Mengapa harus meninggalkan CINTA demi cinta?
Kenapa kita sering melupakan CINTA dengan dicinta?
Sedang yang MENCINTA senantiasa menyintaimu tanpa batasnya…
Sedang yang mencinta kamu itu ada pasang surutnya…
Buntu?
Terasing?
Rasa memerlukan?
Tidakkah ingin kembali kepada CINTA itu?
Aku tahu DIA Maha Pengampun
Namun diri terlalu khilaf untuk bergembira dengan hanya mengetahui itu
Kerana hati telah mengkhianati CINTA itu
Kerana hati telah lama berhenti untuk mempedulikan CINTA itu…..
Masih layakkah aku?
Bagaimana?
Untuk mempedulikan cinta tanpa melupakan CINTA
Untuk bercinta dan DICINTA
Bagaimana hati harus adil?
Bagaimana untuk adil dengan CINTA
Bagaimana harus bergembira dengan cinta jika kehilangan CINTA?
Ya Allah dekatkanlah aku dengan sesuatu yang memberi kebaikan bagiku, dan jauhkanlah aku dengan sesuatu yang membawa keburukan bagiku…
Cukuplah CINTA-MU dalam hati, jangan biarkan cinta manusia menjauhkan aku dengan CINTA-MU
Selama-lamanya Ya Allah, dalam khilaf aku memohon keampunan-Mu
Dalam khilaf aku menagih simpati-Mu
CINTAILAH aku…dan biar aku merasa cukup dengan itu..
Lindungilah aku dari tidak adil dengan CINTA-Mu ,
Kerana tak pantas bagi hamba menaruh cinta pada dunia dan seisinya melebihi Tuhannya…
Aku tak ingin mendapatkan cinta manusia, dengan kehilangan cinta-Mu
Janganlah kau biarkan diri kami menentukan sendiri hala tuju kami walau sedetikpun,
Bantulah kami, bersama-samalah kami
Kerana Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kami
“Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa”-Al Furqan:74
No comments:
Post a Comment