Thursday, September 15, 2011

Perbaikilah Agama Kita


Perbaikilah Agama kita

Seorang lelaki datang bertanya Rasulullah, “Apakah itu Agama”, lalu  Rasulullah menjawab agama itu adalah akhlak yang baik. Lalu ia datang dari arah yang lain dengan soalan yang sama,namun tetap diberi jawapan yang sama oleh Rasulullah...begitulah agama itu adalah akhlak yang baik….

Salam kepada pembaca, sebulan lebih tak update blog nie…semoga pembaca dalam rahmat Allah selalu..lebih banyak habiskan masa lapang dengan membaca atau sekadar menonton video,sangat suka dengar ceramah ustaz kazim..dengar halaqah sentuhan qalbu, atau apa 2 pengisian yang lebih isinya kepada nasihat yang baik , bukan salah menyalahkan..

Segala puji bagi Allah yang menurunkan NabiNya Muhammad SAW untuk mengajarkan akhlak yang baik kepada manusia..sungguh Allah telah memujinya..

Al-qalam:
“sesungguhnya Engkau Muhammad mempunyai budi pekerti yang luhur”


Sejak dari terciptanya manusia sehingga hari kiamat, tetap akan ada pertentangan antara hak dan batil, kerana itu adalah bertitik tolak dari sumpahan iblis . iblis yang telah berkata kepada Tuhan,
Iblis menjawab:

“kerana engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan ( menghalangi-halangi ) mereka dari jalan engkau yang lurus,

Dan oleh kerana itulah iblis telah menggunakan penanguhan waktu yang dikurniakan Allah kepadanya untuk membawa sebanyak mana umat manusia mengikutinya ke neraka...


Surah 7 al a’raaf ( tempat tertinggi ) ayat 14 :
Iblis menjawab: “beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan.”
Surah 7 al a’raaf ( tempat tertinggi ) ayat 15 :
Allah berfirman: “sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”


Dan oleh itu wujudlah sehingga sekarang sekufu-sekufu iblis yang telah berjaya ditipunya untuk menduga orang-orang yang beriman yang berjuang pada jalan Allah…

Akan tetapi..saya melihat, saya dan mungkin saudara 2 sekalian makin lupa musuh kita yang sebenar bukan manusia itu , tetapi iblis…syaitan..

Kita jangan bencikan pesalah dosa, kita bencikan sifatnya sahaja …oleh itu kita akan sedia mengubah sikapnya kerana betapa sayang dan cinta kita kepadanya..apatah lagi jika dia adalah seagama dengan kita…

Sabar, dan teruskan bersabar jika ada ujian disebalik perjuangan kita, kerana dari situlah wujudnya pahala bagi kita, Allah sedang uji kita..uji iman kita..

Jika terlalu senang perjuangan kita Allah anugerahkan kemenangan, siapa yang akan diganjari dengan syurga kerana shahidnya?, siapa yang akan dinaikkan darjatnya kerana sabarnya? Siapa yang akan dikasihi Allah kerana taqwanya…? Ada sesuatu disebalik kesusahan dalam dakwah kita …

Allah sedang berbicara tentang sabar..dan ikhlas…teruskan berusaha..
ya Allah matikan kami sebagai pejuangmu…tingkatkan iman kami sebesar ujianmu, jangan Engkau serahkan kami kepada nafsu kami,jangan Kau cenderungkan hati kami kepada kekufuran dan hasutan syaitan. Walau sesaatpun.lindungilah Kami Ya Allah..Hanya kepadaMUlah kami bertawakkal..

an-nur Furqan:
kalau sumpah iblis untuk membawa sebanyak banyaknya umat manusia mengikutnya ke neraka, maka sumpah kita adalah menyelamatkan diri dan sebanyak-banyakknya manusia dari neraka dan membawa mereka ke syurga…tidak ada daya kekuatan melainkan dengan izin Allah..



Al Fatihah
“hanya kepadaMU lah kami sembah, Hanya kepadaMu lah kami Mohon pertolongan”

No comments: