Sunday, June 26, 2011

Kasih sayang yang kita nak-kita yang perlu usahakan….



Sungguh tak dinafikan sebagai manusia biasa, kita sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidup kita. Ada perasaan nak sentiasa disayangi oleh orang lain, diterima oleh orang lain.  Tapi berapa ramai diantara kita yang berusaha untuk disayangi, bukan sekadar menunggu untuk disayangi….
Cinta dan kasih sayang tu satu yang perlu diusahakan..
Ini mungkin bukan satu hakikat, hanya satu pendapat berdasarkan pengalaman saya sendiri…
Sebab dalam hidup nie, mungkin ada benda yang kita tak boleh pilih…

Kita tak boleh pilih ibu bapa jenis apa yang kita nak,
Tak boleh nak pilih ibu bapa yang sentiasa ada banyak masa dengan anak-anak.
Tak boleh pilih jenis adik-beradik macam mana yang kita nak,
Badan yang sihat
Dan mungkin banyak lagi….bergantung pada individu..

Mungkin ramai orang akan sentiasa dirundung sedih bila sesuatu yang dia harapkan  dia tak dapat sebab secara reality, kadang-kadang takdir tu bukan satu pilihan kita
Nak kan ibu ayah yang memahami, suami yang penyayang, anak yang hormat pada ibu bapa…harta yang banyak, pangkat yang tinggi..
tapi..sebenarnya kadang-kadang, saya rasa, walaupun apa yang kita nak sebenarnya itu jauh daripada apa yang kita dapat..kadang-kadang kita boleh usahakan…

saya penah lalui masa-masa kanak-kanak yang saya rasa diri saya adalah manusia tanpa perasaan, hati batu..keras hati..dan segala waktu dengannya..sebab apa yang saya lalui…
 hilang ibu kandung pada usia lebih kurang 5 tahun, bukan sesuatu yang saya boleh pilih,
ada ayah yang masih belajar terima hakikat kehilangan isteri, bukan sesuatu yang saya boleh pilih,
hilang mak long yang jaga saya selepas mak saya meninggal dunia masa 7 tahun, bukan sesuatu yang saya boleh pilih,
hilang nenek beberapa tahun selepas tu, yang banyak bagi kasih sayang dan perhatian, bukan sesuatu yang saya boleh pilih,
dan sebagai seorang kanak-kanak yang  selalunya pada waktu ni, alami proses belajar tentang hidup, mengalami peningkatan bukan setakat fizikal tapi mental..saya berubah jadi manusia yang macam tak seimbang emosi..Heartless..
tak dapat terima hakikat untuk kena marah bila dapat result rendah, tapi tak penah tanya, ada apa- apa masalah ke kat sekolah?

saya pernah alami semua perasaan tu…dan sebab tu mungkin saya tak banyak kawan –kawan baik dari sekolah rendah..sebab rasa orang lain berbeza dengan saya..sapa-sapa pun susah nak faham saya..ada mak baru lepas tue, tapi hubungan tak la rapat sangat..biasa jer..
tak pernah cuba nak rapat dengan ayah..mak yang baru..walaupun kadang-kadang diorang buat baik..hearthless la katakan..

tapi bila dah meningkat dewasa..masuk sekolah menengah, sedar sendiri,
setiap manusia ada lemahnya..ayah, mak , saya dan orang lain adalah manusia..
dan kalau kita nak ada keluarga yang penuh kasing sayang dirumah…diterima oleh kawan-kawan..belajarlah memberi, belajarlah menerima seadanya..
dan lepas tu..tetap saya terpaksa terima hakikat ayah yang sibuk, mak pun kerja, adik lebih rapat dengan kawan-kawan..in the end..mcam tak da harapan nak ada hubungan baik..

tapi, tetaplah cuba nak cakap dengan ayah, mak bila ada masa dan peluang, walaupun isu tu remeh cam  masalah kucing baru lahir kat rumah mata cantik, transform dari budak heartless jadi anak manja yang suka sangat bagitau segala –galanya lah, walaupun pada hakikatnya tak penting pun..hanya semata-mata supaya dalam satu hari ada jugak interaksi walaupun hanya 10 min daripada 24 jam..

dan sekarang, setelah beberapa tahun, kaedah tu kira macam berjaya la jugak..dengan usaha..
dan sebab sekarang mak dah tak kerja..lagi la bnyak masa kat rumah..sampai tahap sekarang..mak tak suka bagitau orang lain..kami bukan anak beranak kandung..gaya pun dah sama..hehe..sekarang saya pun tak anggap dia orang lain pun..
usaha la untuk cuba faham, kalau mak tengah semangat nak cerita pasal kaki itik dia sakit, tak tahu la sapa yg langgar,
pokok limau yang dia beli, tanam tak nak hidup..
kalau nak ikutkan..sebagai orang yang dah masuk, keluar U kononnya..memangla rasa, tak perlu la bincang semua benda tuh..tapi sebab kita ada rasa tanggungjawab untuk ada hubungan baik dalam keluarga, apa salahnya dengar dan respon apa yang patut..
apa salahnya, buat perangai kanak-kanak ribena, excited tengak abah balik, dan tolong tutupkan pintu bila dia nak pegi kerja..tu pun kira masa-masa berkualiti untuk tunjukkan kasih sayang anak..simple tapi bermakna ja..

dan berkat tue, rasanya hubungan kami bertiga sekarang boleh dikatakan sangat baik la..
Dalam Rumahtangga pun Begitu agaknya..
“Agaknya” digunakan sebab saya belum berkahwin..tapi sedih la dengar orang yang berkahwin bermasalah sana-sini..walaupun sebelum tu, dah couple bertahun-tahun sampai tahap boleh dikatakan memahami budi pekerti masing-masing..
Yang mulakan dengan cara yang elok pun tak terkecuali juga..
Sebabnya mungkin satu..kita nak terima..tapi tak sediakan diri dulu untuk memberi..
Doa kita untuk dapatkan kebaikan Dunia dan Akhirat…isteri dan anak-anak yang jadi penyejuk hati..kita kena usaha untuk dapatkan..
Dan lagi, kita sibuk nak kejar cinta yang tak halal, dari nak pertahankan yang halal..
Kenapa masa couple sanggup korban apa saja untuk pertahankan cinta, tapi bila dah halal, semua usaha tu dah tak da..
Dan yang mulakan dengan cara yang halal dari mula,
Akhi dan ukhti yang berkahwin atas tujuan dakwah…yang lelaki semestinya nak isterinya faham, dia akan banyak masa tak terluang kat rumah sebab aktiviti dakwah..
Dan ukhti pun, yang sebelum kahwin, berusaha sedaya upaya menjadi seorang yang solehah, tak makan pucuk rayu lelaki yang tak halal bagi dia..walaupun orang tu hantar mesej “saya sayang awak” hampir setiap malam..puji pujian melambung-lambung..tetap juga tak terima, melainkan yang datang dengan cara yang baik..walaupun begitu jauh di sudut hati..dia harapkan “sweetnya” bercinta tu adalah selepas kahwin, arap suami yang nak puji melambung, harap dialah yang nak bagi tahu “saya sayang awak”..dan masa tu barulah mungkinla selayaknya nak balas “saya sayang awak juga”.. harapkan suami yang banyak mendalami ilmu agama tu, ikut cara Rasulullah dalam rumah tangga..
Lumba lari dengan aishah…sedia mendengar Aishah yang bercerita tentang 10 wanita jahiliah, dalam kesibukan tugas sebagai Rasul, Pemimpin negara dan sebagainya..
Tapi mungkin ukhti juga perlu terima hakikat yang mungkin apa yang dia nak, dia tak kan dapat..mungkin nak berjalan-jalan kat taman bersama pun tak da masa..sebab kadang 2 ada benda diluar kawalan ukhti..
Tapi janganlah perkahwinan yang baik itu dipenuhi dengan tanggungjawab yang tiada kasih sayang..usahakanlah untuk mawardah warahmah dalam doa yang kita pohon..
Saling faham memahami..akan wujud selepas adanya kasih sayang..walaupun mungkin tak dapat nak la sampai tahap nak berlumba lari..dating kat taman bunga ke apa..harapnya masa yang ada untuk masing-masing tu digunakan untuk mewujudkan mawaddah dan rahmah dalam keluarga..

Walaupun usaha suami, hanyalah anta sms sehari sekali..cakap: “ saya sayangkan awak..minta maaf hari ni saya balik lambat..”
Walaupun usaha isteri hanyalah semata-mata, senyuman di bibir, setelah sama-sama balik rumah dalam keadaan yang penat..
Sebab bagi saya kasih sayang itu perlu diusahakan…
Sama juga semasa kita berkawan dan berinteraksi dengan jiran-jiran..
Perlu ada masa kita memberi, bila kita susah orang tolong kita, bila dia susah kita tolong balik..bukan setakat menerima kebaikan, tapi tetap sabar dengan segala kekurangan..Jaga rahsia dalam bersahabat, jangan suka ceritakan keburukan dia pada orang lain, yang baik kita ceritakan, yang kurang kita cuba rasiakan..manusia tu tak sempurna..kita sendiri juga sentiasa ada kelemahan..

Semoga Saya Menjadi Lebih Baik di masa akan datang..
Saya pun seorang yang jauh dari sempurna..saya masih cuba berusaha..semoga pembaca sentiasa mendoakan saya ke arah itu..

An-Nur Furqan:
Kepada Aa, fareha, kalau ditakdirkan and baca..thanks for being my frenz..love u..
Kepada fara: yang sangat banyak, menghabiskan waktu bersama sebagai first and last rumate, dan bnyk jadual sama dari sem 1 sampai sem 8: hehe dah banyak jumpa bnyak ciri-ciri negative diri ini..tima kasih la kerana banyak bersabar bila tiba –tiba saya berubah dari banyak cakap kepada pembisu buat seketika waktu, kadang-kadang tercakap benda yang menyakitkan hati..kadang-kadang terpaksa tunjuk muka buruk menangis sebab menda menda yang kecik..
Aida:tima kasih jugak selalu anta msj waktu cuti walaupun hanya nak ngadu tangan terseliuh, tengah tanam pokok, ataupun silap jahit baju..sekurang-kurangnya..ada gak orang nak bercakap..huhu
Yonz: ma ceh sangat ler..kerana sama-sama mengusahakan projek-projek untuk mempertemukan kawan-kawan sekolah..walaupun hanya berkumpul tepi sungai atau makan kerang rebus cicah kuah kacang kat tepi laut..ok la tue..sebab tu la kita semua masih rapat sampai skrg..

 my beloved parents...
peace yonz

fadh, hidayah, fara, feraha, Aa..--Bio tool Kit 


Aida, Fara, Hidayah-- projek fisio..
- sabo jer la..angkut air longkang jer kejer..baru tau time nieh..fara tak kenal tahi kambing macam maner.hahahaha-

2 comments:

Wardah alisya said...

Salam dayah..terharu seyh...terima kasih jugak kat ag sebab sabar dengan perangai aku selama nih...yang tahu baik buruk aku..yang sudi dengar aku membebel dsb...

kita belajar give and take kelemahan dan kekuatan masing-masing..semoga ikatan persahabatan kita diberkati Tuhan. Panjang umur, kita jumpa lg...

An-nur furqan said...

huhu ya la fara, bila bergaduh, mmg rasa penat sampai satu tahap tak nak berbaik balik pun tak pa..letih dah, tapi sebab masing-masing tak pentingkan diri, dan sanggup tolak ansur, tak da nak ungkit-ungkit kesalahan, tak dak cita cerita buruk kat belakang, cuba untuk betulkan diri sendiri, bertahan jugak 4 tahun kita kawan..hehe best jer bila fikir balik..tak menyesal la cuba nak berbaik.