Friday, February 17, 2012

Semangat baru....




salam..semoga pembaca dalam lindungan Allah selalu...tak da apa sangat yang nak dikongsikan kali ni..just bercerita serba sedikit tentang pengalaman ...

alhamdulillah, tarikh untuk interview pendidikan dah keluar..semoga Allah mudahkan segala-galanya, insyaAllah kita cuba mudahkan urusan orang lain, lakukan segala urusan Allah, yakinlah Allah akan memberikan bantuan kepada kita...

11,12,13 mac insyaAllah kalau tak da aral , sekolah akan hantar wakil intifal (pertandingan) peringkat kebangsaan di gombak..makanya minggu nie dan minggu-minggu seterusnya bakal jadi minggu-minggu yang sangat sibuk..selalunya tamat sesi persekolahan sesi pagi pada jam 2, saya akan terlibat dengan prep, kelas tambahan dan aktiviti kokurikum pada setiap petang dari jam 3-4 ptg..dan malam adalah masa untuk tanda buku dan persediaan mengajar untuk hari esok..dan minggu nie dah start  jalankan tanggungjawab sebagai guru pusat sumber, makanya duk mula pening dan pening bila nak latih budak untuk intifal..sebenarnya dalam hati sangatlah agak-agak berserabut juga nak fikirkan semuanya nie..hinggakan saya sendiri rasa saya dah mula jadi manusia serius sangat, mula pandai nak marah-marah kat pelajar bila diorang buat hal..rasa pelik kenapa susah sangat nak sabar..padahal sebelum nie tak rasa begitu terbeban...

alhamdulillah, ambil masa yang tak berapa nak ada tenangkan diri dan berfikir...ya saya tahu..saya sangat risaukan mereka..sangat nak lakukan yang terbaik walaupun susah..nak kejar silibus, nak cari pendekatan paling sesuai nak fahamkan mereka, nak bagi menang intifal, nak laksana segala tugas..rasa aktiviti sehari-hari habiskan masa fikirkan pelajar lebih dari diri sendiri (ada banyak benda lain fikir juga), maka saya nak mereka hargai apa yang saya buat dan bagi perhatian semua arahan, tak nak lagi main-main..tapi pelajar adalah manusia..ada hari-hari mereka akan buat kita sangat risau, ada hari lain mereka akan buat kita bangga...banyak saya belajar dari mereka..terutamanya belajar memberi...kadang-kadang tak boleh nak harapkan hasil yang baik walaupun dah usahakan dengan sungguh-sungguh, contohnya, buat persediaan mengajar bukan main, sekali masuk kelas habiskan setengah masa hanya nak suruh mereka diam dan bagi perhatian...sangatlah mencabar kewibawaan..

ya lah, ini antara ujian yang Allah bagi pada saya...pada setiap orang ada ujian 2 yang sesuai dengan tahap iman masing-masing..

saya ingin kongsikan kisah seorang pelajar saya...beberapa hari dalam minggu nie dia tak hadir ke sekolah, sangat risaukan dia sebab takut dia berhenti..hmm nak tahu?, diceritakan oleh seorang guru, ibunya datang pada awal tahun merayu pada ustaz (pengetua) untuk terima anaknya bersekolah disitu..walaupun yuran tahun lepas masih tertunggak rm 1200..dia nak sangat anaknya bersekolah..ibunya letakkan baju pelajar saya nie dalam beg plastik sampah jer, sebab dah tak da beg lain yang lebih sesuai agaknya..mashaAllah..pada hari rabu agaknya saya nampak dia hadir, lega hati saya..arinie saya nampak dia senyum dan datang belajar matematik dengan saya..saya bahagia..dia juga sedang diuji oleh Allah, tapi masih boleh terseyum dan teruskan berusaha sebagai seorang pelajar...semoga Allah memberikan kemudahan kepada dia, itulah doa saya....

saya juga ingin kongsikan kisah seorang kakak di kampung saya, saya tidaklah sangat mengenalinya..saya kenal dengannya melalui mak ngah. dia juga tak sempat kenal pada saya...tapi akan saya kongsikan kisah ketabahan dia kepada pembaca :)..pada hujung tahun lepas saya ikut makngah ke majlis  bacaan al-quran di rumah kakak nie..kami hadir disana sekaligus untuk doakan dia..dia sedang sakit tenat waktu tue, barah usus..masih muda, belum berkahwin..sedihnya...mak ngah cerita..abang kakak dia seorang doktor pakar, dah cuba buat pembedahan..semasa pembedahan, didapati..sel kanser sangat rapat dengan salur darah..hanya kesilapan kecil boleh meragut nyawa kakak..maka setelah beberapa jam, semua doktor sepakat jahit balik perut tanpa buang sel kanser..dan untuk rawatan seterusnya, kakak hanya jalani rawatan kemoterapi...hujung tahun lalu..kakak sangat kurus..dan baru-baru ini saya dapat tahu kakak dah meninggal dunia..mak ngah kata...insyaAllah sakitnya akan bantu hapuskan dosa-dosa dia.insyaAllah kami doakan dia ditempatkan bersama orang yang soleh..sedangkan kita masih belum tentu..masih bermujahadah dengan kesihatan dan umur yang panjang...ada masa kita lalai ada masa kita insaf..sebab kita rasa umur kita masih panjang...

kisah yang ketiga...dulu masa saya sedang bekerja di restoran di selangor...saya jumpa dengan seorang adik yang kuat semangatnya...seorang yang cantik, sentiasa ceria..suka nak hadiahkan apa 2 pada saya..dia ajarkan saya cam mana nak buat key chain bantal kecil..satu hari dia bagitahu dia suka buat keychain nie sebab boleh buat dia lupa dia ada penyakit...hmm Ya Allah, semoga dia cepat sembuh...

pembaca, apa yang nak saya kongsikan..setiap orang akan ada masalah sendiri...tapi jadikan ujian yang ditimpakan ke atas kita dapat menjadikan kita seorang yang tabah..terus yakin dengan Allah...Allah akan bantu kita..Allah akan baiki keadaan kita..tepat pada masanya nanti..kita hanya perlu usaha..dan mungkin dalam dunia nie ada orang lain yang lebih bermasalah dari kita..

harinie, seorang guru senyum pada masa sebelum menuruni tangga, saya tengah tunggu kad relief, sebab rasa 2 macam akan dapat relief sebab harinie ramai cikgu tak da..dia kata kad relief untuk saya tak da..dan dia suka tengok saya..saya tanya kenapa..dan dia jawab..sentiasa nampak cool walaupun sebenarnya ada masalah...ceria sana sini...saya hanya mampu tersenyum..alhamdulillah saya harap sentiasa dapat gembirakan orang lain...

saya nak jadi orang macam 3 orang nie, mereka sumber semangat saya..saya nak jadi sumber semangat untuk orang lain...

harinie juga, naik ke bilik guru saya terkejut dengan buku bertingkat-tingkat atas meja..saya buat muka terkejut pelik..cikgu sebelah saya cakap, budak 2 nie hantar buku, diorang cakap saya suruh hantar harinie semua buku...barulah ingat agaknya semalam saya ada pesan suruh buat latihan dan hantar harinie..tapi tak sangka sangat diorang hantar sendiri terus ke bilik guru..tak tunggu saya pergi tanya..dan harinie mereka buat saya bangga..latihan tue bagi waktu tengahari..malamnya mereka kelas tambahan..mesti pakat 2 bertungkus lumus siapkan waktu prep petang..(terharu ingatkan diorang tak hiraukan arahan suruh hantar buku, sebab tak pernah lagi denda orang tak hantar buku)..

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - (Hadis riwayat Muslim)

Monday, February 6, 2012

Letakkan diri kita sebagai yang kedua..



Salam, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ditujukan kepada baginda Nabi SAW..melalui dia kita belajar tentang iman dan bagaimana untuk mengaplikasikan iman dalam kehidupan..
Sesungguhnya orang yang berbahagia adalah orang yang beriman dan mempraktikkan iman dalan kehidupan. Praktikal iman sungguh amat bergantung kepada akidah iaitu kepercayaan kepada Allah. Praktikal terhadap iman itulah yang dijelmakan dalam bentuk amal/akhlak..
Dalam banyak hal, kita suka kan jadi yang pertama?
Pertama dalam apa 2 pertandingan
Pertama dalam prestasi di sekolah/tempat kerja..
Pertama dari segi rupa paras, kebolehan dan macam –macam lagi..

Tapi hari ini, saya nak ajak kita berusaha jadi yang kedua dalam sesetengah hal. Bolehkah?
Kedua dalam apa?
Nak jadi kedua di hati orang 2 yang kita sayang…
Mesti ada yang tak nak kan..
Tapi kalau yang pertama di hati mereka adalah Allah, Rasul dan Agama..adakah sesiapa yang setuju untuk jadi yang kedua…
 Allahlah yang patut jadi yang pertama di hati kita an di hati mereka, malah sesiapapun…kerana Allah sangatlah sayangi diri makhluk 2 nya, lebih dari sesiapapun..lebih dari diri kita sendiri, lebih dari ibubapa kita…
Kita teliti hadis nie…

Dari Umar bin al Khattab RA berkata:“Bahwa beliau datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu ketika ia mendapatkan seorang anak di antara tawanan tersebut, dia langsung mengambil anak itu lalu memeluknya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi ALLAH, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH lebih mengasihi hamba-NYA daripada wanita ini terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Makanya..harus kita sedar, kasih sayang Allah pada kita melebihi sesiapapun…
Samalah juga.
Kasih sayang Allah pada mereka 2 yang kita sayang sangatlah melebihi kasih sayang kita kepada mereka..
Allah dapat memelihara mereka lebih dari kita.., dapat berikan apa yang mereka inginkan lebih dari kita beri..
Dan paling penting Allah saja dapat selamatkan kita dan mereka dari api neraka..maka selayaknya dari hati mereka ada Allah sebagai yang pertama..
Maka praktikalnya…nampaknya beberapa dialog 2 biasa dalam kehidupan dah kena tukar sedikit sebanyak…
Kalau dulu hantar ibu bapa hantar anak ke asrama akan kata :-
“nanti di sana jangan lupa ibu/ayah ya”
Sekarang
“nanti di sana jangan lupa Allah ya, yang Dia suruh buat, yang Dia larang tinggalkan”
Dan kalau dari sisi seorang guru (amik guru sebab diri sendiri guru)..kalau berjaya tanamkan roh cinta pada Allah dalam hati para pelajarnya..insyaAllah akan lahirkan pelajar yang taat pada guru dan ibubapa..jujur, amanah..dah boleh atasi gejala “toyol” di musim peperiksaan..
Tapi rasanya, kalau dari sisi seorang isteri..kene ikhlas-ikhlaskan juga berada di tangga ketiga di hati suaminya, sebab seorang lelaki yang dah bergelar suami pun..tanggungjawab pada keluarganya masih tak terlepas/tak dapat diabaikan…

Tapi lain dengan isteri..bagi seorang wanita yang telah berkahwin..tanggungjawab ke atas suami adalah melebihi tanggungjawab ke atas keluarga..maknanya dalam hati isteri suami jatuh tempat kedualah selepas Allah,Rasul dan Agama..

An-nur Furqan,
Tak kan rugi kita cintakan Allah lebih dari segala-galanya, juga tak kan rugi kita meredhakan orang 2 yang kita sayangi  untuk cintakan Allah, Rasul dan Agama lebih dari diri kita dan lebih dari segalanya..Agama banyak mengajar erti tanggungjawab dan kasih sayang..percayalah lebih mereka cintakan Allah, maka akan lebih terjamin cinta mereka terhadap kita..lebih terjamin hidup mereka dunia dan akhirat..kita tak dapat pelihara mereka sepertimana peliharaan Allah ka atas mereka….semoga Allah membantu kita..:)

Friday, February 3, 2012


Yang terulang-ulang…
Salam, sahabat-sahabat pembaca..semoga semuanya dalam redha Allah selalu..atas permintaan saudari yang disayangi..saya teruskan menulis blog yang telah lama terbengkalai ni..l sebelum ini lebih banyak post kata-kata nasihat, hadis atau kata-kata motivasi hanya di fb sahaja, tue pun kadang-kadang korek mana 2 dari buku dan hasil pembacaan lain..tue saja saya mampu buat mungkin, sebagai bekalan hari kemudian..walaupun kadang-kadang rasa jugak perlu ker? Ada ker orang nak amik peduli tu semua..selalunya status 2 cam tue hanya ibarat angin lalu saja..tak se famous status 2 lain..tapi just fikir..mungkin dalam ramai –ramai..ada sorang dua terbaca dan amik iktibar atas segala nasihat dan motivasi..pahala tu dah tertulis untuk saya..dan kalau dia nanti akan ajarkan orang lain..pahala akan tertulis lagi untuk saya..macam tue la Allah membalas kebaikan menyampaikan sesuatu yang baik..

Menyampaikan sesuatu yang baik tak semestinya melalui ceramah, tazkirah panjang lebar, lebih baik dan berkesan semuanya dapat kita pamerkan melalui tingkah laku dan tauladan…cuba fikirkan begini..contoh di tempat kerja kita, kita adalah seorang yang amanah, rajin bekerja dan ceria..sentiasa tersenyum, kurang berkira, pandai menghormati orang lain..mungkin dihati majikan dan rakan sekerja, mereka akan mengangumi kita..mungkin akan ada rakan 2 lain yang bersemangat dengan semangat yang kita tunjukkan..malah mungkin suatu hari nanti setelah kita pergi dari situ..nama kita akan selalu disebut 2..mungkin suatu hari nanti mereka akan bercerita dengan pekerja baru yang tak pernah kenal kita pun, tentang peribadi kita, sikap rajin dan amanah kita..hinggakan menimbulkan kekaguman pada orang tue dan jadi ikhibar bagi dia untuk mencontohi kita WALAUPUN dia tak pernah kenal kita…still kita telah menyampaikan sesuatu yang baik kan..tapi cuba fikirkan sebaliknya…kalau kita hanya orang yang TAHU CAKAP tapi tak laksanakan pun apa yang kita katakan, mana mungkin orang akan mempercayai kita..kata-kata kita akan jadi fitnah buat diri sendiri…

Seperti jugak benda baik boleh tersebar secara terus-menerus , sesuatu yang jahat juga sentiasa tersebar secara terus menerus…
kadang-kadang kita biasa dengar.. , selalu di asrama mesti sangat popular kes senior buli junior dan kemudian junior suatu hari nanti bila dah bergelar senior akan buli adik 2 pula..manusia suka mengulang-ngulang kesilapan yang pernah dibuat pada dirinya, pada diri orang lain..sepatutnya dia tahu dan faham perasaan ditindas dan dikhianati dan dia tak kan biarkan dirinya menyakiti orang lain dengan cara sama dia disakiti..

Macam tue juga remaja sekarang yang banyak hilang arah kerana adanya keluarga yang porak peranda..ibubapa yang tak faham tugas sebagai ibu bapa..abaikan anak-anak..akhirnya anak-anak yang rasa dirinya diabaikan  cari cinta dan kasih sayang di luar..mungkin ada yang sampai terjebak ke lembah zina dan melahirkan anak luar nikah…akhirnya dia sendiri tinggalkan atau lebih dahsyat lagi membunuh anaknya sendiri..dan nampaknya dia telah meneruskan sikap ibu bapa tak bertanggungjawab  tue..
Akhirnya jadilah keburukan dan sentiasa berterusan..susah juga kan..susah untuk tak menjadi gay bila kehidupan anda dikelilingi gay..susah untuk solat kalau ibubapa tak solat, housemate teman suma bukan jenis menunaikan solat, susah untuk jadi orang yang penuh kasih sayang kalau diri sendiri pun sering diabaikan tanpa kasih sayang..
Sebab tue, gunanya orang yang senantiasa tak meninggalkan memberi nasihat yang baik..jangan terus menghukum..tapi selidiki punca masalah baru kita dapat cari cara penyelesaian..
Dakwah ialah mengajar manusia untuk kembali kepada Allah..untuk mengenal Allah..dengan mengenal Allah, manusia akan mula takut melakukan kejahatan, dan akan suka melakukan kebaikan..pada masa ini dirinya tidak lagi melakukan sesuatu kerana manusia tapi kerana Allah..hinggakan dia tetap membalas kebaikan walaupun diberi keburukan..Dia sentiasa rasa disayangi walaupun hakikatnya dia sebatang kara…sentiasa rasa diri diawasi..sentiasa rasa ada yang ambil peduli..rasa adanya Allah dengan dirinya..
dan sebagai manusia biasa, kita yang diberi nasihat, harus sentiasa merendah diri..cuba memperbaiki setiap kekurangan..tak kisah nasihat tu datang dari sesiapapun..dari kanak-kanak kecil, orang tak berpangkat..hatta dari musuh sekalipun...


An-nur Furqan,
Sentiasalah berdoa, Allah tunjukkan sentiasa tunjukkan jalan untuk kita memperbaiki diri dan tak golongkan kita dalam lingkungan orang yang zalim..akhlak yang baik adalah ibadah..:) jangan tinggalkan ia kerana islam tersebar dengannya…