Thursday, February 4, 2010

Hingga Kau seru namaku-Ya Allah



 Dan Allah telah berfirman,
“bumi adalah tempat kediaman dan kesenanganmu sampai waktu yang telah ditentukan”
Masa rehat yang sangat didambakan…
Kesenangan yang sangat diimpikan….
Cita-cita yang sangat dikejarkan…..
Takdir yang tak pasti…
Kehidupan ? adakah masih panjang?

Dan Kau telah berkata bahawa dunia yang kau ciptakan ini adalah buat sementara waktu sahaja
Adakah aku akan menjadikannya tempat bersenang-senang dan melupakan tugasku disini?
Sampai kau seru namaku Ya Allah
Maka janganlah kau biarkan aku lemah dalam melakukan kebaikan


Janganlah kau biarkan aku berpuas hati dengan kebaikan yang telah ku lakukan


Jangan kau biarkan aku hanyut dengan hawa nafsu dan syaitan


Jangan biar aku berehat dari mengingati-Mu


Jangan biarkan aku lupa untuk mencintai-Mu
Kerana aku ingi menjadi hamba yang berbakti kepada Tuhan-Nya


Kerana aku cinta kepada-Mu,


Maka jangan Kau biar aku sendiri menentukan haluan hidupku,


Kerana aku yang lemah ini tak akan mampu


Melihat yang terbaik setiap waktu,


Memilih yang terbaik setiap waktu,


Menjadi yang terbaik setiap waktu,
Tuhan-Ku..sirnakan segala kesusahan yang aku alami dengan kasih sayang-Mu, jika memang kesusahanlah yang mendekatkan aku pada-Mu maka aku redha, dan jika aku tak mampu mengerti kau ajarkanlah aku untuk mengerti…
Kuatkan imanku setiap kali diberi ujian
Kuatkan semangatku tiap kali aku lemah..
Hingga kau seru namaku Ya Allah, aku akan terus berusaha menjadi lebih baik dari diriku yang sebelum ini…
Aku akan cuba untuk bahagia dengan setiap kau beri pada-Ku
Kerana aku ingin menjadi hamba yang bersyukur…
Kerana sesungguhnya
Masa ini, amal ini, hidup ini dan mati adalah kerna-Mu
Dan Allah telah berfirman
“wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diridhai-Nya, maka masuklah dalam golongan hamba-Ku..dan masuklah ke dalam syurga-Ku(al-fajr:27-30)”

“dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Mereka itulah penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya”

“dan Kami mencabut rasa dendam dari dada mereka, di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka berkata,”segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami(syurga)ini. Kami tidak akan mendapatkan petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan kami. Sesungguhnya rasul-rasul Tuhan kami telah datang membawa kebenaran.”diserukan kepada mereka, itulah syurga yang telah diwariskan kepadamu, kerana apa yang telah kami kerjakan.”  Al-araf:42-43
Bersama-susah pasti akan ada senang….
Allah bersama orang-orang yang sabar…


No comments: