Saturday, February 27, 2010

Hati kita sekarang milik siapa?



Firman Allah, Ali imran

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diiginkannya, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertompok dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik.”



“katakanlah, “maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih dari yang demikian itu? “Bagi orang yang bertakwa  tersedia di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta ridha Allah. Dan Allah Maha melihat hamba-hamba-Nya.”




Saban hari kita melalui hari yang kian singkat, dan tanpa sedar mungkin dalam hati kita telah jauh kita lari dari tujuan sebenar hidup kita sebagai khalifah Allah

-mengenal Allah

-beribadat kepada Allah

- mensyukuri nikmat Allah

Dan dalam dunia yang terhidang pelbagai kenikmatannya di depan mata , kadangkala menbuatkan kita alfa terhadap perjuangan sebenar kita iaitu hidup untuk Allah dan mati juga untuk Allah.

Dengan segala perhiasan itu memanggil –manggil hati kita untuk lebih mencintai perhiasan itu lebih dari Penciptanya….

Sejauh mana detik dalam sehari kita bermuram akan cinta Allah adakah kita sudah dapatkan atau belum,

Sejauh mana dalam dalam sehari kita berfikir akan sesuatu yang kita sudah lakukan mahupun akan kita lakukan, adakah ia membawa kepada keredhaan Allah

Sedang kita diciptakan-Nya

Sedang kita dipelihara-Nya

Sedang kita PASTI akan kembali kepada-Nya



Namun kita sungguh terlena dengan dunia

Namun kita benar kadangkala mencintai yang lain selain Allah

Namun kita kadangkala tak sabar dalam penderitaan,

Tak bersyukur akan kelebihan



Dan sekarang tanyakanlah hati sendiri- Kamu milik SIAPA?



Jangan bersedih sahabat akan hilang cinta manusia, mungkin Allah menjauhkan kau dan dia kerana Dia ingin Kau kembali kepada cinta-Nya



216. diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal tiu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal tiu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. –Al baqarah





Jangan bermuram sahabat, Allah Maha pengampun terhadap segala dosa…



Dan pernah dikatakan ,

“tidak ada yang dapat mengusir syahawat dan cinta kepada dunia, melainkan rasa takut kepada Allah yang menggentarkan hati, dan rasa cinta kepada Allah yang membuatkan hati merana”



Tidak ada yang dapat memalingkan hati kita dari cinta nafsu, cinta dunia dan cinta yang  menyebabkan kita jauh dari Allah, melainkan rasa takut dan rasa cinta kepada Allah-dan perasaan itu adalah taqwa…



Penuhilah jiwamu dengan satu rindu, perliharalah dirimu demi satu cinta…….

Jangan sombong dengan Allah, jangan biarkan hatimu melupakan  Allah

Cinta itu bukanlah satu yang haram, Allah lebih tahu akan diri ciptaannya…

Oleh itu ia menyariatkan perkahwinan….kepada Nabi dan semua manusia



Dan ingatlah tanda kau telah mendapat cinta sejati ialah……….

“cinta itu membawa kau lebih dekat dengan Allah, bukan menjauhkan kau dari Allah”

Itulah cinta sejati, yang dibina atas dasar iman, dipelihara dengan taqwa, dihias dengan akhlak yang baik…

Itulah cinta yang bakal membawamu hatimu lebih dekat dengan Allah….dan membawamu ke syurga…



Firman Allah dalam An-nisa’:31

“jika kamu menjauhi dosa-dosa besar dan diantara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)”




Friday, February 12, 2010

Tentang aku yang telah melupakan CINTA



Mengapa harus meninggalkan CINTA demi cinta?
Kenapa kita sering melupakan CINTA dengan dicinta?
Sedang yang MENCINTA senantiasa menyintaimu tanpa batasnya…
Sedang yang  mencinta kamu itu ada pasang surutnya…

Buntu?
Terasing?
Rasa memerlukan?
Tidakkah ingin kembali kepada CINTA itu?
Aku tahu DIA Maha Pengampun
Namun diri terlalu khilaf untuk bergembira dengan hanya mengetahui itu
Kerana hati telah mengkhianati CINTA itu
Kerana hati telah lama berhenti untuk mempedulikan CINTA itu…..
Masih layakkah aku?
Bagaimana?
Untuk mempedulikan cinta tanpa melupakan CINTA
Untuk bercinta dan DICINTA
Bagaimana hati harus adil?
Bagaimana untuk adil dengan CINTA
Bagaimana harus bergembira dengan cinta jika kehilangan CINTA?

Ya Allah dekatkanlah aku dengan sesuatu yang memberi kebaikan bagiku, dan jauhkanlah aku dengan sesuatu yang membawa keburukan bagiku…
Cukuplah CINTA-MU dalam hati, jangan biarkan cinta manusia menjauhkan aku dengan CINTA-MU
Selama-lamanya Ya Allah, dalam khilaf aku memohon keampunan-Mu
Dalam khilaf aku menagih simpati-Mu
CINTAILAH aku…dan biar aku merasa cukup dengan itu..
Lindungilah aku dari tidak adil dengan CINTA-Mu ,
Kerana tak pantas bagi hamba menaruh cinta pada dunia dan seisinya melebihi Tuhannya…

Aku tak ingin mendapatkan cinta manusia, dengan kehilangan cinta-Mu
Janganlah kau biarkan diri kami menentukan sendiri hala tuju kami walau sedetikpun,
Bantulah kami, bersama-samalah kami
Kerana Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kami

“Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa”-Al Furqan:74

Thursday, February 4, 2010

Hingga Kau seru namaku-Ya Allah



 Dan Allah telah berfirman,
“bumi adalah tempat kediaman dan kesenanganmu sampai waktu yang telah ditentukan”
Masa rehat yang sangat didambakan…
Kesenangan yang sangat diimpikan….
Cita-cita yang sangat dikejarkan…..
Takdir yang tak pasti…
Kehidupan ? adakah masih panjang?

Dan Kau telah berkata bahawa dunia yang kau ciptakan ini adalah buat sementara waktu sahaja
Adakah aku akan menjadikannya tempat bersenang-senang dan melupakan tugasku disini?
Sampai kau seru namaku Ya Allah
Maka janganlah kau biarkan aku lemah dalam melakukan kebaikan


Janganlah kau biarkan aku berpuas hati dengan kebaikan yang telah ku lakukan


Jangan kau biarkan aku hanyut dengan hawa nafsu dan syaitan


Jangan biar aku berehat dari mengingati-Mu


Jangan biarkan aku lupa untuk mencintai-Mu
Kerana aku ingi menjadi hamba yang berbakti kepada Tuhan-Nya


Kerana aku cinta kepada-Mu,


Maka jangan Kau biar aku sendiri menentukan haluan hidupku,


Kerana aku yang lemah ini tak akan mampu


Melihat yang terbaik setiap waktu,


Memilih yang terbaik setiap waktu,


Menjadi yang terbaik setiap waktu,
Tuhan-Ku..sirnakan segala kesusahan yang aku alami dengan kasih sayang-Mu, jika memang kesusahanlah yang mendekatkan aku pada-Mu maka aku redha, dan jika aku tak mampu mengerti kau ajarkanlah aku untuk mengerti…
Kuatkan imanku setiap kali diberi ujian
Kuatkan semangatku tiap kali aku lemah..
Hingga kau seru namaku Ya Allah, aku akan terus berusaha menjadi lebih baik dari diriku yang sebelum ini…
Aku akan cuba untuk bahagia dengan setiap kau beri pada-Ku
Kerana aku ingin menjadi hamba yang bersyukur…
Kerana sesungguhnya
Masa ini, amal ini, hidup ini dan mati adalah kerna-Mu
Dan Allah telah berfirman
“wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diridhai-Nya, maka masuklah dalam golongan hamba-Ku..dan masuklah ke dalam syurga-Ku(al-fajr:27-30)”

“dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Mereka itulah penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya”

“dan Kami mencabut rasa dendam dari dada mereka, di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka berkata,”segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami(syurga)ini. Kami tidak akan mendapatkan petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan kami. Sesungguhnya rasul-rasul Tuhan kami telah datang membawa kebenaran.”diserukan kepada mereka, itulah syurga yang telah diwariskan kepadamu, kerana apa yang telah kami kerjakan.”  Al-araf:42-43
Bersama-susah pasti akan ada senang….
Allah bersama orang-orang yang sabar…


Monday, February 1, 2010

setiap saat dalam ujian adalah nikmat jika kita hadapinya dengan sabar



Dah lama agaknya tak menangis kerana Allah…dah  jauh agaknya kaki ini dari jalan Allah, dah lama agaknya lidah ini tidak menyebut Allah.dan lama agaknya hati ini tidak menyatakan rindu kepada Allah…
Hinggakan kini, insan lalai ini kembali mengigati Tuhan-Nya ketika musibah…kembali mencari jalan mendekati Tuhan-Nya kerana dia sedar terlalu kerdilnya dia disisi Tuhannya, terlalu lemahnya dia tanpa kekuatan dari Tuhan-Nya, terlalu harapnya dia dengan pengampunan Tuhannya, terlalu inginnya dia dengan pertolongan Tuhannya…

Bersabar dalam ujian adalah satu tuntutan. Kita wajib percaya Allah bukan sengaja hendak menzalimi kita tapi Allah ingin mengampunkan kita dan menjadikan kita lebih baik dari diri kita sekarang..
Patutkah kita berputus asa dengan musibah sedangkan Nabi Saw telah bersabda

“tiadalah kelaparan, kesulitan, keracunan dan kedukaan menimpa seorang mukmin sehingga menyedihkannya, melainkan malah kerana Allah akan menghapuskan dari kesalahan-kesalahannya….

“tiada seorang muslim yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa sakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya”

Sabar menahan penyakit, sabar menahan marah dan sabar menahan lisan dari mengeluh adalah bekal perjalanan hidup kita sebagai seorang mukmin…

Sabar, semoga dengan kesabaran kita dalam menghadapi ujian Allah akan menyebabkan kita lebih dekat dengan Allah, sesunguhnya Allah sangat mencintai orang-orang sabar
Firman Allah
“dan Allah mencintai orang-orang sabar”
                                               Ali imran:146
Orang-orang yang sabar adalah orang yang benar imannya.
“dan orang yang bersabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa”
                                                        Al baqarah:177

Oleh itu, janganlah kita jadikan kesukaran itu sebagai satu pematah semangat kita untuk terus berjuang dalam melakukan kebaikan. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan,janganlah berputus asa dengan Rahmat Allah

Firman Allah,
“tidak ada yang berputus asa dari Rahmat Allah melainkan orang yang sesat”

Perbaikilah diri kita dari semasa ke semasa, teruskan melakukan kebaikan…kepada diri sendiri dengan memperbaiki diri sendiri dan orang lain dengan nasihat dan cara yang baik…
Firman Allah,
:serulah manusia kea rah kebaikan dengan hikmah

Semoga kita tergolong di dalam orang yang dicintai Allah kerana berjuang dalam agama-Nya.

Sentiasa ingat, tujuan hidup adalah mati…
Setiap amal yang dilakukan ketika hidup akan mempengaruhi kehidupan kita setelah mati,
Kita yang memilih untuk ke mana…syurga atau neraka, dekat dengan Allah atau jauh dari Allah…
Jadi pilihlah untuk tidak berputus asa dengan Rahmat Allah, jadikanlah musibah ujian itu satu Rahmat dengan bersabar…
Semoga dengan itu kita tergolong dalam golongan yang dicintai oleh Allah…dan dengan itu kita sedang berada dalam Rahmat dan nikmat ujian…