Saturday, November 17, 2012

Kem Hufaz Cilik, Nazim Kuala Kangsar



Kem Huffaz Cilik Nadi al-Azim (NAZIM) Kuala Kangsar merupakan program yang dianjurkan oleh Nadi al-Azim ( NAZIM),sebuah kelab Ikatan Muslimin Malaysia.Kelab ini dalam ertikata lain boleh dijolokkan sebagai Kelab Anak-anak Hebat. Program ini bertujuan membimbing,mendidik,memberi pengalaman dan latih tubi dalam usaha melahirkan anak-anak yang cintakan Al-Quran dan sentiasa membawa Al-Quran di dalam dada mereka,sebagaimana contoh yang telah ditunjukkan oleh generasi awal Islam.Ia juga menjadi pemangkin dalam pembentukan syakhsiah dan jati diri seorang muslim.Program ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama anak-anak ahli Kelab NAZIM sekitar Gerik,Kuala Kangsar dan Taiping.


Matlamat utama kem ini adalah untuk mengetengahkan potensi diri kanak-kanak dalam hafazan Al-Quran yang berkualiti.Menerusi aktiviti yang diatur,kanak-kanak akan dapat menghafaz surah-surah tertentu dalam Al-Quran.Selain itu,semasa aktiviti kanak-kanak dipupuk dengan sifat sabar,bersemangat untuk melakukan kebaikan dan lebih fokus.

untuk julung-julung kalinya, Nazim kuala kangsar telah menganjurkan kem hufaz cilik pada 10 dan 11 november lalu di masjid ubudiyah kuala kangsar. kem ini mendapat sambutan yang memberansangkan dari anak - anak dari umur 5 hingga 12 tahun sekitar kuala kangsar, taiping dan juga grik.



Sesi pendaftaran peserta



para peserta kursus diagihkan kepada beberapa kelompok bergantung kepada tahap bacaan dan hafalan, disamping itu beberapa orang fasilitator ditugaskan dalam setiap kumpulan untuk memberbaiki bacaan dan membantu hafalan peserta.



peserta diperkenalkan dengan beberapa permainan islami untuk meningkatkan ukhwah/kasih sayang antara sesama peserta

sesi tazkirah yang disampaikan oleh kem komanden, cikgu zaim..


lawatan ke makam-makan berdekatan masjid Ubudiyah



sesi penyampaian hadiah oleh penasihat kelab Nazim Cawangan Kuala Kangsar, ukhti Suhaida Muhamed.


penutup: terima kasih kepada semua ajk yang terlibat secara langsung dan tindak langsung dalam menjayakan Kem Hufaz Cilik 1 anjuran kelan Nazim cawangan Kuala Kangsar...nantikan program-program seterusnya anjuran kelab Nazim Kuala Kangsar di masa akan datang..

untuk maklumat program/kem anjuran Kelab Nazim Kuala Kangsar
emel:
Puan Suhaida Muhamed : ummilubna@gmail.com

Monday, October 8, 2012

Positif terhadap kritikan


Cermin

Cuba fikirkan bagaimanakah kita dapat melihat diri kita sendiri?

Bagaimanakah kita dapat menilai cacat cela yang ada pada diri kita?




Sudah tentu, jawapannya  ialah dengan menggunakan cermin…

Dengan adanya cermin kita dapat menilai sendiri apa kekurangan dan kebaikan yang ada pada diri kita…
dengan adanya cermin kita dapat memperbaiki cacat cela yang ada pada diri kita..

Begitulah juga dan manusia di sekeliling kita…umpamakan mereka ibarat cermin…penilaian mereka terhadap diri kita sama ada yang positif mahupun negatif amatlah berguna untuk kita. Untuk kita tambah baik atau betulkan…

Sesungguhnya manusia memerlukan “cermin” bagi meneliti diri. Anggap saja orang lain sebagai cermin bagi diri kita..melalui merekalah kita mengenal diri kita dengan sebenarnya…

Kita juga adalah cermin bagi orang lain…tapi jangan pula kita terlalu asyik melihat pada cela orang lain hingga lupa untuk memberbaiki cela pada diri sendiri..ini kerana

Orang yang sibuk mencela orang lain selalunya akan mengabaikan usaha memperbaiki dirinya, sebab dia menganggap dirinya sudah sempurna dan lebih baik daripada orang lain.

Satu yang perlu kita ingat…Kalau kita mempunyai kekurangan dan orang lain menghina kita atas kekurangan itu, janganlah kita bersusah hati. kalau orang lain yang mengalami hal begitu, janganlah pula kita menghinanya, tetapi berikanlah sokongan kepadanya. Tidak ada alasan untuk menghina orang lain kerana boleh jadi orang yang kita hinakan adalah lebih baik dari orang yang menghina.

 Ingatlah  Firman Allah dalam surah Al hujurat:49

“wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kaum lelaki yang lain kerana mungkin kaum yang dicemuh itu adalah lebih baik daripada mereka, dan janganlah kaum perempuan mencemuh dan merendahkan-rendahkan kaum perempuan yang lain, kerana mungkin kaum yang dicemuh itu adalah lebih baik daripada mereka.

Apa yang penting dalam hidup ini, jika ingin Berjaya ialah optimis terhadap kritikan…


Kata hukama

“ orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain”

Apa yang penting lagi ialah kita jadikan kritikan atau teguran itu sebagai satu titik tolak untuk kita berubah kearah yang lebih baik..aggap saja dengan kritikan itulah kita telah mengetahui titik kelemahan dalam diri kita…sebenarnya setiap sesuatu tidak lepas dari takdir Allah, jika Allah mentakdirkan kita akan sesuatu perkara, maka pasti ada hikmah disebaliknya..


“ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

mungkin Allah mentakdirkan kita diuji dengan kritikan untuk meransang kita memperbaiki diri.

manusia selalunya sentiasa selesa dengan pujian. Sedangkan kadangkala pujian itu sebenarnya adalah tidak bermanfaat kepada dirinya…

Ihya ‘Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.

Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah:
·         melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya
·          ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.
Manakalah dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah:
·         dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) – kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang
·          orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.


annur furqan:

-->semoga kita sentiasa bekerja kerana Allah, bukan bekerja kerana kata-kata orang lain...jika ada pujian atas kebaikan kita, pulangkan semua kesyukuran itu kepada Allah, kita diberi kekuatan untuk melakukan kebaikan atas izinNya...jika dikeji atas kekurangan...kembalikan taubat atas kekilafan kepada tugas kembalilah memohon ilmu, petunjuk dan kekuatan untuk terus memperbaiki diri menjadi umat yang cemerlang...

Saturday, March 31, 2012

Usrah guru 1: menunjukkan ke arah kebaikan

salam para pembaca, semoga kita hari ini adalah lebih baik dari pelbagai segi. sama ada dari segi ibadah, akhlak, ilmu mahupun kesihatan. semoga dalam hari hari kita tidak kita lupa hakikat penciptaan kita iaitu untuk beribadah kepada Allah, sesuai dengan firman Allah dalam surah Adz-Dzariyat :56

"Dan tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku"

dan semoga Allah sering membantu kita untuk tidak terlalu melekakan diri dengan dunia. supaya hadith ini dapat menyedarkan kita

Sabda Rasulullah SAW,

" sesungguhnya perumpamaan dunia dan diriku adalah seperti seseorang yang beristirehat sejenak di bawah sebuah pohon pada siang yang amat panas, kemudian ia pergi dan meninggalkannya"-HR Ahmad

Alhamdulillah, dalam saya ternanti-nanti dapat sertai mana-mana kumpulan usrah yang terdekat, kat sekolah rupanya ada usrah wajib bagi setiap guru-guru, kami berkumpul bukan untuk bincangkan hal sekolah, budak atau apa 2 yang berkaitan sekolah, tapi sama-sama berkumpul untuk membincangkan tentang amal, tafsir hadith dan sebagainya..menarik kan..hehe nie keistimewaan sekolah under abim..ada usrah untuk pelajar yang mana guru jadi moderator/naqib/naqibah..ada usrah untuk guru juga..:)

Alhamdulillah syukur pada Allah, memang rasa sangat rindu nak kembali sertai usrah..dua tiga hari sebelum ini duk teringat teringat sentiasa rakan rakan usrah saya di matrikulasi dan universiti..indahnya rasa ada rakan rakan seperti mereka yang sentiasa ada untuk menasihati kita, indahnya rasa bila tahu mereka sentiasa disamping kita ikhlas semata mata kerana Allah..manisnya rasa saat 2 sukar, ditimpa kesusahan dan kesedihan..mereka sentiasa ada bersama kita..sama sama membimbing untuk memperteguhkan iman dan percaya dengan janji janji Allah...

hmm berkongsi sedikit apa yang disampaikan oleh ustaz abdul latif..salah satu nasihat ustaz ialah kalau boleh lazimkan diri usaha jugak dalam sehari baca sekurang-kurang 1-2 hadis dan 1-2 helai al quran setiap hari..dan kali ini ustaz berkongsi tentang bab menunjuk ke arah kebaikan dari kitab rihayatul shalihin..

yang pertamanya, setiap kebaikan harus kita ketahui  kecil atau besar memang telah tersedia pahala dari Allah..bahkan hal yang bagi kita sangat remeh seperti membuang rintangan di jalan supaya tidak memudaratkan orang lain, itu dikira sedekah dalam islam...
disisi Allah setiap kebaikan yang kita lakukan adalah sekedah..

perhatikan hadis ini..

"tiap tiap kebaikan adalah sedekah"

Allah juga berfirman tak kan menyia-nyiakan amalan hambanya

" sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan amalannya dengan baik.

selain itu ustaz juga mengingatkan untuk masing-masing berusaha menjadi daie, iaitu orang yang mengajak ke arah kebaikan..dan semua ini seeloknya perlu dilakukan secara bersama..maksudnya tolong menolong dalam dakwah...

lagipula masyarakat sekarang, dilihat ramai yang tak fikir tentang Allah, mereka islam pada nama...ibadah mereka ibadah rutin tanpa "ruh"..maka kita mestilah berusaha memperbaiki diri dan cuba menjadi orang yang berusaha memperbaiki orang di sekelilingnya..



An-nur furqan:
sangat rindukan sahabat -sahabat surah matrikulasi, kadang kadang sampai mengalir air mata kerana tersangat rindu..hmm saper lagi nak berleter bila ada salah sorang jadi manusia pemalas nak turun solat jemaah kt surah blok, alasan ia tidak langsung menimbulkan fitnah kerana solat dengan semua perempuan..dan lagi kalau tak turun tak dengar tazkirah la..tak da pahala baca tadarus quran.., tak dengar lagi berleter kalau malas nak puasa sunat..padahal sunat jer pun..dah tak der orang dah nak bagi semangat waja, nak miscall untuk ingatkan bangun qiyamulail...hmm ingat lagi balik petang -petang lazimnya singgah surau dulu solat jemaah..then letih sangat, tak larat nak baca mathurat..saya akan baring dan dengar suara sahabat nie baca..selalu rasa sayang pada dia bila dengar suaranya..walaupun x la merdu mana..dan bila ada ceramah waktu malam..masing masing buat keputusan untuk pergi walaupun sedia maklum esok ada kuiz, dan semangnya tak study apa langsung lagi..then balik dari ceramah, masing 2 duk jinjing air neskefe, like always cara biasa untuk tidak tidur waktu malam..nak stay up study, sangatlah mujahadah nak tuntut ilmu..kalau kami bergaduh, masing-masing diam tak bercakap, tapi macam biasa tak siapa pun tahu..di mata orang lain, kami adalah sahabat setia..p mana akan sama sama..selalunya lepas solat tu sampai nangis nangis..tak tau la kenapa, bukan kusyuk sangat pun..tapi sebab sedih bergaduh kan..then lepas tu nanti salam -salam (sebab lepas solat memang duk selalu salam) tiba-tiba ja boleh bebaik baik..macam segala masalah tue pergi macam tue ja..agaknya itulah indahnya ukhwah kerana Allah kan..Ya Allah Rahmatilah mereka..semoga amal kami kau tambahkan, akhlak kami Kau elokkan..pertemukanlah kami kembali, kalau bukan di dunia, di SyurgaMu ya Allah...

Sunday, March 25, 2012

Kita bekerja bukan sekadar kerana tanggungjawab, kita bekerja kerana Allah



Salam semua pembaca, semoga semua dalam lindungan Allah selalui. Selawat dan salam bagi kekasih yang kita cinta, Nabi SAW. Semoga Allah sentiasa membantu kita untuk sentiasa mengingatinya dan meneruskan usaha dakwahnya mengajak manusia untuk mentaati Allah.

Yusuf:108
“ katakanlah , inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.”

Fussilat :33
dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “sungguh, aku termasuk orang-orang muslim(berserah diri).”

Semoga dalam masa-masa kita, tetap ada masa untuk betul-betul kita luangkan bagi mengingati Allah, merefleksikan segala tindak tanduk kita, adakah selaras dengan segala peraturan Allah, memperbaiki hati..menghidupkan jiwa..kerana kadang-kadang kita terlalu asyik dengan tugas-tugas seharian yang boleh menyebabkan kita lalai dari mengingat Allah..sedangkan Allah berfirman,

“tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah”

Sebenarnya ibadah dalam skop yang luas, bukanlah termaktub hanya pada solat, puasa, zakat dan sebagainya..lebih dari itu segala perkerjaaan yang kita niatkan kerana Allah akan dinilai sebagai ibadah disisi Allah, sesuai dengan hadith pertama dalam susunan hadith 40

“ Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan

Saya makin kurang menulis sekarang, tak sama macam dulu, kalau menulis dah jadi macam hobi..ataupun mungkin banyak disebabkan saya sentiasa merasa tak layak nak berkongsi apa 2 nasihat, sebab diri sendiri pun tak sesempurna mana..saya takut bila banyak menulis sesuatu yang bersifat muhasabah, orang akan rasa saya sempurna sedangkan saya sendiri masih bermujadah nak laksanakan apa yang saya nasihatkan..
Tapi takutnya, itulah salah satu taktik syaitan untuk kurangkan kita menjalankan tanggungjawab kita menasihati manusia…antara tanggungjawab kita pada manusia ialah sentiasa menasihati kearah kebaikan..dan tanggungjawab kita pada Allah perbaiki segala amal..ikhlaskan hati sentiasa, jangan pedulikan
 cercian manusia, baiki diri..sentiasa ingat kita manusia yang tetap lemah..

Alhamdulillah, di sekolah baru ja lepas intifal akademik..esok para pelajar mula ambil ujian bulan Mac disamping training sukan maksar untuk bulan april..sangat padat jadual pelajar..jadual gurunya juga padat..
Dalam kesibukan ini, saya selalu ingatkan diri..sentiasa muhasabah, segala tugas yang diberi hendaklah dilakukan kerana Allah..bukan semata-mata kerana ini memang tanggungjawab kita..
Bukan sekadar bekerja kerana disuruh oleh ketua, sebab saya memegang jawatan ini dan ini…malah lebih lagi..kita bekerja kerana melaksanakan amanah, kerana Allah suka orang yang amanah dalam kerja..kita meningkatkan prestasi kerja bukan untuk dipuji tetapi untuk meraih cinta Allah kerana Allah suka muslim yang berprestasi..

Semoga beberapa potong hadith dan kalam Allah ini bermanfaat untuk mendorong kita melaksanakan tugas, insyaAllah..

Nabi berpesan bahawa setiap muslim itu haruslah menjaga amanah

“laksanakanlah amanah itu bagi orang yang mempercayaimu dan janganlah kamu berkhianat bagi orang yang mengkhianatimu”
Nabi juga berpesan Allah suka orang yang apabila mengerjakan sesuatu dia bersungguh-sungguh

“sesungguhnya Allah SWT mencintai salah seorang dari kamu jika mengerjakan sesuatu dikerjakan dengan itqan (bersungguh-sungguh)”

Allah juga berpesan, setiap kesulitan akan diikuti dengan kemudahan, sentiasalah bekerja dan berharaplah hanya pada Allah…



Al-insyirah

"maka bersama kesulitan ada kemudahan, maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap”



Friday, February 17, 2012

Semangat baru....




salam..semoga pembaca dalam lindungan Allah selalu...tak da apa sangat yang nak dikongsikan kali ni..just bercerita serba sedikit tentang pengalaman ...

alhamdulillah, tarikh untuk interview pendidikan dah keluar..semoga Allah mudahkan segala-galanya, insyaAllah kita cuba mudahkan urusan orang lain, lakukan segala urusan Allah, yakinlah Allah akan memberikan bantuan kepada kita...

11,12,13 mac insyaAllah kalau tak da aral , sekolah akan hantar wakil intifal (pertandingan) peringkat kebangsaan di gombak..makanya minggu nie dan minggu-minggu seterusnya bakal jadi minggu-minggu yang sangat sibuk..selalunya tamat sesi persekolahan sesi pagi pada jam 2, saya akan terlibat dengan prep, kelas tambahan dan aktiviti kokurikum pada setiap petang dari jam 3-4 ptg..dan malam adalah masa untuk tanda buku dan persediaan mengajar untuk hari esok..dan minggu nie dah start  jalankan tanggungjawab sebagai guru pusat sumber, makanya duk mula pening dan pening bila nak latih budak untuk intifal..sebenarnya dalam hati sangatlah agak-agak berserabut juga nak fikirkan semuanya nie..hinggakan saya sendiri rasa saya dah mula jadi manusia serius sangat, mula pandai nak marah-marah kat pelajar bila diorang buat hal..rasa pelik kenapa susah sangat nak sabar..padahal sebelum nie tak rasa begitu terbeban...

alhamdulillah, ambil masa yang tak berapa nak ada tenangkan diri dan berfikir...ya saya tahu..saya sangat risaukan mereka..sangat nak lakukan yang terbaik walaupun susah..nak kejar silibus, nak cari pendekatan paling sesuai nak fahamkan mereka, nak bagi menang intifal, nak laksana segala tugas..rasa aktiviti sehari-hari habiskan masa fikirkan pelajar lebih dari diri sendiri (ada banyak benda lain fikir juga), maka saya nak mereka hargai apa yang saya buat dan bagi perhatian semua arahan, tak nak lagi main-main..tapi pelajar adalah manusia..ada hari-hari mereka akan buat kita sangat risau, ada hari lain mereka akan buat kita bangga...banyak saya belajar dari mereka..terutamanya belajar memberi...kadang-kadang tak boleh nak harapkan hasil yang baik walaupun dah usahakan dengan sungguh-sungguh, contohnya, buat persediaan mengajar bukan main, sekali masuk kelas habiskan setengah masa hanya nak suruh mereka diam dan bagi perhatian...sangatlah mencabar kewibawaan..

ya lah, ini antara ujian yang Allah bagi pada saya...pada setiap orang ada ujian 2 yang sesuai dengan tahap iman masing-masing..

saya ingin kongsikan kisah seorang pelajar saya...beberapa hari dalam minggu nie dia tak hadir ke sekolah, sangat risaukan dia sebab takut dia berhenti..hmm nak tahu?, diceritakan oleh seorang guru, ibunya datang pada awal tahun merayu pada ustaz (pengetua) untuk terima anaknya bersekolah disitu..walaupun yuran tahun lepas masih tertunggak rm 1200..dia nak sangat anaknya bersekolah..ibunya letakkan baju pelajar saya nie dalam beg plastik sampah jer, sebab dah tak da beg lain yang lebih sesuai agaknya..mashaAllah..pada hari rabu agaknya saya nampak dia hadir, lega hati saya..arinie saya nampak dia senyum dan datang belajar matematik dengan saya..saya bahagia..dia juga sedang diuji oleh Allah, tapi masih boleh terseyum dan teruskan berusaha sebagai seorang pelajar...semoga Allah memberikan kemudahan kepada dia, itulah doa saya....

saya juga ingin kongsikan kisah seorang kakak di kampung saya, saya tidaklah sangat mengenalinya..saya kenal dengannya melalui mak ngah. dia juga tak sempat kenal pada saya...tapi akan saya kongsikan kisah ketabahan dia kepada pembaca :)..pada hujung tahun lepas saya ikut makngah ke majlis  bacaan al-quran di rumah kakak nie..kami hadir disana sekaligus untuk doakan dia..dia sedang sakit tenat waktu tue, barah usus..masih muda, belum berkahwin..sedihnya...mak ngah cerita..abang kakak dia seorang doktor pakar, dah cuba buat pembedahan..semasa pembedahan, didapati..sel kanser sangat rapat dengan salur darah..hanya kesilapan kecil boleh meragut nyawa kakak..maka setelah beberapa jam, semua doktor sepakat jahit balik perut tanpa buang sel kanser..dan untuk rawatan seterusnya, kakak hanya jalani rawatan kemoterapi...hujung tahun lalu..kakak sangat kurus..dan baru-baru ini saya dapat tahu kakak dah meninggal dunia..mak ngah kata...insyaAllah sakitnya akan bantu hapuskan dosa-dosa dia.insyaAllah kami doakan dia ditempatkan bersama orang yang soleh..sedangkan kita masih belum tentu..masih bermujahadah dengan kesihatan dan umur yang panjang...ada masa kita lalai ada masa kita insaf..sebab kita rasa umur kita masih panjang...

kisah yang ketiga...dulu masa saya sedang bekerja di restoran di selangor...saya jumpa dengan seorang adik yang kuat semangatnya...seorang yang cantik, sentiasa ceria..suka nak hadiahkan apa 2 pada saya..dia ajarkan saya cam mana nak buat key chain bantal kecil..satu hari dia bagitahu dia suka buat keychain nie sebab boleh buat dia lupa dia ada penyakit...hmm Ya Allah, semoga dia cepat sembuh...

pembaca, apa yang nak saya kongsikan..setiap orang akan ada masalah sendiri...tapi jadikan ujian yang ditimpakan ke atas kita dapat menjadikan kita seorang yang tabah..terus yakin dengan Allah...Allah akan bantu kita..Allah akan baiki keadaan kita..tepat pada masanya nanti..kita hanya perlu usaha..dan mungkin dalam dunia nie ada orang lain yang lebih bermasalah dari kita..

harinie, seorang guru senyum pada masa sebelum menuruni tangga, saya tengah tunggu kad relief, sebab rasa 2 macam akan dapat relief sebab harinie ramai cikgu tak da..dia kata kad relief untuk saya tak da..dan dia suka tengok saya..saya tanya kenapa..dan dia jawab..sentiasa nampak cool walaupun sebenarnya ada masalah...ceria sana sini...saya hanya mampu tersenyum..alhamdulillah saya harap sentiasa dapat gembirakan orang lain...

saya nak jadi orang macam 3 orang nie, mereka sumber semangat saya..saya nak jadi sumber semangat untuk orang lain...

harinie juga, naik ke bilik guru saya terkejut dengan buku bertingkat-tingkat atas meja..saya buat muka terkejut pelik..cikgu sebelah saya cakap, budak 2 nie hantar buku, diorang cakap saya suruh hantar harinie semua buku...barulah ingat agaknya semalam saya ada pesan suruh buat latihan dan hantar harinie..tapi tak sangka sangat diorang hantar sendiri terus ke bilik guru..tak tunggu saya pergi tanya..dan harinie mereka buat saya bangga..latihan tue bagi waktu tengahari..malamnya mereka kelas tambahan..mesti pakat 2 bertungkus lumus siapkan waktu prep petang..(terharu ingatkan diorang tak hiraukan arahan suruh hantar buku, sebab tak pernah lagi denda orang tak hantar buku)..

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - (Hadis riwayat Muslim)

Monday, February 6, 2012

Letakkan diri kita sebagai yang kedua..



Salam, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ditujukan kepada baginda Nabi SAW..melalui dia kita belajar tentang iman dan bagaimana untuk mengaplikasikan iman dalam kehidupan..
Sesungguhnya orang yang berbahagia adalah orang yang beriman dan mempraktikkan iman dalan kehidupan. Praktikal iman sungguh amat bergantung kepada akidah iaitu kepercayaan kepada Allah. Praktikal terhadap iman itulah yang dijelmakan dalam bentuk amal/akhlak..
Dalam banyak hal, kita suka kan jadi yang pertama?
Pertama dalam apa 2 pertandingan
Pertama dalam prestasi di sekolah/tempat kerja..
Pertama dari segi rupa paras, kebolehan dan macam –macam lagi..

Tapi hari ini, saya nak ajak kita berusaha jadi yang kedua dalam sesetengah hal. Bolehkah?
Kedua dalam apa?
Nak jadi kedua di hati orang 2 yang kita sayang…
Mesti ada yang tak nak kan..
Tapi kalau yang pertama di hati mereka adalah Allah, Rasul dan Agama..adakah sesiapa yang setuju untuk jadi yang kedua…
 Allahlah yang patut jadi yang pertama di hati kita an di hati mereka, malah sesiapapun…kerana Allah sangatlah sayangi diri makhluk 2 nya, lebih dari sesiapapun..lebih dari diri kita sendiri, lebih dari ibubapa kita…
Kita teliti hadis nie…

Dari Umar bin al Khattab RA berkata:“Bahwa beliau datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu ketika ia mendapatkan seorang anak di antara tawanan tersebut, dia langsung mengambil anak itu lalu memeluknya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi ALLAH, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH lebih mengasihi hamba-NYA daripada wanita ini terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Makanya..harus kita sedar, kasih sayang Allah pada kita melebihi sesiapapun…
Samalah juga.
Kasih sayang Allah pada mereka 2 yang kita sayang sangatlah melebihi kasih sayang kita kepada mereka..
Allah dapat memelihara mereka lebih dari kita.., dapat berikan apa yang mereka inginkan lebih dari kita beri..
Dan paling penting Allah saja dapat selamatkan kita dan mereka dari api neraka..maka selayaknya dari hati mereka ada Allah sebagai yang pertama..
Maka praktikalnya…nampaknya beberapa dialog 2 biasa dalam kehidupan dah kena tukar sedikit sebanyak…
Kalau dulu hantar ibu bapa hantar anak ke asrama akan kata :-
“nanti di sana jangan lupa ibu/ayah ya”
Sekarang
“nanti di sana jangan lupa Allah ya, yang Dia suruh buat, yang Dia larang tinggalkan”
Dan kalau dari sisi seorang guru (amik guru sebab diri sendiri guru)..kalau berjaya tanamkan roh cinta pada Allah dalam hati para pelajarnya..insyaAllah akan lahirkan pelajar yang taat pada guru dan ibubapa..jujur, amanah..dah boleh atasi gejala “toyol” di musim peperiksaan..
Tapi rasanya, kalau dari sisi seorang isteri..kene ikhlas-ikhlaskan juga berada di tangga ketiga di hati suaminya, sebab seorang lelaki yang dah bergelar suami pun..tanggungjawab pada keluarganya masih tak terlepas/tak dapat diabaikan…

Tapi lain dengan isteri..bagi seorang wanita yang telah berkahwin..tanggungjawab ke atas suami adalah melebihi tanggungjawab ke atas keluarga..maknanya dalam hati isteri suami jatuh tempat kedualah selepas Allah,Rasul dan Agama..

An-nur Furqan,
Tak kan rugi kita cintakan Allah lebih dari segala-galanya, juga tak kan rugi kita meredhakan orang 2 yang kita sayangi  untuk cintakan Allah, Rasul dan Agama lebih dari diri kita dan lebih dari segalanya..Agama banyak mengajar erti tanggungjawab dan kasih sayang..percayalah lebih mereka cintakan Allah, maka akan lebih terjamin cinta mereka terhadap kita..lebih terjamin hidup mereka dunia dan akhirat..kita tak dapat pelihara mereka sepertimana peliharaan Allah ka atas mereka….semoga Allah membantu kita..:)

Friday, February 3, 2012


Yang terulang-ulang…
Salam, sahabat-sahabat pembaca..semoga semuanya dalam redha Allah selalu..atas permintaan saudari yang disayangi..saya teruskan menulis blog yang telah lama terbengkalai ni..l sebelum ini lebih banyak post kata-kata nasihat, hadis atau kata-kata motivasi hanya di fb sahaja, tue pun kadang-kadang korek mana 2 dari buku dan hasil pembacaan lain..tue saja saya mampu buat mungkin, sebagai bekalan hari kemudian..walaupun kadang-kadang rasa jugak perlu ker? Ada ker orang nak amik peduli tu semua..selalunya status 2 cam tue hanya ibarat angin lalu saja..tak se famous status 2 lain..tapi just fikir..mungkin dalam ramai –ramai..ada sorang dua terbaca dan amik iktibar atas segala nasihat dan motivasi..pahala tu dah tertulis untuk saya..dan kalau dia nanti akan ajarkan orang lain..pahala akan tertulis lagi untuk saya..macam tue la Allah membalas kebaikan menyampaikan sesuatu yang baik..

Menyampaikan sesuatu yang baik tak semestinya melalui ceramah, tazkirah panjang lebar, lebih baik dan berkesan semuanya dapat kita pamerkan melalui tingkah laku dan tauladan…cuba fikirkan begini..contoh di tempat kerja kita, kita adalah seorang yang amanah, rajin bekerja dan ceria..sentiasa tersenyum, kurang berkira, pandai menghormati orang lain..mungkin dihati majikan dan rakan sekerja, mereka akan mengangumi kita..mungkin akan ada rakan 2 lain yang bersemangat dengan semangat yang kita tunjukkan..malah mungkin suatu hari nanti setelah kita pergi dari situ..nama kita akan selalu disebut 2..mungkin suatu hari nanti mereka akan bercerita dengan pekerja baru yang tak pernah kenal kita pun, tentang peribadi kita, sikap rajin dan amanah kita..hinggakan menimbulkan kekaguman pada orang tue dan jadi ikhibar bagi dia untuk mencontohi kita WALAUPUN dia tak pernah kenal kita…still kita telah menyampaikan sesuatu yang baik kan..tapi cuba fikirkan sebaliknya…kalau kita hanya orang yang TAHU CAKAP tapi tak laksanakan pun apa yang kita katakan, mana mungkin orang akan mempercayai kita..kata-kata kita akan jadi fitnah buat diri sendiri…

Seperti jugak benda baik boleh tersebar secara terus-menerus , sesuatu yang jahat juga sentiasa tersebar secara terus menerus…
kadang-kadang kita biasa dengar.. , selalu di asrama mesti sangat popular kes senior buli junior dan kemudian junior suatu hari nanti bila dah bergelar senior akan buli adik 2 pula..manusia suka mengulang-ngulang kesilapan yang pernah dibuat pada dirinya, pada diri orang lain..sepatutnya dia tahu dan faham perasaan ditindas dan dikhianati dan dia tak kan biarkan dirinya menyakiti orang lain dengan cara sama dia disakiti..

Macam tue juga remaja sekarang yang banyak hilang arah kerana adanya keluarga yang porak peranda..ibubapa yang tak faham tugas sebagai ibu bapa..abaikan anak-anak..akhirnya anak-anak yang rasa dirinya diabaikan  cari cinta dan kasih sayang di luar..mungkin ada yang sampai terjebak ke lembah zina dan melahirkan anak luar nikah…akhirnya dia sendiri tinggalkan atau lebih dahsyat lagi membunuh anaknya sendiri..dan nampaknya dia telah meneruskan sikap ibu bapa tak bertanggungjawab  tue..
Akhirnya jadilah keburukan dan sentiasa berterusan..susah juga kan..susah untuk tak menjadi gay bila kehidupan anda dikelilingi gay..susah untuk solat kalau ibubapa tak solat, housemate teman suma bukan jenis menunaikan solat, susah untuk jadi orang yang penuh kasih sayang kalau diri sendiri pun sering diabaikan tanpa kasih sayang..
Sebab tue, gunanya orang yang senantiasa tak meninggalkan memberi nasihat yang baik..jangan terus menghukum..tapi selidiki punca masalah baru kita dapat cari cara penyelesaian..
Dakwah ialah mengajar manusia untuk kembali kepada Allah..untuk mengenal Allah..dengan mengenal Allah, manusia akan mula takut melakukan kejahatan, dan akan suka melakukan kebaikan..pada masa ini dirinya tidak lagi melakukan sesuatu kerana manusia tapi kerana Allah..hinggakan dia tetap membalas kebaikan walaupun diberi keburukan..Dia sentiasa rasa disayangi walaupun hakikatnya dia sebatang kara…sentiasa rasa diri diawasi..sentiasa rasa ada yang ambil peduli..rasa adanya Allah dengan dirinya..
dan sebagai manusia biasa, kita yang diberi nasihat, harus sentiasa merendah diri..cuba memperbaiki setiap kekurangan..tak kisah nasihat tu datang dari sesiapapun..dari kanak-kanak kecil, orang tak berpangkat..hatta dari musuh sekalipun...


An-nur Furqan,
Sentiasalah berdoa, Allah tunjukkan sentiasa tunjukkan jalan untuk kita memperbaiki diri dan tak golongkan kita dalam lingkungan orang yang zalim..akhlak yang baik adalah ibadah..:) jangan tinggalkan ia kerana islam tersebar dengannya…