salam..baru ada mood nak membaca semula..dekat seminggu juga duk berpoya-poya melaqokan diri..dan rasa nk bukak koleksi-koleksi artikel yang saya simpan selama ni..hehe..bermula ketika di matrikulasi saya diperkenalkan dengan artikel-artikel dari ajk surau..sampailah ke universiti..selalu akan dapat artikel-artikel terumatanya mengenai rohani..ini merupakan salah satu artikel yang membincangkan tentang tafriith amalan siang dan malam..perkataan manusia itu bermaksud pelupa..oleh itu kehidupan kita ini memang tak lepas dari melupai asal kita..dan tujuan hidup kita..selalu lupa masa yang kita bazirkan saat ini akan menjadi penyesalan di akhirat kelak..semoga perkongsian ini bermanfaat bagi pembaca dan saya terutamanya...
manusia akan mula menyia-nyiakan amalan siang dan malamnya bila timbul perkara-perkara berikut:-
a) sudah terbiasa berlumuran dengan maksiat. ingatlah musibah yang menimpa kita itu sesungguhnya amat erat hubungannya dengan dosa yang pernah kita buat.
b) sering melakukan perkara-perkara yang mubah juga akan melahirkan sifat malas dan terlena yang akhirnya akan menyia-nyiakan amal. Al-Ghazali mengatakan bahawa sebahagian guru biasa berdiri di hadapan meja makan setiap malam dan berkata, wahai anak murid, jangan kalian makan terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan minum dan banyak tidur dan memperbanyakkan penyesalan kelak ketika mati."
c) tidak menghargai nikmat Alllah dan tidak tahu bagaimanakah cara untuk menghargainya.cara kita mengharigainya ialah dengan bersyukur dan salah satu bentuk kesyukuran itu ialah dengan memelihara rutin amalan kewajipan seharian.
d) melalaikan amaliyah wajib harian..pada hakikatnya, manusia tidak mempunyai sebarang daya dan kekuatan melainkan dengan sentiasa bermohon bantuan Allah. pertolongan-Nya hanya akan datang juka manusia sentiasa istiqomah menjalinkan hubungan dengan Allah.
e) tidak memiliki persepsi yang benar terhadap pahala.
f) melupakan adanya kematian dan dahsyatnya malapetaka sesudahnya.
g) menganggap diri telah mencapai darjat kesempurnaan.
h) terlalu bnyak beban kewajipan
i) suka menunda-nunda pekerjaan.
j) akibat menyaksikan manusia yang dijadikan qudwah bersikap tafriifth.
kesan Tafriifth
- jiwa menjadi gelisah dan resah
- berhenti melaksanakan kewajipan atau bersikap lemah
-mula berani melakukan maksiat
-menimbulkan kelemahan fizikal
-terhalang dari bantuan dan pertolongan Allah
-hilang wibawanya dan pengaruh kepada manusia...
rujukan
menyia-nyiakan (tafriith) amalan siang dan malam..
No comments:
Post a Comment