Thursday, July 14, 2011

Antara Fitnah atau Perhiasan Paling Berharga..

Dan sabda Rasulullah,

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih besar kepada lelaki melebihi fitnah wanita." (HR Bukhari & Muslim)

Dan Sabda Rasulullah SAW,
"sebaik baik hiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah"

maka dari 2 hadis di atas dapatlah, ada dua kemungkinan yang boleh dibawa oleh wanita iaitu sama ada fitnah atau sebagai perhiasan. yang mana satu? wanita itulah yang memilih melalui perwatakan, akidah, akhlak dan sebagainya..

kadang-kadang ada wanita, memang dah jadi kebanggaan bagi diri dia bila dia dapat buat ramai lelaki suka pada dia,  ada wanita yang sanggup buat apa saja untuk ini, nak berpakaian seksi pun tak kisah, nak gadai maruah sana sini, semata-mata nak dipuji.. 

entahlah kadang-kadang tak faham juga, apa guna ramai orang yang suka, diorang suka pun bukan ikhlas mana, sementara cantik nieh yer lah kot...tapi bukan tu la yang nak ditekankan kat sinie..hmm sebenarnya nak kata, tak takutkah kita kalau kita sebagai wanita yang melalaikan orang lain?..saya rasa bukan sebab nie Allah ciptakan kita..sepatutnya setiap muslim bantu membantu mengingatkan muslim lain untuk ingat kepada Allah, bukan lalaikan orang dari Allah..

sentiasa ingatkan orang lain untuk ingat pada Allah tu adalah salah satu dari cara kalau kita sayangkan seseorang..sebabtu saya tak berapa nak faham, kalau ada orang yang kata dia saling cinta mencintai tapi tak nak jaga batasan agama, pegang sana sini dah satu hal, kes besar lain berzina pulak tu, rasa sayang la..orang pandang cinta dalam definisi yang salah..kita rasa bahagia la sekarang kut..tapi sampai bila, kalau bertahan kat dunia nie pun, kat akhirat macam mana, sanggup kita kena siksa dalam neraka ? bersama-sama dengan orang yang kita cinta?sanggup tengok dia kena bakar, kita pun kena bakar..masa tu takutnya, masing-masing menyalahkan masing-masing, dan cinta tukar jadi benci buat selama-lamanya ..

maka, rasanya kita kena ubah cara kita, Allah tak halang nk bercinta, kita kena cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan agama, ibu bapa, pasangan dan orang lain..cinta lelaki dan wanita pun satu fitrah yang Allah bagi. tapi fitrah kena juga ikut syariat, syariat yang nak pastikan kita nie selamat dunia dan akhirat..

susahkah? ....saya faham, ramai mungkin lebih dari tahu syariat tapi tetap abaikan sebab dia takut tak da pasangan sampai bila - bila..hmmm  tue la dilema alam membujang..entahlah tapi kalau kita benar-benar rasa kita hamba Allah yang benar-benar cintakan Allah, sanggupkah kita gadaikan cinta Allah demi cinta manusia? gadaikan cinta Allah demi manusia tue, sebenarnya gadaikan cinta manusia juga, sebab kita sedang membinasakan orang kita cinta dalam fitnah kelalaian..

ingat kita tak mampu cinta manusia sebelum cinta diri sendiri, dan kita tak mampu cinta diri sendiri sebelum kita cintakan Allah..kita mungkin rasa cukup dengan cinta manusia dan membelakangkan cinta Allah di dunia, tapi adakah kita yakin kita mampu selamat tanpa cinta Allah di akhirat?sama- sama kita fikirkan...

buat diri saya dan semua..semoga kita sentiasa faham bahawa cinta itu adalah tanggungjawab..kita bertanggungjawab untuk fahamkan dan ingatkan diri kita dan orang sekeliling kita yang kita cinta bahawa, kita di dunia untuk beridabah kepada Allah...dunia tempat persinggahan , akhirat tempat abadi, jika kita berjaya sebagai hamba yang soleh di dunia, kita akan bertemu lagi di akhirat nanti untuk bercinta lagi, tapi jika kita gagal, mungkin kita akan saling bermusuhan di akhirat..kerana terlalu takut melihat azab menyebabkan penduduk neraka saling menyalahkan..

 “Dan barangsiapa yang berpaling daripada peringatan AKU, sesungguhnya mereka akan berada dalam kehidupan yang sempit. Dan KAMI akan membangkitkan mereka ketika hari kiamat nanti dalam keadaan buta. Dan berkatalah(mereka yang berpaling) Wahai RABB, kenapa KAU bangkitkan aku dalam keadaan buta sedangkan aku dahulu(di dunia) merupakan seorang yang celik? Begitulah telah datangnya ayat KAMI kepada kamu tetapi kamu melupakannya, maka seperti itu jugalah pada hari kau dilupakan pula(oleh ALLAH)”- Toha: 124-126
An-nur Furqan:
Semoga saya dapat jadi anak yang lebih baik, kakak yang lebih baik, sahabat yang baik, dan nanti jika diizinkan Tuhan isteri yang baik, menantu yang baik, guru yang baik..yang masih belum sempurna..An-nur Furqan/Nur hidayah..

No comments: