatakan berjaya, biasa saja, tapi saya nak nanti di akhirat mak dan ayah akan bangga dengan saya sebab kalau saya berjaya jadi seorang yang solehah, saya akan jadi kunci syurga bagi mereka)
-     - Dan saya tak nak mengecewakan Allah yang telah memberikan saya nikmat yang sebegitu banyak..dan tak nak mati sebagai seorang yang kufur..

Jadi, saya mesti tetap melangkah, demi cinta saya…kerana saya sangat cintakan Allah..kerana saya sangat cintakan nabi, kerana saya sangat cintakan agama saya..kerana saya sangat mencintai ibu dan ayah saya…maka hanya kerana itu saya pastinya tetap perlu untuk melangkah…

Dan terus melangkah …demi sebuah CINTA..

Cinta yang sebegitu indah,
Namun mengapa mereka begitu membenci cinta..
Kerana cinta aku mengenal Tuhanku..
Kerana itu aku bahagia..
Dan jika cinta tiada dalam hatiku..
Maka hancurlah aku..
Kerana aku terus hidup kerana cinta..
Cinta kepada Tuhanku mengajar aku mencintai yg lain,
Dan itu adalah kebahagiaan,
Kita mencintai dan dicintai,
Memberi dan memiliki,
Dan itulah lumrah hidup ini..

Kerana cinta matahari memancarkan sinarnya..
Kerana cinta bulan memberikan sinarnya..
Kerana cinta bunga mempamerkan kelopaknya..
Dan semua makluk juga berzikir dengan cara tersendiri kepada yang Maha Mencintai…

Akan kah Dia melupakan kita,
Sekali-kali tidak, bahkan kitalah yang melupakan-Nya..
Walaupuan saban saat, atau kadar waktu yang lebih singkat dari itu,
Dia tidak penat memberikan Cinta-Nya..
Namun jiwa yang alpha tak kan mampu merasainya…

Kepadamu Tuhan, aku memanifestasikan cintaku..
Semikan cintaku hingga ke syurga..
Periharalah jiwaku, agar dengan jiwa pemberian-Mu ini,
Aku melihat cinta-Mu.

No comments: