Yang pertama sekali, saya sendiri tak faham kenapa beberapa minggu nie perasaan nak menulis hanya pada hari jumaat. Padahal Jumaat, Sabtu, Ahad dan Rabu selalunya ada aktiviti. Masih berbaki Isnin, Selasa dan Khamis yang sangat- sangat free dan ada dirumah..hmm tue la kadang-kadang sibuk tu bagus jugak..bagi saya la..bila ingat-ingat balik banyak artikel dalam blog ni ditulis masa tengah sibuk di universiti kut dengan persatuan, assignment, field trip..semua tue tak membantutkan..berbanding waktu cuti nieh..haish, otak pun rasa tak berapa nak berkembang..tapi yang bagusnya bolehlah banyak membaca sikit, kalau time praktikal dulu, nak habiskan majalah solusi tue, 3 bulan satu majalah tak habis 2..konon ja usung pi sekolah kut ada masa nak baca..
Ok, makanya harinie saya kongsikanlah apa yang saya dah baca. Tajuk bukunya Unawareness : A sly Treat, karangan Harun Yahya…kalau nak suruh saya yang translate maksudnya ketidaksedaran adalah satu penipuan yang licik..eheh cam lawak pulak bila translate. Jadi pembukaan buku nieh pun dimulakan dengan surah al-Anbiya’ 1-2
“Telah semakin dekat kepada manusia hari perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaaan lalai dengan dunia dan berpaling dari akhirat. Setiap diturunkan kepada mereka ayat-ayat baru dari Tuhan, mereka mendengarnya sambil bermain-main”
Hari perhitungan amal memanglah makin dekat sebab masa kita di dunia nieh pun memang sah makin pendek..kalaupun kiamat lambat lagi, umur kita tahan sampai kiamat ker?kalau dah Allah takdirkan 63, kiranya kalau sekarang nie 23, ada la lagi 40 tahun.. tapi tetap sangatlah kalau kita masih menilai 23 tue muda sangat lagi, nak enjoy sana sini, tak nak peduli perintah dan larangan dalam Al-quran, maka memang sangat la kita rugi..bak kata mak ngah, kita tak tahu lagi nanti kita tua kita sihat ke sakit..larat lagi ker nak beribadat..mati pun Allah sembunyikan bila waktunya, sebab nak bagi kita sentiasa berwaspada..
Berbalik kepada buku nieh, secara ringkasnya, setakat saya fahamlah, kebanyakan manusia tidak sedar akan kewujudan Allah, tak sedar dan tak ambil peduli.. dan kalau ada yang sedar pun diorang tak peduli apa yang Allah perintahkan, apa yang Allah larang. Apa yang penting bagi mereka ialah apa yang mereka nak di dunia nieh diorang dapat..tak kiralah dengan cara apapun..sikap “saya tak peduli” ni takutnya banyak makan diri nanti, dan rosakkkan masyarakat..
Jadi sebenarnya Allah dah turunkan macam – macam tanda yang menunjukkan bahawa Allah itu ada, wujud, dan bila manusia sedar semua tu, harapnya diorang akan lebih terdorong untuk lebih faham dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai hamba yang baik.. sama ada dari segi penciptaan langit dan bumi, siang dan malam dan sebagainyalah (al-baqarah: 164).
Tetapi tetap jugalah sebab bak kata ustaz dan ustazah, dan orang-orang tua bila nak nasihat anaknya..sebab korang tak nampak pahala tu dalam bentuk duit ringgit sebab tu masing-masing liat nak buat. Dan sebaliknya, kadang-kadang dosa tu Allah tak balas di dunia terus, masing-masing tak rasa besalah nak buat dosa.. jadi mereka inilah, saya dan anda juga pembaca, kadang-kadang ambil mudah beberapa perkara yang membawa dosa dan pahala..kita mungkin pernah dan sedang dan akan menjadi mangsa ketidaksedaran..tak sedar akan ada hari perhitungan nanti..
Jadi untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri orang yang tak sedar ni..boleh la baca sendiri kat website harun yahya..boleh download free..saya sendiri baru mukasurat 38 ( Reasons for unawareness).
Al-A’raf : 179
“ Dan sungguh, akan kami isi neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tak digunakan untuk memahami ayat –ayat Allah dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah, dan mereka memiliki telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah”
An-nur Furqan:
Usahalah setiap hari supaya ada satu ilmu yang baru yang kita pelajari, ayat quran yang kita baca. Hidup di dunia nieh ibarat macam memandu di jalan raya, memang la mengetahui peraturan jalan raya saja tak cukup untuk menjamin keselamatan kita, tapi lebih selamat la kalau dibandingkan dengan tak tahu peraturan langsung dan tak nak ikut peraturan kan? Jadi cubalah Kenal Allah, kenal perintah dan larangan Allah....semoga Allah beri petunjuk kepada kita semua..Amin.
No comments:
Post a Comment