Friday, September 4, 2009

dimana letaknya kebahagiaan

Dari segi apakah sebenarnya kebahagiaan itu diukur?

• Harta yang banyak?
• Anak yang ramai?
• Kejaya yang bagus?
• Kereta yang besar?
• Makanan yang enak?
• Keluarga yang bahagia?

Inilah yang selalu kita sebagai manusia ingat.. dan beberapa yang tersenarai di atas jadik impian aku masa sejak aku kecil lagi. Semua itu tak salah tapi mungkin pada masa itu aku belum lagik faham dan rasa penting satu lagi benda yang memberi makna yang sebenar tentang kabahagiaan iaitu iman. Dengan iman orang miskin menjadi kaya. Makanan yang enak terasa sedap, harta yang sedikit terasa cukup..kerana sifat orang yang beriman ialah bersyukur dengan pemberian Allah dengan tidak meninggalkan usaha untuk mencapai impian.
Firman Allah

“ setiap orang memperoleh apa yang diusahakannya”

“aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka sendiri yang mengubah diri mereka”

(kene cek balik ayat berape)

Dalam Al-Quran sebenarnya Allah dah jelaskan apa yang dicintai oleh manusia. Ya kerana Dia yang menciptakan kita. Dia lebih mengetahui diri kita. Dalam surah Ali-Imran


14. Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.


15. katakanlah, “Maukah aku kabarkan yang lebih baik daripada itu, bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) disisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan –pasangan yang suci dan reda dari Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya.

16.iaitu orang yang berdoa, “ Ya Tuhan Kami, kami benar-benar beriman,maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari api neraka.”

17.juga orang-orang yang sabar dan benar, orang yang taat, orang yang menginfakkan hartanya dan orang yang memohon ampunan sebelum waktu terbitnya fajar.



Daripada cebisan ayat di atas Allah telah menjelaskan apa yang dicintai oleh manusia. Dan dia telas menjelaskan bahawa apa yang disisi Allah adalah lebih baik. Aku mentafsirkan apa yang dikatakan lebih baik itu adalah iman kerana apa yang dicintai manusia berupa anak-anak, harta dan sebagainya tidak dapat dibawa mati sedangkan imanlah yang membawa kita supaya mendapat kebahagian di dunia dan akhirat hendaknya.

Dan yang lebih baik dari apa yang dicintai manusia itu adalah syurga yang mengalir di bawahnya sungai- sungai, ini menjelaskan ada diantara kita yang sanggup buat apa sahaja demi untuk mendapatkan apa yang kita cinta..ada yang sanggup bunuh menbunuh, meninggalkan ibu bapa dan sebagainya demi wanita/lelaki yang mereka cintai. Ada juga dikalangan manusia yang sanggup mengambil harta dengan jalan yang haram contohnya rasuah untuk mendapatkan harta yang banyak. Itu adalah jalan yang dilarang oleh Allah. Oleh itu Allah menjelaskan syurga adalah lebih baik kerana sebagai satu musahabah bagi kita untuk tidak melakukan yang haram demi untuk memuaskan kehendak dengan melakukan apa yang Allah larang.kerana harta, wanita, emas itu tidak ada nilainya dibandingkan dengan syurga yang Allah ciptakan bagi orang yang beriman , sabar, benar dan taat seperti yang dinyatakan dalam ayat seterusnya.
Dan Allah berfirman dalam surah yang lain bahawasanya kita sepatutnya bergembira dengan kurnia dan Rahmat-Nya…
Surah: yunus

58. “katakanlah (Muhammad), “dengan kurnia Allah dan Rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”.


jadi jelaslah bagi manusia bahawasanya mereka digalakkan Allah untuk berusaha untuk mencapai apa yang mereka impikan, tetapi usaha itu hendaklah pada jalan yang benar.dan sebaik-baik harta adalah iman. Dan janganlah kerana kecintaan kita kepada dunia membawa kita untuk jauh daripada Allah.

No comments: