salam,
harini alhamdulillah satu lagi aktiviti persatuan bahasa arab upsi dah berjaya dilaksanakan.rasa lega dihati sebab sepanjang seminggu nieh persatuan dah laksanakan 3 aktiviti yang berlansung pada tarikh -tarikh yang sangat hampir...
pengambilan ahli: 12-15 januari
mesyuarat semester:15 januari malam
hari keluarga: 17 januari pg
walaupun nieh bukanlah satu program yang besar untuk dibanggakan, tapi melihatkan pencapaian ketiga-tiga program ni, diharapkan dapat memberikan semangat kepada semua barisan kepimpinan Pba untuk terus meningkatkan kemajuan dan membina keyakinan untuk melakukan program -program yang lebih besar...
apa yang lainnya dengan persatuan kami?
saya masih ingat saat mula -mula menjejakkan kaki ke dalam Pba, terasa semuanya lain dengan apa-apa program yang saya sertai sebelum ni. jika dikira termasuk pimpinan kami pada penggal ini, rasanya kurang lebih 2-3 tahun agaknya Pba menapak di bumi Upsi. jadi boleh dikirakan sebagai sebuah persatuan yang baru
jika dikira dari segi pengalaman, kebanyakan exco -exco kami adalah dari semester satu yang baru berjinak-jinak dengan persatuan..
jika dikira dari segi ahli, mungkin juga tak segah persatuan lain...
oleh itu saya rasakan kelainan ketika pertama-tama menjejakkan kaki ke sini...
jadi rasanya satu sesi sem lepas, banyak masa yang diguna untuk memantapkan organisasi dahulu,berkenal-kenal kerana kami terdiri dari kos -kos yang berlainan...
sebab tu la saya rasakan kejayaan tiga program nieh penting kepada PBA, kerana dengan kejayaan program ni, selaku orang yang tak punya banyak pengalaman tentang program, kami dapat keyakinan diri kerana telah berjaya handle program..dan dengan sedikit sebanyak masalah yang timbul, ini akan menjadikan kami lebih matang, jesteru itu saya melihat potensi kepada barisan-barisan pimpinan yang lebih muda, untuk membawa PBA ke arah yang lebih mantap. kerana mereka masih lama disini, lebih banyak pengalaman yang mereka lalui dalam berprogram, lebih pengalaman yang mereka timba, hasilnya dari semasa ke semasa diharapkan kerja mereka akan menjadi lebih mantap...dan mereka akan mampu membawa PBA ke tahap yang lebih tingi.
apa motivasikan saya untuk menyibukkan diri dalam persatuan?
-kerana saya diajar untuk percaya dengan berpesatuan dapat mendekatkan diri kepada Allah. bagaimana?
dengan berpesatuan, kita sebenarnya sedang menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah
- jadikan diri baik (kita belajar tentang organisasi, kasih sayang, kerjasama-jadikan kita insan yang lebih baik dari segi ilmu dan insaniah)
- bantu orang lain jadi baik (dengan programa-progran kesedaran
jadi kita sedang mendekatkan diri kepada Allah.
teringat kata-kata kak shitar,
"dengan berprogram kita akan lebih akrab"
benar sekali, dah lalui sejak seminggu nieh, dengan jaga kaunter sekali, ada yang kene buat air sama-sama, jual barang sama-sama, angkat meja sama-sama, ambil gamba sama-sama...sebelum ni padahal kos lain-lain...tak kenal sangat pun..macam mustahil jer boleh akrab
harapan terakhir, semoga saya dapat selesaikan tugas/taklifan yang diberi dengan sebaik mungkin, ingin melihat tanggungjawab ini sebagai amanah dari Allah...dan merupakan medan untuk mendekatkan diri kepada Allah..
* tahu atau tidak, manusia itu belajar dengan melihat apa yang dihadapan mereka, mendengar apa yang disekeliling mereka, dan setiap apa yang dilihat dan didengar akan menjadi pengalaman-pengalam mereka.. dan pembelajaran mereka..realiti sekarang, di luar sana lebih banyak terdapatnya unsur-unsur negatif dari positif...menyebabkan unsur-unsur negatif ini dilihat sebagai positif atas tiket "SATU KEBIASAAN"...jadi sebagai manusia yang sedar akan hal ini kita mesti berusaha membawa unsur-unsur positif ke dalam masyarakat kita untuk bersaing dengan element-element negatif yang dibawa oleh musuh-musuh islam...jadi kelebihan berpesatuan, jadikan ini satu medan untuk menyedarkan kepada orang lain, apa yang betul dan apa yang salah...
supaya kita dapat,
"membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul"
dedikasi...:
tahniah kepada semua yang menjayakan hari keluargra kali ni...semoga kalian dirahmati Allah selalu...
"kita akan mati, itu satu kepastian, namun destinasi kita selepas itu adalah satu pilihan"
gambar kenangan,