Wednesday, September 16, 2009

Take time to think, and say thanks


Pagi tadi tengah boring-boring sajer bukak berita …dan terbacala satu kisah ada seorang pemuda tu yang mengalami kemalangan..kaki dia kene langgar dengan lori sampai hancur
Dan aku terfikir la kalau benda yang sama berlaku pada diri aku, cm ner yer..buat aku tertanya-tanya

Cam ner nanti nak pegi kuliah?
 Ader jer orang pakai kerusi roda

Tapi nanti orang tengok, malu
Orang faham kita istimewa

Nanti tak der orang suker
Kalau orang suker kiter hanya kerana fizikal nak buat apa
Takut…nanti kalau benda tu berlaku pada aku..mampu tak aku bersangka baik dengan Allah
Yang kaki yang aku ada tu dah diangkat balik..sebenarnya dia Allah pinjamkan kt aku sementara jer
àaku rase cm tak mampu…Ya Allah ampunilah aku..aku tahu iman aku masih lemah




sehari demi sehari, kita lalui hidup kita dari pagi bagun tidur mandi,kalau hari biasa makan, pegi kelas balik kelas..rasa bosan ader yang pegi membeli belah, ada yang pegi berkelah.
Then dah malam balik tidur

Pernah tak lepas kita mandi, kita ucap alhamdulillah hari nieh dapat mandi..Allah kurniakan air

Pernah tak lepas makan, kita cakap alhamdulillah hari nieh dapat makan..syukur kat tempat lain ada orang yang berlapar

Pernah tak kita ambil masa untuk berfikir, hari ni aku Allah hidupkan semalam cukup anggota badan..hari ni pun cukup anggota badan..terima kasih Ya Allah..pernah tak kita tunjukkan kesyukuran kita tu dengan amal- amal yang semakin bertambah dari sehari ke sehari…

Firman Allah,
Sesungguhnya manusia itu kufur nikmat
Firman Allah,
Jika lautan menjadi tinta untuk menulis nikmat Allah, nescaya tidak cukup….
 (kene cek ayat nieh sususan dan ayat beraper, tak ingat sangat)
Hari ini kita masih hidup…sedangkan berapa ramai yang dah mati..


Hari nih kita dapat makan..sedangkan berapa ramai orang yang kelaparan

Hari nieh kita masih cukup anggota..sedangkan berapa ramai orang yang ditakdir cacat..

Subhanallah, Ya Tuhan kami…dikesempatan ini kami mengambil peluang untuk memohon ampun atas segala dosa yang telah kami lakukan..maafkanlah segala khilaf kami dalam mensuykuri nikmat-Mu, ampunilah kami sekiranya kami lupa walau untuk mengucapkan terima kasih..wahai Tuhanku..maafkanlah kami Ya Allah…kami bersyukur atas segala nikmat-Mu, selebihnya kami memohonkan hati yang tabah walau ditimpa ujian apa pun..wahai Tuhan bersama-samalah kami, janganlah kau biarkan kami..kami lemah tanpa bimbingan-Mu
Firman Allah,
“ wahai manusia!ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapa kamu berpaling dari ketauhidan ( Fatir: 3)

No comments: