Sunday, March 25, 2012

Kita bekerja bukan sekadar kerana tanggungjawab, kita bekerja kerana Allah



Salam semua pembaca, semoga semua dalam lindungan Allah selalui. Selawat dan salam bagi kekasih yang kita cinta, Nabi SAW. Semoga Allah sentiasa membantu kita untuk sentiasa mengingatinya dan meneruskan usaha dakwahnya mengajak manusia untuk mentaati Allah.

Yusuf:108
“ katakanlah , inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.”

Fussilat :33
dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “sungguh, aku termasuk orang-orang muslim(berserah diri).”

Semoga dalam masa-masa kita, tetap ada masa untuk betul-betul kita luangkan bagi mengingati Allah, merefleksikan segala tindak tanduk kita, adakah selaras dengan segala peraturan Allah, memperbaiki hati..menghidupkan jiwa..kerana kadang-kadang kita terlalu asyik dengan tugas-tugas seharian yang boleh menyebabkan kita lalai dari mengingat Allah..sedangkan Allah berfirman,

“tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah”

Sebenarnya ibadah dalam skop yang luas, bukanlah termaktub hanya pada solat, puasa, zakat dan sebagainya..lebih dari itu segala perkerjaaan yang kita niatkan kerana Allah akan dinilai sebagai ibadah disisi Allah, sesuai dengan hadith pertama dalam susunan hadith 40

“ Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan

Saya makin kurang menulis sekarang, tak sama macam dulu, kalau menulis dah jadi macam hobi..ataupun mungkin banyak disebabkan saya sentiasa merasa tak layak nak berkongsi apa 2 nasihat, sebab diri sendiri pun tak sesempurna mana..saya takut bila banyak menulis sesuatu yang bersifat muhasabah, orang akan rasa saya sempurna sedangkan saya sendiri masih bermujadah nak laksanakan apa yang saya nasihatkan..
Tapi takutnya, itulah salah satu taktik syaitan untuk kurangkan kita menjalankan tanggungjawab kita menasihati manusia…antara tanggungjawab kita pada manusia ialah sentiasa menasihati kearah kebaikan..dan tanggungjawab kita pada Allah perbaiki segala amal..ikhlaskan hati sentiasa, jangan pedulikan
 cercian manusia, baiki diri..sentiasa ingat kita manusia yang tetap lemah..

Alhamdulillah, di sekolah baru ja lepas intifal akademik..esok para pelajar mula ambil ujian bulan Mac disamping training sukan maksar untuk bulan april..sangat padat jadual pelajar..jadual gurunya juga padat..
Dalam kesibukan ini, saya selalu ingatkan diri..sentiasa muhasabah, segala tugas yang diberi hendaklah dilakukan kerana Allah..bukan semata-mata kerana ini memang tanggungjawab kita..
Bukan sekadar bekerja kerana disuruh oleh ketua, sebab saya memegang jawatan ini dan ini…malah lebih lagi..kita bekerja kerana melaksanakan amanah, kerana Allah suka orang yang amanah dalam kerja..kita meningkatkan prestasi kerja bukan untuk dipuji tetapi untuk meraih cinta Allah kerana Allah suka muslim yang berprestasi..

Semoga beberapa potong hadith dan kalam Allah ini bermanfaat untuk mendorong kita melaksanakan tugas, insyaAllah..

Nabi berpesan bahawa setiap muslim itu haruslah menjaga amanah

“laksanakanlah amanah itu bagi orang yang mempercayaimu dan janganlah kamu berkhianat bagi orang yang mengkhianatimu”
Nabi juga berpesan Allah suka orang yang apabila mengerjakan sesuatu dia bersungguh-sungguh

“sesungguhnya Allah SWT mencintai salah seorang dari kamu jika mengerjakan sesuatu dikerjakan dengan itqan (bersungguh-sungguh)”

Allah juga berpesan, setiap kesulitan akan diikuti dengan kemudahan, sentiasalah bekerja dan berharaplah hanya pada Allah…



Al-insyirah

"maka bersama kesulitan ada kemudahan, maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap”



No comments: