Saturday, January 15, 2011

akhlak ke syurga




Pada suatu malam Rasulullah s.a.w telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota mekah.

"malam ini saya akan memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga, "kata nabi Muhammad.

"lelaki inilah penghuni syurga tersebut,"kata Nabi Muhammad kepada sejumlah besar jemaah yang hadir untuk sembahyang isyak. antara sahabat yang hadir malam itu adalah Anas Bin Malik dan Abdullah Bin Umar. mereka begitu tertarik untuk menyelidik ibadadat lelaki tersebut.

lelaki tersebut bukanlah orang alim. malah ibadahnya biasa-biasa sahaja. tidak terlihat hal-hal yang istimewa pada dirinya sebelum ini. malah ketika Nabi memperkenalkannya dia sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah.adakah Rasulullah hendak bergurau?

malah yang lebih menggagumkan lagi, bukan pada malam itu sahaja Rasulullah menyatakan bahawa lelaki tersebut penghuni syurga. malah keesokkan baginda berbuat demikian..

maka para sahabat yang hadir semalam semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki tersebut.adakah dia hanya berlagak biasa di masjid tapi di rumahnya dia selalu berzikir dan berdoa? ataupun dia begitu tulus sehingga tidak ada langsung ibadatnya diketahui orang lain?

Abdullah bin umar tidak sanggup lagi menahan hasratnya apabila Rasulullah memperkenalkan lelaki tersebut sekali lagi.selesai sembahyang isyak berjemaah Abdullah segera keluar mengikut lelaki tersebut dari belakang. lelaki tersebut merasa hairan melihat telatah Abdullah terus bertanya:

"kenapa engkau tergesa-gesa?"
"jika engkau sudi aku ingin menjadi tetamumu malam ini, kata Abdullah.
"sungguh berbesar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya,"sahut lelaki tersebut kehairanan.

"saya benar-benar ingin bermalam di rumah saudara setelah Rasulullah memperkenalkan sebagai orang yang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya juga ingin masuk syurga."jawab Abdullah.

"tapi saya tidak ada ibadat lain melainkan daripada apa yang saudara lihat, jelas lelaki itu tadi.

"tapi saya ingin menginap di rumah saudara."

"kalau begitu silalah ke rumah saya,"balas lelaki itu tadi.

Abdullah yakin dia akan dapat menyelidiki ibadat lelaki itu.apabila sampai di rumah lelaki tersebut, Abdullah meminta izin untuk tidur lebih awal padahal dia belum mengantuk. Dia mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia mengintai dan memasang telinganya dengan berhati-hati.

menurut Anas bin Malik, setelah tiga hari Abdullah tidur di rumah lelaki tersebut, tidak ada apa-apa yang istimewa dilihatnya. lelaki itu tidak pernah berzikir bahkan sembahyang  tahajud pun tidak.

pada malam pertama Abdullah menceritakan kepada Anas bahawa dia telah berpura-pura tidur di sebelahnya. pada mualanya lelaki itu tidur nyenyak..tetapi tengah malam dia terjaga. Namun tidak ada apa-apa ibadat yang lelaki itu buat melainkan sekadar memusingkan badannya dan mengucapkan kalimah "Ya Allah" kemudian meneruskan tidurnya...

begitulah yang berlaku pada malam seterusnya sampailah tiga malam berturut-turut. oleh kerana Abdullah tidak melihat lelaki itu melakukan pelbagai ibadat khusus pada malam hari, maka Abdullah berfikir mungkin ada kelebihan tertentu yang dimiliki lelaki tersebut hingga membuatnya mulia. Abdullah lalu bertanya kepada lelaki tersebut sebelum dia meninggalkan rumahnya.

"wahai saudaraku, ingin sekali saya mengetahui kelebihanmu.sudilah saudara memberitahu saya supaya saya juga boleh ke syurga,"kata Abdullah.

"tidak ada ibadat lain melainkan apa yang saudara lihat,"jawab lelaki itu bersunguh-sungguh.

setelah mendengar jawapan lelaki tersebut, Abdullah tidak bertanya lagi dan berterima kasih kepada lelaki tersebut. sebelum Abdullah pergi, lelaki tersebut memanggilnya seraya berkata.

"saudara... memang tidak ada ibadat lain melainkan dari apa yang kau lihat. tetapi di samping itu saya tidak pernah iri hati kepada sesiapa pun,"jelas lelaki tersebut......

inilah rupanya...akhlak yang membawa lelaki ini ke syurga..maka dapat kita lihat betapa Allah lebih mementingkan akhlak yang baik..walaupun lelaki ini  bukan tergolong dalam golongan yang banyak beribadah..namun dia mempunyai hati yang baik..maka dapatlah kita ambil perhatian....


rujukan
kunci mendapatkan syurga di dunia dan akhirat oleh Dr. Aih Al-Qarni

No comments: