Salam…segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Allah, selayaknya segala puji baginya, Tuhan kita yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..sungguh tak terhitung nikmat dari-Nya..samaada datang secara sedar mahupun tidak…sehingga tidak terhitung semuanya…
Firman Allah,
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)
Sebab kadang-kadang kita tetap terlupa untuk bersyukur…
Pagi hari ini kita celikkan mata kita, adakah kita ingat untuk bersyukur dengan nikmat nyawa yang Allah kurniakan, sedangkan pagi ini, berapa banyak manusia telah dimatikan..dan adakah kita bertekad untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.,,,
Setelah itu kita menaiki kenderaan kita ke tempat kerja dan sebagainya..tiba disana dengan selamat, adakah kita ingat untuk mengucapkan Alhamdulillah…
Kita masuk ke pejabat kita atau ke tempat kerja kita, kita lihat rakan sekerja kita, adakah kita menyapa mereka dengan baik, dengan senyuman..Allah masih panjangkan umur mereka untuk membantu kita….
Rehatnya kita makan, Alhamdulillah, disaat orang lain ada yang menahan lapar dan dahaga, ternyata Allah masih melapangkan rezeki kita…
Petangnya kita balik, sampai dirumah, berjumpa kembali dengan keluarga kita, adakah kita bertemu mereka dengan ramah, berusaha untuk menggembirakan mereka. Andai kata, kita balik dan mereka tidak lagi bernyawa, tidakkah kita sedih..tapi tidak, Allah masih lagi memanjangkan nyawa mereka untuk menemani kita….
Ya Allah sungguh tak terhitung sebenarnya nikmat Allah kepada kita, cuba kita fikirkan begini..
Bahkan kelopak mata yang mampu berkedip, tertutup mahupun terbuka juga adalah nikmat dari Allah…cuba fikirkan jika kelopak mata kita tak mampu tertutup atau terbuka?...
Kita sebagai manusia mungkin seringkali lupa untuk bersyukur atas nikmat kerana kita lebih fikirkan sehari-hari tentang apa yang kita tidak ada…
Meratapi apa yang tidak ada hingga lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita tidak ada adalah satu kerugian..
Kalaulah begini, sampai bilapun hidup kita tak kan tenang…
Lihatlah pembaca…sukar rupanya untuk menjadi insan yang bersyukur…setiap masa kita dituntut untuk berbuat baik..ingat pada Allah…semua ini adalah mujahadah..kadang-kadang kita mungkin akan merasakan letih dan lelah untuk sentiasa memikirkan orang lain dan berbuat baik pada orang lain..saya pernah selalu memikirkan begini..sungguh susah menampilkan wajah yang ramah, anda hati sedang sakit atau sedih..tapi saya selalu ingatkan diri saya untuk muhasabah..ayah saya pernah berpesan bila satu masa dulu marah saya hampir tak terkawal, satu kata yang sangat mudah tapi berkesan iaitu
“orang yang jauh dari Allah akan dekat dengan syaitan, sebab tu dia mudah marah”..
betulkan..ayat tak formal tapi sangat betul..sebab tu saya berpegang, hati yang tak cinta pada Allah tak mampu cintakan manusia seadanya dan berbuat baik kepada manusia senantiasa…dia lebih terikat akan nafsu dan terkurung dalam perasaan diri sendiri..tak dapat nak ikut iman dan tak dapat nak berfikir secara rasioanal…
An-nur Furqan:
Diantara tanda bersyukur ialah kita senantiasa ingat pada Allah, berbuat baik pada Allah dengan melakukan perintahnya..dan Allah juga memerintahkan kita untuk senantiasa berbuat baik pada diri kita, ibubapa kita, jiran tertangga, rakan sekerja bahkan haiwan dan musuh…semua ini menuntut kita senantiasa berfikir dalam setiap tingkah laku kita untuk tidak menyimpang dari apa yang Allah tetapkan dan tidak menzalimi sesiapapun, bahkan apapun..semoga diberi kekuatan..semoga Allah bantu kita untuk bersyukur…
No comments:
Post a Comment