Sunday, June 26, 2011

Kasih sayang yang kita nak-kita yang perlu usahakan….



Sungguh tak dinafikan sebagai manusia biasa, kita sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidup kita. Ada perasaan nak sentiasa disayangi oleh orang lain, diterima oleh orang lain.  Tapi berapa ramai diantara kita yang berusaha untuk disayangi, bukan sekadar menunggu untuk disayangi….
Cinta dan kasih sayang tu satu yang perlu diusahakan..
Ini mungkin bukan satu hakikat, hanya satu pendapat berdasarkan pengalaman saya sendiri…
Sebab dalam hidup nie, mungkin ada benda yang kita tak boleh pilih…

Kita tak boleh pilih ibu bapa jenis apa yang kita nak,
Tak boleh nak pilih ibu bapa yang sentiasa ada banyak masa dengan anak-anak.
Tak boleh pilih jenis adik-beradik macam mana yang kita nak,
Badan yang sihat
Dan mungkin banyak lagi….bergantung pada individu..

Mungkin ramai orang akan sentiasa dirundung sedih bila sesuatu yang dia harapkan  dia tak dapat sebab secara reality, kadang-kadang takdir tu bukan satu pilihan kita
Nak kan ibu ayah yang memahami, suami yang penyayang, anak yang hormat pada ibu bapa…harta yang banyak, pangkat yang tinggi..
tapi..sebenarnya kadang-kadang, saya rasa, walaupun apa yang kita nak sebenarnya itu jauh daripada apa yang kita dapat..kadang-kadang kita boleh usahakan…

saya penah lalui masa-masa kanak-kanak yang saya rasa diri saya adalah manusia tanpa perasaan, hati batu..keras hati..dan segala waktu dengannya..sebab apa yang saya lalui…
 hilang ibu kandung pada usia lebih kurang 5 tahun, bukan sesuatu yang saya boleh pilih,
ada ayah yang masih belajar terima hakikat kehilangan isteri, bukan sesuatu yang saya boleh pilih,
hilang mak long yang jaga saya selepas mak saya meninggal dunia masa 7 tahun, bukan sesuatu yang saya boleh pilih,
hilang nenek beberapa tahun selepas tu, yang banyak bagi kasih sayang dan perhatian, bukan sesuatu yang saya boleh pilih,
dan sebagai seorang kanak-kanak yang  selalunya pada waktu ni, alami proses belajar tentang hidup, mengalami peningkatan bukan setakat fizikal tapi mental..saya berubah jadi manusia yang macam tak seimbang emosi..Heartless..
tak dapat terima hakikat untuk kena marah bila dapat result rendah, tapi tak penah tanya, ada apa- apa masalah ke kat sekolah?

saya pernah alami semua perasaan tu…dan sebab tu mungkin saya tak banyak kawan –kawan baik dari sekolah rendah..sebab rasa orang lain berbeza dengan saya..sapa-sapa pun susah nak faham saya..ada mak baru lepas tue, tapi hubungan tak la rapat sangat..biasa jer..
tak pernah cuba nak rapat dengan ayah..mak yang baru..walaupun kadang-kadang diorang buat baik..hearthless la katakan..

tapi bila dah meningkat dewasa..masuk sekolah menengah, sedar sendiri,
setiap manusia ada lemahnya..ayah, mak , saya dan orang lain adalah manusia..
dan kalau kita nak ada keluarga yang penuh kasing sayang dirumah…diterima oleh kawan-kawan..belajarlah memberi, belajarlah menerima seadanya..
dan lepas tu..tetap saya terpaksa terima hakikat ayah yang sibuk, mak pun kerja, adik lebih rapat dengan kawan-kawan..in the end..mcam tak da harapan nak ada hubungan baik..

tapi, tetaplah cuba nak cakap dengan ayah, mak bila ada masa dan peluang, walaupun isu tu remeh cam  masalah kucing baru lahir kat rumah mata cantik, transform dari budak heartless jadi anak manja yang suka sangat bagitau segala –galanya lah, walaupun pada hakikatnya tak penting pun..hanya semata-mata supaya dalam satu hari ada jugak interaksi walaupun hanya 10 min daripada 24 jam..

dan sekarang, setelah beberapa tahun, kaedah tu kira macam berjaya la jugak..dengan usaha..
dan sebab sekarang mak dah tak kerja..lagi la bnyak masa kat rumah..sampai tahap sekarang..mak tak suka bagitau orang lain..kami bukan anak beranak kandung..gaya pun dah sama..hehe..sekarang saya pun tak anggap dia orang lain pun..
usaha la untuk cuba faham, kalau mak tengah semangat nak cerita pasal kaki itik dia sakit, tak tahu la sapa yg langgar,
pokok limau yang dia beli, tanam tak nak hidup..
kalau nak ikutkan..sebagai orang yang dah masuk, keluar U kononnya..memangla rasa, tak perlu la bincang semua benda tuh..tapi sebab kita ada rasa tanggungjawab untuk ada hubungan baik dalam keluarga, apa salahnya dengar dan respon apa yang patut..
apa salahnya, buat perangai kanak-kanak ribena, excited tengak abah balik, dan tolong tutupkan pintu bila dia nak pegi kerja..tu pun kira masa-masa berkualiti untuk tunjukkan kasih sayang anak..simple tapi bermakna ja..

dan berkat tue, rasanya hubungan kami bertiga sekarang boleh dikatakan sangat baik la..
Dalam Rumahtangga pun Begitu agaknya..
“Agaknya” digunakan sebab saya belum berkahwin..tapi sedih la dengar orang yang berkahwin bermasalah sana-sini..walaupun sebelum tu, dah couple bertahun-tahun sampai tahap boleh dikatakan memahami budi pekerti masing-masing..
Yang mulakan dengan cara yang elok pun tak terkecuali juga..
Sebabnya mungkin satu..kita nak terima..tapi tak sediakan diri dulu untuk memberi..
Doa kita untuk dapatkan kebaikan Dunia dan Akhirat…isteri dan anak-anak yang jadi penyejuk hati..kita kena usaha untuk dapatkan..
Dan lagi, kita sibuk nak kejar cinta yang tak halal, dari nak pertahankan yang halal..
Kenapa masa couple sanggup korban apa saja untuk pertahankan cinta, tapi bila dah halal, semua usaha tu dah tak da..
Dan yang mulakan dengan cara yang halal dari mula,
Akhi dan ukhti yang berkahwin atas tujuan dakwah…yang lelaki semestinya nak isterinya faham, dia akan banyak masa tak terluang kat rumah sebab aktiviti dakwah..
Dan ukhti pun, yang sebelum kahwin, berusaha sedaya upaya menjadi seorang yang solehah, tak makan pucuk rayu lelaki yang tak halal bagi dia..walaupun orang tu hantar mesej “saya sayang awak” hampir setiap malam..puji pujian melambung-lambung..tetap juga tak terima, melainkan yang datang dengan cara yang baik..walaupun begitu jauh di sudut hati..dia harapkan “sweetnya” bercinta tu adalah selepas kahwin, arap suami yang nak puji melambung, harap dialah yang nak bagi tahu “saya sayang awak”..dan masa tu barulah mungkinla selayaknya nak balas “saya sayang awak juga”.. harapkan suami yang banyak mendalami ilmu agama tu, ikut cara Rasulullah dalam rumah tangga..
Lumba lari dengan aishah…sedia mendengar Aishah yang bercerita tentang 10 wanita jahiliah, dalam kesibukan tugas sebagai Rasul, Pemimpin negara dan sebagainya..
Tapi mungkin ukhti juga perlu terima hakikat yang mungkin apa yang dia nak, dia tak kan dapat..mungkin nak berjalan-jalan kat taman bersama pun tak da masa..sebab kadang 2 ada benda diluar kawalan ukhti..
Tapi janganlah perkahwinan yang baik itu dipenuhi dengan tanggungjawab yang tiada kasih sayang..usahakanlah untuk mawardah warahmah dalam doa yang kita pohon..
Saling faham memahami..akan wujud selepas adanya kasih sayang..walaupun mungkin tak dapat nak la sampai tahap nak berlumba lari..dating kat taman bunga ke apa..harapnya masa yang ada untuk masing-masing tu digunakan untuk mewujudkan mawaddah dan rahmah dalam keluarga..

Walaupun usaha suami, hanyalah anta sms sehari sekali..cakap: “ saya sayangkan awak..minta maaf hari ni saya balik lambat..”
Walaupun usaha isteri hanyalah semata-mata, senyuman di bibir, setelah sama-sama balik rumah dalam keadaan yang penat..
Sebab bagi saya kasih sayang itu perlu diusahakan…
Sama juga semasa kita berkawan dan berinteraksi dengan jiran-jiran..
Perlu ada masa kita memberi, bila kita susah orang tolong kita, bila dia susah kita tolong balik..bukan setakat menerima kebaikan, tapi tetap sabar dengan segala kekurangan..Jaga rahsia dalam bersahabat, jangan suka ceritakan keburukan dia pada orang lain, yang baik kita ceritakan, yang kurang kita cuba rasiakan..manusia tu tak sempurna..kita sendiri juga sentiasa ada kelemahan..

Semoga Saya Menjadi Lebih Baik di masa akan datang..
Saya pun seorang yang jauh dari sempurna..saya masih cuba berusaha..semoga pembaca sentiasa mendoakan saya ke arah itu..

An-Nur Furqan:
Kepada Aa, fareha, kalau ditakdirkan and baca..thanks for being my frenz..love u..
Kepada fara: yang sangat banyak, menghabiskan waktu bersama sebagai first and last rumate, dan bnyk jadual sama dari sem 1 sampai sem 8: hehe dah banyak jumpa bnyak ciri-ciri negative diri ini..tima kasih la kerana banyak bersabar bila tiba –tiba saya berubah dari banyak cakap kepada pembisu buat seketika waktu, kadang-kadang tercakap benda yang menyakitkan hati..kadang-kadang terpaksa tunjuk muka buruk menangis sebab menda menda yang kecik..
Aida:tima kasih jugak selalu anta msj waktu cuti walaupun hanya nak ngadu tangan terseliuh, tengah tanam pokok, ataupun silap jahit baju..sekurang-kurangnya..ada gak orang nak bercakap..huhu
Yonz: ma ceh sangat ler..kerana sama-sama mengusahakan projek-projek untuk mempertemukan kawan-kawan sekolah..walaupun hanya berkumpul tepi sungai atau makan kerang rebus cicah kuah kacang kat tepi laut..ok la tue..sebab tu la kita semua masih rapat sampai skrg..

 my beloved parents...
peace yonz

fadh, hidayah, fara, feraha, Aa..--Bio tool Kit 


Aida, Fara, Hidayah-- projek fisio..
- sabo jer la..angkut air longkang jer kejer..baru tau time nieh..fara tak kenal tahi kambing macam maner.hahahaha-

Thursday, June 23, 2011

Cukupkah hanya dengan Solat?


Cukupkah hanya dengan Solat?

Salam…artikel terakhir sebelum ni 15 Januari, dan Artikel nie..24 jun 2011. Maksud dah lima bulan lebih saya tak menulis apa-apa untuk blog…
Dalam masa nie..lebih banyak meluangkan masa baca tulisan orang lain, baca buku, baca novel, baca artikel… ada beberapa buah dah masuk dua round baca..baca sekali dulu masa mula-mula beli..dan sekarang baca sekali lagi sebab tak da apa nak dibuat sebab cuti..
Kadang-kadang kita kena la paksa diri buat benda yang berfaedah, sebab kalau tak buat macam tue, memang la diri sangat terarah kepada buat benda yang tak berfaedah...(observation kat diri sendiri).

Pasal tajuk tue..sebab beberapa minggu nieh banyak jugak berinteraksi dengan orang..so get to know people better…

Kadang-kadang sedih la..bila kita jumpa orang yang bagi kita menjaga agama..lebih dari kita dari segi pengetahuan dan juga ibadah harian, tapi bila sampai bab kerja, dia bukanlah orang yang dikatakan bertangunggjawab..jadi sedikit sebanyak benda nie effect la pandangan orang terhadap ahli ibadah..
Dan sayang jugak tengok orang..kerja nya tip top, sangat bagus, kemas, teratur..walaupun agamanya kurang..kadang-kadang dia tak solat..kadang – kadang non-muslim..
Jadi mana pergi orang-orang yang “so-called” muslim yang mengatakan dirinya memperjuangkan islam..

TAK SAMA MACAM ZAMAN RASULLULAH DAN PARA SAHABAT..
Saya tak pasti salahnya dimana, tapi rasanya mungkin kita tak betul-betul faham apa maksud islam..jadi tak amal islam secara “the way of life”..tak macam zaman nabi dan para sahabat…
“tak macam khalifah Umar al khattab yang meronda waktu malam untuk melihat keadaan rakyat jelata, semasa dia bekerja sebagai khalifah”
“Kita tak macam khalifah Umar Abdul Aziz yang padamkan lampu kerajaan, dan membuka lampu sendiri apabila datang anaknya untuk bercakap dengan beliau.”

Siapa pun kita, dimana pun kita, sedang dalam keadaan apa pun..kita adalah hamba Allah..
Kita adalah hamba Allah semasa kita bekerja
Kita adalah hamba Allah ketika kita makan
Kita adalah hamba Allah ketika kita bergaul dengan orang lain..
Kita adalah hamba Allah ketika dalam ibadah…

Kegagalan kita sedar akan hal ini..akan menjadikan kita muslim yang lemah..sedangkan kita sebagai muslim lah yang sepatutnya menjadi manusia yang hebat..kerana kita sentiasa melakukan sesuatu dengan baik, sama ada dari segi ibadah atau sebaliknya..kerana kita sentiasa sedar yang setiap kebaikan yang kita lakukan akan diberi ganjaran oleh Allah…
Al-zalzalah:7-8
“ Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula.”
 Surah Al- Baqarah> Ayat 195

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Sedangkan mempergauli isteri dianggap sedekah..
Rasulullah SAW bersabda, “Dalam kemaluanmu itu ada sedekah.” Sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli istri kita?.” Rasulullah menjawab, “Bukankah jika kalian menyalurkan nafsu di jalan yang haram akan berdosa? Maka begitu juga sebaliknya, bila disalurkan di jalan yang halal, kalian akan berpahala.” (HR. Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah)

Tutur kata yang baik dan bermanis muka adalah sedekah..
hadith
“jagalah neraka walau hanya dengan secubit kurma. Jika kamu tidak mendapatkannya, maka jagalah dengan tutur kata yang baik”
“Janganlah kamu meremehkan sedikit pun kebaikan meskipun hanya berupa muka manis yang kamu tatapkan kepada saudaramu.”

Akhir kata, semoga kita takut untuk tidak amanah dalam tugas-tugas harian, sebagaimana kita takut tidak diterima ibadah kita oleh Allah..kerana setiap perbuatan baik adalah ibadah..