Monday, June 17, 2013

Dari Mana datangnya oksigen?



Pelajar biasanya dah didedahkan dengan konsep pernafasan dan fotosintesis sejak dari sekolah rendah lagi. Proses pernafasan atau respirasi ialah proses yang memerlukan gas oksigen dan membebaskan gas karbon dioksida.
Sebaliknya…proses fotosintesis pula ialah suatu proses yang memerlukan karbon dioksida dan membebaskan oksigen…
Haiwan hanya menjalankan respirasi…
TETAPI
tumbuhan membina makanan sendiri melalui proses fotosintesis. untuk proses ini tumbuhan memerlukan air, gas karbon dioksida dan menyerap cahaya matahari dengan bantuan klorofil. Klorofil ialah pigment yang terdapat pada bahagian tumbuhan seperti daun dan batang…kehadiran klorofil menjadikan tumbuhan hijau.
SELAIN ITU,
Tumbuhan memerlukan tenaga untuk proses hidup seperti fotosintesis,
pertumbuhan, pengangkutan aktif dan pembiakan. Oleh itu tumbuhan perlu
menjalankan respirasi  untuk mendapatkan tenaga. Pernafasan dalam tumbuhan
berlaku sepanjang hari iaitu siang dan malam untuk membekalkan tumbuhan
dengan bekalan tenaga yang mencukupi Oksigen diperlukan untuk respirasi.
Pada tumbuhan darat, oksigen diperolehi secara resapan ringkas melalui dua
organ pernafasan iaitu stoma dan lentisel.
OKSIGEN
Melalui proses fotosintesis, tumbuhan akan menghasilkan gas oksigen...selain diperlukan dalam proses respirasi…gas oksigen yang dihasilkan oleh tumbuhan juga diperlukan untuk membantu pembakaran, pengaratan dan pereputan.
KAJIAN JOSEPH PRIESTLY
Pada kurun ke-17 ,Seorang pengkaji Inggeris bernama Josept Priestly telah membuktikan oksigen diperlukan untuk pembakaran.


·         Sebatang lilin telah diletakkan di bawah sebuah balang lut sinar yang kedap udara dan didedahkan kepada cahaya matahari.
·         Sebuah balang lut sinar lagi diletakkan di bawahnya sebatang pokok pasu dan sebatang lilin yang menyala dan  didedahkan kepada cahaya matahari.
·          Sebuah balang gas yang kedap udara lagi diletakkan di bawahnya seekor tikus yang hidup
·         Balang gas yang terakhir diletakkan seekor tikus hidup dan sebatang pokok pasu.
       Kajian tersebut mendapati
·         lilin yang diletakkan di dalam balang gas yang kedap udara padam dengan cepat sedangkan lilin yang diletakkan bersama-sama dengan sebatang pokok pasu terus hidup.
·         Tikus yang diletakkan dalam balas gas mati tetapi tikus yang diletakkan di dalam balas gas bersama –sama dengan pokok pas uterus hidup.
INI MENUNJUKKAN BAHAWA….OKSIGEN YANG DIHASILKAN OLEH POKOK PASU (TUMBUHAN HIJAU) MEMBANTU PEMBAKARAN DAN PERNAFASAN.

Al-QURAN MENCERITAKAN TENTANG OKSIGEN
Menariknya…Allah telah menyatakan tentang semua ini di dalam al quran lebih 1400 tahun dahulu iaitu pada ayat ke 80 surah yasin..
“ Dia yang menjadikan untukmu api dari tumbuhan hijau iaitu apabila kamu daripadanya menyalakan”

Thursday, June 13, 2013

KENAPA POKOk WARNA HIJAU?




KENAPA POKOk WARNA HIJAU?


Actually, soalan nie memang soalan famous yang akan saya tanya kepada pelajar kalau masuk bab fotosintesis….
Bagi pelajar pmr, mereka perlu tahu dan ingat tumbuhan menjalankan 3 jenis proses iaitu fotosintesis, respirasi dan transpirasi…ramai pelajar  saya yang suka salah faham, iaitu apabila pokok dah jalankan fotosintesis ..pokok tidak lagi berespirasi…bagi mereka respirasi atau pernafasan hanya dijalankan oleh haiwan dan manusia…tu satu pandangan yang salah
Proses:
Fotosintesis- tumbuhan membuat makanan sendiri dengan menggunakan air dan karbon dioksida dan dengan kehadiran cahaya yang diserap oleh klorofil.
Respirasi-Respirasi merupakan proses penguraian glukosa menjadi air dan karbon dioksida. Proses respirasi akan menghasilkan tenaga.
Transpirasi- proses dimana tumbuhan kehilangan air dalam bentuk wap air melalui stoma daun..
Dan yang hebatnya ketiga-tiga proses nie melibatkan air…cam yang dah ditulis sebelum nie…Allah dah bagitau siap-siap dalam al-quran peranan air pada tumbuhan hijau, tapi saintis baru sedar pada kurun ke -17…Masya Allah..tu la mukjizat al –quran..
 Kita jawab dulu soalan tadi…pokok warna hijau…
Pokok berwarna hijau kerana kewujudan pigmen klorofil…
Pigmen nie senang nak cerita kat pelajar ialah bahan yang menentukan warna tumbuhan itu sendiri…ada banyak jenis…ada banyak warna…
Klorofil- hijau
Antosianin-jingga,merah
Flavonoid-kuning
Tannin-kuning atau tak berwarna
Karotenoid-kuning dan merah
Xanton-kuning

Fungsi pigment ialah menyerap cahaya matahari,disamping tu ia juga memberikan warna kepada tumbuhan…hebatkan…dan Allah juga cerita tentang warna pada tumbuhan dalam al-quran…

Surah an-nahl…surah nie banyak cerita nikmat Allah kalau kit baca...

Lagi fungsi air pada tumbuhan

10: Dan Dia (Allah) menurunkan air dari langit untuk kamu; daripadanya (menjadi) minuman dan daripadanya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang padanya kamu menggembalakan (ternakan kamu).

11: Ditumbuhkan-Nya (Allah) untuk kamu dengannya (air dari langit itu), tanam-tanaman (seperti) zaytun, tamar, anggur dan pelbagai buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang memikirkannya.

12: Dan Dia (Allah) memudahkan untuk kamu malam dan siang, matahari dan bulan. Dan bintang-bintang (juga) dimudahkan dengan perintah-Nya (Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berakal.

warna pada tumbuhan


13: Dan Dia (Allah) sediakan untuk kamu di bumi ini pelbagai warna. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu mengambil peringatan.

catatan : kadang-kadang best jugak bawak budak-budak belajar kat luar kelas tengok pokok sambil tanya soalan kalau ada yang berkaitan dengan pokok..selalunya memang diorang sangat seronok..teringat kata-kata lecturer saya dulu...jadikan pelajar minat belajar dan tak bosan menuntut ilmu...dan tambah satu lagi yang saya nak...sentiasa ingat pada Allah...saya usaha jadikan mereka sentiasa ingat pada Allah..insyaAllah...even in science class or others subject...guru pewaris nabi kan...huk 3x..



Wednesday, June 12, 2013

PHOTO TU CAHAYA….SYNTESIS TU BINA





Untuk ajar konsep photosynthesis…cara biasa yang saya akan ajar ialah memberi penerangan dulu maksud photosynthesis….
Dialong biasa
Guru: baik cikgu akan ajar dulu maksud photosynthesis…baik…photo tu?
Pelajar:gambar
Guru: ok betul, bila amik gambar guna camera…ada kluar flash kan?
Pelajar:aah
Guru: flash tue cahaya kan…
Pelajar: ya cikgu..
Guru: baik, lepas nie ingat photo nie beri makna cahaya…photo nie dari perkataan greek..syntesis pulak maksudnya bina
Photo            (CAHAYA) synthesis (BINA)


             
Guru:jadi gabungan dua perkataan greek nie memberi maksud proses photosynthesis ialah tumbuhan MEMBINA makanan sendiri dengan menggunakan CAHAYA.

FOTOSINTESIS
Proses fotosintesis memerlukan cahaya, air, klorofil, dan gas karbon dioksida…melalui proses ini tumbuhan akan menghasilkan karbohidrat dalam bentuk monosakarida iaitu glukosa.


FOTOSINTESIS MEMERLUKAN AIR.
Sehingga ke kurun-17 baru manusia tahu akan peranan air dalam proses fotosintesis atau senang cerita, tumbuhan perlu untuk hidup…sebelum tu ramai yang ingat pokok membesar sebab menyerap tanah…sampaikan satu ketika seorang saintis barat bernama von helmont telah  melakukan uji kaji untuk mengesahkan kesahihan pendapat orang ramai ketika itu…selama 5 tahun von helmot melakukan ujikaji…von helmot menanam anak pokok willow yang kecil..sebelum ditanam berat anak pokok willow ditimbang dan dicatat. Berat tanah yang digunakan juga dicatat. Anak pokok willow hanya disiram dengan air hujan sahaja selama 5 tahun. Selepas 5 tahun, anak pokok willow dicabut dan ditimbang akarnya….tanah juga diambil dan ditimbang.

            Yang memeranjatkan ialah
Berat pokok willow bertambah…TETAPI berat tanah  tidak berkurang dengan banyak….maka terbuktilah air hujanlah yang membesarkan pokok
Tapi telah diceritakan dalam al quran bahawa air yang membantu pokok hidup dan membesar…


Al-baqarah:22
“Dia menjadikan untukmu bumi sebagai hamparan dan langit sebagai binaan dan Dia menurunkan AIR DARI LANGIT dan dengan air itu, Dia mengeluarkan buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Maka janganlah kamu menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan kamu mengetahuinya.”


Tuesday, June 11, 2013

TERIMA KASIH NAJIB SEBAB LEWAT MASUK KELAS…



Macam-macam betul budak-budak…memang kene banyak bersabar kalau ajar kelas akhir …tapi insyaAllah sebagai guru, kita mesti lebih semangat nak didik insan- insan istimewa dari kelas belakang…untuk tingkatan 3 kelas terakhir di sekolah adalah 3 maliki…saya selalu bahasakan mereka sebagai “anak-anak saya” sebab nak tanamkan dekat dalam dirik memang patut anggap pelajar macam anak dan bersemangat nak didik mereka macam anak…
Al kisahnya..harinie…Najib masuk kelas lewat…rasanya dekat 20 minit lambat…tapi disebabkan dah pegi kursus cara Rasulullah mendidik, tak boleh marah-marah pelajar…so saya pun x marah harinie…


Situasi: najib masuk ke kelas dengan perasaan tak besalah langsung dan menuju ke tempat duduk…
Saya: najib, cikgu ajar kalau masuk lambat nak buat aper?
Najib: (terpinga-pinga macam x pernah dengar peraturan)
Saya: (buat muka 20 sen sambil ulang peraturan…)…kita kene cakap maafkan saya cikgu
Najib sambung: saya lewat masuk ke kelas….(diam balik)
Saya: x habis lagi….saya lewat masuk ke kelas kerana???
Najib: buang air besar…
Saya: baik duduk…(dalam hati kater:tu pun susah)
Saya: (dalam hati: tertiber dapat idea nak ajar aper arinie..dah alang-alang form 3 dah habis silibus, apa kata test budak-budak)
Saya: hmm kelas, najib kater dier pegi buang air besar…so cekgu nak tanyer...proses aper yang najib gunakan dari makan sampai buang air besar…
Murid 1: proses berak
Murid 2: saya tau….perkumuhan(dengan muker bangga)
Saya: hmm salah tu….perkumuhan tue cekgu ajar proses aper
Murid: singkirkan bahan yang tak berguner dari badan…
Saya: ok…contoh bahan tue…..
Murid 1: peluh…
Saya: betul….. lagi
Kelas: semua diam menandakan x tau da jawapan lain……
Saya: dalam hati (dah agak dah, sampai nak kuar anak tekak ngajo sebelom nie…)
Guna stategi lain..panggil nama
Murid: air
Saya: air….yer la peluh tue air jugak…ok air selain disingkirkan melalui peluh?
Murid:ok…air kencing….
Saya: ok betul…sambil tulis list kat papan putih…lagi…ada sejenis gas…
Kelas: oksigen…..hidrogen cikgu…..
Saya: huhu....(buat muker kecewa)…..gas tu mula huruf k….
Akhirnya….
Ikram: karbon dioksida….
Saya: yup bagus…(sambil tulis kt papan putih lagi)….ada lagi..
Furqan: air mineral cikgu…
Saya: hampir gelak….abes tu senang la org nak buat air mineral pas nie..tak gaduh beli sebab boleh tadah kat badan kamu jer….
Furqan…saya ingat mineral tu cekgu ada sebut…
Saya: garam mineral…bukan air mineral…
Furqan: samer la tue…asalkan ada perkataan mineral…
Saya: banyak la….(semua kelas pun gelak-gelak)
Saya: ada lagi…yang nie akan menyebabkan peluh dan air kencing ada bau sikit…
Aiman: petai…
Saya:Ya Allah..yer…memang la kalau makan petai air kencing berbau…tapi apa nama bahan buangan tu yang ader dalam peluh dan air kencing…muler huruf u…
Kelas: (diam lagi)
Saya: ok 2 tambah hint u_ _ _a
Kelas: (buat muker macam memang x penah belajooo)
Saya…kamu nie kan…jangan la nyanyuk….. hafez…aper nie ur_a
Hafez: urea…
Saya: ades…nk recall nie pun jenuh…baru je belajo taun nie..

Saya: Ok… kita buat carta alir makanan yang najib makan sampai najib buang pulak…(sambil tulis kt whiteboard)
Mulutàesofagusà perutàusus besar-àusus kecil…


Saya: baik kita makan melalui?
Murid: mulut
Saya: minum pulak?
Murid: mulut?
Saya:habes kenaper najis pejal kluar tempat lain…air kencing keluar tempat lain…aper jadi kat air kencing masa dalam usus besar?
Adam: diserappp
Saya: fuyyoo…bagus adam serap ke mana?
Kelas kembali sunyi sepi…
Saya: ok 2….dalam badan kita yang kerja bahagian angkut mengangkut nie aper?
Kelas: sel darah
Saya: ok bagus…maksudnya bila sampai di usus besar, air akan diserap ke dalam salur darah semula…sebab najis boleh jadi pejal…so macam mana nak singkir air…
Saya menyambung…Baik…air akan ikut darah….dan sampai ke ginjal….aper fungsi ginjal
Furqan: tapis….darah

Saya: bagus…dan menghasilkan air kencing…air yang berlebihan akan  dihantar dari ginjal ke pundi kencing melalui ureter…sampai kat pundi kencing…pundi kencing akan simpan kejab sampai penuh…bila nak  penuh…baru hantar ke luar badan….melalui urethra…faham x…
Kelas: oooo…faham …(sambil angguk-angguk)
Saya: so proses hasilkan najis ialah_________?
Kelas: pencernaan
Saya: proses hasilkan air kencing ialah?
Kelas : perkumuhan
Saya: ok terima kasih najib lewat masuk kelas harinie…kita dah belajar sesuatu…

Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan bahawa seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulullah s.a.w, baginda menjawab “ Jangan marah”. Lelaki tersebut mengulangi soalannya. Rasulullah s.a.w menjawab “Jangan marah”. Soalan diulang lagi beberapa kali, lantas baginda mengulang juga jawapan yang sama. (no 6116). Di dalam riwayat Imam Tarmizi, lelaki itu berkata “Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan janganlah terlalu banyak, moga aku senang memahaminya”.(no 1943)Lantas baginda menjawab “Jangan marah”.



Catatan: Alhamdulillah, berkat x marah harinie, mereka lebih belajar sesuatu…yang sangat dekat dengan kehidupan seharian…buang air kecil….buang air besar….Allahurabbi…sesungguhnya Allahlah pencipta paling baik…betapa komlikatednyer diri kiter kan? Semua Allah yang tolong atur…dalam badan kita, sama ada kita pendosa atau tidak…Allah sentiasa menjaga kerukunan sistem dalam kita…

maka, nikmat Allah yang mana lagi yang hendak engkau dustakan”








Monday, June 10, 2013

CIKGU KENAPER ITIK BOLEH TERAPUNG ATAS AIR?


CIKGU KENAPER  ITIK BOLEH TERAPUNG ATAS AIR?


Mengimbau kembali soalan yang pernah ditanya kepada saya oleh seorang pelajar  1 optimis semasa saya praktikum di smk semambu lebih kurang 2 tahun yang lalu…
Sepanjang saya mengajar, selalunya pelajar tingkatan 1 adalah kelas yang paling suka bertanya dan soalan mereka lain dari yang lain aka pelik sikit…tapi insyaAllah jika kita mampu memahami disiplin ilmu yang kita ajar dengan baik, kita akan dapat menjawab dengan tenang.
Waktu itu saya sedang di “oberve” oleh lecturer,saya ingat lagi waktu itu saya sedang ajar tentang ketumpatan , kurikulum tingkatan 1…
Umumnya…..
“objek yang kurang tumpat akan terapung, manakala objek yang lebih tumpat akan tenggelam”
Pelajar selalunya janggal dengan perkataan “tumpat/kurang tumpat”
Ini kerana dalam kehidupan seharian mereka mereka lebih banyak menggunakan konsep berat…
Lazimnya……….


guru: mengapakah batu tenggelam di dalam air, tapi kayu terapung?
Jawapan murid: sebab batu berat, kayu ringan
Jawapan yang sepatutnya………
Guru: mengapakah batu tenggelam di dalam air, tapi kayu terapung?
Murid: kerana batu lebih tumpat daripada air, tetapi kayu kurang tumpat dari pada air…



Mengikut salah satu teknik yang digunakan Rasulullah, Rasulullah mengajar dengan bertanya….
Dari Abu Umamah r.a ia mengatakan telah datang seorang pemuda menghadap Rasulullah…
“wahai Rasulullah izinkanlah saya berzina!”
Orang-orang yang ada di sekitarnya menghampiri dan memaki,
“celaka kau, celaka kau!”
Akan tetapi, Rasulullah SAW mendekati pemuda itu dan duduk disampingnya.kemudian terjadilah dialong.
Rasul bertanya,
“apa kau ingin (zina) itu terjadi pada ibumu?”
Si pemuda menjawab “sekali kali tidak! Demi Allah yang menjadikan saya tebusan tuan”
Maka Rasul bersabda “begitu pula orang orang lain, mereka tidak ingin zina itu terjadi kepada ibu-ibu mereka.”
Rasulullah bertanya lagi “apakah kau ingin zina ini berlaku kepada saudara perempuanmu”
Si pemuda menjawab,
“sekali kali tidak! Demi Allah yang menjadikan saya sebagai tebusan tuan.”
Maka bersabdalah rasul,
“begitu pula orang-orang lain. Mereka tidak ingin (zina) itu terjadi pada saudara-saudara perempuan mereka..”……………..

Kemudian (telapak tangan Rasulullah SAW menyentuh dada pemuda itu seraya berdoa,
“ Ya Allah! Ampunilah dosanya, sucikanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya!”
(riwayat imam ahmad)

Maka contoh dialog/pertanyaan yang boleh digunakan ialah…

Guru: baik antara kayu balak dan batu kecil, yang manakah lebih berat?
Murid: kayu balak
Guru: antara kayu balak dan batu kecil, yang mana satu timbul dalam air, yang mana satu tenggelam dalaam air
Murid: kayu balak timbul, batu tenggelam
Guru: jadi tepat x kamu jawab sebelum ni..batu tenggelam kerana lebih berat?
Murid: tidak..
Guru: sebenarnya yang perlu kamu jawab tadi ialah ketumpatan…..
“batu tenggelam kerana ketumpatannya lebih tinggi dari air…”
“kayu timbul kerana ketumpatan kayu lebih rendah dari air”
Senang cerita…
Kurang tumpat—terapung/berada di atas
Lebih tumpat—tenggelam/berada di bawah
Murid: ketumpatan tu aper cikgu
Guru: ketumpatan ialah jisim/isipadu…sebenarnya untuk cerita konsep tenggelam timbul, lebih tepat kita guna ketumpatan menyebabkan keapungan “buoyancy”, bukan jisim atau berat..sebab walaupun umumnya kamu rasa besi dan air…besi berat..akan tenggelam…contohlah kamu letakkan paku besi dalam air…paku besi tenggelam…tapi pernah terfikir x mcm maner kapal besar yang diperbuat daripada besi boleh timbul…sebab walaupun kapal tu terbuat daripada besi…kapal besar mempunyai luas yang sangat tinggi…luas tinggi isipadu tinggi…isipadu tinggi ketumpatan rendah…ketumpatan rendah..boleh terapung…


Pelajar:cekgu kenaper itik boleh terapung dalam air?
Guru: sebab dalam badan itik ada peparu, dalam peparu ader aper?
Pelajar: ada udara…
Guru: baik udara dan air mana lebih tumpat…
Pelajar: x pasti…..
Guru: baik…pernah tengok pelampung..?
Pelajar: pernah
Guru: ok, apa yang kamu isi dalam pelampung
Pelajar:udara
Guru:baik, pelampung timbul atau tenggelam?
Pelajar :timbul..
Guru: sebab udara kurang tumpang dari air…sebab tu pelampung yang berisi udara akan bantu kita timbul di permukaan air, macam tu la jugak dengan itik tadi…selain itu dalam badan itik ada kelenjar khas,Allah cipta bulu itik tak basah, bila x basah, akan lebih ringan …tulang itik lebih ringan berbanding haiwan lain. Manusia dan gajah pun mampu terapung dalam air dengan cara yang betul…


Catatan: untuk level tingkatan 1 saya jarang sentuh tentang “buoyancy” atau keapungan yang berkaitan dengan jumlah air yang tersesar…ini kerana dalam silibus tingkatan 1 ia tidak ditekankan sangat…rasanya bender ni akan diulang lagi nanti dalam silibus fizik dan sains tingkatan 4.

untuk lebih menarik...cikgu juga boleh ajak pelajar test eksperimen seperti ini...memang menarik..