Friday, July 8, 2011

Walaupun hanya sebesar zarah...

upsi-aida
07.07.2011
07:22 PM


"azam aku mau buang sgl perasaan benci dlm diri. Sntiasa m'buat kebajikan. InsyaALLAH"


monolog dalaman: "  Aida ni apa kena, tertiba ja nak buat azam, bagusnya.."


to:
upsi-aida


"alhamdulillah, ssh kan da, tp tak mustahil, kdg 2 rasa nak menangis bila ingat skp tak berhati perut orang kt kita"


hidup ni penuh tanggungjawab kan? sentiasa memaafkan kesalahan orang lain pun tanggungjawab jugak. sebab kita sendiri sentiasa nak orang lain dan Allah maafkan kita bila kita buat salah.

hidup jugak, bukan la setakat celik mata, makan, pegi kerja, balik kerja, rehat, rasa boring berhibur ..kita kena fikirkan tugas kita..kena fikirkan bekalan kita..

sebab, kita hidup sekarang bukan setakat berusaha untuk bahagia di kehidupan ini, tapi kena la jugak nak berusaha untuk kehidupan kedua tanpa mati di akhirat nanti..

Hidup perlu bermatlamat

bukan setakat nak pasang matlamat, nak keja bagus, nak ada rumah sendiri, kereta sendiri, tapi lebih dari itu, matlamat hidup untuk sentiasa buat baik..

jadi apa salahnya, bangun ja pagi, kita dah tetapkan matlamat kita hari ini. doakan pada Allah, jadikan kita manusia yang bersyukur atas nikmat yang dia dah bagi setakat ini. ada manusia yang dah mati hari ini, tapi kita tetap dapat hidup, sempurna pancaindera semua, dan doakan juga sisa hidup yang ada dapat kita gunakan untuk buat baik.

sentiasa buat baik, bukanlah susah, nak kata senang pun tak ..tapi kadang-kadang kita terlepas pandang benda-benda kecil yang kita boleh buat hari ni yang boleh dapat pahala, insyaAllah dengan niat yang betul..

walaupun benda tue  sekadar tolong mak cuci pinggan, setakat kemas rumah, baca beberapa helai dari buku, salin beberapa patah kata-kata hikmah atau hadis, semua tu kalau nak fikir betul-betul, tak la susah sangat kan..cuma malas dengan rajin jer.

Jadual Ibadah

lagi bagus kalau kita ada tetapkan matlamat ibadah kita dalam sehari, seminggu atau sebulan, walaupun kita tak penah pun rekodkan, cukuplah sekadar janji pada diri sendiri. yang mana kita rasa kita boleh capai..

sebagai contoh, sekarang waktu cuti, saya rasa saya mampu untuk baca al-quran sekurang-kurangnya 1 helai selepas setiap solat fardu. jadi sehari total = 5 mukasurat. kalau saya skip mana-mana waktu, saya bertanggungjawab untuk ganti balik pada waktu yang lain.. selain tu kalau sapa yang mampu, tetapkan la, mungkin kita akan guna beberapa jam seminggu untuk baca tafsir..atau zikir..apa -apa saja yang kita rasa mampu..

*semua ni bergantung kepada individu. walaupun sikit, tapi kalau berterusan, lagi bagus dari buat banyak tapi setahun sekala kan?. sebab kalau buat macam nieh rasa, mungkin jugaklah nampak kita nieh ada usaha nak simpan amal akhirat, bukan setakat berangan ja..walaupun semua tu belum tentu ..

selain tu, nak kena jaga juga:
- ikhlas ke tak amal kita
-sentiasa jaga silaturahim
-usaha pada akhlak yang baik

memang bukan senang kalau kita betul-betul nak buat dengan baik, tapi tak mustahil sebab Rasulullah dan para sahabat dah buat.:

Rasulullah yang juga manusia biasa macam kita:-

-solat malam sampai kakinya bengkak, walaupun Allah dah jamin dia masuk syurga, dia buat semata-mata sebagai tanda syukur kepada Allah
- sentiasa buat baik pada jiran tetangga, keluarga bahkan orang-orang kafir.
- hormat pada orang miskin.
-dan walaupun dia pemimpin masyarakat, disegani, dia sentiasa rendah diri dan sedar dia hanya hamba Allah.

*maka adalah baiknya, kita sentiasa fikirkan apa perkara baik yang kita nak lakukan hari ini, walaupun perkara tu nampak macam remeh temeh. Setiap kebaikan walaupun sebesar zarah tetap dikira kebaikan disisi Allah dan dapat mendekatkan kita dengan-Nya. Sebaliknya, setiap keburukan tetap dikira keburukan walaupun hanya sebesar zarah, dan menyebabkan kita lebih jauh dari Allah, dan lebih dekat dengan Neraka...

al-kahfi:49

" Dan diletakkan kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakukan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata, "betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil atau besar melainkan tercatat semuanya," dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang juapun."

No comments: