Salam, Alhamdulillah diberi ruang waktu untuk mengupas tentang teori evolusi. Dah lama baca dan selidik, tapi sayang separuh jalan waktu di universiti dulu, mungkin kerana kekangan masa. Saya mula mengetahui tentang teori evolusi sebenar-benarnya mungkin di semester 1 universiti sebab dah jadi tajuk wajib dalam biologi. Tapi rasa isu –isu berkaitan ni, dari sekolah rendah lagi ada dengar. Mungkin pembaca selalu juga dengar pendapat yang mengatakan manusia itu berasal dari monyet/kera kan?. Ini mungkin sebahagian dari teori ini. Teori Evolusi tercipta untuk menjawab bagaimana kehidupan bermula di atas muka bumi ni.
Terdapat dua pandangan sebenarnya yang menyokong bagaimana kehidupan boleh wujud di muka bumi. Yang Pertama, yang dipercayai oleh orang Muslim dan kebanyakan agama, semuanya datang dari Tuhan. Manakalah pendapat kedua menyatakan kehidupan ini terbentuk secara kebetulan atau tak sengaja, dan pandangan inilah yang membentuk teori Evolusi. Maka mereka yang memegang kepercayaan ini selalunya tidak percaya kepada adanya Tuhan.
NAMUN BEGITU, timbul beberapa persoalan yang mampu menyangkal teori evolusi.
1. Bagaimana nyawa pertama wujud?
(how do first life begin?)
2. Apakah mekanisma teori evolusi?
( what is the mechanism of evolution theory)
3. Dimanakah fosil-fosil spesis perantaraan?
(where is the fossil of intermediate spesis)
4. Bagaimanakah molekul protein yang pertama tercipta?
(how does the first molecule of protein comes into existence)
Menurut teori Evolusi, semua benda hidup berkembang dari satu selàmultiselàalgaeàikanàamphibiaàreptiliaàburung àmamalia. Dan semuanya peringkat perkembangan ini berlaku “by chances”. Terdapat dua lagi istlilah yang sering digunakan untuk menyokong teori evolusi iaitu:
· Pilihan semulajadi
· Mutasi
Pilihan semulajadi menjelaskan bahawa semua hidupan yang lebih sesuai dengan keadaan semulajadi habitatnya akan memperoleh baka yang kekal selamat, sementara yang tidak sesuai akan pupus.
Bagi evolutionis, proses ini adalah satu proses yang terancang, sedangkan ia sebaliknya. Ini kerana ia tidak mempunyai pilihan keupayaan dalam memilih yang mana baik dan tidak baik.
Selain itu, pilihan semulajadi juga tidak dapat menjelaskan sistem-sistem biologi yang mempunyai kompleksiti kekal (irreducible complexity) dimana sistem dan organ tidak dapat berfungsi tanpa bantuan organ lain. Pilihan Semulajadi hanya boleh menyingkirkan individu lemah dalam sesuatu spesis bukan mengubah suatu spesis kepada spesis yang lain.
Bagi kaedah Evolusi yang kedua iaitu Mutasi. Seperti yang kita sedia maklum. Melalui peristiwa Cheynobyl dan ledakan bom di Hiroshima dan Nagasaki yang menyebabkan pencemaran sisa radioaktif. Akibat kejadian ini, bayi-bayi yang lahir pada ketika ini mengalami kecatatan akibat mutasi, bukanlah lahir sebagai organism yang baru. Adalah mustahil bagi mutasi menyebabkan Evolusi kerana
· Mutasi membawa kesan yang amat memudaratkan
· Mutasi tidak dapat menambahkan maklumat baru dalam DNA
· Dalam usaha pindah mutasi ke generasi-generasi, ia harus berlaku dalam sel pembiakan.
Selain itu, hingga sekarang kita masih lagi bertanya, jika proses evolusi benar-benar berlaku secara “chances” dimanakah spesis-spesis perantaraan?. Terdapat lebih 350 000 million fossil telah berjaya ditemui, namun semuanya merupakan spesis yang lengkap. Tidak ada satu pun spesis perantaraan.
Oleh itu, teori evolusi adalah hanya angan-angan yang mustahil semata-mata untuk menolak adanya Tuhan. Mengikut kaedah sains, jika terdapat 2 penjelasan alternatif berkaitan sesuatu peristiwa dan satu daripadanya adalah mustahil untuk direalisasikan, maka alternatif kedua diterima sebagai pandangan yang SAHIH.
Ar-rahman.1-2
· Tuhan Yang Maha Pemurah
· Dialah Yang Menciptakan Manusia
Ar-Rahman,
· Maka, Mana satu antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang kamu hendak dustakan..
No comments:
Post a Comment