Friday, September 30, 2011

Urus Emosi dengan Iman



Salam…Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur,  semoga nikmat masih lagi bernyawa pada hari ini dapat kita gunakan kea rah kebaikan…sesungguhnya Allah  berfirman
“tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku”
 insyaAllah, kerana itu setiap perbuatan kita tidak kira tutur kata, berfikir,tingkah laku dan sebagainya harus mengarah dalam beribadah kepada Allah. Maka harus diusahakan untuk  bertingkah laku yang baik, menuturkan kata-kata yang baik setiap kali…

hmm, beberapa hari ni, nampaknya banyak artikel yang hanya ditulis di dalam kepala, bukan disini..bukan sebab sibuk tapi sebab terlalu layankan emosi..dengan izin Allah saya diuji dengan beberapa perkara tu amat berjaya la membuatkan emosi tunggang terbalik..fuh…sedih sampai tak nak makan, tak nak tidur…stress sampai gastric..memang tak berbaloi sangat 2, tambahkan masalah pada diri sendiri yang sudah bermasalah…tau tak berbaloi..tapi buat jugak…susah jadi manusia yang kaya emosi nie kan..bak kata seorang teman, perempuan sangat kaya emosi sebab saraf emosi nya lebih banyak…entahlah setakat mana kebenaran, mungkin boleh dikaji di masa akan datang dan keluarkan satu artikel pula tentang tu..

tapi nak kata tak betul pun bnyak yang betulnya…kadang-kadang ada satu-satu masa…walaupun kita tahu yang rasionalnya patut kita tak buat macam ni, tapi disebabkan emosi mendahului rasional..makanya kita akan bertindak ikut emosi..

maka kali ini, saya banyak berfikir dan berfikir untuk selesaikan masalah diri yang terlalu sensitive dan cepat sangat emosi ni, supaya menjadi panduan kalau ter emosi lagi lain kali..kene pandu cara ni..

apa-apa pun tak da masalah yang tak dapat selesaikan..kadang-kadang boleh selesai terus, kadang-kadang step by step, perlu masa…kalau melibatkan manusia, nie susah sikit..tapi yang paling penting…ingatkan diri sendiri sentiasa, jangan berlaku tak adil dengan orang, orang tak adil dengan kita biarkan..kalau dapat  ajar diri maafkan, bertolak ansur..

istifar akan dosa akan juga membantu, sebab dengan beristifar, kita kan membersihkan hati…hati yang bersih akan dekat dengan tenang..bila hati tenang..lebih mudah kita berfikir secara rasional hikmah sesuatu kejadian…

selalu ingatkan diri, Allah sentiasa bersama kita..adakala dalam waktu 2 jiwa emosi, kita nak sangat berkongsi masalah dengan orang..tapi end up kadang-kadang orang tak dapat nak faham kita pun..biarkanlah, mereka manusia biasa, kita ada Allah yang akan bantu kita, mohonlah dengan hati yang ikhlas..semoga Allah tabahkan kita…..

tambahkan amal. Supaya iman bertambah..bila iman tersemat dalam hati, sebesar mana ujian, akan Nampak kecil…insyaAllah sebab tu mungkin Allah uji kita, sebab Dia nak kita jadi lebih baik…bersangka baiklah dengan Allah…
semoga semua nie mampu bantu saya hadapi perang emosi lagi di waktu akan datang…

An-nur Furqan:
Kadang-kadang saya takut dengan ujian…sebab saya takut, bila saat Allah uji saya, saya akan berprasangka buruk pada ujian Allah dan saya tak mampu nak terima ujian dengan hati yang ikhlas..tapi selalu ingatkan kat diri sendiri, Allah tak kan biarkan kita tanpa petunjuk, menunjukkan jalan kebenaran adalah hak Allah..tapi manusia kadang-kadang tak mampu lihat sebab tak redha, tak bersihkan hati…semoga kita sentiasa mampu melihat petunjuk Allah setiap kali diuji..insyaAllah amin..

Monday, September 19, 2011

Kisah Tauladan, jangan lakukan benda yang sia-sia



Salam, hari ni saya dengar satu cerita yang baik, daripada seorang yang baik insyaAllah…ingat –ingat lupa juga tapi lebih kurang macam ni la ceritanya…

Tentang seorang pemuda dan seorang tua, dialognya…
Seorang tua sedang melihat seorang pemuda yang tercari cari sesuatu…

Orang tua: apa yang kamu cari
Pemuda: barang saya yang hilang
Orang tua: kamu hilangkan di mana?
Pemuda: di sana
Orang tua: habis, kenapa kamu cari disini?
Pemuda: sebab sana gelap, susah nak cari, sini cerah  senang nak cari

Falsafah: kenapa kita nak buat kerja sia-sia..tetap nak buat sesuatu yang kita memang dah tahu yang apa yang kita lakukan itu tak mendatangkan apa-apa faedah…kenapa tak nak bersusah payah sebentar untuk kalau kita tahu dengan susah itu kita insyaAllah akan memperoleh kejayaan...

Semoga menjadi iktibar… 

sepatutnya kita isi masa kita dengan perkara-perkara yang baik....

firman Allah, al baqarah...
"dan berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan kebaikan"

Saturday, September 17, 2011

Jangan Putus Asa dengan Dosa, Jangan Terlalu Yakin Dengan Amalan




Salam…semoga pembaca sihat dan dalam Rahmat Allah selalu, adalah baik dan bagus jika kita jadi manusia yang sentiasa lembut lidah mendoakan yang baik bagi orang lain…kerana Rasulullah pernah berkata,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala ia tidak ada, maka berkatalah malaikat: “ Kamu juga menerima sebagaimana doamu itu “. ( Riwayat Muslim )

Salah satu dari ulasan hadis ini ialah...
Mendoakan orang lain juga adalah salah satu bukti kasih sayang kita terhadap sesama saudara dan ianya menarik rasa kasih dan cinta ALLAH kepada kita. Sesungguhnya ALLAH kasih kepada mereka yang berkasih sayang kerana ALLAH. 

Abu darda pernah berkata,
“ Sesungguhnya aku mendoakan untuk tujuh puluh orang dari saudara-saudaraku dalam sujudku, dan semuanya ku sebut namanya satu persatu. “ 


Hatta dalam doa Rasul kita mengajar untuk ingat kepada sesama muslim yang lain, sayangkan orang lain...
 Apabila kita melihat ada diantara sahabat-sahabat kita yang melakukan kesalahan, jangan terlebih dahulu mengejinya, lebih-lebih lagi memburuk-burukkan sahabat di belakangnya...perbuatan ini sikit pun rasanya tak membantu untuk dia berubah..nasihatkanlah dia dengan nasihat yang baik...doakan supaya dia berubah....semoga dengan izin Allah dia akan berubah dan mungkin jadi lebih dari diri dia sekarang dan mungkin juga kita.

Apabila ada diantara sahabat-sahabat yang suka memuji akan kebaikan kita, selalu ingatkan diri kita bahawa semua yang baik dari Allah, bukan 100 % dari kita...kepadaNyalah kembali segala puji-pujian..kita berbuat baik kerana Allah izinkan, Dia yang beri petunjuk kepada hati kita untuk buat baik, Dia yang beri kesihatan, kekuatan untuk kita buat baik..

Kita kadang-kadang khilaf dengan hati kita, anggota berbuat baik, tetapi hati ada niat ingin dipuji..ingin orang melihat kita baik, takut orang menganggap kita jahat..sepatutnya kita buat baik dan tak buat jahat semata –mata kerana Allah..jadi takutnya berapa banyak amal baik yang kita dah sedia lakukan sebelum ni tak diterima Allah kerana tiada ikhlasnya...apa-apapun sentiasalah teruskan berusaha buat baik dan usahakan ikhlas tu...

“adalah sesuatu yang merugikan jika kita tidak ikhlaskan amal-amal kita, dan adalah sesuatu yang bodoh jika langsung tak beramal baik kerana takut tak ikhlas”

Dan kepada yang rasa nak berubah, berubahlah, jangan malu untuk berubah kepada kebaikan, jangan pedulikan pandangan orang lain..kita berubah bukan semata-mata untuk orang lain, tapi untuk kebaikan diri kita sendiri, sebab kita yakin kita akan kembali kepada Allah dan akan dihisap atas segala amal perbuatan kita..tak da siapapun akan bertanggungjawab atas dosa kita melainkan diri kita sendiri...Yakinlah Allah terima Taubat kita, sebesar mana pun sebab Allah Maha Pengasih dan Penyayang, lagi Maha Pengampun..

“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).



An-nur Furqan:
Kesimpulannya jangan putus asa bila kita rasa kita buat salah, dan jangan terlalu yakin dengan amal baik selagi kita belum bertemu Allah dan mendapatkan kitab amal kita dengan tangan kanan kita, sebelum kita mendapat syafaat nabi kita, sebelum kita terhindar dari siksa kubur, melalui titian sirat...jangan terlalu yakin dengan amal...selagi mana hidup, selagi tue la kita pasakkan dalam hati kita “saya perlu jadi lebih baik, saya perlu tambahkan amalan saya, bertaubat dengan segala dosa saya”. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita selalu..semoga dia mengekalkan kita dalam taqwa kerana taqwa adalah sebaik baik pakaian bagi kita..semoga Allah memelihara iman kita dan keluarga kita..diberikan kesihatan yang baik supaya boleh sentiasa beribadah kepadaNya..amin...


Thursday, September 15, 2011

Perbaikilah Agama Kita


Perbaikilah Agama kita

Seorang lelaki datang bertanya Rasulullah, “Apakah itu Agama”, lalu  Rasulullah menjawab agama itu adalah akhlak yang baik. Lalu ia datang dari arah yang lain dengan soalan yang sama,namun tetap diberi jawapan yang sama oleh Rasulullah...begitulah agama itu adalah akhlak yang baik….

Salam kepada pembaca, sebulan lebih tak update blog nie…semoga pembaca dalam rahmat Allah selalu..lebih banyak habiskan masa lapang dengan membaca atau sekadar menonton video,sangat suka dengar ceramah ustaz kazim..dengar halaqah sentuhan qalbu, atau apa 2 pengisian yang lebih isinya kepada nasihat yang baik , bukan salah menyalahkan..

Segala puji bagi Allah yang menurunkan NabiNya Muhammad SAW untuk mengajarkan akhlak yang baik kepada manusia..sungguh Allah telah memujinya..

Al-qalam:
“sesungguhnya Engkau Muhammad mempunyai budi pekerti yang luhur”


Sejak dari terciptanya manusia sehingga hari kiamat, tetap akan ada pertentangan antara hak dan batil, kerana itu adalah bertitik tolak dari sumpahan iblis . iblis yang telah berkata kepada Tuhan,
Iblis menjawab:

“kerana engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan ( menghalangi-halangi ) mereka dari jalan engkau yang lurus,

Dan oleh kerana itulah iblis telah menggunakan penanguhan waktu yang dikurniakan Allah kepadanya untuk membawa sebanyak mana umat manusia mengikutinya ke neraka...


Surah 7 al a’raaf ( tempat tertinggi ) ayat 14 :
Iblis menjawab: “beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan.”
Surah 7 al a’raaf ( tempat tertinggi ) ayat 15 :
Allah berfirman: “sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”


Dan oleh itu wujudlah sehingga sekarang sekufu-sekufu iblis yang telah berjaya ditipunya untuk menduga orang-orang yang beriman yang berjuang pada jalan Allah…

Akan tetapi..saya melihat, saya dan mungkin saudara 2 sekalian makin lupa musuh kita yang sebenar bukan manusia itu , tetapi iblis…syaitan..

Kita jangan bencikan pesalah dosa, kita bencikan sifatnya sahaja …oleh itu kita akan sedia mengubah sikapnya kerana betapa sayang dan cinta kita kepadanya..apatah lagi jika dia adalah seagama dengan kita…

Sabar, dan teruskan bersabar jika ada ujian disebalik perjuangan kita, kerana dari situlah wujudnya pahala bagi kita, Allah sedang uji kita..uji iman kita..

Jika terlalu senang perjuangan kita Allah anugerahkan kemenangan, siapa yang akan diganjari dengan syurga kerana shahidnya?, siapa yang akan dinaikkan darjatnya kerana sabarnya? Siapa yang akan dikasihi Allah kerana taqwanya…? Ada sesuatu disebalik kesusahan dalam dakwah kita …

Allah sedang berbicara tentang sabar..dan ikhlas…teruskan berusaha..
ya Allah matikan kami sebagai pejuangmu…tingkatkan iman kami sebesar ujianmu, jangan Engkau serahkan kami kepada nafsu kami,jangan Kau cenderungkan hati kami kepada kekufuran dan hasutan syaitan. Walau sesaatpun.lindungilah Kami Ya Allah..Hanya kepadaMUlah kami bertawakkal..

an-nur Furqan:
kalau sumpah iblis untuk membawa sebanyak banyaknya umat manusia mengikutnya ke neraka, maka sumpah kita adalah menyelamatkan diri dan sebanyak-banyakknya manusia dari neraka dan membawa mereka ke syurga…tidak ada daya kekuatan melainkan dengan izin Allah..



Al Fatihah
“hanya kepadaMU lah kami sembah, Hanya kepadaMu lah kami Mohon pertolongan”