But, dalam pada tue, aku terpikir macam mana ya kalu nanti aku kena berpisah dengan diorang, bila kita mati..dalam kubur nanti sorang-sorang jer..masa tue mungkin tak lama lagi..sebab Allah dah sebut dalam al-Quran kehidupan di dunia ni hanyalah sementara waktu saja…
Firman Allah dalam surah Al-mukminun
112. Dia Allah berfirman, “berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”
113. Mereka menjawab, “kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung.”
114. Dia Allah berfirman, “kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui.”
Dalam kerinduan aku kt kampung, kat ayah ngan mak nieh..teringat pulak akan ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan betapa dahsyatnya hari kiamat..dimana pada waktu itu masing-masing akan buat hal masing-masing…ibu yang menyusukan anak akan tinggalkan anaknya..betapa dahsyatnya hari itu..sampai kasih sayang jadi dilupakan…
Bayangkanlah mana ada mak nak tinggalkan anak macam tu jer…mesti sangat dahyat hari tue sampai mungkin kalau aku ada pada hari tu nanti..aku sampai dapat lupakan mak dan ayah aku, dan kawan –kawan aku..
(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat keguncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah segala kandungan wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras.” (QS.al-Hajj:1-2)
Diantara suasana pada hari kiamat ialah :
At-Takwir
1. apabila unta-unta bunting ditinggalkan
Al- Qiyamah
7. Maka apabila mata terbelalak(ketakutan)
Al-Ghasyiyah
1. sudahkah sampai kepadamu berita tentang hari kiamat?
2. pada hari itu banyak wajah yang tertunduk terhina,
Al-Intifar
1. apabila langit terbelah
2. apabila bintang jatuh berselerakan
3.apabila laut meluap
4. apabila kuburan dibongkar
An-naziat
8. hati manusia pada waktu itu berasa sangat takut
9.pandangannya tertunduk
huu..pada hari tue kita masing-masing dah lupakan orang-orang yang kita sayangkan...
masing -masing cari haluan sendiri sampailah semua kita dimatikan
(diantara keindahan dunia, bagaimanakah disana nanti? dapatkah kita melihat keindahan syurga?atau tak mampu? Ya Allah berilah kami peluang menduduki syurga-Mu)
- Tapi insyaAllah jika kita beriman dengan Allah dan hari akhirat bersama dengan ahli keluarga kita yang lain…walaupun di dunia ini kita berpisah, kita akan bertemu kembali seperti yang dijanjikan Allah dalam firmannya dalah surah At-Tur21. dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami mempertemukan mereka dengan anak cucu mereka ( di dalam syurga), dan kami tidak menguragi sedikit pun pahala amal kebajikan mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang mereka kerjakan.
insyaAllah, tu lah yang dikatakan, kadang-kadang apa yang kita lalu kt dunia nieh adalah sorotan peristiwa yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah..supaya kita kembali kepada Allah..insyaAllah semoga aku jadi orang yang sentiasa memperbaiki diri dan ikhlas… marilah kita bersama memperbaiki amalan kita..dunia ini hanya sementara dan sekejap..janganlah kiranya kita menjadikan kehidupan yang sekejap ini sebagai medan untuk hanya bermain main dan bersuka-ria hingga melupakan hari akhir dimana kita akan tinggal selama-lamanya… kerana takut nanti di tempat yang kekal di sana kita tak dapat berbahagia..nauzubillah..Ya Allah perbaikilah kami, dan kasihanilah kami.tidak ada daya kekuatan melainkan dengan izin-Mu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment