Saturday, July 30, 2011

Persediaan Terakhir…



Salam semua..beberapa hari lagi umat islam akan menyambut bulan ramadhan..Semoga Allah memberi peluang kepada kita untuk sampai pada bulan yang penuh barakah ini dan memberi kekuatan hati dan jasmani untuk beribadah dengan ikhlas..

Macam mana perasaan? Perasaan itu ada kaitannya dengan iman. Kalau tak bapa nak berperasaan untuk beribadah maksudnya Allah beri tanda untuk kita bersihkan hati, tingkatkan taqwa, insyaAllah iman akan meningkat..hati akan bertambah tenang..baru la rasa excited nak masuk bulan penuh barakah nie..

Saya kongsikan beberapa perkara yang saya lakukan bila diri sendiri masuk zone tak da perasaan nak beribadah..sebab nya mungkin kerana kita terbuat salah mana-mana tak perasan, tak jaga makan minum, mana tahu termakan benda –benda syubhah, terlalu banyak laqakan diri …

Jadi yang pertama, cepatlah sedarkan diri sendiri..tanya pada diri sendiri kenapa jadi macam nie, ingat balik ada tak apa-apa salah kita buat..kalau ada bertaubat, kalau buat salah dengan orang, minta maaf, kalau marahkan sapa-sapa maafkan orang tu..
Yang kedua..jangan tinggalkan ibadah wajib..ibadah sunat yang selalu dibuat pun kuatkan hati untuk buat jugak..Cuma mungkin kalau kita rasa terlalu bosan dengan benda sama..tukar dengan ibadah sunat lain yang tetap mendidik hati kita..contohnya saya..bila tak da perasaan nak baca quran, saya akan semata-mata baca tafsir..kalau tak boleh juga..ganti dengan lagu nasheed..kalau ada di universiti..sekadar luangkan masa pegi surau, dalam surau selalu orang baca quran..saya sekadar duduk bersandar kat dinding dengar orang lain baca..indahnya perasaan waktu tu..kita akan sedar bahawa hati kita akan terubat sedikit demi sedikit..hati kembali tenang..sebab Allah tak pernah sia-siakan usaha hambaNya yang sentiasa ingin dengan dengan-Nya..

Apa-apa pun yang penting kita jangan putus asa..dalam al quran pun ada sebut, “ tidak berputus asa dari Rahmat Allah melainkan orang-orang yang sesat”…kita manusia, memang sifat kita selalu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat atas kesalahan dan memperbaiki diri.
Sama-sama lah kita bersihkan hati kita sebelum masuk bulan yang penuh mulia ini..Allah lihat usaha kita..semoga hati yang bersih akan lebih dekat dengan petunjuk Allah…selamat berusaha..Doakan saya..sihat badan dan iman..

Al Ankabut: 69
“ Dan orang-orang yang berjihat untuk mencari keredhaan kami (Allah), benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”

An-nur Furqan:
Mak ngah dah mulakan tazkirah pembersihan hati sebelum masuk Ramadahan ahad lalu, abah pun dah buat perkongsian apa yang dia dengar ceramah semalam tentang puasa..hmm walaupun nasihat 2 nie tak la formal..saya rasa gembira..saya rasa saya tak kisah hidup tanpa harta yang banyak, pangkat yang tinggi atau diri yang sentiasa dihormati orang lain..cukuplah Allah beri ahli keluarga yang sentiasa ingat pada Allah…semoga Allah memperbaiki iman keluarga kita..ameen…

Thursday, July 21, 2011

Saya Tak Peduli



Yang pertama sekali, saya sendiri tak faham kenapa beberapa minggu nie perasaan nak menulis hanya pada hari jumaat. Padahal Jumaat, Sabtu, Ahad dan Rabu selalunya ada aktiviti. Masih berbaki Isnin, Selasa dan Khamis yang sangat- sangat free dan ada dirumah..hmm tue la kadang-kadang sibuk tu bagus jugak..bagi saya la..bila ingat-ingat balik banyak artikel dalam blog ni ditulis masa tengah sibuk di universiti kut dengan persatuan, assignment, field trip..semua tue tak membantutkan..berbanding waktu cuti nieh..haish, otak pun rasa tak berapa nak berkembang..tapi yang bagusnya bolehlah banyak membaca sikit, kalau time praktikal dulu, nak habiskan majalah solusi tue, 3 bulan satu majalah tak habis 2..konon ja usung pi sekolah kut ada masa nak baca..

Ok, makanya harinie saya kongsikanlah apa yang saya dah baca. Tajuk bukunya Unawareness : A sly Treat, karangan Harun Yahya…kalau nak suruh saya yang translate maksudnya  ketidaksedaran adalah satu penipuan yang licik..eheh cam lawak pulak bila translate. Jadi pembukaan buku nieh pun dimulakan dengan surah al-Anbiya’ 1-2

“Telah semakin dekat kepada manusia hari perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaaan lalai dengan dunia dan berpaling dari akhirat. Setiap diturunkan kepada mereka ayat-ayat baru dari Tuhan, mereka mendengarnya sambil bermain-main”

Hari perhitungan amal memanglah makin dekat sebab masa kita di dunia nieh pun memang sah makin pendek..kalaupun kiamat lambat lagi, umur kita tahan sampai kiamat ker?kalau dah Allah takdirkan 63, kiranya kalau sekarang nie 23, ada la lagi 40 tahun.. tapi tetap sangatlah kalau kita masih menilai 23 tue muda sangat lagi, nak enjoy sana sini, tak nak peduli perintah dan larangan dalam Al-quran, maka memang sangat la kita rugi..bak kata mak ngah, kita tak tahu lagi nanti kita tua kita sihat ke sakit..larat lagi ker nak beribadat..mati pun Allah sembunyikan bila waktunya, sebab nak bagi kita sentiasa berwaspada..

Berbalik kepada buku nieh, secara ringkasnya, setakat saya fahamlah, kebanyakan manusia tidak sedar akan kewujudan Allah, tak sedar dan tak ambil peduli.. dan kalau ada yang sedar pun diorang tak peduli apa yang Allah perintahkan, apa yang Allah larang. Apa yang penting bagi mereka ialah apa yang mereka nak di dunia nieh diorang dapat..tak kiralah dengan cara apapun..sikap “saya tak peduli” ni takutnya banyak makan diri nanti, dan rosakkkan masyarakat..

Jadi sebenarnya  Allah dah turunkan macam – macam tanda yang menunjukkan bahawa Allah itu ada, wujud, dan bila manusia sedar semua tu, harapnya diorang akan lebih terdorong untuk lebih faham dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai hamba yang baik.. sama ada dari segi penciptaan langit dan bumi, siang dan malam dan sebagainyalah (al-baqarah: 164).

Tetapi tetap jugalah sebab bak kata ustaz dan ustazah, dan orang-orang tua bila nak nasihat anaknya..sebab korang tak nampak pahala tu dalam bentuk duit ringgit sebab tu masing-masing liat nak buat. Dan sebaliknya, kadang-kadang dosa tu Allah tak balas di dunia terus, masing-masing tak rasa besalah nak buat dosa.. jadi mereka inilah, saya dan anda juga pembaca, kadang-kadang ambil mudah beberapa perkara yang membawa dosa dan pahala..kita mungkin pernah dan sedang dan akan menjadi mangsa ketidaksedaran..tak sedar akan ada hari perhitungan nanti..

Jadi untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri orang yang tak sedar ni..boleh la baca sendiri kat website harun yahya..boleh download free..saya sendiri baru mukasurat 38 ( Reasons for unawareness).
Al-A’raf : 179
“ Dan sungguh, akan kami isi neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tak digunakan untuk memahami ayat –ayat Allah dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah, dan mereka memiliki telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah 

An-nur Furqan:
Usahalah setiap hari supaya  ada satu ilmu yang baru yang kita pelajari, ayat quran yang kita baca. Hidup di dunia nieh ibarat macam memandu di jalan raya, memang la mengetahui peraturan jalan raya saja tak cukup untuk menjamin keselamatan kita, tapi lebih selamat la kalau dibandingkan dengan tak tahu peraturan langsung dan tak nak ikut peraturan kan? Jadi cubalah Kenal Allah, kenal perintah dan larangan Allah....semoga Allah beri petunjuk kepada kita semua..Amin.


Thursday, July 14, 2011

Rookies



Best  sangaT Citer nIe... hmm sebenarnya nie la hobi saya yang lain, selain daripada baca novel, majalah , buku..dan melayari internet..sangat-sangat suka menonton cerita korea atau jepun..suka dengan cerita jepun sebab mesti ada informasi yang boleh dapat dalam cita tue, maksudnya bukan sekadar cerita..dari cerita tu banyak benda boleh belajar..

tapi nak promote sikit, cerita ni, ia mengisahkan tentang seorang guru yang sangat serious melatih para pelajarnya untuk mencapai impian mereka iaitu untuk sampai ke peringkat koshien dalam sukan baseball..dia tetap percaya bahawa pelajar -pelajar ini mampu berubah ke arah kebaikan..walaupun pada mulanya hampir semua orang termasuklah pengetua sekolah dan guru-guru nampak benda ni sebagai mustahil. kan bagus kalau semua guru macam nie..

dalam dunia nie tak dak orang rasanya yang benar-benar sempurna, maksudnya manusia tu tak sempurna jahat tak sempurna baik, Allah dah bagi masing -masing ilham untuk buat jahat dan baik dalam diri..maksudnya juga sejahat mana manusia pun dia mampu jadi baik dengan izin Allah..

ini yang perlu diingat, lebih 2 lagi kepada para Daie apabila belum dapat mengislahkan ahli keluarga, sahabat, dan orang-orang sekeliling, mungkin belum kena caranya, atau masanya belum tiba..milik kita hanya usaha..yang nak bukakan hati itu Allah..insyaAllah semoga saya selalu ingat ini..

kalau ada masa tengok lah rookies, adegan 2 tak sepatutnya ada la dua tiga  kot setakat nieh (epi 7) tapi tak bnyak dan tak teruk..amek yang baek 2 je yer...sayonara...

asy-Syams:
7. Demi jiwa serta penyempurnaannya..
8. maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan.
9. sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu
10. sungguh rugi orang yang mengotori jiwa itu.

link kalau nak tengok cita ni online: http://www.dramacrazy.net/japanese-drama/rookies/

An-nur furqan:
peminat tegar korea/jepun

Antara Fitnah atau Perhiasan Paling Berharga..

Dan sabda Rasulullah,

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih besar kepada lelaki melebihi fitnah wanita." (HR Bukhari & Muslim)

Dan Sabda Rasulullah SAW,
"sebaik baik hiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah"

maka dari 2 hadis di atas dapatlah, ada dua kemungkinan yang boleh dibawa oleh wanita iaitu sama ada fitnah atau sebagai perhiasan. yang mana satu? wanita itulah yang memilih melalui perwatakan, akidah, akhlak dan sebagainya..

kadang-kadang ada wanita, memang dah jadi kebanggaan bagi diri dia bila dia dapat buat ramai lelaki suka pada dia,  ada wanita yang sanggup buat apa saja untuk ini, nak berpakaian seksi pun tak kisah, nak gadai maruah sana sini, semata-mata nak dipuji.. 

entahlah kadang-kadang tak faham juga, apa guna ramai orang yang suka, diorang suka pun bukan ikhlas mana, sementara cantik nieh yer lah kot...tapi bukan tu la yang nak ditekankan kat sinie..hmm sebenarnya nak kata, tak takutkah kita kalau kita sebagai wanita yang melalaikan orang lain?..saya rasa bukan sebab nie Allah ciptakan kita..sepatutnya setiap muslim bantu membantu mengingatkan muslim lain untuk ingat kepada Allah, bukan lalaikan orang dari Allah..

sentiasa ingatkan orang lain untuk ingat pada Allah tu adalah salah satu dari cara kalau kita sayangkan seseorang..sebabtu saya tak berapa nak faham, kalau ada orang yang kata dia saling cinta mencintai tapi tak nak jaga batasan agama, pegang sana sini dah satu hal, kes besar lain berzina pulak tu, rasa sayang la..orang pandang cinta dalam definisi yang salah..kita rasa bahagia la sekarang kut..tapi sampai bila, kalau bertahan kat dunia nie pun, kat akhirat macam mana, sanggup kita kena siksa dalam neraka ? bersama-sama dengan orang yang kita cinta?sanggup tengok dia kena bakar, kita pun kena bakar..masa tu takutnya, masing-masing menyalahkan masing-masing, dan cinta tukar jadi benci buat selama-lamanya ..

maka, rasanya kita kena ubah cara kita, Allah tak halang nk bercinta, kita kena cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan agama, ibu bapa, pasangan dan orang lain..cinta lelaki dan wanita pun satu fitrah yang Allah bagi. tapi fitrah kena juga ikut syariat, syariat yang nak pastikan kita nie selamat dunia dan akhirat..

susahkah? ....saya faham, ramai mungkin lebih dari tahu syariat tapi tetap abaikan sebab dia takut tak da pasangan sampai bila - bila..hmmm  tue la dilema alam membujang..entahlah tapi kalau kita benar-benar rasa kita hamba Allah yang benar-benar cintakan Allah, sanggupkah kita gadaikan cinta Allah demi cinta manusia? gadaikan cinta Allah demi manusia tue, sebenarnya gadaikan cinta manusia juga, sebab kita sedang membinasakan orang kita cinta dalam fitnah kelalaian..

ingat kita tak mampu cinta manusia sebelum cinta diri sendiri, dan kita tak mampu cinta diri sendiri sebelum kita cintakan Allah..kita mungkin rasa cukup dengan cinta manusia dan membelakangkan cinta Allah di dunia, tapi adakah kita yakin kita mampu selamat tanpa cinta Allah di akhirat?sama- sama kita fikirkan...

buat diri saya dan semua..semoga kita sentiasa faham bahawa cinta itu adalah tanggungjawab..kita bertanggungjawab untuk fahamkan dan ingatkan diri kita dan orang sekeliling kita yang kita cinta bahawa, kita di dunia untuk beridabah kepada Allah...dunia tempat persinggahan , akhirat tempat abadi, jika kita berjaya sebagai hamba yang soleh di dunia, kita akan bertemu lagi di akhirat nanti untuk bercinta lagi, tapi jika kita gagal, mungkin kita akan saling bermusuhan di akhirat..kerana terlalu takut melihat azab menyebabkan penduduk neraka saling menyalahkan..

 “Dan barangsiapa yang berpaling daripada peringatan AKU, sesungguhnya mereka akan berada dalam kehidupan yang sempit. Dan KAMI akan membangkitkan mereka ketika hari kiamat nanti dalam keadaan buta. Dan berkatalah(mereka yang berpaling) Wahai RABB, kenapa KAU bangkitkan aku dalam keadaan buta sedangkan aku dahulu(di dunia) merupakan seorang yang celik? Begitulah telah datangnya ayat KAMI kepada kamu tetapi kamu melupakannya, maka seperti itu jugalah pada hari kau dilupakan pula(oleh ALLAH)”- Toha: 124-126
An-nur Furqan:
Semoga saya dapat jadi anak yang lebih baik, kakak yang lebih baik, sahabat yang baik, dan nanti jika diizinkan Tuhan isteri yang baik, menantu yang baik, guru yang baik..yang masih belum sempurna..An-nur Furqan/Nur hidayah..

Friday, July 8, 2011

Walaupun hanya sebesar zarah...

upsi-aida
07.07.2011
07:22 PM


"azam aku mau buang sgl perasaan benci dlm diri. Sntiasa m'buat kebajikan. InsyaALLAH"


monolog dalaman: "  Aida ni apa kena, tertiba ja nak buat azam, bagusnya.."


to:
upsi-aida


"alhamdulillah, ssh kan da, tp tak mustahil, kdg 2 rasa nak menangis bila ingat skp tak berhati perut orang kt kita"


hidup ni penuh tanggungjawab kan? sentiasa memaafkan kesalahan orang lain pun tanggungjawab jugak. sebab kita sendiri sentiasa nak orang lain dan Allah maafkan kita bila kita buat salah.

hidup jugak, bukan la setakat celik mata, makan, pegi kerja, balik kerja, rehat, rasa boring berhibur ..kita kena fikirkan tugas kita..kena fikirkan bekalan kita..

sebab, kita hidup sekarang bukan setakat berusaha untuk bahagia di kehidupan ini, tapi kena la jugak nak berusaha untuk kehidupan kedua tanpa mati di akhirat nanti..

Hidup perlu bermatlamat

bukan setakat nak pasang matlamat, nak keja bagus, nak ada rumah sendiri, kereta sendiri, tapi lebih dari itu, matlamat hidup untuk sentiasa buat baik..

jadi apa salahnya, bangun ja pagi, kita dah tetapkan matlamat kita hari ini. doakan pada Allah, jadikan kita manusia yang bersyukur atas nikmat yang dia dah bagi setakat ini. ada manusia yang dah mati hari ini, tapi kita tetap dapat hidup, sempurna pancaindera semua, dan doakan juga sisa hidup yang ada dapat kita gunakan untuk buat baik.

sentiasa buat baik, bukanlah susah, nak kata senang pun tak ..tapi kadang-kadang kita terlepas pandang benda-benda kecil yang kita boleh buat hari ni yang boleh dapat pahala, insyaAllah dengan niat yang betul..

walaupun benda tue  sekadar tolong mak cuci pinggan, setakat kemas rumah, baca beberapa helai dari buku, salin beberapa patah kata-kata hikmah atau hadis, semua tu kalau nak fikir betul-betul, tak la susah sangat kan..cuma malas dengan rajin jer.

Jadual Ibadah

lagi bagus kalau kita ada tetapkan matlamat ibadah kita dalam sehari, seminggu atau sebulan, walaupun kita tak penah pun rekodkan, cukuplah sekadar janji pada diri sendiri. yang mana kita rasa kita boleh capai..

sebagai contoh, sekarang waktu cuti, saya rasa saya mampu untuk baca al-quran sekurang-kurangnya 1 helai selepas setiap solat fardu. jadi sehari total = 5 mukasurat. kalau saya skip mana-mana waktu, saya bertanggungjawab untuk ganti balik pada waktu yang lain.. selain tu kalau sapa yang mampu, tetapkan la, mungkin kita akan guna beberapa jam seminggu untuk baca tafsir..atau zikir..apa -apa saja yang kita rasa mampu..

*semua ni bergantung kepada individu. walaupun sikit, tapi kalau berterusan, lagi bagus dari buat banyak tapi setahun sekala kan?. sebab kalau buat macam nieh rasa, mungkin jugaklah nampak kita nieh ada usaha nak simpan amal akhirat, bukan setakat berangan ja..walaupun semua tu belum tentu ..

selain tu, nak kena jaga juga:
- ikhlas ke tak amal kita
-sentiasa jaga silaturahim
-usaha pada akhlak yang baik

memang bukan senang kalau kita betul-betul nak buat dengan baik, tapi tak mustahil sebab Rasulullah dan para sahabat dah buat.:

Rasulullah yang juga manusia biasa macam kita:-

-solat malam sampai kakinya bengkak, walaupun Allah dah jamin dia masuk syurga, dia buat semata-mata sebagai tanda syukur kepada Allah
- sentiasa buat baik pada jiran tetangga, keluarga bahkan orang-orang kafir.
- hormat pada orang miskin.
-dan walaupun dia pemimpin masyarakat, disegani, dia sentiasa rendah diri dan sedar dia hanya hamba Allah.

*maka adalah baiknya, kita sentiasa fikirkan apa perkara baik yang kita nak lakukan hari ini, walaupun perkara tu nampak macam remeh temeh. Setiap kebaikan walaupun sebesar zarah tetap dikira kebaikan disisi Allah dan dapat mendekatkan kita dengan-Nya. Sebaliknya, setiap keburukan tetap dikira keburukan walaupun hanya sebesar zarah, dan menyebabkan kita lebih jauh dari Allah, dan lebih dekat dengan Neraka...

al-kahfi:49

" Dan diletakkan kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakukan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata, "betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil atau besar melainkan tercatat semuanya," dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang juapun."