Yang terulang-ulang…
Salam, sahabat-sahabat pembaca..semoga semuanya dalam redha Allah selalu..atas permintaan saudari yang disayangi..saya teruskan menulis blog yang telah lama terbengkalai ni..l sebelum ini lebih banyak post kata-kata nasihat, hadis atau kata-kata motivasi hanya di fb sahaja, tue pun kadang-kadang korek mana 2 dari buku dan hasil pembacaan lain..tue saja saya mampu buat mungkin, sebagai bekalan hari kemudian..walaupun kadang-kadang rasa jugak perlu ker? Ada ker orang nak amik peduli tu semua..selalunya status 2 cam tue hanya ibarat angin lalu saja..tak se famous status 2 lain..tapi just fikir..mungkin dalam ramai –ramai..ada sorang dua terbaca dan amik iktibar atas segala nasihat dan motivasi..pahala tu dah tertulis untuk saya..dan kalau dia nanti akan ajarkan orang lain..pahala akan tertulis lagi untuk saya..macam tue la Allah membalas kebaikan menyampaikan sesuatu yang baik..
Menyampaikan sesuatu yang baik tak semestinya melalui ceramah, tazkirah panjang lebar, lebih baik dan berkesan semuanya dapat kita pamerkan melalui tingkah laku dan tauladan…cuba fikirkan begini..contoh di tempat kerja kita, kita adalah seorang yang amanah, rajin bekerja dan ceria..sentiasa tersenyum, kurang berkira, pandai menghormati orang lain..mungkin dihati majikan dan rakan sekerja, mereka akan mengangumi kita..mungkin akan ada rakan 2 lain yang bersemangat dengan semangat yang kita tunjukkan..malah mungkin suatu hari nanti setelah kita pergi dari situ..nama kita akan selalu disebut 2..mungkin suatu hari nanti mereka akan bercerita dengan pekerja baru yang tak pernah kenal kita pun, tentang peribadi kita, sikap rajin dan amanah kita..hinggakan menimbulkan kekaguman pada orang tue dan jadi ikhibar bagi dia untuk mencontohi kita WALAUPUN dia tak pernah kenal kita…still kita telah menyampaikan sesuatu yang baik kan..tapi cuba fikirkan sebaliknya…kalau kita hanya orang yang TAHU CAKAP tapi tak laksanakan pun apa yang kita katakan, mana mungkin orang akan mempercayai kita..kata-kata kita akan jadi fitnah buat diri sendiri…
Seperti jugak benda baik boleh tersebar secara terus-menerus , sesuatu yang jahat juga sentiasa tersebar secara terus menerus…
kadang-kadang kita biasa dengar.. , selalu di asrama mesti sangat popular kes senior buli junior dan kemudian junior suatu hari nanti bila dah bergelar senior akan buli adik 2 pula..manusia suka mengulang-ngulang kesilapan yang pernah dibuat pada dirinya, pada diri orang lain..sepatutnya dia tahu dan faham perasaan ditindas dan dikhianati dan dia tak kan biarkan dirinya menyakiti orang lain dengan cara sama dia disakiti..
Macam tue juga remaja sekarang yang banyak hilang arah kerana adanya keluarga yang porak peranda..ibubapa yang tak faham tugas sebagai ibu bapa..abaikan anak-anak..akhirnya anak-anak yang rasa dirinya diabaikan cari cinta dan kasih sayang di luar..mungkin ada yang sampai terjebak ke lembah zina dan melahirkan anak luar nikah…akhirnya dia sendiri tinggalkan atau lebih dahsyat lagi membunuh anaknya sendiri..dan nampaknya dia telah meneruskan sikap ibu bapa tak bertanggungjawab tue..
Akhirnya jadilah keburukan dan sentiasa berterusan..susah juga kan..susah untuk tak menjadi gay bila kehidupan anda dikelilingi gay..susah untuk solat kalau ibubapa tak solat, housemate teman suma bukan jenis menunaikan solat, susah untuk jadi orang yang penuh kasih sayang kalau diri sendiri pun sering diabaikan tanpa kasih sayang..
Sebab tue, gunanya orang yang senantiasa tak meninggalkan memberi nasihat yang baik..jangan terus menghukum..tapi selidiki punca masalah baru kita dapat cari cara penyelesaian..
Dakwah ialah mengajar manusia untuk kembali kepada Allah..untuk mengenal Allah..dengan mengenal Allah, manusia akan mula takut melakukan kejahatan, dan akan suka melakukan kebaikan..pada masa ini dirinya tidak lagi melakukan sesuatu kerana manusia tapi kerana Allah..hinggakan dia tetap membalas kebaikan walaupun diberi keburukan..Dia sentiasa rasa disayangi walaupun hakikatnya dia sebatang kara…sentiasa rasa diri diawasi..sentiasa rasa ada yang ambil peduli..rasa adanya Allah dengan dirinya..
dan sebagai manusia biasa, kita yang diberi nasihat, harus sentiasa merendah diri..cuba memperbaiki setiap kekurangan..tak kisah nasihat tu datang dari sesiapapun..dari kanak-kanak kecil, orang tak berpangkat..hatta dari musuh sekalipun...
An-nur Furqan,
Sentiasalah berdoa, Allah tunjukkan sentiasa tunjukkan jalan untuk kita memperbaiki diri dan tak golongkan kita dalam lingkungan orang yang zalim..akhlak yang baik adalah ibadah..:) jangan tinggalkan ia kerana islam tersebar dengannya…
No comments:
Post a Comment