Saturday, September 17, 2011

Jangan Putus Asa dengan Dosa, Jangan Terlalu Yakin Dengan Amalan




Salam…semoga pembaca sihat dan dalam Rahmat Allah selalu, adalah baik dan bagus jika kita jadi manusia yang sentiasa lembut lidah mendoakan yang baik bagi orang lain…kerana Rasulullah pernah berkata,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala ia tidak ada, maka berkatalah malaikat: “ Kamu juga menerima sebagaimana doamu itu “. ( Riwayat Muslim )

Salah satu dari ulasan hadis ini ialah...
Mendoakan orang lain juga adalah salah satu bukti kasih sayang kita terhadap sesama saudara dan ianya menarik rasa kasih dan cinta ALLAH kepada kita. Sesungguhnya ALLAH kasih kepada mereka yang berkasih sayang kerana ALLAH. 

Abu darda pernah berkata,
“ Sesungguhnya aku mendoakan untuk tujuh puluh orang dari saudara-saudaraku dalam sujudku, dan semuanya ku sebut namanya satu persatu. “ 


Hatta dalam doa Rasul kita mengajar untuk ingat kepada sesama muslim yang lain, sayangkan orang lain...
 Apabila kita melihat ada diantara sahabat-sahabat kita yang melakukan kesalahan, jangan terlebih dahulu mengejinya, lebih-lebih lagi memburuk-burukkan sahabat di belakangnya...perbuatan ini sikit pun rasanya tak membantu untuk dia berubah..nasihatkanlah dia dengan nasihat yang baik...doakan supaya dia berubah....semoga dengan izin Allah dia akan berubah dan mungkin jadi lebih dari diri dia sekarang dan mungkin juga kita.

Apabila ada diantara sahabat-sahabat yang suka memuji akan kebaikan kita, selalu ingatkan diri kita bahawa semua yang baik dari Allah, bukan 100 % dari kita...kepadaNyalah kembali segala puji-pujian..kita berbuat baik kerana Allah izinkan, Dia yang beri petunjuk kepada hati kita untuk buat baik, Dia yang beri kesihatan, kekuatan untuk kita buat baik..

Kita kadang-kadang khilaf dengan hati kita, anggota berbuat baik, tetapi hati ada niat ingin dipuji..ingin orang melihat kita baik, takut orang menganggap kita jahat..sepatutnya kita buat baik dan tak buat jahat semata –mata kerana Allah..jadi takutnya berapa banyak amal baik yang kita dah sedia lakukan sebelum ni tak diterima Allah kerana tiada ikhlasnya...apa-apapun sentiasalah teruskan berusaha buat baik dan usahakan ikhlas tu...

“adalah sesuatu yang merugikan jika kita tidak ikhlaskan amal-amal kita, dan adalah sesuatu yang bodoh jika langsung tak beramal baik kerana takut tak ikhlas”

Dan kepada yang rasa nak berubah, berubahlah, jangan malu untuk berubah kepada kebaikan, jangan pedulikan pandangan orang lain..kita berubah bukan semata-mata untuk orang lain, tapi untuk kebaikan diri kita sendiri, sebab kita yakin kita akan kembali kepada Allah dan akan dihisap atas segala amal perbuatan kita..tak da siapapun akan bertanggungjawab atas dosa kita melainkan diri kita sendiri...Yakinlah Allah terima Taubat kita, sebesar mana pun sebab Allah Maha Pengasih dan Penyayang, lagi Maha Pengampun..

“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).



An-nur Furqan:
Kesimpulannya jangan putus asa bila kita rasa kita buat salah, dan jangan terlalu yakin dengan amal baik selagi kita belum bertemu Allah dan mendapatkan kitab amal kita dengan tangan kanan kita, sebelum kita mendapat syafaat nabi kita, sebelum kita terhindar dari siksa kubur, melalui titian sirat...jangan terlalu yakin dengan amal...selagi mana hidup, selagi tue la kita pasakkan dalam hati kita “saya perlu jadi lebih baik, saya perlu tambahkan amalan saya, bertaubat dengan segala dosa saya”. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita selalu..semoga dia mengekalkan kita dalam taqwa kerana taqwa adalah sebaik baik pakaian bagi kita..semoga Allah memelihara iman kita dan keluarga kita..diberikan kesihatan yang baik supaya boleh sentiasa beribadah kepadaNya..amin...


1 comment:

Syahadah_Li said...

tq kak dayah..
post ni mengubat hati...kadag2 kita rasa x mampu sgt nk tggung dosa..smpi hampir pts asa...tapi if kita putus asa kita nak kemana lagi kan..sebab kita masih sentiasa bergantung pada Allah