Actually, soalan
nie memang soalan famous yang akan saya tanya kepada pelajar kalau masuk bab
fotosintesis….
Bagi pelajar pmr, mereka
perlu tahu dan ingat tumbuhan menjalankan 3 jenis proses iaitu fotosintesis,
respirasi dan transpirasi…ramai pelajar saya yang suka salah faham, iaitu apabila
pokok dah jalankan fotosintesis ..pokok tidak lagi berespirasi…bagi mereka respirasi
atau pernafasan hanya dijalankan oleh haiwan dan manusia…tu satu pandangan yang
salah
Proses:
Fotosintesis-
tumbuhan membuat makanan sendiri dengan menggunakan air dan karbon dioksida dan dengan kehadiran cahaya yang diserap
oleh klorofil.
Respirasi-Respirasi merupakan proses penguraian glukosa menjadi air dan karbon dioksida. Proses
respirasi akan menghasilkan tenaga.
Transpirasi- proses
dimana tumbuhan kehilangan air dalam bentuk wap air melalui stoma daun..
Dan yang hebatnya
ketiga-tiga proses nie melibatkan air…cam yang dah ditulis sebelum nie…Allah
dah bagitau siap-siap dalam al-quran peranan air pada tumbuhan hijau, tapi
saintis baru sedar pada kurun ke -17…Masya Allah..tu la mukjizat al –quran..
Kita jawab dulu soalan tadi…pokok warna hijau…
Pokok berwarna
hijau kerana kewujudan pigmen klorofil…
Pigmen nie senang
nak cerita kat pelajar ialah bahan yang menentukan warna tumbuhan itu sendiri…ada
banyak jenis…ada banyak warna…
Klorofil- hijau
Antosianin-jingga,merah
Flavonoid-kuning
Tannin-kuning
atau tak berwarna
Karotenoid-kuning
dan merah
Xanton-kuning
Fungsi
pigment ialah menyerap cahaya matahari,disamping tu ia juga memberikan warna
kepada tumbuhan…hebatkan…dan Allah juga cerita tentang warna pada tumbuhan
dalam al-quran…
Surah
an-nahl…surah nie banyak cerita nikmat Allah kalau kit baca...
Lagi fungsi air pada tumbuhan
10: Dan Dia (Allah) menurunkan air dari langit untuk kamu; daripadanya (menjadi) minuman dan daripadanya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang padanya kamu menggembalakan (ternakan kamu).
11: Ditumbuhkan-Nya (Allah) untuk kamu dengannya (air dari langit itu), tanam-tanaman (seperti) zaytun, tamar, anggur dan pelbagai buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang memikirkannya.
12: Dan Dia (Allah) memudahkan untuk kamu malam dan siang, matahari dan bulan. Dan bintang-bintang (juga) dimudahkan dengan perintah-Nya (Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berakal.
warna pada tumbuhan
13: Dan Dia (Allah) sediakan untuk kamu di bumi ini
pelbagai warna. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi
kaum yang mahu mengambil peringatan.
catatan : kadang-kadang best jugak bawak budak-budak belajar kat luar kelas tengok pokok sambil tanya soalan kalau ada yang berkaitan dengan pokok..selalunya memang diorang sangat seronok..teringat kata-kata lecturer saya dulu...jadikan pelajar minat belajar dan tak bosan menuntut ilmu...dan tambah satu lagi yang saya nak...sentiasa ingat pada Allah...saya usaha jadikan mereka sentiasa ingat pada Allah..insyaAllah...even in science class or others subject...guru pewaris nabi kan...huk 3x..
4 comments:
Ya Allah...dayah rindu kat hang..
kebetulan aku skrol timeline tertarik kat tajuk tgk2 rupanya hang...
huhuhu
hehe...lamo sungguh dah menyepi...x da isu lain dah..isu soalan pelik budak 2 ja la duk buleh sembang dalam nie...
rindu kak dayah...:) semoga kak dayah sihat2 saje.refresh ilmu sains :)
Post a Comment